Wednesday, February 10, 2016

Xtreme Caving Of Gua Batu Maloi

Program          :           Xtreme Caving Of Gua Batu Maloi
Tempat            :           Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan
Tarikh  :           :          14 hingga 16 Januari 2016
Anjuran           :           Mountain Bike Recreation Alliance (MRA)



Program Xtreme Caving Of Gua Batu Maloi ini telah berlangsung pada 14-16 Januari 2016 bersamaan pada hari Khamis sehingga Sabtu bertempat di Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan. Program yang diadakan ini melibatkan seramai 36 orang peserta yang diiringi oleh Encik Ruffian Ridzar Mohd Isa. Kerjasama yang diberikan oleh mahasiswa UiTM amat memberangsangkan sepanjang berlangsungnya program ini.


14 januari 2016  (Khamis)
§  Berkumpul pada pukul 3.00 petang di Dewan Badminton dengan menyemak kedatangan peserta untuk memastikan kesemua peserta telah hadir.
§  Tepat jam 4.30 petang, kami memulakan perjalanan kami.
§  Sebelum sampai ke destinasi utama, kami beristirehat seketika di  kawasan rehat Gua Musang dan kemudiannya meneruskan kembali perjalanan.
§  Kami tiba di Uitm Kuala Pilah sebagai tempat penginapan kami pada jam 4.00 pagi.


15 januari 2016 (jumaat)
§  Pada jam 7.30 pagi peserta berkumpul di bas untuk mengambil kedatangan masing-masing untung meneruskan aktiviti meneroka Gua Batu Maloi pada hari ini.
§  Bas memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi.
§  Pada jam 9.30 pagi peserta tiba di Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan
§  Sebelum memulakan penerokaan gua, kami telah dihidangkan dengan sarapan pagi oleh pihak Orang Hutan Malaya (OHM)


§  Kami memulakan penerokaan gua pada jam 10.30 pagi
§  Sebelum memulakan aktiviti, kami telah diberi penerangan yg terang jelas oleh pihak Orang Hutan Malaya (OHM) tentang selok belok gua dan langkah-langkah selamat sebelum memulakan aktiviti dan salah seorang exco kami telah mengadili bacaan doa
§  Aktiviti penerokaan gua seterusnya telah bermula dan kami dapat melihat keindahan ciptaan Allah dengan terbentuknya gua yg di dalamnya mempunyai air yang agak dalam dan kelawar-kelawar yang berterbangan.


§  Beberapa orang jurupandu yang menjaga kami juga telah melaksanakan kerja mereka dengan sebaik mungkin dan mereka juga telah membahagikan kami kepada nombor-nombor yang dapat mempermudahkan pergerakan kami
§  Kami telah berjaya menamatkan aktiviti penerokaan gua pada jam 2.00 petang dengan selamat hasil daripada kerjasama yang sangat baik diberikan oleh pihak jurupandu dari Orang Hutan Malaya (OHM)
§  Setelah selesainya aktiviti penerokaan gua tersebut, kami telah membersihkan diri akibat basah di seluruh badan semasa penerokaan gua tadi di tempat yang disediakan di sana dan sekali lagi dihidangkan dengan makan tengah hari yang sangat menepati citarasa kami.
§  Kami sangat seronok dengan penerokaan gua tersebut dan pihak Orang Hutan Malaya (OHM) juga sangat baik dan peramah bersama kami
§  Walaupun kami berasa sangat letih dengan penerokaan gua tersebut tetapi kami berasa bertuah kerana diberikan peluang untuk meneroka Gua Batu Maloi yang menjadi antara tempat penerokaan yang paling popular di Malaysia


§  Kami juga berterima kasih kepada pihak Orang Hutan Malaya (OHM) kerana telah memberikan komitmen yang terbaik dan melancarkan pergerakan program kami.
§  Kami bertolak pulang ke tempat penginapan kami, Uitm Kuala Pilah pada jam 4.00 petang
§  Pada jam 8.00 malam, kami makan malam di kedai makan berdekatan Uitm Kuala Pilah dan pulang semula ke Uitm Kuala Pilah pada jam 10.00 malam.


23 OGOS 2015 (SABTU)
§  Jam 8.00 pagi setelah bersarapan, kami bersiap sedia untuk pulang ke UiTM Machang dengan kadar yang segera.
§  Kami bertolak meninggalkan Uitm Kuala Pilah dan semestinya Hutan Lipur Gua Batu Maloi dengan 1001 kenangan yang akan kami kenang sampai bila-bila.
§  Pada jam 5.00 petang, kami selamat tiba di perkarangan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang dengan kepenatan.



Disediakan oleh : 
Cik Nurul Amarni,
Setiausaha I,
Mountain Bike Recreation Alliance (MRA)
UiTM Machang, Kelantan.

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.