![]() |
Tokwan,Garfu,Gibran khalil,Fitri |
19 februari 2016, sekitar jam
1240 malam terjalin perikatan empat
bersaudara ‘fellowship of the ring’ dalam XPDC malam menawan puncak Gunung Datuk di Rembau
Negeri Sembilan . Merujuk sumber Wikipedia, Gunung Datuk berketinggian 885 meter (2,900
kaki) pada aras laut . Pada awalnya terjalin 5 perikatan tetapi seorang telah menarik diri setelah
kecundang dalam pertarungan hebat dengan Uruk-Hai di lembah Mordor. Beliau
tepaksa menarik diri menjadikan jumlahnya tinggal empat, Namun begitu beliau akan
kembali menjadi ‘Gandaf the white’ dalam XPDC menawan Gunung chabang pada 27
& 28 ini. Besar harapan kami , beliau akan menghentakkan tongkat saktinya untuk menjadikan Gunung Chabang landai bagi memudahkan insan seperti kami
menawanya kelak.
Sebenarnya idea tercetus
kerana perlukan latihan untuk menghadapi XPDC Gunung chabang yang di gembar
gemburkan agak ‘mencanak” dari awal hingga ke puncak . Peserta yang akan menyertai
XPDC Gunung chabang nanti hanya
saya,tokwan dan jojo (menarik diri atas faktor kesihatan). Tetapi Bertuah garfu
sudi menjadi pemandu arah dan fitri sanggup menjadi ‘sweeper'.Jadi tinggallah kami berempat meredah kepekatan malam Gunung Datuk . Menjadikan kata kata garfu
sebagai pedomam dalam menjayakan XPDC ini ‘tempoh perjalanan adalah sekitar 3 jam sekiranya
berjalan.Tetapi kalau duduk diam tanpa berbuat apa –apa tempoh 3 jam tidak mampu di capai’. Begitu
juga dengan kehidupan. Sekiranya sesuatu matlamat itu tidak di usahakan , ia
hanyalah tinggal angan -angan tanpa memperoleh kejayaan.
Kami bergerak santai dan sesekali
berehat sehingga sampai ke pondok tumbang pada jam 0130 pagi. Dalam kelompok
ini tokwan seorang persara di usia 60an menjadi sumber inspirasi kami kerana
masih sihat dan berupaya memikul beg
mengharung batuan kepuncak Gunung Datuk.15 Minit lagi sebelum sampai kepuncak
fitri dengan sukarela membantu membawa beg tokwan setelah melihat tokwan
semakin lelah kerana sudah lama tidak membuat latihan.
Kami sampai di tanah rata di
bawah hamparan batu besar yang merupakan Puncak Gunung datuk sekitar jam 0330
pagi.Kami di sambut dengan deruran angin gunung yang kuat dan kesejukan yang
mengigit sehingga ke tulang hitam . Tokwan dan garfu membawa kelengkapan penuh
seperti baju sejuk dan alas tidur membantu mereka tidur lena pada malam itu.
Memandang mudah pada cuaca di Gunung datuk menyebabkan aku dan fitri mengigil
kesejukan sepanjang malam hingga ke pagi.Selimut yang dibawa dan kain pelikat
yang menyelimuti fitri belum mampu melindungi kesejukan angin gunung yang agak
mencengkam. Bertabahlah kami sehingga hari pagi. Sebelum tidur garfu
menyediakan Nescafe panas untuk kami menghilangkan kesejukan . Tapi air
itu pun menjadi sejuk kerana cuaca yang agak ekstrem di puncak. Seperti kata
uncle Zainul ‘never underestimate the
power of nature” menjadi pedoman di masa akan datang .
![]() |
Mengigil kesejukan |
Walaupun matahari sudah
mengintai di celah awan , kesejukan masih terasa. Angin kencang membawa rasa
sejuk yang mengigit masih belum hilang.Selain kami beberapa pendaki lagi dari
malam lagi semakin memenuhi tapak lapang itu. Sehingga pagi kehadiran makin bertambah meriah.Memenuhi hajat tokwan yang belum pernah sampai kepuncak ,
fitri menemani tokwan kepuncak gunung datuk.Pendakian tiga tangga meniti batuan
hamparan besar merupakan puncak ke Gunung Datuk,Aku dan garfu hanya tunggu di
bawah kerana sudah beberapa kali ke puncak gunung Datuk. Kesejukan yang
melampau dan tidak cukup tidur sedikit sebanyak memberi kesan kepada
kesihatan.Kepala terasa sakit dan perut mual -mual.
Sekitar jam 10 pagi, kami bergerak
turun . lebih ramai peserta yang naik ke Puncak Datuk berselisih dengan kami di
sepanjang perjalanan. Perjalanan turun tokwan menunjukkan kehebatanya . Laju
sekali turun tidak seperti malam tadi yang nampak keletihan . Mungkin
staminanya sudah kembali . Lelaki gagah ini sudah menawan banyak puncak dan
banyak memberi inspirasi kepada kami,Calang calang anak muda mesti tewas di
tangannya. Sambil turun garfu menyumbang gula gula berperasa masin kepada
setiap pendaki yang sedikit lelah dalam usaha ke puncak. Sedikit sumbangan itu
sebagai motivasi untuk sampai kepuncak. Sekitar jam 1130 tengahari kami sampai
ke kaki gunung datuk dengan selamatnya . Maka terleraikan ‘fellowship of the ring’ kami berempat
dalam XPDC malam ke puncak Gunung Datuk .
Pedoman:-
- Kalau mendaki malam siapkan duit permit RM 5.00 untuk bayar di kaunter di kaki Gunung datuk.
- Kalau mendaki malam sila bawa sleeping mate, sleeping beg ,baju sejuk untuk menghadapi cuaca sejuk di puncak Gunung Datuk.
Nukilan : Gibran Khalil 00099
22 Februari 1252 pagi