Friday, January 1, 2016

Trip Redah Berpantung KOHM - Stualang Laut

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan dikandung Tanah
Budi Yang Baik Dikenang Juga

wahhh... hebat kan pantun melayu yang tidak ditelan dek zaman... Dua pembayang pantung itulah yang menjadi taruhan kami KOHM untuk menjejak dan ingin tahu adakah gunung itu benar-benar wujud dan pulau pandan itu di jauh di tengah laut.... hahaha... selain itu ianya merupakan pendakian penutup bagi tahun 2015... so guys... not coming back year 2015... and wish you all 

HAPPY NEW YEAR 2016

aku doakan semoga korang dan kita akan menjalani kehidupan yang lebih tabah, pandanglah dari padangan positif dan redha apa yang berlaku pasti ada hikmah-NYA..

ok let jump to redah berpantun KOHM... selama ini kita anggap 2 pembayang pantun cuma rekaan semata-mata tetapi hapus sama sekali bila melihat sendiri kewujudan kedua-dua objek itu depan mata... alhamdulillah... hahahaha... tak caya kan... tapi itulah kenyataan... aku sebagai perancang ekspedisi ini hanya merancang dalam 2 minggu... padahal study tentang gunung daik ini hampir 3 tahun.. menyimpan impian dan akhirnya inilah hadiah untuk birthday aku... so ekspedisi ini diketuai oleh uncle (paksarela), syed, jojo, sypul, fiza dan pijankodok (aku le tu)... sebelum itu nk ceritakan sket tentang 2 pembayang pantuk tersebut (ayat skema)...

Pulau Pandan sememangnya berada nun jauh di tengah laut, kecik dan lebih-kurang ada 10 batang pokok yang dipenuhi dengan batu dan tidak berpenghuni oleh manusia... ianya dijadikan tempat teduhan bot kecil jika ribut atau angin kuat. Pulau Pandan ini merupakan sebahagian daripada 377 pulau yang menjadi wilayah Kabupaten Lingga dan hanya 92 pulau sahaja yang dihuni manusia... di sebelahnya ada banjaran yang membentuk tulangbelakang sebahagian Pulau Daik Lingga bersebelahan dengan Pulau Dabo Singkep, di Kepulauan Riau, Indonesia... banjaran itulah Gunung Daik Bercabang Tiga... 

info dari aku baca dari pakcik google.com, kewujudan pantun lama ini berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu Riau pada zaman dulu yang menggunakan jalan air sebagai laluan pengangkutan utama. pulau Lingga juga merupakan bekas pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, kesinambungan runtuhnya kerajaan Malayu Melaka (tetiba teringat buku Sulalatus Salihin) sudah pasti pada suatu ketika laluan di situ sibuk dengan kapal pedangang dan aktiviti harian, so tidak hairanlah si bijak pandai bahasa mencipta pantu berkenaan berdasarkan apa yang mereka lihat di sekeliling. Sekarang laluan laut masih digunakan tetapi perjalanannya jauh lebih singkat kerana menggunakan feri ataupun bot laju. 

Gunung Daik dikategorikan sebagai gunung tidak aktif dengan ketinggian 1,165 meter dari aras laut. Walaupun dikatakan mempunyai 3 puncak, tetapi hanya boleh lihat fizikal nya 2 puncak je yang jelas, yang satu puncak tu agak rendah dan memang tak nampak dari jauh... Pandangan dari udara lebih jelas kerana ia akan kelihatan seperti bentuk segi tiga. Puncak paling tinggi ialah Gunung Daik, puncak kedua pejantan atau pinjam pinjaman dan puncak terendah digelar Cindai Menangis.

so cukup-cukup la... klau korang nak tahu lagi, korang study before korang nak pegi... so dari sorang, kami menjadi tiga.. dari 3 orang menjadi 5 orang dan tambahlah sorang lagi last-last minit plan.... menjadi... kami mengharapkan agar ekspedisi ini selamat dan berjaya..

24 Disember 2015 - kul 3 pagi sypul dan jojo telah berada di umah uncle... cuma tunggu pijankodok yang datang dari kedah... jauh kowt dia drive tapi what to do.. kami kan group gila-gila tak berapa nk remaja... kodok sampai dengan dihantar oleh bumblebee... so riuh la kejup... kemudian sambil menunggu syed dtg, kami packing-packing apa yang sepatutnya... bila syed sampai kul 4 pagi, kami packing lagi kali kedua bila kuar masuk barang-barang takut karang tertinggal.. lebih kurang 5.30 pagi kami gerak g amik fiza di selayang... sambil2 itu uncle call fiza tapi xberangkat... entah2 fizah masih tdo... hehehe... dlm pada jojo ada mengingatkan berkali2 jangan lupa buku merah.. hihihihihihi.. passport... tanpa passport tu kami xboleh nk merentasi sempadan indonesia nanti...

tentatif ringkas je...

selepas amik fiza, kami terus gerak ke Stualang Laut, JB... tiba-tiba bunyi bising.. kedegang...! masing2 diam.. then uncle melajukan kenderaan citranya.. bila nk selekoh tu bunyi lagi "kedegum".. huhuhu.. rupa-rupanya bunyi tayar keta belakang bertemu dengan body kereta.. alahai buat suspen je.. kul 7 kami berhenti seketika di RnR Nilai... ini semua permintaan syed yg xbape nk kecik nak makan nasi lemak best.... nasi lemak best kat nilai.. so layan je laaaa.... karang tak layan karang hati bertukar pinky.... hahahahah

solat subuh (qhada') then baru lah makan... kul 7.45 kami bergerak kembali ke JB.... kali ni syed yg drive memandangkan keinginan dia nk makan nasi lepas tercapai.... cisss... so kami yg duk di belkang apa lagi.... tidooooooo.... hihihihihi

jam 11 pagi sampai ke Zon Bebas Cukai Stualang Laut... masuk cari parking kat dlm Mall tapi xboleh  sbb tgh renovate.. so pusing kuar n parking luar... masa nak masuk parking tu, uncle tekan nk amik kad tapi tak boleh.. si kodok duk ulang "what is ur order, sir"... teringat plak citer "what is ur car dude" scene masa diorg nk order mcD... hahahah.... kelakar.... tetiba mesin tu jawab... "again.. and again...?"... hihihihi

rupa2nya mesin kad tu rosak... huaaa... xboleh nak reverse memandangkan ada keta lain plak duk belakang citra uncle... arghhh... huuuurmm.... mengeluh jup seketika... macam-macam dugaan betul... kodok duk tgk jam... lambat ke kita nanti.... duk terfikir2 tapi takpe... inilah moment yang kita takkan dapat dengan org lain... hehehe... 30 min kemudian, ada pekerja Waterfront datang.. alhamdulillah... amik kad, then uncle terus parking... bwk turun sauh masing2 dan checking barang2 takut tertinggal karang... huhuhuhu... so jalan masuk shopping mall Zon Duty... naik tingkat 2, kodok mendahului yang lain... then terus masuk beratur untuk membeli tiket... agak ramai waktu tu... so kodok n uncle dapat gak beli tiket feri kul 12.30 tengahari... kami ada masa 45 min... so sempat lah rehat, g toilet dan merayau-rayau... kemudian kodok muncul dengan roti di tangan... hampir2 lupa tentang bekalan itu...

tiket, passport n kodok...

sypul tgh layan diri yang xbape nk sihat... dan fiza plak tgh layan cramps perut... hehehe..

nk jugak beratur panjang....

lagi 30 minit, ramai org dah beratur untuk check in... kami pun ikut beratur... syed, sepul dan jojo beratur dibelakang... kodok, fiza n uncle beratur tepi menunggu giliran... tetiba kodok celah dapat check in... takde makna nye nak beratur bagai bila ada je warga Indon celah2 then dapat check in.. hahahaha.... check in, check passport kuar malaysia... masa beratur kat imigresen satu hal... ini yang kekadang aku cukup tak puas hati ngan warga asing kat negara kita... sesuka hati ja... dah kat situ tertulis "passport malaysia" dan "foriegn passport", ko masuk lah "foriener".. tapi yang ko duk gediks nk beratur dan masuk "Malaysia" apa hal... nak kata ko tak faham, ko bukannya warganegara yg tak faham bahasa melayu, tapi memang ko faham... kan, penat2 ko beratur then ko kena beratur kat lane ko... aiiyak... buat lambat betul.... selamba je org imigresen tu tunjuk suruh ko beratur lane ko... hurmm... lainlah klau dia panggil ko bila kaunter dia xde org malaysia... hurmm.... itulah yang aku maksudkan....

positif thinking, k fine... dia tak perasan tentang kaunter tu... so sesukahati dia la nk masuk mana... ahhahaha....

orait... to be continue...





No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.