Saturday, February 13, 2016

Trip Redah Berpantun KOHM - Puncak Daik

huhuh... menghabiskan sambungan entry gunung daik ni macam bercinta lak.. kihkihkihkih... sebenarnya trip Gunung Daik ini meninggalkan kenangan yang best dalam berbagai versi... tak kisah la versi apa pun tapi... inilah kami ahli KOHM yang berbagai ragam dan satu kepala... hihihihi.. yuk.. aku nak sambung perjalanan ke Puncak Daik Bercabang Tiga...

pagi2 itu, uncle masak nasi goreng.. yeayy... aku pagi2 memang malas sket... tapi tetap bangun sebenarnya... masak air dan kemas2 tukar2 apa yang patut... pagi ni kami daypack je ke puncak daik... hanya bawak bekalan air, kismis dan coklat.. lunch kami bawak nasi goreng dan sambal ikan bilis yang kodok bwk.. pendakian hanya disertai kami dan 2 orng guide dan pak zul.. bang agung dengan bang mascit xfollow... huhuh...

pendakian kali ini mengambil masa lebih kurang 2 jam ke punggur naga... kami berulang-ulang kali diingatkan tentang laluan punggur naga yang dikatakan melalui cerun berbahaya... curang ke bawah melebihi 800 kaki ke bawah... oh my my... daripada shelter 1 kami mendaki... ini bukan saja mendaki weii.. tapi mencanak.. lutut ke dagu... huhuhu... pagi-pagi dan "assalammualaikum" kepada kami.. memnang mencanak... panjang plak tu.. diskaun..? hahaha... berangan la korang nk dpt diskaun pagi2 ni...


tetiba... kodok penyelamat... hahahaha.... kodok yang duk depan tetiba nk dok belakang... rupa-rupanya mencari lokasi yang menarik untuk ke tandas... hahahahaha... akhirnya...

trek xde diskaun..


hanya kerana kodok lambat, kami dapat peluang take 10 min... hahahaha.. thanks ya kodok... si kodok ni klau berjalan, xde nye rasa nak berhenti... so kami rehat sambil tunggu kodok ni muncul... dapat rechager energy skit... yalah.. trek menurun xde langsung.. diskaun pun klau ada pun 2%.. tak sempat mintak nyawa, mencanak balik... hahahahahah....

akhirnya kodok muncul dengan mula lega... puiii... sempat lagi dia ontrack... hahaha... kami meneruskan perjalanan... kodok masih didepan... ketika kami hampir sampai ke punggur naga, ada tali depan... pak zul dan abg amran.. meningatkan lagi sekali untuk berpegang kuat pada tali ketika melaluinya.. 

mula melalui punggur naga..

huiii... kenapa dikatakan bahaya... hurm... memang tinggi dan curam... yang pastinya... treknya akar-akar kayu pokok renek yang kita tak tahu ianya kuat atau tidak... klau tidak berpengang pada tali, plus dengan angin yang kuat.. hurm.. xbalnce... apa-apa je akan terjadi... so sentiasa lah mematuhi arahan guide.... akhirnya kesembilan kami termasuk guide dan pakzul berjaya melalunya... kami berhenti seketika di shelter 3... shelter 3 (tiga) ini boleh klau nak bermalam tetapi... waterpoint jauh kebawah... turun 20 min, naik 30 minit... hahahhaha... 




hanya pak zul jer yang turun amik air... kami yang lain tunggu je di shelter 3... 30 min kemudian, pak zul muncul dengan tong air di tangan.. yeay.. boleh tumpang... hihihi... kami meneruskan perjalanan ke Leher Naga... 20 min kami sampai ke leher naga.. dari leher naga, boleh nampak puncak gunung daik... tapi cabang disebelahnya di tutupi awan... 

puncak daik..

oleh kerana faktor kabus yang tebal, kami bergerak amik laluan ke kanan untuk lunch dan rehat seketika... oh ya.. lupa plak nak mention... Puncak Daik ini memang tidak boleh di panjat tanpa menggunakan tali... puncak ini 100% batu.. setakat ini hanya ada sorang je yang pernah memanjatnya.. itu pun mengambil masa 3 bulan juga iaitu pada tahun 1980... selepas itu tidak ada lagi pendaki lain yang cuba-cuba mendakinya...

sypul mengikat bendera Malaysia di Leher Naga

uncle with KOHM flag

penat kowt..

orang hutan malaya di Gunung Daik

jojo..

lepas rehat dan puas bergambar sambil mengusha laluan memanjat yang tidak ketemui, kami mula kemas dan turun ke shelter 2... waktu itu jam 12.00 tengahari... kami bergegas turun awal... kerana mengejar bot petang ni.. hehehehe...

puncak gunung sepincang...

kodok dan fizah dikejar uncle...

turun dengan hati-hati...

akhirnya kami sampai di shelter jam 2.00 petang... wooo 2 jam jer turun... hahahaha... ni semua gara-gara uncle kejan si kodok ngan fiza... hahaha... kami sampai rehat jup... masing-masing berpeluh dan tercungap-cungap gak... yalah... turun kali ini kena hati-hati dan brek... 


jam 3.00 petang, kami turun ke shelter 1... kami 9 orang termasuk pak zul dan 2 org guide laju.. sebab nak mandi air sungai kat shelter 1... hehehe...


jam 3.00 petang kami mula bergerak.. biasalah... laju kowt.. kali ini xde nye mendaki.. turun pun sket2 jer... permatang je lebih... kami melalui jalan yang semalam kami gunakan....


No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.