Friday, June 1, 2018

Cossing Gunung Tahan 2018 - Risiko Bonsai View

Assalammualaikum… Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan Al-Karim… KOHMrian… yuk kita teruskan dengan report kita… phewww….
_____________________________________________________________________________________________

Pagi esoknya… 24 April 2018 macam biasa.. 6 pagi aku dan nad dah bangun keluar fly.. then menunaikan tanggungjawabku… sambil itu, nad masak air… tugas utama nad untuk pendakian ini adalah buat air… pagi tu abg yus awal2 lagi request nescafe… pagi tu kami makan nasi goreng… untuk lunch kami ada nasi goreng telus campur pekasam…  dun’t worry… so hari ini perjalanan akan menuju ke Puncak… InsyaAllah tido puncak…. Macamana pun kami kena jugak tido puncak memandangkan kami dah delay 1 hari dari perancangan… ikutkan malam ni kami akan lepak di Puncak Gedung.. malam tadi lepak di Bukit Botak atau Puncak Tahan… tapi memandangkan semua dah agak mental2 cap ayam, so kena mengikut kesesuaian… hehehehe…


Lepas makan kami mulalah kerja2 yang paling malas adalah packing bag… huhuhu… dan aku lah paling lambat sekali siap… well bukan ada orang nak kisah… hehehehehe… so chillex… wokeh kita warm-up dulu dengan iringan lagu.. wahhhh… masing2 ikut lagu buat senamrobik yang diketuai oleh uncle… hahahahahaha…. Klau korang nak tengok video tu… korang bleh tgk kat Instagram oranghutanmalaysia… kihkihkihkihkih….

Hari ini kami target lunch di Puncak View… walaupun dirul ckp dah tutup, tapi aku nak naik gak sebab… nanti aku citer k… so pagi ni macam biasa uncle dan abg yus mendahului… aku, nad dan dirul follow dibelakang… kami gerak awal skit hari ni iaitu kul 9.00 pagi… hehehehe… so trek nak ckp mencanak macam semalam tak lah sangat tapi masih lagi menggunakan kudrat kami…. Bila galas beg, berat sama jer… tak kurang-kurang… hahahaha…. 



Alhamdulillah kami sampai Kem Berlumut jam 9.50 pagi.. kali ini barulah aku minum air best dirul.. tu tinggal sket jer… keadaan kem berlumut dah tak macam dulu aku naik… lapang dan terdedah dengan angin… klau dulu, kem ini dilitupi dengan pokok lagi… yang pasti ada sepasang burung yang setia di situ sekiranya ada pendaki yang lalu, mesti ada habuan makanan untuk burung tersebut…

Then 5 min kemudian, kami terus gerak… kami akan singgah Bukit Bertali untuk mengambil air… sebab itu adalah waterpoint sebelum Bukit Botak… kami jugak berharap, hari cuaca cantic dan tak hujan… huhuhuhu…

Kami sampai kat waterpoint bukit bertali jam 10.49 pagi… refill air dan meneruskan perjalanan… memanjat trek nak ke Bonsai ini memerlukan kesabaran mental… awal2 dah kena manjat tali.. huhuhu… tetiba…

“kodok,  panggil dirul… ada roadblock plak….” – uncle
“sapa buat…” - aku
“si kapak… si yus tak perasan lah tu… aku pun puas ngelak… ni dia duk tengah2 plak… panggil dirul…” – uncle

Aku pun patah balik turun sket… keloiii dirul untuk dekat dengan aku… hahahaha… aku tgk dia macam tak cukup nafas bila berjalan laju ke hadapan… nad dia tinggalkan kat aku…

“jangan tinggalkan dia.. pastikan nad ada ngan ko…!” – dirul (aikkkk…. warning ke apa) aku senyum2 pandang dirul ngan nad… hahahahahahaha….. nad sengih2…

Lepas dirul alihkan si kapak tu, barulah aku lalu trek tu… tu pun tahap berjaga-jaga… lepas roadblock tu, aku nak pegang kayu atau nk sentuh apa2 terus tarik balik tangan aku… huhuhu… takut… sepanjang aku mendaki seumur hidup aku kan… ini lah kali pertama terserempak ngan binatang yang berbahaya… huhuhuh….

Sampai satu simpang ke kiri mendaki tapi ditutup… ni trek nak ke puncak Bonsai View… huhuh.. nape tutup…. Wooooo… uncle ngan abg yus dah jalan ke depan, letak beg… aku terus panjat trek ke puncak Bonsai View.. untuk lunch kami kan lepak situ… pastu barulah aku tanya..

“nape tutup..?” – kodok
“lama gak tutup, tahun lepas tutup… tutup kepada group yang ramai… “ dirul

Aku hanya pandang dirul seketika… pastu barulah…
“ditutup untuk group2 yang besar…. Klau ramai2 sangat yang duk panjat pokok ni macam ko, tak ke boleh jatuh kat gaung tu… sapa nak turun selamatkan ko… hehehe..” – dirul..


Wahhhh.. sempat lagi dia gurau kasaq nooo… oklah let me explain. puncak Bonsai View ni adalah puncak wajib pendaki naik klau naik tahan okay… puncak view tu ditutup untuk mengelakkan risiko kemalangan… tahu kenapa… kat puncak view tu ada pokok bonsai yang selalu sangat pendaki2 suka panjat tidak terkecuali aku… yaaaa aku memang akui, pantang je sampai pincak ni, mmg aku panjat dulu… dahan pokok tu plak naik ke arah gaung.. ngam-ngam kukuh di tebing gaung tu… so klau ada pendaki2 yang lalai, nasib kurang baik dan seangkatan dengannya, angin kuat ke apa ke, pasti akan jatuh gaung tu… so jangan korang tanya plak aku, klau jatuh hidup atau tidak..? huhuhuhuhu… 


 Lepas amik gambar, video dan lunch, kami gerak ke Bonsai… oh ya nak mention, hari ni perjalanan kami ada group yang akan selisih ngan kami… diorg pun dalam perjalanan dari Kem Kor ke Bukit Botak… hahaha… Chinese semuanya… yang menyaingi kami 4 orang uncle2 yang agak berusia… tapi diorg xnaik la ke Bonsai view... diorg jugak amik porter… kami lepak ngan diorg di Bonsai (1750m) … dan ada seorang guide / poter yang sudah melalui kami… aku tak pasti… lepas makan jajan dan apa2 sepatutnya, kami gerak dulu… kemudian barulah uncle2 tu follow… masa di Bonsai, masing-masing duk tanya kami… bape jumlah berat beg… huhuhu… yalah memandangkan kami tak amik porter seperti diorg… kami kan pendaki tegar… beg berat tu biasa2 je… jawab uncle… kuikuikuikui…


uncle dan abg yus laju tinggalkan aku, nad dan dirul… aku layan je… sebab xmo kena beletiaq lagi ngan nad… plus, aku nak menghayati view yang cantik… serius… trek nak menuju ke Bukit Botak, serius cantik.. detik hati aku… view tidak berubah pun dari 2010, 2012 dan 2016 yang aku panjat… korang…. Lain gunung, lain view dan lain feeling… aku panggil supaya cepat sket jalan tu… rugi view cantik… dia aku tgk dah pewai, mental pecah… dan slow giler jalan dia… hahahaa… tapi aku nak push jugak2…



puas jugak nak push nad supaya jalan laju sket… dari jauh aku dah Nampak uncle n abg yus… keloiii uncle… panggil aku… hahahahaha… kami take five kat Bukit Botak dengan ketinggian 1947m pada jam 5.00 petang..  bila guide uncle tu bagi air teh o panas pada kami… dirul tu rasanya akan lama2 kat situ, so aku ajak nad teruskan pendakian ke Puncak Tahan… setengah jalan, aku dah tak nampak abg yus ngan uncle… huarhhhh diorg dah sampai puncak… huhhuhuhu… hujan turun bila kami tgh lepak amik nafas…  seminit je… pastu muncul dirul… dia segerakan kami untuk berjalan laju.. hujan turun agak lebat memandangkan keadaan kami terdedah dengan bahaya sekiranya ribut petir… huhuhu… ngam-ngam sampai puncak, hujan dah berhenti…



Alhamdulillah.. sampai jugak puncak Gunung Tahan dengan ketinggian 2197meter pada jam 6.30 petang… aku usha abg yus dan uncle yg buat2 sibuk pasang fly… hahahaha…. malam tu aku mental sebab dua org tak tggu aku… huhuhu.. aku jalan menuju ke telaga air... aku dan nad pegi dulu, dirul follow kemudian… sebab nad kena basah kepala nya memandangkan main hujan siang tadi… aku pun kena mandi gak sket buat syarat… sejuk aku tolak tepi…

tgk air tadahan ada macam xde… tggl sket… dirul suruh aku amik air tanpa kacau geledak di bawah… huhuuhuhu… lepas amik air, tukar baju… solat dulu… qhado balik solat jama’.. huhuhu… then aku nak tdo… walaupun perut lapar, tapi sebab mogok nye pasal, sanggup aku berlapar… so malam tu uncle masak… uncle masak ration je… nasi beriani kambing…

“kodok, makan…” – uncle.. aku buat2 tak dengar.. sekali lagi uncle panggil…
“xkut… malas nak makan…” – keluar suara mogok aku dah..padahal xmogok pun lepas solat tadi…
“makan2, tu pewai ke apa.. nanti sakit… makan sekarang! ” – tone dirul agak tinggi…

Beralah.. aku makan sket jer untuk alas perut jer… setengah pun tak sampai… pastu nasi n kambing tu aku bahagi2 kat pinggan diorg.. haaaaa…. Mood aku xbape best… dirul buat the o laici panas… air kemenangan… penat dia pikut tin laici tu… teringat aku dulu2… sanggup bawak botol sos cendawan untuk masak spaghetti untuk garfu, kek G7 dan air twister untuk group KeReXs UiTM Kedah… hahahaha… masa tu gagah perkasa lagi…

“nasi beriani jer…. sepinggan jer… nad lapar…” – nad bunyi bila dia puas bisik2 lapar2 kat aku… hahaha…



Hahahahahahaha…. Tetiba nad bersuara… then aku buat tak layan… so dia pun terpaksa redho tapi nanti aku teman dia makan Maggie… kihkihkihkihkih… malam tdo puncak, aku dan nad berhammock… yang lain tdo fly… dalam kul 10 malam macam tu, nad amik maggie, periuk kecik.. aku tak turun dari hammock sebab malas… so bantu nad masak Maggie.. dia first time guna stove dan lain2… dari jauh kami nampak ground bergerak2… hurmm.. nad ckp tikus… aku pun mintak nad angkat hujung2 ground dan tutup makanan serta beg bawah fly tu… yalah… walaupun makanan semua dalam begpack, tapi takut gak dia lubangkan bag tu… barang2 makanan dalam beg aku mmg aku keluarkan dan letak dalam hammock aku… risiko tinggi biar mcm tu… menu nad malam tu Maggie ayam+kari+daging salai… hahahaha… 2 bungkus… pastu barulah aku dengar dia dengkur… tido dalam kekenyangan… dengkur bawah fly dengar2 jugak tapi... mogok nye pasal so xmo ngusik… hahahahaha


Malam tu aku xberani atau kata lain mmg aku tak boleh nak tido… ntah… sebab sejuk kot… 




No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.