Thursday, March 15, 2018

Gunung Angsi via Ulu Bendul


Starting point

Trek batang paip

Pondok Rehat 1

Sistem Pengera Kepala Air yang dipasang di bahagian hulu sungai berada betul2 di sebelah trek


Kem Tangga batu


Coretan Pendakian
1.     Hai, berjumpa lagi kite hihi. Kali ni wa nak review trek Gunung Angsi laluan lama iaitu Ulu Bendul. Dan kali ni ada kawan2 nak folo sekali..jadi wa layannn..
2.     Pendakian ini dijalankan pada 4hb Mac 2018, hari Ahad.
3.     Seperti biasa, pagi2 sebelum mendaki wa akan breakfast dulu kat medan selera di Ulu Bendul dgn family. Sambil2 bidadari wa bawa anak2 makan angin, dia hantar la wa sekali ke sana.
4.     Sebenarnya sambil itu juga, wa tunggu Joe & kak mar sampai. Sebab dah janji nak naik sesama. Joe dah biasa naik, tapi Kak Mar 1st time nak naik (wa ingat dia dah pernah naik Gunung Angsi sebelum nih, rupanya 1st time hihi lupa pulak nak suruh dia bawak air lebih)
5.     Bila Joe sampai dia terus join kitorg sarapan. Rupa2nya kak mar pun dah sampai & dah pun tunggu kitorg kat parking bersama anak perempuan dia.
6.     Selesai sarapan, kami semua bergerak ke Bukit Putus untuk parking kereta kat situ. Sebab kami plan untuk naik melalui ulu bendul dan turun melalui bukit putus.
7.     Kereta Joe & Kereta kak Mar dahpun dapat parking. Agak penuh juga parking kat situ. Kemudian diorg bertiga naik kereta wa untuk ke Ulu Bendul.
8.     Selepas pendaftaran di Kaunter Jabatan Perhutanan (RM5/sorang), jam lebih kurang 0835 am kami memulakan pendakian melalui trek tepi sungai.
9.     Kebetulan ada jugak 1 group (lebih kurang 6 orang)  sama2 memulakan pendakian dengan kami. Untuk keselamatan kami bagi mereka jalan dulu supaya kami tak kena langgar sebab mereka jalan agak laju juga.
10.  Lebih kurang 10 minit trekking, 0845am kami kemudian tiba dan menyelusuri laluan trek tepi batang paip. 17 minit kemudian, 0902am tiba di pondok rehat 1. Tapi kami belum lagi rasa nak rehat, plan awalnya kami cuba untuk tidak berhenti selagi terdaya.
11.  Setakat ini trek agak mendatar je. Baru panaskan enjin kata orang kikiki
12.  Selepas pondok rehat, trek mula naik turun & peluh jantan mula keluar dah. Sesekali wa pusing belakang & tunggu diorang rapat sikit baru wa jalan lagi.
13.  Di belakang wa anak kak mar, boleh tahan jugak stamina dia, kemudian diikuti kak Mar, nampak ada mengah2 sikit hihi dan last sekali Joe..asyik kedengaran dia batuk2 & muntah2 angin je kt belakang sepanjang trek hihihi. Tapi dia ok..orang baru balik dari Trans Naning la katakan.
14.  Tiba2 ada sorang brader ni kat belakang kami. Lagi sekali kami bagi laluan & beliau kemudian hilang dari pandangan.
15.  Lebih kurang 14 minit trekking, 0916am, kitorg tiba dan melepasi kawasan Pengera Kepala Air yang di pasang di area hulu sungai tersebut. Tujuannya sebagai amaran awal kepada pengunjung yang mandi manda di kawasan rekreasi Ulu Bendul.
16.  Perjalanan diteruskan sehinggalah kami tiba di Kem Tangga batu (Jeram Kak Lang) untuk berehat dan bergambar lebih kurang jam 0935am. (14 minit kemudian)
17.  Dari ulu bendul sehingga Jeram Kak Lang, sebanyak 10 anak air dilalui. (sumber air sememangnya tak jadi masalah sebab sungai jarak lebih kurang 50 meter je dari trek sepanjang jalan)
18.  Selepas menyeberang sungai (Jeram Kak Lang), dengan meniti atas batu2 yang ada, kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang 14 minit (0949am), kami tiba di jalan balak lama dipenuhi tumbuhan resam, namun ada lorong untuk kami menyelit di celah2 tumbuhan resam tersebut. Kena hati2 kat sini, silap haribulan mau calar balar lengan kalau tergesel dengan tumbuhan resam nih.
19.  6 minit kemudian (0955am), kami menyeberang sungai yang kedua dan berehat lebih kurang 10 minit.
20.  Dari Jeram Kak Lang ke sungai yang kedua, sebanyak 3 anak air di lalui.
21.  Jam 1005am kami meneruskan perjalanan. Selepas sungai, tiba2 trek terus mencanak..fuhh kembang hidung masing2.
22.  Selepas 10 minit  (1015am) wa, kak mar & anak dia tiba di puncak yang pertama. Rehat kejap sambal tunggu Joe sampai.
23.  Sebaik sahaja Joe sampai, dia bagi isyarat suruh gerak.. apa lagi, kitorg pun jalan laa hihi.
24.  30 minit kemudian (1045am) wa & anak Kak Mar tiba di Puncak yang kedua. Kak Mar & Joe hilang dari pandangan kejap. Lepak dulu sambil tunggu diorg. Agak lama juga baru lah diorg sampai.
25.  Perjalan diteruskan, lebih kurang 35 minit (1120am) baru lah kitorg tiba di Bukit Botak. Di Bukit Botak waktu tu ada 1 group (3 orang) baru je turun, jadi tali untuk memanjat agak clear la. Kat sini kesan hakisan agak teruk juga berbanding 10 tahun lepas, mungkin disebabkan kat situ tanah dia berpasir. Kalau dulu masih boleh lagi panjat tanpa tali, tapi sekarang kena pegang tali, selain licin, trek dia agak menegak dan bahaya.
26.  1135am, kat puncak Bukit Botak, kami berhenti rehat kejap. Tiba2 je perut rasa lapar haha. Lagipun kat situ panas, bahang matahari memang sangat terasa kat siu. Sambil makan sambil borak. Tetiba ada lagi 1 group sampai (lebih kurang 6 orang) dan melepasi kami.
27.  Selepas 15 minit berehat, jam lebih kurang 1150am, kami teruskan pendakian. Sebelum tiba ke puncak, kami berselisih dengan 1 group yang hendak turun. Sekali lagi kami bagi laluan.
28.  Jam lebih kurang 1215pm, kami semua  selamat tiba di PUNCAK GUNUNG ANGSI.
29.  Masa pendakian lebih kurang 3 jam 40 minit (termasuk rehat).
30.  Selepas rehat dan bergambar, kami bersiap untuk turun.
31.  Jam 1245pm, kami mula bergerak untuk turun dan tiba di Bukit Putus jam lebih kurang 1430pm.
32.  Macam biasa, bidadari wa dah siap tunggu kat parking. Yahoo!
33.  Lepas masing2 dah masuk kereta, kami sama2 bergerak ke PAKAR Paroi untuk pekena Mee Udang. Nyam nyamm!
34.  Selesai.

Menyeberang sungai 1 - Jeram kak Lang

Jalan balak lama yang dipenuhi tumbuhan resam

Sungai yang kedua

'Take 10' kat sungai 2


Bukit 1st

Puncak Bukit 1st

Anak Kak Mar (depan), Kak Mar (tengah) & Joe (belakang)

Ini wa @ Bukit Botak

Bukit Botak (dari atas)

Masih di area Bukit Botak

Bukit last sebelum puncak

Puncak Gunung Angsi

Beirut Puncak Gunung Angsi


Nota Kaki
1.  Laluan Ulu Bendul ni dulu2 agak femes, tapi semenjak laluan Bukit Putus dibuka kepada pengunjung, trek ni dah macam sepi sikit. Dah tak ramai pendaki menggunakan laluan ni, mungkin disebabkan trek dia agak panjang dan makan masa.
2.     Trek agak lembab dan banyak daun2 kering di sepanjang laluan (mungkin sebab orang dah jarang lalu), risiko untuk berjumpa dengan lipan, kala jengking & ular kapak agak tinggi. (Kena hati2 dan pastikan tempat berpijak tu selamat, kalau boleh sediakan sebatang kayu atau guna tongkat untuk kuis daun2 yang ada)
3.     Pacat?? Ya, bila trek macam tu, pacat mesti la ada..wa kena 3 das kat kaki, bila masa dia panjat pun tak tau..memang cekap gile buat keje.
4.     Sehingga sungai yang kedua, sumber air memang ada je di sepanjang trek (sila masak dulu sebelum boleh diminum)
5.     Walaupun begitu, sila bawa air lebih, sebab selepas sungai yang kedua tu dah takde sumber air dah & sangat panas semasa tiba di Bukit Botak.
6.     Pada hari tu lebih kurang 20 orang je yang membuat pendaftaran di kaunter Ulu Bendul (info daripada petugas kaunter)
7.     Kepada yang nak santai2 sangat sesuai guna laluan ni & takde la mendaki macam pesta / pasar malam.
8.     25hb Mac 2018 nanti wa free..I.allah layan trek angsi lagi sekali, cuma buat masa sekarang ni masih tak tau lagi laluan mana yang akan menjadi pilihan hati. Berminat nak lenggang2 sesama boleh roger2 wa >> FB Abe Garfu


Catatan Masa
0830    Pendaftaran                             0 minit
0835    ontrek                                     5 minit
0845    batang paip                              10 minit
0902    Pondok 1                                 17 minit
0916    Pengera                                   14 minit
0935    Jeram Kak Lang / Sungai 1       14 minit
0949    Jambatan Koyak                      14 minit
0955    Sungai 2 (rehat)                       6 minit
1005    bertolak                                   10 minit
1015    puncak 1                                  10 minit
1045    puncak 2                                  30 minit
1120    BUKIT BOTAK                          35 minit
1135    Rehat                                       15 minit
1150    Bertolak                                   15 minit
1215    PUNCAK GUNUNG ANGSIi      25 minit
1245    bergerak turun                        30 minit
1430    bukit putus                              1 jam 45 minit

Masa keseluruhan : 5 Jam 25 minit (3 Jam 40 Minit naik & 1 Jam 45 Minit turun)


By : Abe G / 4 Mac 2018

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.