Thursday, December 29, 2016

Edisi Jelajah Utaraaaaa #tripudanggalah - part 2

assalammualaikum.. dan hi guys... meh aku nak sambung entry lepas...

masa duk lepak-lepak lepas angkat barang masuk umah, tetiba whassup masuk.... owhh wary...

“wei hangpa semua ada mana… mai umah aku, makan laksa… aku buat makan-makan sket…”
"nakkkkkk... kami lapaq....." sepantas aku balas...

Nak tolak ke klau masing-masing dah kelaparannnnnnn…. so dari homestay kami ke rumah wary taklah jauh sangat… kentot pun dengar… hahahahaa…. Taklah… dalam 10 min kami dah sampai… makan dan berkenal-kenal ngan tuan rumah… sembang-sembang kenduri untuk anak2 tuan rumah dan adik beradik wary balik kampung…hihihi… korang tahu tak kami di jamu apa… antara menu2nya… :

1.       Laksa – koh ngan kak ita tambah 2 kali
2.       Capati n kuah kari – uncle, pedot, jojo, kuali makan tak hingat org belakang
3.       Agar-agar merah yg sedap – kak ita n anak2 bedal habis…
4.       Kuih muih kampung
5.       Air kopi o panas – terbaik.. aku refill 2 kali
6.       Air sirap
7.       Tembikai sweet

tuan rumah, wary @ guide 

Dengan menu2 mcm tu pergh... rezeki….. hahaha…. Pastu dalam duk sembang2, hajat uncle nak makan udang galah… gigih wary ngan abg dia cari… uncle order 3 kilo = RM165.00 untuk 11 orang…. Uuuuuuuuwwwhhhhaaaaaaaa…. Sooo korang yang duk baca ni aku cadangkan sila bertabah dan jeles… hihihihih… sekian… lepas makan2 tak hingat org belakang, kami g mencuci mata kat pasar malam… heaven wehh… makanan… ikan, ayam… murah2… terkejut kami bila kak ita kuar statement “nak duduk baling lah… murah2 kot sini… makan murah, barang-barang pun murah… baju sekolah rm5….? Huhuhuhuhuhu….. ” haaaaaa kau… yang paling lawak, kuali... "eeeeee syok nya.... seumur hidup ini lah pasar malam yang paling syok sekali...:" aku agak pelik la gak sebab tengok si kuali tak lah membeli pape pun tapi agaknya dia duk usha awek2 baling kowt... hahahahah... ke sebab apa... tu korang tanya kuali... aku pun tak paham...

 berdrama di pekan baling... 

Lepas mencuci mata dan menderma sebagainya, kami gerak balik umah… jam pun dah merayau kul 9.30 malam… mandi, solat… ada yang meneruskan adegan packing-packing, ada yang tdo… dan ada yang duk berpicture… aku n uncle duk menunggu udang galah… nak buat bekal masuk Lost World Of Baling lepas turun dari Pulai nanti…. hihihi… fuihhhhh wary mai hantaq plak kul 11.00 malam… so dia sampai, aku terus cuci udang… tetiba uncle “kodok, goreng… aku lapar… masak nasik…” hahahaha… mahunya nak tergelak… tadi konon kenyang… uncle ni suka berdrama plak… hahahaha…
menu udang galah goreng kunyit..

 So cepat2 aku n koh mencuci dan goreng setengah udang galah tu… sambal tu mendengar uncle, wary dan kuali sembang-sembang dan mengulas isu-isu pendaki dalam negeri dan negara… tidak kurang hebatnya kes yang baru2 ni… hurm… wary balik 11.45 malam macam tu… ngam2 nasi n udang galah masak… tepat kul 12.00 tengah malam… aku hidang udang galah goreng daun kunyit, nasi putih panas, kicap dan jering… mengadaplah uncle, koh, kuali dan kak ita… hurmm… tdoq lagi syiok.... 

Uiiii tido laaaaaa… esok nya kul 3.00 pagi nak naik gunung pulai… huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…

25 Disember 2016, kami semua terjaga kul 3.30 pagi… hahaha… penangan keletihan melampau lah tu… si wary guide yang akan membawa kami naik Gng Pulai dah menunggu dari kul 3 pagi lagi.. siap main game… hahahaha…. Kami sampai starting point jam 4.00 pagi… tak lah jauh dari homestay kami tuuu… hihihi…. So wary taklimat keselamatan sket, then terus naik…. Awal-awal trek nya dan mencanak, memanjat batu… takdenye diskaun 5% ke 10%.. kalu nak diskaun, 0.1% je diskaun yang bleh bagi…. Huaaaaaa….

Mendaki waktu malam atau pagi-pagi buta, mental kita kuat dan tak banyak songgeh nak fikir.. follow je orang depan… tapi korang… aku bagitau dulu la… xdenya aku nak naik lagi gng Pulai ni…. Nak turun AZAB.. sekian terima kasih… hahahaha…. Tipuuu jer… trek gunung Pulai ni okay jer… so so jer…. Hihihihi… okay aku tipu… bagi aku la kan… naik okay… turun azab lah sket… main ngan batu-batu tajam… so korang kena hati2.. silap pijak, jatuh dan teruk luka2 kat badan tu… so aku nasihatkan amiklah insurans okay…

view dari puncak gng Pulai

perlahan-lahan matahari kuar... 

Kami sampai kat atas ngam2 kul 7… tapi matahari masih malu2 nk tunjukkan dirinya… kat puncak gng pulai adalah satu group yang dah ada… so group kami plak… then ada lagi satu group sampai… so agak2 terhad sket nk bergambar sunrise tapi… ikut turn lah kan… kena la tunggu kejub… memang la 1st come 1st serve tapi… gilir-gilir lah… tak salah pun.. keindahan ciptaan Allah SWT adalah untuk dinimati bersama… klau ko sorang2, celah mana ko nak bertahan… so jangan tamak okay… pesanan untuk diri sendiri…

uncle (dalam usaha memperpopularkan dirinya) 

oranghutanmalaysia @ masa ni kak nini dan koh sibuk duk buat jejak kasih... hahaha..

nak kenal ke...?

koh, kuali, uncle, jojo, kak nini dan pijankodok

oranghutanmalaya bersama guide wary..

nak buat OHM tapi tak jadikkk...


oklah konon2 nya kami nak turun kul 7.15, huuuurrrmm… taknya… masing-masing duk bergambar bagai, tak jadi nak masak air panas… yang kesiannya anak kak ita si adik… mentalnya dia masa nak mendaki… lagi hazab nanti masa dia nak turun… mungkin akan mengambil masa 2 jam setengah… apapun cekal ko dik… abaikan yang lain… jangan ko serik sudah… kak nini dan koh sempat berjejak kasih sayang dengan mamy awan…

sarah bakal doktor ni...

sarah n pedot

uncle try kamera hp baru...

adik dan kakak..

Dalam jam 7.40 pagi kami gerak turun setelah puas bergambar… aku antara mendahului sebab akan jadi lambat nanti… mengikuti hafiz, kakak (anak kak ita) kuali a.k.a hilmi, wary dan pedot… kemudian sarah… kami berhenti seketika di RnR sebab mental hadap batu2… minum air dan makan sandwinch… dalam duk lepak2 5 minit, kami gerak.. aku ikut laluan ke tandas plak… aiyakkk…. Tak pasal2 kena booo ngan wary buat trek baru… hahaha… so turun…


dalam perjalanan turun kami terserempak dengan 1 group pakwe2… phewww dan agak2 berumur… okaylah.. sempat pulak diaorg bergurau kasih ngan aku..

“dik, orang hutan Malaysia..? seb baik xder bulu2 panjang dan bertudung.. orang, klau orang utan tadi.. abg tak tegur dah… abang lari dulu....”

wah2 sedapnya gurauan.. selambanya dijawab oleh aku “alhamdulillah..” sambil senyum2… seb baik aku jawab macam tu padahal dalam hati nak je jawab “muka abang yang berbulu janggut, berserebeh nak panggil apa… orang utan ke…?” hahahaha… bila tengok diorg penat dengan berbackpack 30 liter tu… takde nye aku nak cari pasal… hahaha.. diorg ada jugak bertanya… jauh tak lagi, bape jam lagi… ramai tak ke puncak..? “dari ni nak ke RnR pun 30 min, dari RnR ke puncak adalah 30 minit… hahaha.. amik ko… yang paling pergh…

  “tak jauh bang… dekat je… nak mendaki tu jauh..”

haaaaaa.. pandai2 lah ko nak paham jawapan tu…

kami turun lagi sampai RnR kedua tak silap aku… rehat kejup konon-konon nak tunggu uncle, jojo, kaki ta, adik, kak nini dan koh… huuu tetiba kami ditegur satu group pakwe “anak ikan”… hahaha… bagi aku anak2 ikan la… apa tak nya.. mendaki dengan pakai jeans… huhuhu… sempat lah diorg bertanya soalan yang sama… tapi kali ini wary yang jawab… aku diam jer… malas ler tuuu… pewai kot hadap batu2… tetiba….. semua pandang wary…


ta ta for now... ttfn


No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.