Friday, December 30, 2016

Edisi Jelajah Utaraaaaa #tripudanggalah - part 3

yuk tetringgal entry plak... aku sambung yang tertinggal.. teknikal entry kedua tuu... hihihi... jangan marah ye kawan-kawan... saja nak korang suspenk jup...

bila kumpulan anak2 ikan ini lepak dalam 5 min, tetiba... datang sorang mamat ni… lalu depan aku berlalu ke wary, terus amik botol air dan teguk air wary…. mintak pun tak.. cakap ngan wary pun tak.. aku ingatkan kawan dia... so aku buat derk je.. tapi bila tgk muka wary yang lost tetiba.. aku usya je.. 


teka yang mana satu aku maksudkan..

“huuuu.. penat, penat…”  sambil teguk lagi botol air wary… 

hafiz pandang wary… aku pun pandang wary gak…. Nak tanya wary “kawan hang ka..?” mamat ni rehat sambil streching tangan dia “uuhhh penat, penat” teguk lagi air wary tu… 

hahaha.. buat bahan sat lagi… lepas geng anak2 ikan gerak ke atas, mamat ni dengan selamba letak balik botol wary dan terus mendaki… kat situ jugak wary jadik bahan…
 “kawan hang ka tu..” ish ish.. awat xsenonoh ooooooooii… mahu wary nak mengaku… hahahaha….. 



awat kawan hang tu mcm mental sket ni, tu la…. Hang xsekolah kan dia kowt… ish2..” hahaha.. sorry wary… habis kot air wary dalam botol tu budak tu bedal..… terima kasih pun xde nya cakap… hahahaha… 

laluan turun...

layan pic dulu...

so kami gerak turun memandangkan uncle mungkin lambat lagi dan jauh ke belakang… sambil duk jalan tu wary still menjadi bahan aku… hahahaha…  finally kami sampai bawah jam 10.30 pagi… wary bawak kami pegi melawat gua kelambu… gua yang aku kira glamor lah jugak… cer korang tanya pakcik google sat…. hihihi…

gua kelambu..


menguap dah kuali tunggu..

lepas tu kami lepak2 kat jambatan… aku duduk ngadap sungai dengan kakak.. kuali dan wary bersembang di hujung jambatan… pedot n sarah duk ulang alik jambatan tu.. kira apa ntah… ukur apa ntah… tapi aku xnampak plak tali ukurnya… hahahaha… kat sungai tu ada satu group yang duk bercamping tapi dah kemas2 nak balik la…. Aku perasan gak group ni pagi tadi masa kitaorg nak naik… aku tengok dari tadi duk kira orang, duk beratur macam nak mendaki… pastu salah sorang duk tanya kat wary dan kuali… maybe diorg nak naik kot… huhuhu.. panas-panas macam ni nak baru nak gerak naik… aduyaiii… bukan aku atau KOHM la naik panas2 tengahari buta ni weiii…

dalam duk lepak2 tu, tetiba ada sorang pakcik ni datang bawak kayu panjang mengamuk…

“sapa langgaq anak aku berdarah-darah, mana… mana… aku nak katok..”

sambil duk jalan melintasi jambatan yang aku ngan kakak duduk.. pedot pun duk lepak gak… pakcik pegi hujung jambatan pastu diikuti oleh 2 orang lelaki lain.. mungkin takut pakcik tu mengamuk betul2 lah kowt… aku pandang wary n kuali yg duk hujung sana… terpinga-pinga kejup…

“pakcik, kami ka pakcik… pasai pa pakcik…” aku dengan muka tak bersalah tanya…
“tadi anak aku tipon cakap kaki dia berdarah, lepaih lalu jambatan.. dia kata dia nak lalu ngan moto susah.. ada org duduk katas jambatan.. hangpa jangan duk atas jambatan… susah oqang nak lalu…” 

Sambil duk lintas depan aku, dia cakap macam tu… pastu dia start moto.. berderu blah ngan kayu2 nya… wary ngan kuali duk gelak2 kat aku… kuangjaq… nak kutuk lah tu… sarah n pedot duk susah hati sebab takut kayu tu kena kat diorg… hahahaa… owhhh kiranya aku, kakak, pedot ngan sarah la punca nya… tapi tak jadi nak ngamuk… hahahaha…

So kami pun berlalu lah dari jambatan tu… kebetulan bebudak yg kemsite tu pun dah balik.. kami pun duk bercerita.. konon2 isu lah…
1)   Pakcik mengamok
2)   Bebudak kemsite yang tak jadi naik, dtg jauh, sesat… pastu xnaik gng pulai.. rugiiii ooooooo

Pakcik tu mengamok sebab anaknya call.. ngadu kakinya berdarah sebab terkena kabel dawai jambatan tu… kami perasan ada motor lalu dengan 4 orang satu motor… ada 2 org budak yang duk tengah2 kaki tak center lah… korang paham2 je lah klau budak2 kecik naik motor duk tengah2 xde tempat pijak kan… mungkin terkena kabel semasa nak lalu tadi kebetulan kami lepak atas jambatan… huhuh… apapun salah kami gak duk lepak.. dan salah pakcik tu jugak sebab bagi anak2 nya naik satu motor sampai 4 orang… huhuhu… tu naseb xjadi pape… klau jatuh dalam sungai sbb nak balance motor, acaner… nak salah aku gak ke…  kebetulan motor tu terkena beg pedot, taklah pedot tu marah2… Apapun jadikan pengajaran… jangan sampai sayangkan anak, sampai menyalahi undang-undang… memang la aku bleh cakap mcm tu sebab aku tak kawen lagi dan belum ada anak lagi… tapi beringatlah.. macam2 bleh jadik okay…

Isu kedua, bebudak yang kemsite semalaman tu datang jauh… katanya dari Selangor… kwsn nya aku tak pasti.. tapi xdapat naik Gng. Pulai… citer2 kata diorg sesat pagi tadi lalu laluan lain, pastu patah balik.. tak silap aku diorg ada guide… huhuhuhu.. pastu menyempit pulak dan satu kenderaan tu… citer nya diorg dah naik gng baling petang smlm tapi pagi tadi patutnya naik pulai tapi sesat.. patah balik tapi dah lewat… huhuhuhuh… so aku ni dengar je lah… xmo komen banyak2… nanti kena kecam..! hahahaha…

45 min kemudian barulah uncle muncul ngan jojo, kak ita, kak nini, koh dan adik… kami lepak2 kejup kat kemsite yang ada tempat duduk kayu di tepi sungai… bercerita lah kat uncle… hahaha…

Kami gerak balik kul 11 pagi, singgah minum ABC Cendol special… then decide jadik masuk Lost World Baling tapi tidak sepenuhnya… kasi chance mandi air sungai jer… air plak tengah banyak… memamng ohsem… hihihi… sampai umah, tapaukan udang yang telah dimasak semalam dengan lebihan udang semalam… masak kat air terjun… fuhhh heaven..!! silalah bertabah ye kawan2 yang tak follow... muahahahaha…. Tetiba gelak jahat… hahahaa…



No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.