Wednesday, May 30, 2018

Crossing Gunung Tahan 2018 - Hulur Beg


23 April 2018 - Jam 5.30 pagi mcm biasa aku dah terjaga… sbb tak boleh tdo sangat bila hujan turun… hurmmm… kul 6.30 pagi tu, dalam kemalasan aku bangun… g sungai ngan nad, membuang dan amik air solat.. masak air dulu then solat bawah fly uncle… so uncle n abg yus, nak tak nak kena bangun… kihkihkihkih…


Pagi tu bekfes nasi goreng tomyam… then lunch pulak, aku tapaukan bihun goreng… hik hik hik hik.. bila nasi goreng dh siap, kami bekfes sama-sama angkat tangan baca doa… makan… nasi goreng dan air kopi o panas… kemudian lepas makan. Kerja-kerja membasuh bukan aku dah… aku terus nk turunkan fly, hammock…. time to packing… serius slow aku pack… kul 9.15 pagi, dirul ours guide beri sedikit taklimat perjalanan pagi ni… hahahaha…
Jam 9.30 pagi kami gerak ke Kubang… target lunch di Kubang… hahahaha…uncle ler… target lunch Kubang lah sangat… dia tak tau bape puncak tipu nanti dari Permatang ke Kubang… hahahaha… abg yus laju ke depan, disusuli uncle, aku, nad dan dirul last sekali… lagipun kami 5 orang bukannya jenis berpecah-pecah… jalan mmg hingat kawan di belakang… iye keeeee? Hik hik hik…

“hangpa tinggai kami kat belakang…” – nad

Lepas je melepasi sungai di Kem Kor…. Haaaaaa ngadap ler bukit kembang hidung… huhuhuhuhu… trek memang mencanak… itu lah awal perkenalan mencanak sebelum sampai ke Permatang… hahaha… serius… abg yus yang sesekali aku memotong tapi jangan harap aku nak duk depan… xmo lah… I is takut, walaupun dah beberapa kali aku ngadap trek yang sama, dalam hutan yang sama dan last aku naik 2016 tetap jugak aku xberani nk duk depan… uncle di belakang ku… nad di belakang bersama dirul… beberapa kali jugak aku berhenti dan memanggil abg yus untuk stop dan mintak uncle rapatkan saf sambil tunggu nad dan dirul yang tak jauh sangat pun dibelakang… sebab ada ‘bau-bau’ maybank… so korang rasa….


lepas settle setting beg, kami meneruskan pendakian… target lunch di Kubang.. hurm tak pasti kul bape.. hahaha… pendakian kami jugak kadang-kala terhenti bila “bau” maybank mengamit perhatian hidung kami… keadaan cuaca pun tidak begitu menyebelahi kami kerana sudah Nampak pokok-pokok hujan.. line up kami abg yus, uncle, aku, nad dan dirul… masih sama… Cuma aku tak lah tinggalkan si nad memandangkan dia duk beletiaq kat aku sebab aku tgglkan dia… hahahahaha… masa hadap trek pacak tu, beberakali abg yus berhenti… dan panggil kami naik…

“kodok, cepat sket…” - uncle
“nad, hulurkan beg tu… meh hulurkan beg tu…” - abg yus

Hahaha… hampeh abg yus…bleh plak dia buat lawak tgh2 nad mental…. Ngek… nak hulurkan beg camne kawan tu jauh kat bawah… dirul gelak dengar kata-kata abg yus tu… hahaha… rare!


kami lunch on trek… hahahaha… uncle dah bunyi laporr… kihkihkihkih… uncle bukak beg, dan aku panaskan bihun yang aku masak pagi tadi… huhuhu…. Hujan turun bila kami tengah pack nk bergerak teruskan perjalanan… sib baik… huhuhhuu… masing2 dah kuarkan baju hujan yang santik kecuali aku… sebab aku M.A.L.A.S… nak main hujan… yang penting bagi aku adalah beg… dalam perjalanan banyak jugak kami berhenti sebab bila dah hujan ni, trek licin.. so kena berhati-hati… 


Alhamdulillah.. kami sampai Kem Kubang dengan ketinggian 1406m, 3.30 petang… hihihihihi… letak beg… huarghhh…. Hujan pun baru berhenti… aku dah pandang uncle… nak teruskan perjalanan ke Botak ke….? Atau nak tdo Kem Berlumut… “klau uncle tanya aku, aku nak tdo kubang.. hehehe” – hati aku laaaaa… pastu aku pandang dirul, macam tau2 je jawapan aku… pastu semua pandang aku…

“camne kodok…” – uncle… hahahaha… kan aku dah cakap…
“hurmmm… klau tdo berlumut, tempat tu dah tak bape nak SAVE sebab pokok2 nye dah takde,.. sumber air plak tak pasti kering atau ada.. Cuma kaler nye kureng best, warna tea o pekat.. so saya follow… betul tak dirul…?” – aku… dirul angguk..

”lagipun klau nak teruskan ke Botak, maybe kita sampai tengah malam… tak digalakkan OT…” – dirul… “lepas berlumut, kita kena hadap satu lagi trek mencanak-canak-canak dari bukit tali ke Bonsai… Bonsai plak xde air…” – cepat2 aku menambah.. nak kuatkan alasan supaya malam ni TIDO Kem Kubang… hahaha…

“klau kita teruskan perjalanan gak uncle, tak dapat tgk view kat puncak view” – aku tambah alasan kukuh sambil pandang dirul… hahahaha…

“oklah, tido kubang malam ni… kita rehat awal… esok kena gerak awal…” – uncle… bab KENA GERAK AWAL tak boleh percaya… kihkihkih…

so malam ni kami tdo umah teres sebilik katil lain-lain.. aku awal2 parking tengah2 sebab takut nak tdo tepi… lagipun lebih selamat dari tempias hujan… muahahahahaha… so apalagi setting fly ler… habih setting,

“sapa nak turun amik air.. nak masak ni..” – aku tanya…

pastu kami bleh plak gaduh2 sapa nak turun amik air… dirul as a guide memang wajib le dia turun… aku…? Memang tak laaaaaa… bukannya apa… aku tahu azab nak turun tu… naik angkut air xde masalah… nk turun tu aku fikir 10 kali… kekekekeke… so yang turun dirul, nad n uncle… abg yus sambung kemas apa2 yg patut dan buat anggun api… aku buat cucur ikan bilis… buat air tea o panas… uiks… lamanya diorg ni turun…. aku ngan abg yus lepak minum petang dulu…

akhirnya diorg muncul jugak… riuh bercerita…. Hahahaha.. penangan amik air kat kubang… jauh hooo…. Nak turun satu hal… naik lagi lah satu hal… tapi Alhamdulillah.. diorg angkut air 15L klau tak silap aku… untuk solat, lap2 sket… hihhihi… aku terus bangun cari pot tukar baju, dan terus amik wudhu… begitu juga nad… lepas kami solat, giliran abg yus, uncle dan dirul plak settlekan diri masing2… pastu kami menyambung minum petang.. Alhamdulillah… sambil2 tu prepare menu makan malam… nasi putih, ayam masak kicap, sayur campur… nad ngan uncle mcm biasa membantu chef kodok.. abg yus n dirul lepak bawah fly… nape tak lepak sekali… huhuhuhuh…. Hujannnnnn!


Lepas maghrib, kami terus siap2 untuk makan malam… baca doa, terus ngap… diam.. menghayati makan malam yang sememang sedap… ke LAPAR… hahahaha…

“apsal semua diam ni… sejuk sgt ke..” – aku pandang dirul ngan abg yus….
“tgh hadap makan, mana leh cakap..” – uncle…

hahahaha… pastu barulah bunyi suara… lepas makan, aku dan nad kuar cuci sket2 pinggan dan uncle kemas2 kawasan dapur kami… cuci ngan air hujan mmg cemerlang sejuk nya… wuuuuuuuu… lepas solat jama’ aku dan nad masuk bawah fly…

Kat Kem Kubang ni mmg sejuk… tapi kejup tu panas plak… then sejuk… aiyakkk… seb baik sleeping beg aku jenis bulu iti angsa so.. ianya sangat membantu aku… kaki aku lapik dengan beg aku supaya aku dapat bernafas dengan baik dan keselesaan amat penting bagi kaki… huhuhu… penat dia menampung berat badan dan kaki aku… sooo sayangilah kaki anda… hikhikhikhikhik…

Orang yang paling tdo dengan nyenyak adalah nad… hahaha… macam xde pape… uiks… jeles aku.. orang kedua adalah uncle… wooooo… aku tdo2 ayam… huhuhu… perasan gak abg yus, dirul pun xberapa nak lelap sangat… hurm… aku pun tak sedar kul bape aku terlelap… jam kul 5 automatik aku terjaga…

“when tomorrow comes, I’ll be on my own, feeling frightened of, the thins that I don’t know,, when tomorrow comes… when tomorrow come… when tomorrow comes….” – Jessie J


To be continued….


No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.