Sunday, June 3, 2018

Crossing Gunung Tahan 2018 - Mission In Complish 7175 kaki



Guys… kita sambung citer… masa aku nak tulis sambungan ini… serius aku rindu… rindu dengan view sekeliling… entry akan penuh dengan gambar2…

25 April 2018
6.30 pagi aku bangun dan solat.. then baru kejut nad.. semalam dia penat kan… kemudian group2 chinese lalu untuk ke view Puncak Tahan… dalam 630 pagi tu mmg matahari dah naik… Alhamdulillah.. tetiba si dirul bangun dan kuar dr fly… dia pandang je aku…

“tak pegi tgk sunrise..? “ – dirul.. maybe tengah analisa mood aku…



aku geleng2… xmau.. malas nak kotorkan kaki.. nanti nak jugak kesana… then dia kejutkan abg yus n uncle… aku suruh nad follow diorg ke sana… aku tak berminat sebab view yang sama setiap kali aku naik ke puncak… cammana pun nak kena lalu situ gak nanti… lagipun aku pasti, situ ramai.. yalah group Chinese tu maybe dalam 20-30 orang.. jalan selut sket situ.. so aku is malas… lepas diorg pegi, aku masak air… pagi tu kami bekfes roti pita bersama-sama dengan rendang ayam… sambil2 tu aku masak nasi untuk buat lunch… lauk nanti fikir kemudian.. lagipun sambal ikan bilis ada, daging salai pun ada… masak ontrek lah senang… mood aku baik pagi tu…

lepas kemas, kami terus gerak ke signage Gunung Tahan.. amik gambar dan video… korang bleh layan pic je lah tau… video ucapan raya dalam insta OHM… check it out okay…






Lepas puas berpicture sakan baru lah kami gerak ke Kem Gedung… ikur perancangan kami akan terus ke Kem Teku… waaaahhhh… 22 km… huhuhuhu… trek menurun plak dan banyak halangan2 yang agak berbahaya…

Jam 10.30 pagi kami gerak ke Gunung Gedung… seriously aku nak bagtau korang… perjalanan dari Puncak Tahan ke Puncak Gunung Gedung sangat SUPERB… seriously… cuaca plak tak hujan.. SUBHANALLAH… serius cantik weeyyyyy….

“uncle, terima kasih sebab ajak saya datang sini…” – kata aku pada uncle padahal semalam dan 2 hari lepas aku kutuk uncle… hahahaha… kata2 aku di sambut gelak ketawa oleh nad, dirul dan abg yus… 

abg yus dan uncle mcm biasa jauh meinggalkan aku, nad dan dirul tapi kali ini tak jauh sangat.. sebab diorg dah mental… hahahahaaha… diorg plak xbawak air… last waterpoint sepanjang trek ke simpang padang-gunung gedung jer.. so aku tadah lah air untuk pendakian ini…



Kami stop kat simpang jalan antara Gunung Gedung / Kem Padang kul 1.40 petang… sementara tunggu uncle masak air, aku dan nad amik peluang panjat bukit belakang untuk lihat Kem Padang yang dikatakan lapang seakan-akan lapangan terbang… kat situ ada pondok yang berwarna merah.. hahahaha toilet… lepas amik gambar, kami turun semula… lunch kami, nasi putih, ayam masak kicap dengan sambal ikan bilis bersama-sama ulam kobis jepun… licin nasi tu… lapar lah.. pagi tadi makan roti pita jer…

“nad.. jgn membuang ontrek” – dirul memekik… hahahahahahaha… aduyaiiii…. nad.. nad… lagipun tak boleh nak salahkan nad… dia bukannya tahu trek mana nak ke gedung… hahahahaha…




Kul 2.45 petang, aku ajak nad gerak dulu… memandangkan uncle, abg yus dan uncle duk lepak2 lagi… seriously… view sepanjang trek ke Gunung Gedung tidak menghanmpakan kami… aku berkali-kali ucap syukur… kami melalui bangkai kapal terbang yang terhempas atau meletup sewaktu zaman dulu… uncle n abg yus dah letak bag kat batu yang disusun seperti tempat peringatan anggota tentera Australia itu bersama-sama longgokan bangkai kapal terbang… waktu itu jam menunjukkan 4.15 petang… aku ingatkan diorg nak take five… hurmmm..






 Duk tengah bincang bagaimana kapal terbang milik Australia boleh terhempas, uncle bangun g jenguk2 sekeliling..

“kat mana enjin kapal terbang ni… mesti ada….” – uncle bangun dan turun kebawah sket..
“itu la… aku pun duk fikir2 gak… tgk macam bangkai2 ni bersepah ni… bukan terhempas ni..” – abg yus
“bangkai-bangkai ni pun diorg kutip sket2 dan letak kat sini…” dirul…


Selamba 3 orang lelaki ni menjalan misi mencari enjin kapal terbang pulak… diorang bangun sambil bincang-bincang itu lah inilah… pastu tinggal beg diorg kat aku ngan nad yang memerhati… lepa nak pi mana pulak…turun ke bawah, panjat sket plak… semata-mata nak cari enjin kapal terbang… sempat aku dengar bila uncle cakap:

“klau terhempas takkan berselerak macam ni… merata-rata bnagkai ni… mesti dia bawak bom…” – uncle sambil pandang-pandang aku…hahahahahaha…


Tinggal aku ngan nad kat atas tu apa lagi… video n bergambar ler…. Hahahahahaha…



kul 5 petang kami gerak turun ke Gunung Gedung yang rata… yup kami akan bermalam disitu.. perancangan nak tdo kat Kem Teku, diabaikan… hahahaha…. view cantik dan SUPERB telah mematikan niat kami konon2 nak bermalam di Kem Teku… hahahahaha…

Alhamdulillah kami sampai ke Puncak Gunung Gedung dengan ketinggian 2066m pada jam 6 petang… letak beg, pasang fly.. terus semua pakat2 g mandi kat air terjun.. Cuma kena turun sket… halamak… malasnya… aku layan kan je diorg semua nak turun mandi, amik air…

10 min jalan turun jumpa simpang.. ada signage waterpoint sebelah kanan… kalau terus akan ke Kem Padang… huhuhuhu…. Xmo lah… pada mulanya aku ingatkan dirul nak ajak g toilet merah kat bawah iaitu Kem Padang… huhuhuh… whoaaaa… tak nak lah aku…

Air sungai bersih lah… so lepas tadah air, aku dan nad mandi dulu… aku tak mandi cukuplah basahkan setengah badan.. dan lap2 atas badan.. means tak betul2 mandi la…. Sejukkkk…. Hehehe… then kami berdua terus angkut air setakat mana mampu…


Sampai atas, aku terus tukar baju dan solat dulu… then masak air… untuk dinner tengah2 fikir lagi nak makan apa malam tu… so malam tu, sambil-sambil tunggu nasi masak, kami kumpul balik barang2 makanan yang ada… huhuhu… wahhh banyak lagi ration kami… so decide menu malam ni… nasi putih, sayur goreng, daging salai goreng kicap, ikan kering goreng… malam tu makan berselera jugak… masing-masing menambah… hahahaha…




lepas makan, ingat nk layan view kat luar tapi… sejuk punya hal…. Takde nye aku… yang rajin keluar abg yus n dirul sebab diorg duk tepi sana… uncle dah masuk dalam sleeping beg… diikuti oleh aku dan nad… itu pun selepas nad menyapu-nyapu losyen dan segala balm kat tempat-tempat pacat yang serang kami masa fisrt day kami masuk… hahahaha… tak lama lepas tu dirul n abg yus masuk semula… diorg xjadi lepak sebab kabus dan angin yang agak kuat… risau gak takut2 fly kami terangkat.. hahahaha…

pagi esok comfirm2 view sunrise cantik... hahahaha... aku nak tdo... daaaaa....  





No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.