Friday, August 4, 2017

Batu Maloi Cave Adventure

Geng Tok Kura

~Be warned reader..this entry is going to be long~

Sejujurnya saya tiada pengetahuan langsung tentang Gua Batu Maloi (GBM) yang terletak di Tampin, Negeri Sembilan. Mujur Zela Azni Nahizan utarakan soalan : "Eh, ko tahu ke GBM tu ada apa?" Jawab saya ..entah, tak tahu. hehehe..maka malam sebelum berangkat saya buat la research serba sedikit. Ala, research kat kat you tube je pon :-P

Bagaimanapun, kalaulah saya tidak membuat research tersebut tetap tidak menjadi masalah kerana Guide kami yang bertauliah i.e Abe G Kohm banyak pengalaman serta luas pengetahuannya.

For a start Abg G maklumkan tentang rules & regulation, guide mesti ada lesen yang sah dan masih berkuatkuasa, permit kemasukkan ke gua dan seterusnya tentang bidang kuasa manakah letaknya GBM ini. Told you..dia punya pengetahuan luas. Aku siap tanya dia cemana nak kelentong permit lagi. Contoh...saya apply permit di Tampin, boleh tak saya masuk hutan di Rembau. Hehehe...nak tahu jawapannya.. bayar la ai punya fees apa lagi! :-P Ingat boleh dapat jawapan free ke? hahaha...typical lawyer. 

Selain dari Abe G beri introduction tentang GBM..sambil2 tu Abg G juga interview kami. Errmm...saya pasti Abe G sedang screen kami.. to check our fitness level. Tengok ada fobia ke..penyakit jiwa ke.. Smart isn't it? He taught us and he studied us simultaneously. Itu lah gunanya guide yang cerdik..jangan main rempuh jer ye. 

Pstt : Qaseh Mawar Berduri yang sado tu sebenarnya takut masuk dalam air. Fakizah Isahak & Azza Ibrahim : Takut katak. Zarina Jalaludin takut gambor dia tak jadi (hahaha) Kak Long Ams Msk & Tok Kura..kalau dalam gua tu ada puaka..puaka tu takut dia depa. Ai? Ai power orang...cuma kaki jer ada sikit pendek. hahahaha....

OK..to cut the story short...Jom..masuk cave. 

Inilah doa penulis barangkali ;
Rabbi la tadzarni fardan wa anta khairul-waritsin
"Ya tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah ahli waris yang paling baik"
(QS Al-Anbiya [21]:89)

Gua biasanya ada stalagmite and stalactite. Apa itu stalagmite and stalactite? Ok..tahu dah korang tahu tapi tak ingat..nah ini jawapannya : A stalactite is an icicle-shaped formation that hangs from the ceiling of a cave, and is produced by precipitation of minerals from water dripping through the cave ceiling. Stalagmite lak? Cari lah sendiri...hehehe

Tapi yang specialnya GBM ini..batuannya adalah batu granite. Alaa..batu yang buat jalan Tar depan rumah kita tuu... Tapi batu batu di GBM are still young maka ia tidak sesuai di buat batu jalan.

OK lah..malas lak nak merapu..saya simpul terus la ya.. Verdict saya adalah : saya sangat suka aktiviti ini. 3 jam journey di dalam gua melalui 12 check point, dengan memanjat, menyusup, menyelam dan mendengar metos serta sambil mengagumi kehebatan ciptaan Allah adalah sangat berbaloi. 

~NB : Sepanjang hidup saya..sebolehnya saya cuba elak aktiviti yang melibatkan air, tetapi kali ini saya membuat pengecualian, kerana saya tahu line up saya semuanya sepupu sepapat dengan katak dan dolphin maka insyaAllah saya akan selamat. Dan hasilnya...yes its worth it! ~

Penulis : berdiri No. 2 dari kanan


copy & paste drp nukilan penulis di facebook;

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.