Monday, February 26, 2018

Gunung Angsi via Bukit Putus (Solo)

Pintu masuk ke Gunung Angsi laluan Bukit Putus / Kaunter Pendaftaran Jabatan Perhutanan

Permit RM5/seorang

1st kena panjat anak2 tangga simen ni dulu

Bukit 1st

Bukit 2nd & Bukit 3rd

Coretan Pendakian

  1. Haluu.. hihi Sudah agak lama juga rasanya wa tak mencoretkan sesuatu kat sini. Selalu bagi peluang kat kawan2 jek.
  2. Ntah lah tetiba pulak kali ni terasa geli2 jari nak mencoretkan sesuatu untuk pengikut www.oranghutanmalaya.com. Korang layankan aje lah k hihi. Mana yang elok jadikan panduan & yang tak elok tu jadikan sempadan.
  3. Cerita bermula pada awal tahun 2018, bila rakan2 KOHM mula merancang untuk membuat pendakian ke Gunung Tahan pada April 2018.
  4. Hmm..tetiba plak nama wa muncul dalam list hahaha layann..
  5. Oleh kerana jadual aktiviti Penjelajahan Gua batu Maloi agak padat, jadi nak tak nak, wa terpaksa la juga curi masa training untuk maintain stamina yang tak berapa nak ada nih dengan melayan trek2 gunung yang berdekatan.
  6. [Pakej 2018 Penjelajahan Gua Batu Maloi - RM35/pax, Minima 15 pax *bayaran termasuk permit, sarapan, makan tengahari, guide – Kalau berminat boleh roger2]
  7. Trip kali ni adalah yang ketiga bagi tahun ni. (Kalau nak kira dari tahun2 yang sebelum, dah tak terkira dah berapa kali wa layan trek ni hahaha)
  8. Trip pertama tahun ni pada bulan Januari hari tu. Masa tu layan trek lenggang2 kangkung bertiga dengan Nuar & K.A. (K.A ada drone tauuu). Biasa la, bila dengan kawan2 ni kita banyak layan borak & ngutuk je sepanjang trek. Tau2 je dah sampai puncak. Tettttt.
  9. Kemudian trip kedua plak bersama permaisuri wa & anak2 (7thn, 5thn & 3thn). Bila?? Haha baru je semalam (24/2/2018). Bila dengan anak2 tau2 je la, bukan boleh layan trek sangat, banyak kena melayan diorang je laa. Takpe, lagipun sebagai pendedahan awal kepada diorang, terutama anak yang #2 & #3.. Anak yang #1 wa dah bawak naik sampai puncak Angsi dah tahun lepas.
  10. Hari ni 25/2/2018, wa layan trek solo sebab nak training. Peralatan pun bawa lebih kurang je, water bladder 2.0 liter, pisau, headlamp, powerbank, phone, gula2(masin2 sebenarnya hihi), roti, coklat, Flanil, Knee guard & tongkat sakti.
  11.  Awal pagi dah kejutkan buah hati wa & mintak dia hantar ke starting point Bukit Putus (mulanya ingat nak gi sendiri je hihi).
  12. Selepas pendafaran & bayaran permit (RM5) untuk memasuki Hutan Simpan di kaunter Jabatan Perhutanan, pendakian pun bermula lebih kurang jam 0825am dengan memanjat anak2 tangga simen. Kemudian diikuti dengan anak2 tangga tanah, mak2 tangga, bapak2 tangga tanah semua ada.
  13. Setibanya di papan tanda “KAWASAN LARANGAN – Kawasan ini adalah kawasan Hutan Tertutup. Tiada seorang pun boleh Hutan Tertutup melainkan dengan kebenaran Pengarah Perhutanan Negeri”. Wa dah bayar permit tadi, jadi wa dah bleh masuk la kan hihi.
  14. Dari sini kita dah boleh mula nampak betapa mencanaknya trek..sayup2 je hujung dia hihi. Itu baru bukit pertama!
  15. Bukit kedua pun lebih kurang jugak. Kembang kempis hidung dibuatnya.
  16. Sapa2 yang tak cukup oksigen tu memang akan berhenti beberapa kali jugak laa untuk mintak nyawa. Selepas bukit yang ketiga, yang canaknya tu lebih kurang juga, kita akan mula melalui trek landai dengan view pokok hutan yang syahdu mata memandang.
  17. Lebih kurang 25 minit (0850am), wa dah pun sampai di RnR (2 buah Pondok dengan bangku2 yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan untuk pendaki2 berehat..meriah dengan hiasan tanglung Tahun Baru Cina lagi..cantik!).
  18. Wa teruskan pendakian, 7 minit selepas tu (0857am), wa tiba di bangku yang ke2, berhampiran sebelah kanan bangku tu kalau sapa tak perasan, situ ada sumber air, mengalir kecik je keluar dari tebing tanah. Sapa2 nak dapatkan air mentah kat situ boleh la tadah terus ke dalam botol. Jangan lupa masak dulu airnya kalau nak minum.
  19. Dalam 2 minit perjalanan (0859am), kita akan jumpa 1 lagi sumber air, tetapi kalau tanya pendapat wa, wa tak galakkan ambik air kat sini, kenapa ye?? Hmmm..
  20. 0901am, 2 minit pendakian, akan jumpa bangku yang ke3, beserta papan tanda ‘Reservoir View’. Kat sini kita boleh la tengok permandangan lapisan silara hutan sejauh mata memandang.
  21. 22 minit kemudian (0923am), kita akan jumpa lagi bangku (ke4) dan 6 minit selepas itu (0929am), akan melalui kawasan Wild Boar Swamp yang dah kering.
  22. Kalau sapa2 nak berehat, selepas kawasan Wild Boar Swamp lebih kurang 1 minit (0930am), ada bangku (ke5) disediakan. Dan lebih kurang 1 minit lagi selepas itu (0931am), kita akan melalui kawasan trek ‘koyak’ (kalau lepas hujan mau lecak abis kat sini).
  23. Selepas 6 minit (0937am), kita akan jumpa lagi bangku (ke6) yang disediakan. Dan 6 minit kemudian (0943am), kita akan memanjat 1 lagi bukit sebelum sampai ke permatang yang berangin (kuat betul anginnya tambahan pulak musin angin sekarang nih).
  24. Dari situ, lebih kurang 2 minit (0945am), kita akan sampai ke Waterfall View [bangku ke7]. Namanya je waterfall, masa hujan bleh la tengok view ‘waterfall’ a.k.a hujan turun kat situ kot. Dan yang jelas boleh kita lihat dari situ adalah permandangan hampir keseluruhan bandar Seremban termasuk Senawang, Paroi dll.
  25. Kemudian kita akan memanjat beberapa bukit lebih kurang 15 minit (1000am) untuk sampai ke PUNCAK GUNUNG ANGSI yang berketinggian 825 meter.
  26. Kat puncak macam biasalah, semenjak dua menjak nih mana2 kawasan puncak gunung dah macam tapak ekspo dah. Sabo je lah.
  27. Anggaran masa pendakian ke puncak lebih kurang 1 jam 30 minit. Pace santai, slow & steady tetapi NON-STOP! (singgah pun untuk snap gambar je). Lagipun wa bukannya jenis jalan laju pun.
  28. Selepas snap beberapa keping gambar, wa mula bergerak turun. Duk lama2 pun bukannya ada kedai kopi kat atas nih hihi.. Anggaran masa untuk sampai ke starting point iaitu Kaunter Jabatan Perhutanan lebih kurang 1 jam 36 minit.. Aikk turun lagi slow dari naik?? Haha sebenarnya masa turun wa banyak meyantuni, bertegur sapa & berborak dengan group rakan2 pendaki lain.
  29. Jam lebih kurang 1136am wa selamat turun ke kaki Gunung Angsi. Sampai je kat parking buah hati & anak2 wa dah siap tunggu dalam kereta dah..Yahoo!
  30. Selesai trip Gunung Angsi (kali ke3 tahun ni).
RnR

Sumber air 1 (bangku ke2)

Papan tanda Reservoir View

Reservoir View (bangku ke3)

Bangku ke4 (abaikan uncle tuh k)

Papan Tanda Wild Boar Swamp

Wild Boar Swamp

bangku ke5

Trek 'koyak' - kering semasa panas, lecak semasa hujan

Papan tanda waterfall view (bangku ke7)

Permandangan Bandar Seremban

Bukit last sebelum puncak

Papan tanda Puncak Gunnung Angsi



Nota Tapak Kaki Kat Muka

  1. Bila mendaki bersama group, kita banyak layan borak je sepanjang trek & kadang2 kita terlepas pandang beberapa perkara kecik yang ada di sepanjang trek
  2. Bila sorang2 layan trek ni, segala mak nenek deria kita akan jadi lebih peka.
  3. Takjub, menghayati, memerhati, mendengar, memerhati, melihat, merasa….. & TERFIKIR.
  4. Ada macam2 ragam manusia bergelar pendaki ni rupanya. Dulu wa takde nak ambik pot sangat pun. Tapi bila sorang2 ni ragam2 tu macam ketara sangat di mata & telinga wa ni.
  5. Makin ramai dah mula suka ke hutan, mendaki gunung, tak kesah la samada kerana ikut kawan, sebab nak g selfie, sebab nak cari calon ataupun memang nak hirup udara segar dll... tension barangkali dah lama duk kat bandar.
  6. Tapi jangan pandang remeh hal naik turun gunung ni dik..persediaan tu penting. Serba sedikit ilmu pengetahuan pasal hutan, trek & aktiviti kena tahu. Jangan semua nak main redah je.
  7. Kononnya lu je manusia yang paling padu di alam semesta ni, semua benda lu langgar, asalkan lu sampai dulu.
  8. Kononnya lu je pendaki paling hensem/cun  dan bergaya dalam sejarah pendakian di seantero dunia
  9. Dik, pasang lagu yang konon2 peneman jiwa lu tu sebenarnya pencemaran bunyi di halwa telinga pendaki2 lain termasuk wa. Kuat plak tuh.. kalau iyepun pakai lah earphone lainkali. Kang wa tegur depan2 kang lu sentap.
  10. Plastik makanan, coki2 dll tu jangan ceritalah…terjatuh barangkali. Masuk dalam poket/beg dik kalau takde plastic sampah. (Apsal wa tak tolong pungut?? Wa tak kuadd, wa tak padu wakk..wa cuma pandai komplen je)
  11. Nak berehat kat trek tu ke tepi la sikit, bagi laluan kepada pendaki lain. Wa tau lu penat, tengok hidung lu kembang pun wa dah tau lu kurang oksigen. kang wa terpijak kepala lu kang lu mengamuk.
  12. Ada jugak gayanya macam OTAI lah sangat...otak mana otak??
  13. Bawa stok makanan ala kadar, bukannya nak buat kenduri kat atas sana..tak abis dibuang2 macamtu je. Membazir satu hal, ganggu diet hidupan liar pun satu hal.
  14. Gelak tu berpada2 la dik..takkan lu nak seluruh hutan dengar lu mengilai. Seram dik ooi..
  15. Sembang acah2 semua gunung ko dah tawan, cerita kat orang sebelah je pun..satu dunia bleh dengan suara ko dik. Lepas tu siap jeling2 lagi kat wa dah ko kenapa?? Lu nak mengayat lu punye pasal laa..
  16. Lain2..kalau wa ingat nanti wa tambah k


Catatan Masa
0825    Kaunter Bukit Putus                0 minit
0850    RnR [Bangku 1]                       25 minit
0857    Sumber Air 1 [Bangku 2]        7 minit
0859    Sumber Air 2                           2 minit
0901    Reservoir View [Bangku 3]      2 minit
0923    [Bangku 4]                               22 minit
0926    Bukit Pentipu                           3 minit
0929    Wild Boar Swamp                   3 minit
0930    [Bangku 5]                               1 minit
0931    Trek koyak                               3 minit
0937    [Bangku 6]                               6 minit
0943    Puncak Angin                          6 minit
0945    Waterfall View [Bangku 7]     2 minit
1000    Puncak G. Angsi                      15 minit
1015    Waterfall View [Bangku 7]     15 minit
1018    Puncak Angin                          3 minit
1027    [Bangku 6]                               9 minit
1031    Trek koyak                               4 minit
1035    [Bangku 5]                               4 minit
1036    Wild Boar Swamp                   1 minit
1040    Bukit Pentipu                           4 minit
1044    [Bangku 4]                               4 minit
1103    Reservoir View [Bangku 3]      19 minit
1106    Sumber Air 2                           3 minit
1107    Sumber Air 1 [Bangku 2]        1 minit
1115    RnR [Bangku 1]                       8 minit
1136    Kaunter Bukit Putus                21 minit
Total : 3 jam 11 minit (Naik & Turun)


By : AbeG @ Garfu / 25 April 2018

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.