Saturday, January 2, 2016

Mountaineering..Canyoning..Caving & Tree Climbing

Salam sejahtera...

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016...
Sebelum 2015 melabuhkan tirainya saya mencari xtvt penutup bagi diri sendiri.... cuti 4 hari tu..
Saya telah memilih untuk menyertai Awan's Special Project 2015 ( yang diadakan 2 tahun sekali tapi dengarnya akan dijadikan acara tahunan..) Setelah menghubungi saudara Zainul Fikri dari Awan Adventure dan mendapat serba sedikit info mengenai xtvt ini.. saya telah mengajak ahli KOHM yang lain untuk turut serta, akhirnya  Koh dan Anand bersetuju untuk turut serta...

24/12/2015 - Mountaineering Technical

Bemula dengan berkumpul di Awan Club House..(saya akan bermalam disini setiap kali ikut xtvt..) Perjalanan bermula pada jam 5.30 pagi.. dengan 2 buah kenderaan.. Berhenti sebentar di Terminal TBS untuk mengambil Sam dari Kelantan dan Hariz di Bangi... Di Pekan Rembau menunggu Koh sambil bersarapan..

Dah kumpul2 tu jadi la 7 orang semuanya mengikuti xtvt ini diketuai oleh Zainul Fikri, Mus & Hariz dari Awan Adventure Team (AAT), Sam, Anand, Koh dan saya sendiri... Ini merupakan pengalaman pertama melakukan abseiling dari Gunung Datuk.. Sementara menunggu Zainul memasang tali temalinya... wajib la bagi saya, Koh dan Sam melihat dan mengingati kembali apa yang diajar sebelum ini...  sambil tu sessi bergambar bermula.... Ketinggian dari tapak kaki Hang Tuah sehingga ke bawah 80 meter... walau pernah melakukan abseiling sebelum ini, perasaan berdebar-debar tetap ada..... Semua dapat turun dengan jayanya.. Koh tersangkut sekejap pada tali.. tapi dengan tunjuk ajar Hariz dari bawah dia berjaya turun ke bawah. Anand yang merupakan kali pertama bermain tali memang nampak sangat cuak pada mulanya... tapi akhirnya nak ulang lagi.....


Selesai xtvt di Gunung Datuk... kami turun dengan lajunya kerana langit sudah menunjukan tanda2 hujan akan turun. Sampai di kaki gunung, hujan pun mencurah turun dengan lebatnya.. (sampai roboh khemah kat gerai makan tu...) Acrara mengisi perut bermula sambil menunggu hujan teduh... Setelah membersihkan diri... perjalanan bermula untuk mencari tempat bermalam. Rancangan asal adalah kembali ke CH tapi tak extereme la kata Mus... dari Rembau menuju ke Hulu Langat.. Sepanjang perjalanan hujan masih turun... Oleh sebab tu tak dapat lah yang lelaki ni tidur dalam hammock... (hahahaha...eksyen sangat kan.... ) berpusing-pusing cari tempat tido.. akhirnya tempat parking kat Air Terjun Gabai yang menjadi pilihan... sebabnya dah keletihan dan mengantuk sangat dah... Ada yang tidur dalam khemah (pasangan bahagia..) yang lain memilih tidur dalam kereta sahaja...


25/12/2015 - Canyoning

Setelah mandi dan bersarapan.. kami pun bersiap sedia untuk xtvt hari ke 2 iaitu canyoning... Pada hari ini Kak Nonie ( AAT) turut serta. Dengan kelengkapan di badan (helmet dan SRT Gears) mendaki anak tangga sehingga ke air terjun yang atas sekali.. Ini merupakan pengalaman pertama untuk Anand dan ke 2 buat Koh...

 Pelajaran pertama dari Cikgu Zainul... bagaimana untuk menanda tempat terjunan dan cara terjunan yang selamat.... lepas demo yang dibuat olehnya... kami wajiblah terjun ... banyak kalilah kena buat sebab asyik salah je....
Kedua...  kami di ajar bagaimana untuk meyusuri laluan air... bagaimana posisi kaki dan pemilihan tempat untuk meletakkan kaki...
Ketiga... bagaimana untuk cascading ( abseiling di air terjun)...cara memegang tali.. sambil berdiri..sambik duduk...
dan yang terakhir... bagaimana untuk sliding dengan cara yang selamat....

Berakhir 4 subjek ini maka bemulalah cascading.. (canyoning adalah cascading tanpa henti lebih dari 1 air terjun). Air terjun pertama agak tinggi... airnya sangat deras kerana hujan lebat pada sebelah malamnya. Oleh kerana 2 kali terjatuh semasa turun dengan berdiri kerana tolakkan air yang kuat .maka akhirnya saya duduk sahaja sampai ke bawah... ( janji selamat...) Air terjun ke 2 pun agak tinggi... agak gerun jugak nak sampai bawah.... sebab kena pergi ke tepi...(agak semak sikit disitu)
Air terjun ke tiga... macam lagi tinggi dari yang pertama je rasanya... saya turun berdua dengan Koh... sampai kasut hampir tercabut tapi di selamatkan oleh Koh...  Kami semua selamat sampai ke bawah... tapi separuh jalan kena berhenti untuk tukar tali... (kena la buat sendiri sambil diperhati oleh Cikgu Zainul... kalau salah dia akan betulkan...) Kami bermain air dan bergambar sementara menunggu Zainul turun dan membuka tali.... Hampir pukul 5 petang.. Xtvt pun selesai... semua ke kedai.. makan dan makan sebab semua kelaparan.... setelah siap semuanya.. kami pun bergerak kembali ke Club House di Batu Caves... ( lega dapat tido atas katil...) Sebelum sampai ke CH kami shopping dulu untuk mencari coverall buat Koh dan Anand untuk xtvt pada esok hari...



26/12/2015 - Caving

Hari ke 3...

Pada paginya selepas sarapan dan menunggu kedatangan Kak Nonie, kami menuju ke Gua Damai Extreme Park di Batu Caves Selangor... Pengalaman pertama untuk Koh dan Anand ... Perjalanan masuk ke gua dengan menaiki tangga ke atas... serba sedikit penerangan diberi oleh Saudara Zainul...  Pada kali ini kami diajar bagaimana untuk turun menggunakan ladder.. memang tinggi... ladder tu pun separuh sehaja.. Anand dan Koh berjaya tetapi saya memang rasa susah sangat... (failed).. sampai separuh tali akan menurunkan kami sehingga ke bawah....
 Kemudian kami di suruh abseil ke bawah  ... sangat tinggi (bagi saya ) dan dalam kegelapan... hanya bergantung kepada headlamp sahaja.... Ketika ini Anand mengalami kesulitan... tergantung agak lama.. nak ke atas tak boleh, nak turun pun tak boleh sebab tali dah lock... Maka Hero pun datang menyelamat... sape lagikan Zainul Fikri laaa.... agak lama jugak kami menunggu sehingga Anand selamat sampai ke bawah... dan dia ditenangkan oleh Sam dan juga menenangkan diri sendiri di sudut gua yang ada laluan keluar... yang lain alhamdulillah selamat sampai ke bawah... Konon cikgu cakap yang kat bawah tutup lampu... biar yang turun tu teraba-raba nak mendarat kat mana tapi sampai separuh je... yang lain suluh lampu dan suruh possing untuk bergambar.... hahahahah.....

Oleh kerana Zainul mengalami kecederaan di lutut (terjatuh semasa canyoning) maka kami memutuskan untuk mengakhiri xtvt caving kami.. Lagi pun esok ada xtvt lagi....
Kami bersiap setelah melepaskan lelah..bergambar sakan... terus menyusuri jalan untuk keluar dari gua damai....


Pada malamnya... xtvt melawat Up Town Danau Kota.... cari headlamp untuk Koh... ni sebab Anand dah pergi pada malam sebelumnya dapat beli headlamp murah....


27/12/2015 -Tree Climbing

 Pada hari terakhir... malangnya saya tidak dapat mengikuti xtvt pada kali ini kerana last minute kena bertugas... ( Kami Sedia Membantu...)  cuma saya hanya dapat kongsikan gambar2 semasa xtvt dijalankan....



Xtvt Tree Climbing diadakan di Takun Height, Sungai Kanching Templer Park Rawang... Ianya memerlukan kita bergerak dari 1 pokok ke pokok yang lain menggunakan tali.. Ianya memerlukan kemahiran bagaimana memilih pokok dan dahan yang baik... memasang tali.. naik ke atas.. bergerak di atas dan turun ke bawah semuanya menggunakan tali...  Oleh kerana saya tidak berada di tempat kejadian maka tidak banyak yang dpat diceritakan... Harapan saya xtvt ini akan diadakan lagi di masa akan datang... 

Peserta yang paling muda dan paling comel....... 


Tahniah... Gambar ini terpilih sebagai Picture Of The Year oleh President Tree Climber Malaysia..


Secara keseluruhannya xtvt ini sangat seronok tapi soal keselamatan tetap paling utama... banyak pengalaman baru dan pelajaran baru yang kami kutip setiap hari. Walaupun ini bukan kali pertama saya mengikuti xtvt dengan AAT tapi setiap kali mesti ade perkara baru yang akan saya pelajari. Banyak juga kenangan yang lucu yang akan kami kenang sepanjang hayat kami...antaranya peristiwa ditimpa "taik burung"... ( gelak lagi sampai guling2....) 

Terima kasih yang tak terhingga diatas segala tunjuk ajar (halalkan ye segala ilmu,,,) dan pertolongan dan diberikan oleh  Awan Adventure Team..Zainul Fikri.. Hariz, Mus dan Kak Nonie... juga buat Sam... yang selalu memberi tunjuk ajar dan membantu dan selalu menceriakan suasana.... Juga buat Koh dan Anand yang sudi menemani saya pada kali ini....

#Untuk mengetahui XTVT seterusnya dari AAT bolehlah ke Fan Page Awan Adventure...


Penulis:
OHM00307 Ninie Tajuddin
02012016

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.