Wednesday, May 16, 2018

Trip Crossing Gunung Tahan 2018 - macam2 hal

uish... blog kelab aku hupdate... cuma blog sendirik lama sudahhhhhhh lamaaaaaaaa tak hupdate... last tahun 2016...huarghhhh... uhuhuhuhuhu.... nak kata busy, YES BUSY... tapi itu semua ALASAN! okaylah.... kali ni aku nak hupdate trip yang hampir-hampir CANCEL dan tak jadi tapi alhamdulilah... berjaya...

the begining was pada awalnya surat permohonan trip kepada Jabatan Perhilitan Merapoh (Taman Negara) telah dihantar.. tarikh yang dimohon adalah 26 April hingga 3 Mei 2018 kemudian di'reply' tarikh tu full.. so kitaorg decide pegi 22 hingga 30 April 2018.. alhamdulliah diterima... peserta plak dari 15 orang pun mula-mula ramai... duk fikir nak kena amik 2 orang guide... kemudian memandangkan trip lama sangat, so ramai plak yang menyerah dan tarik diri sebab hal-hal yang tidak dapat dielakkan..

Pada awalnya trip sudah dirancang 5 tahun yang lepas... yaaaa percayalah dan tahun ni baru bleh proceed... trip ini akan bermula dari Merapoh (Kuala Juram) dan akan berakhir di Kuala Tahan.. dan kami akan plus 2 hari untuk masuk ke Air Terjun Four Step... so trip pada asalnya 7 hari akan bertambah kepada 9 hari... huarghhh mmg sungguh tidak bertamadun lah kami nanti... so walapun 9 hari, kami kena tetapkan 10 hari sebab jika hujan lebat, air sungai naik di Kem Teku / Kem Putih, kami tidak boleh meneruskan perjalanan... so macam-macam boleh berlaku... huhuhuhuhuh...

21 April 2018
aku dan nad gerak dri umah jam 5.30 pagi… kami singgah di RnR Tapah untuk bekfes dan sewaktu dengannya… masa tu jam 8.30 pagi.. bekfes kami pagi tu bihun sup, mee hitam… aku cukup lah nescafe… rehatkan otak kejup… then 9.30 kami menyambung perjalanan… plan kami nak singgah Decathlon… aku…? Nak cari rain cover, stoking tebal, rain coat dan hydration pack… huhuhuhu… entah camne la aku terlupa pun aku tak tahuuu…. Nad pulak sempatlah menyambar beberapa barang2 yang di perlukan jugak… excited dia first time pegi decathlon… hahahahaha…

Kul 12.30 kami gerak ke TBS… janji ngan uncle dan abg yus, jam 1 tengahari di TBS untuk check barang2 yang tak perlu bawak… huhuhu… begitu jugak aku tunggu jojo… sambil tunggu sempat lah aku dan nad packing barang2 dalam beg… barang2 makanan aku pack dalam beg ikea sbb nanti ration tu akan selenggarakan… hahaha… jam 1 .30 tengahari uncle ngan abg yus tak muncul jugak2… sedangkan bas gerak 1.55 tengahari.. WHAT a such great…!!!

So aku mintak jojo hantar aku n nad ke terminal terus.. abg yus mintak aku check tiket dan clearkan tiket untuk kami bereempat… so settle… jam dah 1.45 aku dah beratur nak masuk… dengan harapan 2 orang JANJI MANIS tu sempat sampai… tepat 1.55 nad dan aku dah beratur masuk, abg yus n uncle akhirnya sampai… adehhh… aku mg dh niat tadi, klau diorg tak muncul gak, aku nak ke Gunung lain jer..… aduyaiiii macam2 dugaan betul trip kali ini….

Kul 2 petang bas sampai, terus loading beg, ration dan naik bas… abg yus amik single seat untuk kami… apalagi lentok lah tido… hahahaha…. Sedar2 dah sampai Bentong… lepas bentong kami akan terus ke  Merapoh… janji ngan guide, dah sampai bgtau sebab dia akan menjemput kami… hehehe…

Dalam waktu yang sama, perut aku berkeroncong hebat… jam pun dah 5.00 petang… patutlah… Bas Ekspress yang kami naik tu berhenti di rumah rehat… aku sempat berWhassap dengan guide bila dia tanya “naik bas apa, dah sampai mana..?” Bila kami turun tu, muncullah kenderaan 4WD.. turun 2 orang mamat… sorang hemsem, sorang kurang hemsem… hahahahahahahaha… okay2 aku gurau… sorang cerah, sorang gelap okay… puas hati?  Hahahahahaha… matilah aku if diorg baca apa yang aku tulis ni… kihkihkihkihkih… soooooo kena jiwa kental okay….

Nama guide kami Dirul tapi xramai org kenal ngan dia dengan nama dirul… so dia terus mintak kami naik kenderaan 4WD… huhuhuh…. Pemandu bas yg sememang dh tahu kami akan naik gunung tahan sebab bawak beg pack yang tinggi tu, melepaskan kami pergi setelah dirul dan fendi bersalam-salaman ngan driver…

Kami naik 4WD terus ke pintu masuk ke Taman Negara… sempatlah menghayati suasana merapoh yang sudah JAUH berubah… highway baru yang memendekkan perjalanan, dan kebetulan PRU14 semakin menghampiri… banyaklah bendera2 kecil di tepi sepanjang jalan… hahahahaha….




Kami berhenti dan nak makan dulu… ada kedai makan yang orang2nya boleh tahan ramai… mungkin itu je kedai makan yang best… sebab ada makanan panas.. waktu tu sapa yang cari nahas, mmg kena.. sbb masing2 tahap lapar gilakkkk… huhuhuhuhu…

Bila makanan sampai, masing2 diam… tak banyak cakap… licin lah jugak kecuali nad… maybe perut dah masuk angin… dia hanya makan separuh je… air 2 kali order… dah makan lepak kejup, aku pinjam moto kampong, g cari sabun, kicap dan telur… sebab 3 barang tu je aku tak beli lagi…

Owh ya… klau korang tanya menu kami untuk pendakian ni…? Jawabnya… on track nanti baru bincang nak makan apa… hahahahaha…. Makanan kami bawak ngam2 untuk 9 hari iaitu kami akan masuk Air Terjun 4 Step… insyaAllah… bergantung pada keadaan pendaki nanti… hehehehehe…

Lepas makan kami masuk ke chalet yang disediakan…. Ikutkan plan asal, trip kami ni akan disertai staf2 perhilitan… sebab tu lah Dirol pun PERHILITAN yang arrangekan.. hahahaha… tapi sebab last2 minute cuti tak lepas dan garfu plak injured, hurmm… klau tak, bleh lah merasa penginapan free.. kihkihkihkih… banyak kot dorm dalam Taman Negara tu yang kosong… aiseh…

So masuk chalet, dirol, fendi, abg yus dan uncle bersembang2 dulu kat beranda… aku dan nad hanya menyampuk untuk sesi suaikenal.. hihihihi..... shuuhhh… Lepas diorg balik, aku terus kuarkan ration kami yang banyak… so mudah uncle nak bahagi sama banyak…. aku whassup dirol, bgtau dia makan sekali ngan kami… dia pun okay… setelah packing2 dan aku biasalah… mmg tak lah nak packing sangat sebab esok nk kena kuarkan balik… DECLARATION!!!!!  

Habis yang tu yang ni, aku pun nak lepak2 sambil tunggu nad solat... lepas nad solat, kami nak panjat katil bersedia untuk tido, tetiba… 

Ada orang ketuk pintu…. 
aku dan nad tetiba diam... huhuhu.... "kodok, dah tdo ke... jom makan maggie"

hahahahahahaha.... gila suspen... abg yus ni... ketuk pintu.. bagi la salam ke apa ke... huhuhuhuhu... abg yus bertanyakan stove dan gas… sebab dia tahu aku mmg takkan pack lagi… so malam2 tu kami berempat melantak maggie… hahahaha… then baru tido sebab dah kenyang… hahahaha…. 



No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.