Thursday, October 11, 2018

RS Pendakian Gunung Ledang 1276m


Buletin TNB Perlabuhan Klang Bil. 194/2018


Sunday, June 3, 2018

Crossing Gunung Tahan 2018 - Mission In Complish 7175 kaki



Guys… kita sambung citer… masa aku nak tulis sambungan ini… serius aku rindu… rindu dengan view sekeliling… entry akan penuh dengan gambar2…

25 April 2018
6.30 pagi aku bangun dan solat.. then baru kejut nad.. semalam dia penat kan… kemudian group2 chinese lalu untuk ke view Puncak Tahan… dalam 630 pagi tu mmg matahari dah naik… Alhamdulillah.. tetiba si dirul bangun dan kuar dr fly… dia pandang je aku…

“tak pegi tgk sunrise..? “ – dirul.. maybe tengah analisa mood aku…



aku geleng2… xmau.. malas nak kotorkan kaki.. nanti nak jugak kesana… then dia kejutkan abg yus n uncle… aku suruh nad follow diorg ke sana… aku tak berminat sebab view yang sama setiap kali aku naik ke puncak… cammana pun nak kena lalu situ gak nanti… lagipun aku pasti, situ ramai.. yalah group Chinese tu maybe dalam 20-30 orang.. jalan selut sket situ.. so aku is malas… lepas diorg pegi, aku masak air… pagi tu kami bekfes roti pita bersama-sama dengan rendang ayam… sambil2 tu aku masak nasi untuk buat lunch… lauk nanti fikir kemudian.. lagipun sambal ikan bilis ada, daging salai pun ada… masak ontrek lah senang… mood aku baik pagi tu…

lepas kemas, kami terus gerak ke signage Gunung Tahan.. amik gambar dan video… korang bleh layan pic je lah tau… video ucapan raya dalam insta OHM… check it out okay…






Lepas puas berpicture sakan baru lah kami gerak ke Kem Gedung… ikur perancangan kami akan terus ke Kem Teku… waaaahhhh… 22 km… huhuhuhu… trek menurun plak dan banyak halangan2 yang agak berbahaya…

Jam 10.30 pagi kami gerak ke Gunung Gedung… seriously aku nak bagtau korang… perjalanan dari Puncak Tahan ke Puncak Gunung Gedung sangat SUPERB… seriously… cuaca plak tak hujan.. SUBHANALLAH… serius cantik weeyyyyy….

“uncle, terima kasih sebab ajak saya datang sini…” – kata aku pada uncle padahal semalam dan 2 hari lepas aku kutuk uncle… hahahaha… kata2 aku di sambut gelak ketawa oleh nad, dirul dan abg yus… 

abg yus dan uncle mcm biasa jauh meinggalkan aku, nad dan dirul tapi kali ini tak jauh sangat.. sebab diorg dah mental… hahahahaaha… diorg plak xbawak air… last waterpoint sepanjang trek ke simpang padang-gunung gedung jer.. so aku tadah lah air untuk pendakian ini…



Kami stop kat simpang jalan antara Gunung Gedung / Kem Padang kul 1.40 petang… sementara tunggu uncle masak air, aku dan nad amik peluang panjat bukit belakang untuk lihat Kem Padang yang dikatakan lapang seakan-akan lapangan terbang… kat situ ada pondok yang berwarna merah.. hahahaha toilet… lepas amik gambar, kami turun semula… lunch kami, nasi putih, ayam masak kicap dengan sambal ikan bilis bersama-sama ulam kobis jepun… licin nasi tu… lapar lah.. pagi tadi makan roti pita jer…

“nad.. jgn membuang ontrek” – dirul memekik… hahahahahahaha… aduyaiiii…. nad.. nad… lagipun tak boleh nak salahkan nad… dia bukannya tahu trek mana nak ke gedung… hahahahaha…




Kul 2.45 petang, aku ajak nad gerak dulu… memandangkan uncle, abg yus dan uncle duk lepak2 lagi… seriously… view sepanjang trek ke Gunung Gedung tidak menghanmpakan kami… aku berkali-kali ucap syukur… kami melalui bangkai kapal terbang yang terhempas atau meletup sewaktu zaman dulu… uncle n abg yus dah letak bag kat batu yang disusun seperti tempat peringatan anggota tentera Australia itu bersama-sama longgokan bangkai kapal terbang… waktu itu jam menunjukkan 4.15 petang… aku ingatkan diorg nak take five… hurmmm..






 Duk tengah bincang bagaimana kapal terbang milik Australia boleh terhempas, uncle bangun g jenguk2 sekeliling..

“kat mana enjin kapal terbang ni… mesti ada….” – uncle bangun dan turun kebawah sket..
“itu la… aku pun duk fikir2 gak… tgk macam bangkai2 ni bersepah ni… bukan terhempas ni..” – abg yus
“bangkai-bangkai ni pun diorg kutip sket2 dan letak kat sini…” dirul…


Selamba 3 orang lelaki ni menjalan misi mencari enjin kapal terbang pulak… diorang bangun sambil bincang-bincang itu lah inilah… pastu tinggal beg diorg kat aku ngan nad yang memerhati… lepa nak pi mana pulak…turun ke bawah, panjat sket plak… semata-mata nak cari enjin kapal terbang… sempat aku dengar bila uncle cakap:

“klau terhempas takkan berselerak macam ni… merata-rata bnagkai ni… mesti dia bawak bom…” – uncle sambil pandang-pandang aku…hahahahahaha…


Tinggal aku ngan nad kat atas tu apa lagi… video n bergambar ler…. Hahahahahaha…



kul 5 petang kami gerak turun ke Gunung Gedung yang rata… yup kami akan bermalam disitu.. perancangan nak tdo kat Kem Teku, diabaikan… hahahaha…. view cantik dan SUPERB telah mematikan niat kami konon2 nak bermalam di Kem Teku… hahahahaha…

Alhamdulillah kami sampai ke Puncak Gunung Gedung dengan ketinggian 2066m pada jam 6 petang… letak beg, pasang fly.. terus semua pakat2 g mandi kat air terjun.. Cuma kena turun sket… halamak… malasnya… aku layan kan je diorg semua nak turun mandi, amik air…

10 min jalan turun jumpa simpang.. ada signage waterpoint sebelah kanan… kalau terus akan ke Kem Padang… huhuhuhu…. Xmo lah… pada mulanya aku ingatkan dirul nak ajak g toilet merah kat bawah iaitu Kem Padang… huhuhuh… whoaaaa… tak nak lah aku…

Air sungai bersih lah… so lepas tadah air, aku dan nad mandi dulu… aku tak mandi cukuplah basahkan setengah badan.. dan lap2 atas badan.. means tak betul2 mandi la…. Sejukkkk…. Hehehe… then kami berdua terus angkut air setakat mana mampu…


Sampai atas, aku terus tukar baju dan solat dulu… then masak air… untuk dinner tengah2 fikir lagi nak makan apa malam tu… so malam tu, sambil-sambil tunggu nasi masak, kami kumpul balik barang2 makanan yang ada… huhuhu… wahhh banyak lagi ration kami… so decide menu malam ni… nasi putih, sayur goreng, daging salai goreng kicap, ikan kering goreng… malam tu makan berselera jugak… masing-masing menambah… hahahaha…




lepas makan, ingat nk layan view kat luar tapi… sejuk punya hal…. Takde nye aku… yang rajin keluar abg yus n dirul sebab diorg duk tepi sana… uncle dah masuk dalam sleeping beg… diikuti oleh aku dan nad… itu pun selepas nad menyapu-nyapu losyen dan segala balm kat tempat-tempat pacat yang serang kami masa fisrt day kami masuk… hahahaha… tak lama lepas tu dirul n abg yus masuk semula… diorg xjadi lepak sebab kabus dan angin yang agak kuat… risau gak takut2 fly kami terangkat.. hahahaha…

pagi esok comfirm2 view sunrise cantik... hahahaha... aku nak tdo... daaaaa....  





Friday, June 1, 2018

Cossing Gunung Tahan 2018 - Risiko Bonsai View

Assalammualaikum… Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan Al-Karim… KOHMrian… yuk kita teruskan dengan report kita… phewww….
_____________________________________________________________________________________________

Pagi esoknya… 24 April 2018 macam biasa.. 6 pagi aku dan nad dah bangun keluar fly.. then menunaikan tanggungjawabku… sambil itu, nad masak air… tugas utama nad untuk pendakian ini adalah buat air… pagi tu abg yus awal2 lagi request nescafe… pagi tu kami makan nasi goreng… untuk lunch kami ada nasi goreng telus campur pekasam…  dun’t worry… so hari ini perjalanan akan menuju ke Puncak… InsyaAllah tido puncak…. Macamana pun kami kena jugak tido puncak memandangkan kami dah delay 1 hari dari perancangan… ikutkan malam ni kami akan lepak di Puncak Gedung.. malam tadi lepak di Bukit Botak atau Puncak Tahan… tapi memandangkan semua dah agak mental2 cap ayam, so kena mengikut kesesuaian… hehehehe…


Lepas makan kami mulalah kerja2 yang paling malas adalah packing bag… huhuhu… dan aku lah paling lambat sekali siap… well bukan ada orang nak kisah… hehehehehe… so chillex… wokeh kita warm-up dulu dengan iringan lagu.. wahhhh… masing2 ikut lagu buat senamrobik yang diketuai oleh uncle… hahahahahaha…. Klau korang nak tengok video tu… korang bleh tgk kat Instagram oranghutanmalaysia… kihkihkihkihkih….

Hari ini kami target lunch di Puncak View… walaupun dirul ckp dah tutup, tapi aku nak naik gak sebab… nanti aku citer k… so pagi ni macam biasa uncle dan abg yus mendahului… aku, nad dan dirul follow dibelakang… kami gerak awal skit hari ni iaitu kul 9.00 pagi… hehehehe… so trek nak ckp mencanak macam semalam tak lah sangat tapi masih lagi menggunakan kudrat kami…. Bila galas beg, berat sama jer… tak kurang-kurang… hahahaha…. 



Alhamdulillah kami sampai Kem Berlumut jam 9.50 pagi.. kali ini barulah aku minum air best dirul.. tu tinggal sket jer… keadaan kem berlumut dah tak macam dulu aku naik… lapang dan terdedah dengan angin… klau dulu, kem ini dilitupi dengan pokok lagi… yang pasti ada sepasang burung yang setia di situ sekiranya ada pendaki yang lalu, mesti ada habuan makanan untuk burung tersebut…

Then 5 min kemudian, kami terus gerak… kami akan singgah Bukit Bertali untuk mengambil air… sebab itu adalah waterpoint sebelum Bukit Botak… kami jugak berharap, hari cuaca cantic dan tak hujan… huhuhuhu…

Kami sampai kat waterpoint bukit bertali jam 10.49 pagi… refill air dan meneruskan perjalanan… memanjat trek nak ke Bonsai ini memerlukan kesabaran mental… awal2 dah kena manjat tali.. huhuhu… tetiba…

“kodok,  panggil dirul… ada roadblock plak….” – uncle
“sapa buat…” - aku
“si kapak… si yus tak perasan lah tu… aku pun puas ngelak… ni dia duk tengah2 plak… panggil dirul…” – uncle

Aku pun patah balik turun sket… keloiii dirul untuk dekat dengan aku… hahahaha… aku tgk dia macam tak cukup nafas bila berjalan laju ke hadapan… nad dia tinggalkan kat aku…

“jangan tinggalkan dia.. pastikan nad ada ngan ko…!” – dirul (aikkkk…. warning ke apa) aku senyum2 pandang dirul ngan nad… hahahahahahaha….. nad sengih2…

Lepas dirul alihkan si kapak tu, barulah aku lalu trek tu… tu pun tahap berjaga-jaga… lepas roadblock tu, aku nak pegang kayu atau nk sentuh apa2 terus tarik balik tangan aku… huhuhu… takut… sepanjang aku mendaki seumur hidup aku kan… ini lah kali pertama terserempak ngan binatang yang berbahaya… huhuhuh….

Sampai satu simpang ke kiri mendaki tapi ditutup… ni trek nak ke puncak Bonsai View… huhuh.. nape tutup…. Wooooo… uncle ngan abg yus dah jalan ke depan, letak beg… aku terus panjat trek ke puncak Bonsai View.. untuk lunch kami kan lepak situ… pastu barulah aku tanya..

“nape tutup..?” – kodok
“lama gak tutup, tahun lepas tutup… tutup kepada group yang ramai… “ dirul

Aku hanya pandang dirul seketika… pastu barulah…
“ditutup untuk group2 yang besar…. Klau ramai2 sangat yang duk panjat pokok ni macam ko, tak ke boleh jatuh kat gaung tu… sapa nak turun selamatkan ko… hehehe..” – dirul..


Wahhhh.. sempat lagi dia gurau kasaq nooo… oklah let me explain. puncak Bonsai View ni adalah puncak wajib pendaki naik klau naik tahan okay… puncak view tu ditutup untuk mengelakkan risiko kemalangan… tahu kenapa… kat puncak view tu ada pokok bonsai yang selalu sangat pendaki2 suka panjat tidak terkecuali aku… yaaaa aku memang akui, pantang je sampai pincak ni, mmg aku panjat dulu… dahan pokok tu plak naik ke arah gaung.. ngam-ngam kukuh di tebing gaung tu… so klau ada pendaki2 yang lalai, nasib kurang baik dan seangkatan dengannya, angin kuat ke apa ke, pasti akan jatuh gaung tu… so jangan korang tanya plak aku, klau jatuh hidup atau tidak..? huhuhuhuhu… 


 Lepas amik gambar, video dan lunch, kami gerak ke Bonsai… oh ya nak mention, hari ni perjalanan kami ada group yang akan selisih ngan kami… diorg pun dalam perjalanan dari Kem Kor ke Bukit Botak… hahaha… Chinese semuanya… yang menyaingi kami 4 orang uncle2 yang agak berusia… tapi diorg xnaik la ke Bonsai view... diorg jugak amik porter… kami lepak ngan diorg di Bonsai (1750m) … dan ada seorang guide / poter yang sudah melalui kami… aku tak pasti… lepas makan jajan dan apa2 sepatutnya, kami gerak dulu… kemudian barulah uncle2 tu follow… masa di Bonsai, masing-masing duk tanya kami… bape jumlah berat beg… huhuhu… yalah memandangkan kami tak amik porter seperti diorg… kami kan pendaki tegar… beg berat tu biasa2 je… jawab uncle… kuikuikuikui…


uncle dan abg yus laju tinggalkan aku, nad dan dirul… aku layan je… sebab xmo kena beletiaq lagi ngan nad… plus, aku nak menghayati view yang cantik… serius… trek nak menuju ke Bukit Botak, serius cantik.. detik hati aku… view tidak berubah pun dari 2010, 2012 dan 2016 yang aku panjat… korang…. Lain gunung, lain view dan lain feeling… aku panggil supaya cepat sket jalan tu… rugi view cantik… dia aku tgk dah pewai, mental pecah… dan slow giler jalan dia… hahahaa… tapi aku nak push jugak2…



puas jugak nak push nad supaya jalan laju sket… dari jauh aku dah Nampak uncle n abg yus… keloiii uncle… panggil aku… hahahahaha… kami take five kat Bukit Botak dengan ketinggian 1947m pada jam 5.00 petang..  bila guide uncle tu bagi air teh o panas pada kami… dirul tu rasanya akan lama2 kat situ, so aku ajak nad teruskan pendakian ke Puncak Tahan… setengah jalan, aku dah tak nampak abg yus ngan uncle… huarhhhh diorg dah sampai puncak… huhhuhuhu… hujan turun bila kami tgh lepak amik nafas…  seminit je… pastu muncul dirul… dia segerakan kami untuk berjalan laju.. hujan turun agak lebat memandangkan keadaan kami terdedah dengan bahaya sekiranya ribut petir… huhuhu… ngam-ngam sampai puncak, hujan dah berhenti…



Alhamdulillah.. sampai jugak puncak Gunung Tahan dengan ketinggian 2197meter pada jam 6.30 petang… aku usha abg yus dan uncle yg buat2 sibuk pasang fly… hahahaha…. malam tu aku mental sebab dua org tak tggu aku… huhuhu.. aku jalan menuju ke telaga air... aku dan nad pegi dulu, dirul follow kemudian… sebab nad kena basah kepala nya memandangkan main hujan siang tadi… aku pun kena mandi gak sket buat syarat… sejuk aku tolak tepi…

tgk air tadahan ada macam xde… tggl sket… dirul suruh aku amik air tanpa kacau geledak di bawah… huhuuhuhu… lepas amik air, tukar baju… solat dulu… qhado balik solat jama’.. huhuhu… then aku nak tdo… walaupun perut lapar, tapi sebab mogok nye pasal, sanggup aku berlapar… so malam tu uncle masak… uncle masak ration je… nasi beriani kambing…

“kodok, makan…” – uncle.. aku buat2 tak dengar.. sekali lagi uncle panggil…
“xkut… malas nak makan…” – keluar suara mogok aku dah..padahal xmogok pun lepas solat tadi…
“makan2, tu pewai ke apa.. nanti sakit… makan sekarang! ” – tone dirul agak tinggi…

Beralah.. aku makan sket jer untuk alas perut jer… setengah pun tak sampai… pastu nasi n kambing tu aku bahagi2 kat pinggan diorg.. haaaaa…. Mood aku xbape best… dirul buat the o laici panas… air kemenangan… penat dia pikut tin laici tu… teringat aku dulu2… sanggup bawak botol sos cendawan untuk masak spaghetti untuk garfu, kek G7 dan air twister untuk group KeReXs UiTM Kedah… hahahaha… masa tu gagah perkasa lagi…

“nasi beriani jer…. sepinggan jer… nad lapar…” – nad bunyi bila dia puas bisik2 lapar2 kat aku… hahaha…



Hahahahahahaha…. Tetiba nad bersuara… then aku buat tak layan… so dia pun terpaksa redho tapi nanti aku teman dia makan Maggie… kihkihkihkihkih… malam tdo puncak, aku dan nad berhammock… yang lain tdo fly… dalam kul 10 malam macam tu, nad amik maggie, periuk kecik.. aku tak turun dari hammock sebab malas… so bantu nad masak Maggie.. dia first time guna stove dan lain2… dari jauh kami nampak ground bergerak2… hurmm.. nad ckp tikus… aku pun mintak nad angkat hujung2 ground dan tutup makanan serta beg bawah fly tu… yalah… walaupun makanan semua dalam begpack, tapi takut gak dia lubangkan bag tu… barang2 makanan dalam beg aku mmg aku keluarkan dan letak dalam hammock aku… risiko tinggi biar mcm tu… menu nad malam tu Maggie ayam+kari+daging salai… hahahaha… 2 bungkus… pastu barulah aku dengar dia dengkur… tido dalam kekenyangan… dengkur bawah fly dengar2 jugak tapi... mogok nye pasal so xmo ngusik… hahahahaha


Malam tu aku xberani atau kata lain mmg aku tak boleh nak tido… ntah… sebab sejuk kot… 




Wednesday, May 30, 2018

Crossing Gunung Tahan 2018 - Hulur Beg


23 April 2018 - Jam 5.30 pagi mcm biasa aku dah terjaga… sbb tak boleh tdo sangat bila hujan turun… hurmmm… kul 6.30 pagi tu, dalam kemalasan aku bangun… g sungai ngan nad, membuang dan amik air solat.. masak air dulu then solat bawah fly uncle… so uncle n abg yus, nak tak nak kena bangun… kihkihkihkih…


Pagi tu bekfes nasi goreng tomyam… then lunch pulak, aku tapaukan bihun goreng… hik hik hik hik.. bila nasi goreng dh siap, kami bekfes sama-sama angkat tangan baca doa… makan… nasi goreng dan air kopi o panas… kemudian lepas makan. Kerja-kerja membasuh bukan aku dah… aku terus nk turunkan fly, hammock…. time to packing… serius slow aku pack… kul 9.15 pagi, dirul ours guide beri sedikit taklimat perjalanan pagi ni… hahahaha…
Jam 9.30 pagi kami gerak ke Kubang… target lunch di Kubang… hahahaha…uncle ler… target lunch Kubang lah sangat… dia tak tau bape puncak tipu nanti dari Permatang ke Kubang… hahahaha… abg yus laju ke depan, disusuli uncle, aku, nad dan dirul last sekali… lagipun kami 5 orang bukannya jenis berpecah-pecah… jalan mmg hingat kawan di belakang… iye keeeee? Hik hik hik…

“hangpa tinggai kami kat belakang…” – nad

Lepas je melepasi sungai di Kem Kor…. Haaaaaa ngadap ler bukit kembang hidung… huhuhuhuhu… trek memang mencanak… itu lah awal perkenalan mencanak sebelum sampai ke Permatang… hahaha… serius… abg yus yang sesekali aku memotong tapi jangan harap aku nak duk depan… xmo lah… I is takut, walaupun dah beberapa kali aku ngadap trek yang sama, dalam hutan yang sama dan last aku naik 2016 tetap jugak aku xberani nk duk depan… uncle di belakang ku… nad di belakang bersama dirul… beberapa kali jugak aku berhenti dan memanggil abg yus untuk stop dan mintak uncle rapatkan saf sambil tunggu nad dan dirul yang tak jauh sangat pun dibelakang… sebab ada ‘bau-bau’ maybank… so korang rasa….


lepas settle setting beg, kami meneruskan pendakian… target lunch di Kubang.. hurm tak pasti kul bape.. hahaha… pendakian kami jugak kadang-kala terhenti bila “bau” maybank mengamit perhatian hidung kami… keadaan cuaca pun tidak begitu menyebelahi kami kerana sudah Nampak pokok-pokok hujan.. line up kami abg yus, uncle, aku, nad dan dirul… masih sama… Cuma aku tak lah tinggalkan si nad memandangkan dia duk beletiaq kat aku sebab aku tgglkan dia… hahahahaha… masa hadap trek pacak tu, beberakali abg yus berhenti… dan panggil kami naik…

“kodok, cepat sket…” - uncle
“nad, hulurkan beg tu… meh hulurkan beg tu…” - abg yus

Hahaha… hampeh abg yus…bleh plak dia buat lawak tgh2 nad mental…. Ngek… nak hulurkan beg camne kawan tu jauh kat bawah… dirul gelak dengar kata-kata abg yus tu… hahaha… rare!


kami lunch on trek… hahahaha… uncle dah bunyi laporr… kihkihkihkih… uncle bukak beg, dan aku panaskan bihun yang aku masak pagi tadi… huhuhu…. Hujan turun bila kami tengah pack nk bergerak teruskan perjalanan… sib baik… huhuhhuu… masing2 dah kuarkan baju hujan yang santik kecuali aku… sebab aku M.A.L.A.S… nak main hujan… yang penting bagi aku adalah beg… dalam perjalanan banyak jugak kami berhenti sebab bila dah hujan ni, trek licin.. so kena berhati-hati… 


Alhamdulillah.. kami sampai Kem Kubang dengan ketinggian 1406m, 3.30 petang… hihihihihi… letak beg… huarghhh…. Hujan pun baru berhenti… aku dah pandang uncle… nak teruskan perjalanan ke Botak ke….? Atau nak tdo Kem Berlumut… “klau uncle tanya aku, aku nak tdo kubang.. hehehe” – hati aku laaaaa… pastu aku pandang dirul, macam tau2 je jawapan aku… pastu semua pandang aku…

“camne kodok…” – uncle… hahahaha… kan aku dah cakap…
“hurmmm… klau tdo berlumut, tempat tu dah tak bape nak SAVE sebab pokok2 nye dah takde,.. sumber air plak tak pasti kering atau ada.. Cuma kaler nye kureng best, warna tea o pekat.. so saya follow… betul tak dirul…?” – aku… dirul angguk..

”lagipun klau nak teruskan ke Botak, maybe kita sampai tengah malam… tak digalakkan OT…” – dirul… “lepas berlumut, kita kena hadap satu lagi trek mencanak-canak-canak dari bukit tali ke Bonsai… Bonsai plak xde air…” – cepat2 aku menambah.. nak kuatkan alasan supaya malam ni TIDO Kem Kubang… hahaha…

“klau kita teruskan perjalanan gak uncle, tak dapat tgk view kat puncak view” – aku tambah alasan kukuh sambil pandang dirul… hahahaha…

“oklah, tido kubang malam ni… kita rehat awal… esok kena gerak awal…” – uncle… bab KENA GERAK AWAL tak boleh percaya… kihkihkih…

so malam ni kami tdo umah teres sebilik katil lain-lain.. aku awal2 parking tengah2 sebab takut nak tdo tepi… lagipun lebih selamat dari tempias hujan… muahahahahaha… so apalagi setting fly ler… habih setting,

“sapa nak turun amik air.. nak masak ni..” – aku tanya…

pastu kami bleh plak gaduh2 sapa nak turun amik air… dirul as a guide memang wajib le dia turun… aku…? Memang tak laaaaaa… bukannya apa… aku tahu azab nak turun tu… naik angkut air xde masalah… nk turun tu aku fikir 10 kali… kekekekeke… so yang turun dirul, nad n uncle… abg yus sambung kemas apa2 yg patut dan buat anggun api… aku buat cucur ikan bilis… buat air tea o panas… uiks… lamanya diorg ni turun…. aku ngan abg yus lepak minum petang dulu…

akhirnya diorg muncul jugak… riuh bercerita…. Hahahaha.. penangan amik air kat kubang… jauh hooo…. Nak turun satu hal… naik lagi lah satu hal… tapi Alhamdulillah.. diorg angkut air 15L klau tak silap aku… untuk solat, lap2 sket… hihhihi… aku terus bangun cari pot tukar baju, dan terus amik wudhu… begitu juga nad… lepas kami solat, giliran abg yus, uncle dan dirul plak settlekan diri masing2… pastu kami menyambung minum petang.. Alhamdulillah… sambil2 tu prepare menu makan malam… nasi putih, ayam masak kicap, sayur campur… nad ngan uncle mcm biasa membantu chef kodok.. abg yus n dirul lepak bawah fly… nape tak lepak sekali… huhuhuhuh…. Hujannnnnn!


Lepas maghrib, kami terus siap2 untuk makan malam… baca doa, terus ngap… diam.. menghayati makan malam yang sememang sedap… ke LAPAR… hahahaha…

“apsal semua diam ni… sejuk sgt ke..” – aku pandang dirul ngan abg yus….
“tgh hadap makan, mana leh cakap..” – uncle…

hahahaha… pastu barulah bunyi suara… lepas makan, aku dan nad kuar cuci sket2 pinggan dan uncle kemas2 kawasan dapur kami… cuci ngan air hujan mmg cemerlang sejuk nya… wuuuuuuuu… lepas solat jama’ aku dan nad masuk bawah fly…

Kat Kem Kubang ni mmg sejuk… tapi kejup tu panas plak… then sejuk… aiyakkk… seb baik sleeping beg aku jenis bulu iti angsa so.. ianya sangat membantu aku… kaki aku lapik dengan beg aku supaya aku dapat bernafas dengan baik dan keselesaan amat penting bagi kaki… huhuhu… penat dia menampung berat badan dan kaki aku… sooo sayangilah kaki anda… hikhikhikhikhik…

Orang yang paling tdo dengan nyenyak adalah nad… hahaha… macam xde pape… uiks… jeles aku.. orang kedua adalah uncle… wooooo… aku tdo2 ayam… huhuhu… perasan gak abg yus, dirul pun xberapa nak lelap sangat… hurm… aku pun tak sedar kul bape aku terlelap… jam kul 5 automatik aku terjaga…

“when tomorrow comes, I’ll be on my own, feeling frightened of, the thins that I don’t know,, when tomorrow comes… when tomorrow come… when tomorrow comes….” – Jessie J


To be continued….


Sunday, May 20, 2018

Trip Crossing Gunung Tahan 2018 - Mental Sliper / Sandle vs Kasut

hehehe... korang... klau nak baca journal yang aku tulis kena prepare mental tau... jangan jadi macam penulis tau... hahahahaha.... yuk kita sambung...

22 April 2018
Fuhhhh… pagi ini kami akan bergerak masuk ke Sungai Relau… kat Taman Negara Sungai Relau,  kami perlu melalui prosedur biasa iaitu declaration barang seperti plastic, baju, gas dan kasut serta tin… yalah berapa banyak yang kami bawak, jumlah itu yang perlu kami bawak keluar… kihkihkihkih…. Owh ya.. untuk maklumat WET TISSUE ADALAH DILARANG SAMA SEKALI.. so klau lepas ni sapa yg nak naik gunung tahan, jgn bawak okay… TISU KERING xde masalah…. Hahahaha…

Selepas sarapan, usyar makanan untuk kami tapau, kami lepak dulu sambal tunggu guide hemsem yang tak kunjung tiba… kami bergerak ke stesyen keretapi dulu lahh… mengimbau kenagan masa dulu2 naik train ke merapoh klau nak naik gunung tahan… dan jugak naik train ke Gua Musang bila layan CUS… 


Dah puas amik gambar, kami balik ke kedai yang kami bekfes tadi… tengok dah disediakan lunck pack kami, dan guide tgh makan… hahahaha… for sure dia lewat… jenuh leeeee…. Kul 9.00 kami gerak masuk ke Taman Negara Sungai Relau… jumpa lagi aku dengan en Jaei… hahahaha… masa ni lah aku nk pujuk untuk lepas kan aku bawak wet tisu, xde maknenya dia nak lepas… hahaha… dia sanggup balik amik tisu kering bagi kat akuu… mengganti kan tisu basah tu…


Setelah declare apa2 yang patut, kami naik 4WD untuk masuk ke Kuala Juram… 30 min gak le… sampai Kuala Juram jam 10.45 am tak silap aku… kami layan lah dulu ikan kelah memandangkan nanti tak jumpa dah ikan kelah tu… huhuhuhu… yalah keluar nanti di Kuala Tahan… so naik jalan lain, turun jalan lain… huhuu… dari 10 min jadi 30 min bila guide ckp “awal lagi”…. hahahaha… 

kat sini lah bermula drama... konon2 lepa yang tangkap ikan kelah tu... pastu duk cari plak ikan kelah kaler merah...  hahahaha... gelagat ni bukan kami tau... "orait.. yuk kita cari ikan kelah merah dulu.. awal lagi ni...  " - dirul... 

aku pewai dengar... adeh.. bila nak sampai Kem Kor ni... 


Jam 11.30 baru kami mula masuk… dari Kuala Juram kami akan menuju ke Kem Kor… dari sini kami akan layan 8 sungai dan melalui Kuala Luis dan Lata Luis sebelum sampai ke Kem Kor… jarak perjalanan adalah 13.5KM dan masa lebih kurang 5 jam…


Uncle pakai sandle je, abg yus, aku dan nad mmg pakai kasut hiking walaupun tahu akan melintasi sungai… dirul jugak berselipar… adehhh… mental kejup aku… cabaran kot…. Sebelum masuk, kami baca doa dulu… mohon agar perjalanan kami dipermudahkan dan selamat keluar kembali ke pangkal jalan dan jadi manusia yang bertamadun.. aameen…  dalam perjalanan kami sempat bertembung dengan trip lain yang akan keluar hari ni dan aka nada satu group di Kem Kor….


Cer korang tengok picture atas… eh silap.. abg yus pun pakai… oh my my my..  huarghhh… jeles… aku tak bawak sebab xnak memberatkan beg… huhuhuhu…

sepanjang merentasi sungai, mata aku memerhati sliper dirul... wah selambanya... tak licin, tak de pape... mcm mempunyai cekauan pada batu, dan tanah sepanjang kami berjalan.. adehh... aku kan klau bab2 org pakai sliper mcm tu mmg buat aku mental.. stress... huuhuhu... harapan gak if klau ada orang jatuh semasa merentasi sungai tu kan.. then basah... hahahaha... aku nak gelak.. SERIUS aku nak gelak... 

Finally kami sampai Kuala Luis jam 1.40 tengahari dengan paras ketinggian 306M… lunch lah dulu… lapar kot lagipun dah pukul 1.40 tengahari.. dalam pada itu kami terserempak dengan group abg zul.. guide by abg zul… hahaha… cepat benar dia kenal muka aku dan still ucapan yang sama… “turun sini tak hello2..” hahahaha… lepas sembang2 kejup, dia meneruskan perjalanan ke Kuala Juram dan kami…  time to lunch... hahahaha… apa sangat org nak kisah kan… 

jam 2.45 petang kami pun gerak meneruskan perjalanan ke Lata Luis… dan sampai Lata Luis jam 3.20 petang dengan ketinggian 558M… sebenarnya kami tak lah penat tapi dengan cuaca panas kami “terpaksa” lepak jup, si nad g toilet… pekena air best kaler hijau milik dirul… bukan apa… nak meringankan beg jer… lagipun cuaca amat panas kan.. huhuhuhu…. 

Kami meneruskan perjalanan ke Kem Kor… huish… bila nak sampai2 ni… adehhh… tetiba abg yus meluru jalan tak hingat… plouuup.. jatuh ‘gaung’ kecik… hahaha… itulah… tahu lah penat.. cer sabar… sia-sia je kotor... hahaha…


Alhamdulillah… kami sampai di kem kor jam 4.55 petang dengan ketinggian 750M… uiks awal sehhhh… masa kami sampai dah ada satu group yang tgh lepak kat kem kor… tapi macam 3-4 orang jer… maybe yang lain belum sampai lagi kot… hehehehe…

So letak beg, bukak kasut… nad dan aku meluru mandi dulu… abg yus, uncle dan dirul setting hammock, fly dan tempat masak… then kami ubah duk diatas sket memandangkan esok mudah trus gerak ke Kubang… kononnya lebih dekat laaaa dengan laluan tu,,, hahahahaha… esok citer trek mencanak… huhhuhuhuh… so lepas aku dan nad mandi, terus masak air, masak nasi untuk dinner… lepas masak air, bagi si 3 orang tua tu makan, mudah aku dan nad cari port untuk tukar baju… hehehehe… lepas tu solat jama’ then setting makan plak… sambil2 tu nad menghadapi serangan sakit kepala… huuuuuu… lama dia tinggalkan dunia hiking.. tu pasal jadi begitu.. kih kih kih kih kih kih… dia makan biskut cicah air the o, makan ubat then boleh dia tido kejup… lagipun masih awal lagi.. amik gambar kat signage Kem Kor…? Tak pun… aku malas… lagipun dah banyak kali amik… kodok aku xmo kuar dan mengotorkan diri… kodok aku yg baru ni mmg pemalas sket… nak tunggu puncak baru duk terhegeh2.. hahahahahaha…. 


So masak lah aku sorang2 dengan resepi suka2 hati aku… kihkihkihkih… menu kami malam tu nasi putih, tomyam ayam plus sayur, n telur dadar… nad makan sket je... maybe perut tak bape selesa… then sambung tdo… jam 9.00 malam mcm tu dia bangun dan sambung makan… hahahaha… panaskan tomyam, dan lepak2 ngan uncle n abg yus… kami mengendap bawah fly dirul, dia xde… comfirm dia g lepak bawah fly abg aki (guide) yang bawak group depan kami ni… hehehehehe… kul 10 suku mcm tu… aku nak tdo..  tdo awal… lagipun kepala aku pun duk berat sebelah gak… hahahahaha… esok nk kena cergas bangun awal, bekfes dan buat lunch lagi… then esok nk kena hadap Bukit Kembang Hidung…. hahahahaha… korang nak tau bukit apa itu kembang hidung, so kena mendaki ler…. Hehehehehehe…


 Jam 4.00 pagi tu aku tersedar… sebab hujan.. huhuhu… terus hulur tangan dari hammock tarik ground supaya tutup beg masuk bawah fly dari terkena air hujan.. Alhamdulillah… hujan tak lah lebat sangat… huhuhu… klau tak, mmg aku angkat beg masuk dalam hammock aku ler jawabnya… kihkihkihkih…  sambung tdo….? bleh ker… ntah… 

to be continued... hehehe... 




Wednesday, May 16, 2018

Trip Crossing Gunung Tahan 2018 - macam2 hal

uish... blog kelab aku hupdate... cuma blog sendirik lama sudahhhhhhh lamaaaaaaaa tak hupdate... last tahun 2016...huarghhhh... uhuhuhuhuhu.... nak kata busy, YES BUSY... tapi itu semua ALASAN! okaylah.... kali ni aku nak hupdate trip yang hampir-hampir CANCEL dan tak jadi tapi alhamdulilah... berjaya...

the begining was pada awalnya surat permohonan trip kepada Jabatan Perhilitan Merapoh (Taman Negara) telah dihantar.. tarikh yang dimohon adalah 26 April hingga 3 Mei 2018 kemudian di'reply' tarikh tu full.. so kitaorg decide pegi 22 hingga 30 April 2018.. alhamdulliah diterima... peserta plak dari 15 orang pun mula-mula ramai... duk fikir nak kena amik 2 orang guide... kemudian memandangkan trip lama sangat, so ramai plak yang menyerah dan tarik diri sebab hal-hal yang tidak dapat dielakkan..

Pada awalnya trip sudah dirancang 5 tahun yang lepas... yaaaa percayalah dan tahun ni baru bleh proceed... trip ini akan bermula dari Merapoh (Kuala Juram) dan akan berakhir di Kuala Tahan.. dan kami akan plus 2 hari untuk masuk ke Air Terjun Four Step... so trip pada asalnya 7 hari akan bertambah kepada 9 hari... huarghhh mmg sungguh tidak bertamadun lah kami nanti... so walapun 9 hari, kami kena tetapkan 10 hari sebab jika hujan lebat, air sungai naik di Kem Teku / Kem Putih, kami tidak boleh meneruskan perjalanan... so macam-macam boleh berlaku... huhuhuhuhuh...

21 April 2018
aku dan nad gerak dri umah jam 5.30 pagi… kami singgah di RnR Tapah untuk bekfes dan sewaktu dengannya… masa tu jam 8.30 pagi.. bekfes kami pagi tu bihun sup, mee hitam… aku cukup lah nescafe… rehatkan otak kejup… then 9.30 kami menyambung perjalanan… plan kami nak singgah Decathlon… aku…? Nak cari rain cover, stoking tebal, rain coat dan hydration pack… huhuhuhu… entah camne la aku terlupa pun aku tak tahuuu…. Nad pulak sempatlah menyambar beberapa barang2 yang di perlukan jugak… excited dia first time pegi decathlon… hahahahaha…

Kul 12.30 kami gerak ke TBS… janji ngan uncle dan abg yus, jam 1 tengahari di TBS untuk check barang2 yang tak perlu bawak… huhuhu… begitu jugak aku tunggu jojo… sambil tunggu sempat lah aku dan nad packing barang2 dalam beg… barang2 makanan aku pack dalam beg ikea sbb nanti ration tu akan selenggarakan… hahaha… jam 1 .30 tengahari uncle ngan abg yus tak muncul jugak2… sedangkan bas gerak 1.55 tengahari.. WHAT a such great…!!!

So aku mintak jojo hantar aku n nad ke terminal terus.. abg yus mintak aku check tiket dan clearkan tiket untuk kami bereempat… so settle… jam dah 1.45 aku dah beratur nak masuk… dengan harapan 2 orang JANJI MANIS tu sempat sampai… tepat 1.55 nad dan aku dah beratur masuk, abg yus n uncle akhirnya sampai… adehhh… aku mg dh niat tadi, klau diorg tak muncul gak, aku nak ke Gunung lain jer..… aduyaiiii macam2 dugaan betul trip kali ini….

Kul 2 petang bas sampai, terus loading beg, ration dan naik bas… abg yus amik single seat untuk kami… apalagi lentok lah tido… hahahaha…. Sedar2 dah sampai Bentong… lepas bentong kami akan terus ke  Merapoh… janji ngan guide, dah sampai bgtau sebab dia akan menjemput kami… hehehe…

Dalam waktu yang sama, perut aku berkeroncong hebat… jam pun dah 5.00 petang… patutlah… Bas Ekspress yang kami naik tu berhenti di rumah rehat… aku sempat berWhassap dengan guide bila dia tanya “naik bas apa, dah sampai mana..?” Bila kami turun tu, muncullah kenderaan 4WD.. turun 2 orang mamat… sorang hemsem, sorang kurang hemsem… hahahahahahahaha… okay2 aku gurau… sorang cerah, sorang gelap okay… puas hati?  Hahahahahaha… matilah aku if diorg baca apa yang aku tulis ni… kihkihkihkihkih… soooooo kena jiwa kental okay….

Nama guide kami Dirul tapi xramai org kenal ngan dia dengan nama dirul… so dia terus mintak kami naik kenderaan 4WD… huhuhuh…. Pemandu bas yg sememang dh tahu kami akan naik gunung tahan sebab bawak beg pack yang tinggi tu, melepaskan kami pergi setelah dirul dan fendi bersalam-salaman ngan driver…

Kami naik 4WD terus ke pintu masuk ke Taman Negara… sempatlah menghayati suasana merapoh yang sudah JAUH berubah… highway baru yang memendekkan perjalanan, dan kebetulan PRU14 semakin menghampiri… banyaklah bendera2 kecil di tepi sepanjang jalan… hahahahaha….




Kami berhenti dan nak makan dulu… ada kedai makan yang orang2nya boleh tahan ramai… mungkin itu je kedai makan yang best… sebab ada makanan panas.. waktu tu sapa yang cari nahas, mmg kena.. sbb masing2 tahap lapar gilakkkk… huhuhuhuhu…

Bila makanan sampai, masing2 diam… tak banyak cakap… licin lah jugak kecuali nad… maybe perut dah masuk angin… dia hanya makan separuh je… air 2 kali order… dah makan lepak kejup, aku pinjam moto kampong, g cari sabun, kicap dan telur… sebab 3 barang tu je aku tak beli lagi…

Owh ya… klau korang tanya menu kami untuk pendakian ni…? Jawabnya… on track nanti baru bincang nak makan apa… hahahahaha…. Makanan kami bawak ngam2 untuk 9 hari iaitu kami akan masuk Air Terjun 4 Step… insyaAllah… bergantung pada keadaan pendaki nanti… hehehehehe…

Lepas makan kami masuk ke chalet yang disediakan…. Ikutkan plan asal, trip kami ni akan disertai staf2 perhilitan… sebab tu lah Dirol pun PERHILITAN yang arrangekan.. hahahaha… tapi sebab last2 minute cuti tak lepas dan garfu plak injured, hurmm… klau tak, bleh lah merasa penginapan free.. kihkihkihkih… banyak kot dorm dalam Taman Negara tu yang kosong… aiseh…

So masuk chalet, dirol, fendi, abg yus dan uncle bersembang2 dulu kat beranda… aku dan nad hanya menyampuk untuk sesi suaikenal.. hihihihi..... shuuhhh… Lepas diorg balik, aku terus kuarkan ration kami yang banyak… so mudah uncle nak bahagi sama banyak…. aku whassup dirol, bgtau dia makan sekali ngan kami… dia pun okay… setelah packing2 dan aku biasalah… mmg tak lah nak packing sangat sebab esok nk kena kuarkan balik… DECLARATION!!!!!  

Habis yang tu yang ni, aku pun nak lepak2 sambil tunggu nad solat... lepas nad solat, kami nak panjat katil bersedia untuk tido, tetiba… 

Ada orang ketuk pintu…. 
aku dan nad tetiba diam... huhuhu.... "kodok, dah tdo ke... jom makan maggie"

hahahahahahaha.... gila suspen... abg yus ni... ketuk pintu.. bagi la salam ke apa ke... huhuhuhuhu... abg yus bertanyakan stove dan gas… sebab dia tahu aku mmg takkan pack lagi… so malam2 tu kami berempat melantak maggie… hahahaha… then baru tido sebab dah kenyang… hahahaha…. 



Thursday, March 15, 2018

Gunung Angsi via Ulu Bendul


Starting point

Trek batang paip

Pondok Rehat 1

Sistem Pengera Kepala Air yang dipasang di bahagian hulu sungai berada betul2 di sebelah trek


Kem Tangga batu


Coretan Pendakian
1.     Hai, berjumpa lagi kite hihi. Kali ni wa nak review trek Gunung Angsi laluan lama iaitu Ulu Bendul. Dan kali ni ada kawan2 nak folo sekali..jadi wa layannn..
2.     Pendakian ini dijalankan pada 4hb Mac 2018, hari Ahad.
3.     Seperti biasa, pagi2 sebelum mendaki wa akan breakfast dulu kat medan selera di Ulu Bendul dgn family. Sambil2 bidadari wa bawa anak2 makan angin, dia hantar la wa sekali ke sana.
4.     Sebenarnya sambil itu juga, wa tunggu Joe & kak mar sampai. Sebab dah janji nak naik sesama. Joe dah biasa naik, tapi Kak Mar 1st time nak naik (wa ingat dia dah pernah naik Gunung Angsi sebelum nih, rupanya 1st time hihi lupa pulak nak suruh dia bawak air lebih)
5.     Bila Joe sampai dia terus join kitorg sarapan. Rupa2nya kak mar pun dah sampai & dah pun tunggu kitorg kat parking bersama anak perempuan dia.
6.     Selesai sarapan, kami semua bergerak ke Bukit Putus untuk parking kereta kat situ. Sebab kami plan untuk naik melalui ulu bendul dan turun melalui bukit putus.
7.     Kereta Joe & Kereta kak Mar dahpun dapat parking. Agak penuh juga parking kat situ. Kemudian diorg bertiga naik kereta wa untuk ke Ulu Bendul.
8.     Selepas pendaftaran di Kaunter Jabatan Perhutanan (RM5/sorang), jam lebih kurang 0835 am kami memulakan pendakian melalui trek tepi sungai.
9.     Kebetulan ada jugak 1 group (lebih kurang 6 orang)  sama2 memulakan pendakian dengan kami. Untuk keselamatan kami bagi mereka jalan dulu supaya kami tak kena langgar sebab mereka jalan agak laju juga.
10.  Lebih kurang 10 minit trekking, 0845am kami kemudian tiba dan menyelusuri laluan trek tepi batang paip. 17 minit kemudian, 0902am tiba di pondok rehat 1. Tapi kami belum lagi rasa nak rehat, plan awalnya kami cuba untuk tidak berhenti selagi terdaya.
11.  Setakat ini trek agak mendatar je. Baru panaskan enjin kata orang kikiki
12.  Selepas pondok rehat, trek mula naik turun & peluh jantan mula keluar dah. Sesekali wa pusing belakang & tunggu diorang rapat sikit baru wa jalan lagi.
13.  Di belakang wa anak kak mar, boleh tahan jugak stamina dia, kemudian diikuti kak Mar, nampak ada mengah2 sikit hihi dan last sekali Joe..asyik kedengaran dia batuk2 & muntah2 angin je kt belakang sepanjang trek hihihi. Tapi dia ok..orang baru balik dari Trans Naning la katakan.
14.  Tiba2 ada sorang brader ni kat belakang kami. Lagi sekali kami bagi laluan & beliau kemudian hilang dari pandangan.
15.  Lebih kurang 14 minit trekking, 0916am, kitorg tiba dan melepasi kawasan Pengera Kepala Air yang di pasang di area hulu sungai tersebut. Tujuannya sebagai amaran awal kepada pengunjung yang mandi manda di kawasan rekreasi Ulu Bendul.
16.  Perjalanan diteruskan sehinggalah kami tiba di Kem Tangga batu (Jeram Kak Lang) untuk berehat dan bergambar lebih kurang jam 0935am. (14 minit kemudian)
17.  Dari ulu bendul sehingga Jeram Kak Lang, sebanyak 10 anak air dilalui. (sumber air sememangnya tak jadi masalah sebab sungai jarak lebih kurang 50 meter je dari trek sepanjang jalan)
18.  Selepas menyeberang sungai (Jeram Kak Lang), dengan meniti atas batu2 yang ada, kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang 14 minit (0949am), kami tiba di jalan balak lama dipenuhi tumbuhan resam, namun ada lorong untuk kami menyelit di celah2 tumbuhan resam tersebut. Kena hati2 kat sini, silap haribulan mau calar balar lengan kalau tergesel dengan tumbuhan resam nih.
19.  6 minit kemudian (0955am), kami menyeberang sungai yang kedua dan berehat lebih kurang 10 minit.
20.  Dari Jeram Kak Lang ke sungai yang kedua, sebanyak 3 anak air di lalui.
21.  Jam 1005am kami meneruskan perjalanan. Selepas sungai, tiba2 trek terus mencanak..fuhh kembang hidung masing2.
22.  Selepas 10 minit  (1015am) wa, kak mar & anak dia tiba di puncak yang pertama. Rehat kejap sambal tunggu Joe sampai.
23.  Sebaik sahaja Joe sampai, dia bagi isyarat suruh gerak.. apa lagi, kitorg pun jalan laa hihi.
24.  30 minit kemudian (1045am) wa & anak Kak Mar tiba di Puncak yang kedua. Kak Mar & Joe hilang dari pandangan kejap. Lepak dulu sambil tunggu diorg. Agak lama juga baru lah diorg sampai.
25.  Perjalan diteruskan, lebih kurang 35 minit (1120am) baru lah kitorg tiba di Bukit Botak. Di Bukit Botak waktu tu ada 1 group (3 orang) baru je turun, jadi tali untuk memanjat agak clear la. Kat sini kesan hakisan agak teruk juga berbanding 10 tahun lepas, mungkin disebabkan kat situ tanah dia berpasir. Kalau dulu masih boleh lagi panjat tanpa tali, tapi sekarang kena pegang tali, selain licin, trek dia agak menegak dan bahaya.
26.  1135am, kat puncak Bukit Botak, kami berhenti rehat kejap. Tiba2 je perut rasa lapar haha. Lagipun kat situ panas, bahang matahari memang sangat terasa kat siu. Sambil makan sambil borak. Tetiba ada lagi 1 group sampai (lebih kurang 6 orang) dan melepasi kami.
27.  Selepas 15 minit berehat, jam lebih kurang 1150am, kami teruskan pendakian. Sebelum tiba ke puncak, kami berselisih dengan 1 group yang hendak turun. Sekali lagi kami bagi laluan.
28.  Jam lebih kurang 1215pm, kami semua  selamat tiba di PUNCAK GUNUNG ANGSI.
29.  Masa pendakian lebih kurang 3 jam 40 minit (termasuk rehat).
30.  Selepas rehat dan bergambar, kami bersiap untuk turun.
31.  Jam 1245pm, kami mula bergerak untuk turun dan tiba di Bukit Putus jam lebih kurang 1430pm.
32.  Macam biasa, bidadari wa dah siap tunggu kat parking. Yahoo!
33.  Lepas masing2 dah masuk kereta, kami sama2 bergerak ke PAKAR Paroi untuk pekena Mee Udang. Nyam nyamm!
34.  Selesai.

Menyeberang sungai 1 - Jeram kak Lang

Jalan balak lama yang dipenuhi tumbuhan resam

Sungai yang kedua

'Take 10' kat sungai 2


Bukit 1st

Puncak Bukit 1st

Anak Kak Mar (depan), Kak Mar (tengah) & Joe (belakang)

Ini wa @ Bukit Botak

Bukit Botak (dari atas)

Masih di area Bukit Botak

Bukit last sebelum puncak

Puncak Gunung Angsi

Beirut Puncak Gunung Angsi


Nota Kaki
1.  Laluan Ulu Bendul ni dulu2 agak femes, tapi semenjak laluan Bukit Putus dibuka kepada pengunjung, trek ni dah macam sepi sikit. Dah tak ramai pendaki menggunakan laluan ni, mungkin disebabkan trek dia agak panjang dan makan masa.
2.     Trek agak lembab dan banyak daun2 kering di sepanjang laluan (mungkin sebab orang dah jarang lalu), risiko untuk berjumpa dengan lipan, kala jengking & ular kapak agak tinggi. (Kena hati2 dan pastikan tempat berpijak tu selamat, kalau boleh sediakan sebatang kayu atau guna tongkat untuk kuis daun2 yang ada)
3.     Pacat?? Ya, bila trek macam tu, pacat mesti la ada..wa kena 3 das kat kaki, bila masa dia panjat pun tak tau..memang cekap gile buat keje.
4.     Sehingga sungai yang kedua, sumber air memang ada je di sepanjang trek (sila masak dulu sebelum boleh diminum)
5.     Walaupun begitu, sila bawa air lebih, sebab selepas sungai yang kedua tu dah takde sumber air dah & sangat panas semasa tiba di Bukit Botak.
6.     Pada hari tu lebih kurang 20 orang je yang membuat pendaftaran di kaunter Ulu Bendul (info daripada petugas kaunter)
7.     Kepada yang nak santai2 sangat sesuai guna laluan ni & takde la mendaki macam pesta / pasar malam.
8.     25hb Mac 2018 nanti wa free..I.allah layan trek angsi lagi sekali, cuma buat masa sekarang ni masih tak tau lagi laluan mana yang akan menjadi pilihan hati. Berminat nak lenggang2 sesama boleh roger2 wa >> FB Abe Garfu


Catatan Masa
0830    Pendaftaran                             0 minit
0835    ontrek                                     5 minit
0845    batang paip                              10 minit
0902    Pondok 1                                 17 minit
0916    Pengera                                   14 minit
0935    Jeram Kak Lang / Sungai 1       14 minit
0949    Jambatan Koyak                      14 minit
0955    Sungai 2 (rehat)                       6 minit
1005    bertolak                                   10 minit
1015    puncak 1                                  10 minit
1045    puncak 2                                  30 minit
1120    BUKIT BOTAK                          35 minit
1135    Rehat                                       15 minit
1150    Bertolak                                   15 minit
1215    PUNCAK GUNUNG ANGSIi      25 minit
1245    bergerak turun                        30 minit
1430    bukit putus                              1 jam 45 minit

Masa keseluruhan : 5 Jam 25 minit (3 Jam 40 Minit naik & 1 Jam 45 Minit turun)


By : Abe G / 4 Mac 2018

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.