Saturday, February 13, 2016

Trip Redah Berpantun KOHM - Tanjung Punggur - Kepulauan Lingga

sambungan entry Trip Redah Berpantun....

tepat kul 9 kami dah tunggu bang agung untuk bwk kami ke Tanjung Punggur yang merupakan Jeti domestic ke Pulau-pulau di Kepulauan Riau... termasuk Tanjung Pinang... tetapi dari Stualang Laut, korang bleh je direct ke Tg. Pinang... dari Tg. Pinang korang bleh amik feri atau boat ke Jagoh, Lingga iaitu jetty di mana menjadi jety terakhir ke pulau-pulau kecil termasuk Pulau Daik...

dari hotel kami naik kereta teksi yang disewa oleh bang agung.. perjalanan mengambil masa 45 minit jerk.. tapi lama gak... perut duk berdondang sayang... nasib baik aku, jo dan syed dah telan burger smlm yg syed belikan... hahaha.. konon supper tapi sarapan gak... sampai jety Tg. Punggur, kami masih ada masa sejam setengah.. so parking beg, terus order makan... yg tak makan cuma kodok n syed... DIET... puiii... badan sekeping pun diet ka... hahahhaa... yalah kena gak makan sebab perjalanan laut kali ini hampir 5 jam... nak buat apa kat atas bot lama2... huhuhu... mabuk laut...? jup... hurmm.... takde lak daripada kami berenam mabuk laut... 

jam 11.30 kami dah masuk ruang menunggu... tunggu lagi dalam 30 min... then orang semakin ramai... pada masa yang sama... hari ni 25 Disember so cuti Krismas.. ada ke diorg ni sambut... ntah.. bukan port aku nak hamik tau... so mmg minggu ni akan cuti lama iaitu 24 dis (semalam) yang kebetulan cuti Maulidur Rasul dan akan berlanjutan sehingga hari ahad... for sure la ramai kan... cuti sekolah plak... Indon ikut jadual pendidikan kita ker... confius jup aku... memang bukan la port aku nak hamik tau taapiiiiii... tetiba terfikir kan... hikhikhikhik...

oklah back to our story... mati-mati aku ingatkan bot atau speed bot yg kecik mcm kat malaysia tu rupa-rupanya feri gak.. ini dipanggil sped bot oleh orang-orang kat sini... aku plak duk berangan apa plak akan jadi pada kami naik speed bot yg sampai 5 jam tu... tgh2 lautan belantara... hahaha... rupa-rupanya feri... yalah speed bot mcm kita g pulau redang, pulau perhentian... ingat kan speed bot mcm tu atau tongkang... hahahaaha... tapi kan klau naik tongkang 5 jam tu mcm best je kan.. hikhikhikhik..




wokeh, feri ni mcm jugak feri klau kawan2 pernah ke Langkawi okay... so ada 2 bahagian tempat duduk depan dan belakang... kat bahagian belakang tinggi sedikit dari tempat duduk bahagian depan.. bahagian belakang plak ada pintu keluar yang berbumbung... dan pastinya boleh bersnapping... 

sejam pertama... masing-masing bergambar bagai.. berbagai aksi... kemudian sejam kedua, masuk duduk dek kerusi depan layan movie then terlena, aksi tdo korang jgn cakaplah nak sopan bagai.. huhu.. ada yang landing kowt.. ada yang masih lepak kat atas sambil termenung.. eh bukan... muhasabah diri dengan keindahan pulau-pulau yang menghijau... sejam ketiga, terjaga dari tido, cari makanan.. hadap roti dan sambal ikan bilis... sejam keempat, sambung amik pic...then sambung tdo... seterusnya...

dari kiri.... kanan pusing... eh silap... hihi... dari kiri syed, jo dan uncle..

subhanaAllah... view laut yg sememangnya bukan mudah nk kecapi..


1 jam 30 min kemudian, bot kami menghampiri perkampungan nelayan di salah satu kepulauan jingga.. pulau apa aku tak pasti... aku yg duk kat dek atas, mengjengoi... huhuhuhu... gayat ni.... kalau tertiba aku jatuh ni.. ohooooi... ada ke org nak selamatkan aku.... hihihi... ada 3 beranak turun kat sini... okay....

jeti pulau...

5 jam kemudian, kami sampai di Jetty Jagoh.. iaitu main of jetty Kepulauan Lingga ini... kat pulau Lingga ini mata aku sempat tgk, ada menara komunikasi, kemudahan pendidikan dan lain-lain... jadi kebanyakan masyarakat Melayu Serantara Malaysia-Indonesia tinggal disini...

bot kecik... huhuhu... 


yup jety inilah kami kena turun... mostly ramai turun disini memandangkan ini satu-satunya pulau yang terbesar dan mempunyai penduduk yang ramai... kami turun, cepat-cepat amik bag... then tggu bang agung plak... then dah settle, amik bot kecik... huhhuhu... part nak naik bot kecik ni adalah part yang agak seram.. huhuhu...

Kepulauan Lingga - Ibu Pertiwi Bangsa Melayu...

okay.. kodok masuk dulu dgn beg besar dia, fiza plak masuk.. pastu syed masuk duk tengah-tengah antara kodok ngan syed.. dalam bot tu sebelum kodok masuk, dah ada dua org penumpang.. duduk depan kiri dan kanan.. berbumbung plak tu... so masuk tu comfirm kena merangkak.. adoii.. kodok, syed n fiza yg dok belakang sekali dekat plak ngan enjin bot.. phewwwww..... paras air laut tu mcm nak telenggelamkan kami yg duk belakang... huuhuh.... okay.. then jojo masuk duk sebelah kanan... sepul masuk duk tengah2... alamak... mcm xbape balance... then uncle masuk duk sebelah kiri... okay balnce sket... sapa yang berattttt ni... then bang agung masuk duk depan tengah2...

oklah tu... semua dah naik, bot yang kami naik tu bergerak ke Pulau Daik... hahaha.. dari jauh duk nampak dah 3 puncak bercabang tu... adehh... walaupun dalam bot yg kami naik tu xnampak sebab berbumbung, tapi masing-masing duk imagine dah.... ohoiiii.... bot tu plak bukan reti diam... laju kowt... huhuhu.... seram kot2 dilambung ombak yang yang tak berapa nak tenang... huhuhuhu... kodok duk tanya.. mana pulau pandan... tapi bang agung mcm tak layan.. maybe tak dengar kowt... yalah bising dek enjin bot kecik tu... 



45 minit kami sampai di Pulau Daik... masa nak naik jeti kayu pulau daik tu, tetiba ombak kuat.. uhuhuhu.... karang ada yang jatuh... okay semua naik dan berjalan perlahan-lahan... sebab keadaan jeti menginsafkan kami untuk meniti sopan... hahahah... tetiba.... 

"ehhhh... kejup.." dengar suara syed... syed berjalan laju kearah bot tadi... rupa-rupanya syed tertinggal dry beg yg ada segala macam dokumen.. phewww... seb baik org bot tu jujur... huhuhuh... kami yang dah hampir dengan darat, terpingga-pingga aksi syed yang menghulur tangan nak amik barang... ishh.. mcm tak confident je aku tengok syed berdiri kat kayu....  


No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.