Wednesday, December 28, 2016

Edisi Jelajah Utaraaaaa #tripudanggalah - part 1

asslammualaikum... n hi guys.. 

naper sunyi sangat ni... adeh... takpe... aku pun lama kowt tak tulis pape kat sini... hujung2 tahun baru aku sanggup tinggalkan keje... thanks to uncle, jojo, kuali, sarah, kak ita dan anak2, kak nini dan pedot sebab turun kedah bagi meraikan birthday aku... hahahaha... luv korang... hahahahaha... jangan jeles okay... 

Aku pun tak tahu nak letak tajuk apa entry kali ini… memandangkan ianya trip 2-3 hari sebelum jadi trip ini… hahaha… edisi terjadi bilamana trip hujung tahun ini sepatutnya kami bergelanggan ke Kepulauan Riau tetapi disebabkan masalah teknikal dan kesesuaian waktu.. so kami cancel lah tahun ini… insyaAllah hujung tahun depan “gunung Sepincan, tunggu ye…”

24 Disember 2016, group Kelab OHM sampai jam 6.00 pagi di rumah aku… masuk rumah, terus sambung tdo… uncle zainul, kak nini, koh, kaki ta dan anak2 dia sudah membuta… dan aku masih tunggu jojo, kuali, pedot dan sarah… alhamdulillah… 15 minit kemudian sampai lah satu buah kereta… diorg solat dan terus melepaskan lelah… yalah diorg gerak dari rumah uncle (Sg Buloh) jam 0030H (12.30 am)… huhuhu…

aku mengajak kuali ke Tupah untuk mengambil air minuman… so kuali yang tidak dapat melelapkan mata, terus bangun… cuci muka, sarapan nasi lemak dan nescafe… tak sempat nak kuar, jojo, uncle, pedot dan kaki ta dah bangun… jojo n uncle pun nak mengikut… so kuali naik MrM, pedot naik MrPoly… aku dan jojo naik powil uncle memandangkan sarah nak ikut… hahaha…. So jadilah trip mengambil air tupah… air kat Tupah ini adalah free… ramai org-orag kampong datang Hutan Rekreasi Tupah untuk mandi manda dan juga mendapatkan air minuman yang sejuk dan bersih dengan percuma… hihihih….

Citer kuali dan pedot yang berbasikal ke Tupah… hurmm… hahahahahaha… aku nak gelak dulu… sorang yang pernah berbasikal jelajah bandar batu, tetiba sampai kat loji tupah nak angkut beskal naik powil uncle… hahaha… xmo dah… sorang lagi plak yg konon2nya “lama tak kayuh” krem plak kaki.. so kedua2 org yang bersemangat nak berbasikal DOWN… hahaha… so jom balik umah…

Lepas semuanya dah sarapan, uncle memberikan tentative baru memandangkan semuanya macam PENAT jer… hahaha… so kul 11.30 pagi kami gerak ke Gurun.. nak naik Gunung Jerai… sebelum sampai ke Kaki Gunung Jerai, kami singgah makan tengahari dulu… maisng-masing diam bila mengadap makanan… woooooo lapar bila tengok muka masing-masing… hahaha… order minuman pun perghhh… hahahaha… aku selaku tuan rumah pun terkezuttttt dan sama-sama naik hantu… hilang diet… hahaha…. 


yuk kita jenjalan..

try test kamera hp kak ninie..

panas sampai aku tak leh bukak mata... huhuh.. aku tak kenyit2 mata okay..

Selepas makan, jom naik gunung jerai…. Kami sampai di Resort, pun dah jam 12.30 tengahari… dapat view… superb… alhamdulillah…. Kat sini bermulalah sesi memperkenalkan pulau-pulau di sekitar Yan… hahaha… termasuklah memasang angan-angan nak berbasikal ke Pulau Bunting… hahahah… yuk… aku okay ajer….

menghayati keindahan..

Lepas pusing-pusing sekitar resort, aku bawak diorg jalan denai pusing balik ke parking... dapatlah tengok pendatang-pendatang yang lepak macam setinggan dan buang sampah sesuka hati kat kawaasan hutan sepanjang laluan denai berke Makan Tok Sheikh... hurmm... 


mengacau je si sarah ni bersnap... hahaha..

kami turun ke Taman Rekreasi Gunung Jerai… hahahaha… sini semuanya xmo berjalan kaki masuk… so tumpang powil uncle lah senang… masuk kawasan rekreasi, wahhh ramai kot… ada yang buat program dalam tu… kami plak lepak2 untuk mengambil gambar je tanpa menganggu program diorg…

yuk kita masuk taman rekreasi Gunung Jerai


hihi.. eleven of us...

yuk kita berhuaaaaaa...

penumpang tetap belakang powil... hihiih...

Jam 3 petang, kami gerak turun ke Baling melalui Jalan Jeniang… kali ini aku memandu memandangkan si pedot krem kaki… dan aku tahu jalan-jalan sini…

kami melalui jalan kampung.. so sempat usha bantal kabu RM10… hahaha…… tetiba… shreeeeeeeeeeekkkkkkkkk… kereta depan brek tetiba… aku pun sempat break 2 kali demi mengelak langgar bontot kereta depan, alihkan sedikit kereta di sebelah kanan… sempat la powil uncle xcium bontot kereta sarah… huhuhu… rupa-rupanya van depan brek tiba2 sebab nk bagi laluan kepada ayam…. Huaaaarggghhh… beratus2 sumpah seranah orang yang duk dalam keta tu sekali ngan kereta depan aku… hahaha.. bongok btul… 



homestay Abah menjanjikan view yang cukup superb… hahaha… plan nak naik gng baling petang tu tak jadikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…..!!!!!!!!!!! hahahahahaha… apa tak nya… kami sampai homestay abah kul 4.30 petang… cantik dah… ingat nk terus naik lah… dapat view yang berlatar belakangkan banjaran gunung, memang satu jam ler duk bersnapping nya… hahaha… nk tengok sunset kat puncak Gunung Baling xmenjadi… hanya tinggal tentative jer… hahahaha… so bersnapping la, berselfiaq la, bersawa pun ada… bergopro pun ada… apa lagi yang harus aku tuliskan disini bila masing-masing ada gadget CANGGIH… apalagi… haaaaa WELPIE pun ada… hahahaha…

taken by uncle...

also taken by uncle...

kami duk kutuk uncle... "uncle ni sejak2 ada hp baru, makin berskill pulak pic dia amik.. makin tambah cantik pulak gambar dia..."

lompat tak jadikkkk...

eleven of us...

kuali amik pic ni sampai menyenget telinga.. hahaha... gurau je...

dan... korang tahu tak... masa ni, kami bukannya bawak turun lagi barang2 dalam powil uncle... buruk perangai.... hahahaha... termasuk aku wokeyyy.... hahahaha... ntah apa-apa... hahahaha...

kat umah pun harus berselfie weh...


kak nini n koh bincang masa depan... sorang nak pindah duk hospital baling... sorang lagi nak pindah sekolah kat baling gak... 

uwaaaaaaa.... okaylah... nanti aku sambung lagi k... have fun guys...  

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.