Tuesday, December 29, 2015

RS Meredahi Bukit Kutu, Menyusuri Sungai Pertak, dan Menjejaki Lata Medang.

8/11/2014 (Sabtu)



Program 1 (Mendaki Bukit Kutu)
Peserta-peserta yang berkumpul dan selesai bersarapan pagi bertolak dari RnR Rawang sekitar jam 8 pagi dan tiba dikawasan perkhemahan Sungai Pertak pada jam 9 pagi bersama bekalan untuk dibawa ke puncak Bukit Kutu. 

Setelah memindahkan barang-barang perkhemahan ke suatu kawasan perkhemahan peserta-peserta yang ingin mendaki Bukit Kutu berkumpul dan mendengar taklimat dari Zainul Rizal Bin Jamil atau lebih dikenali dengan panggilan uncle. Terdapat dua (2) orang sahaja peserta KOHM yang tidak menyertai pendakian pada pagi itu kerana menyiapkan tapak perkhemahan iaitu Abg Yus dan Syed.

Sekitar jam 10.30 pagi, di ketuai oleh uncle dan seramai 10 peserta-peserta pendakian memulakan pendakian, peserta-peserta perlu meredahi beberapa batang sungai kecil, berwaspada dengan pacat dan juga tebuan (tebuan bersarang dan mencari makanan didalam buah yg jatuh diatas tanah) dan berhati-hati kerana laluan dipenuhi dengan banyak buluh yang tumbang. Faiz BJ menjadi sweeper pada kali ini.  

Peserta tiba di Kem Tedung (Batu Putih Besar) pada jam 12 tghari dan berehat seketika setelah hujan turun renyai-renyai. Pendakian menjadi lebih mencabar kerana  jalan-jalan dipenuhi lecak dan selut kerana hujan yang turun. Setelah menempuhi jalan-jalan berlumpur peserta-peserta tiba di sebuah dataran tinggal yang amat luas dan di sekitarnya kelihatan beberapa peserta-peserta lain yang berkhemah di situ untuk beberapa hari memandangan kawasan yang luas dan sumber air dari perigi peninggalan British satu ketika dahulu terdapat juga bekas cerobong asap sekitar jam 1 tghari, meneruskan perjalanan sekitar 30 minit kami tiba dikawasan yang terdapat peninggalan banglo lama yang beberapa bahagian masih utuh dan peluang itu diambil peserta-peserta untuk berehat,  menjamu selera dan mengambil gambar.
                             
Tepat jam 2.30 petang, peserta menuju ke puncak Bukit Kutu, angin yang kuat, hujan rintik-rintik dan kabus menjadikan permandangan bertambah indah, peserta-peserta tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama. Setelah selesai peserta-peserta bergerak turun pada jam 3 ptg dan kesemua peserta selamat tiba di kawasan perkhemahan jam 5 ptg.
   
Pada petang itu kelihatan ramai lagi ahli KOHM tiba di kawasan perkhemahan dan banyak khemah-khemah telah disediakan untuk mesyuarat AJK malam ini yang dijangka akan berlangsung pada jam 9 malam. Ahli-ahli KOHM sedang menyiapkan makanan malam dan kelihatan barang-barang untuk acara bbq juga sedang disediakan. Kelihatan juga peserta-peserta membersihkan diri dan mendirikan solat sebelum hidangan makan malam dan bbq.
   
Kelainan yang terdapat pada program kali ni ialah dengan penyertaan beberapa ahli dari kumpulan Go Adventure Team (GAT) seramai 7 ahli, rata-ratanya adalah sepupu kepada Syed dan selebihnya merupakan kawan-kawan rapatnya. Mereka juga menolong dalam menyediakan juadah untuk bbq pada malam tersebut seperti membakar kambing, ayam dan juga sosej.
   
Sekitar jam 9 kelihatan ahli-ahli KOHM telah berada di dalam khemah besar untuk mesyuarat, turut dijemput untuk menyertai mesyuarat ialah peserta-peserta bukan ahli KOHM (yang datang menyertai pendakian pada sebelah siang) dan juga turut diundang ialah ahli-ahli GAT. Mesyuarat diketuai oleh  Tokwan selaku Timbalan Pengerusi KOHM.


9/11/2014 (Ahad)
Program 3 (Menikmati keindahan Air Terjun Lata Medang)

Hari kedua jam 8:00 pagi, kelihatan ramai yang sedang menikmati sarapan pagi dengan juadah yang sungguh membuka selera iaitu nasi lemak bersama kopi O, dan teh panas.

Peserta-peserta kelihatan bersedia untuk aktiviti hari kedua iaitu menjejaki Lata Medang, perjalanan memakan masa 2 jam hingga 3 jam bergantung kepada keadaan faktor fizikal, mental dan juga cuaca. Dipahamkan trek untuk ke Air Terjun juga mencabar bagi peserta yang pertama kali yang mahu kesana. Namun trek lebih mudah berbanding trek Bukit Kutu.
Setelah semua persediaan dilakukan, aktiviti kali ini diketuai oleh Abg Yus. Tepat jam 10 pagi, seramai 13 peserta bergerak menuju Air Terjun Lata Medang. Sweeper kali ini ialah uncle. Kebanyakkan peserta-peserta yang mendaki bukit kutu semalam tidak menyertai aktiviti pada hari kedua kerana mereka telah pulang selepas mesyuarat semalam kerana mempunyai komitmen yang lain. Antara ahli-ahli KOHM yang menyertai aktiviti hari kedua ialah Didi, Hilmi, Faiz BJ, J-rol, dan Jojo.

Lebih kurang 12 tgh, kami tiba di Lubuk Mecu, disini juga terdapat air terjun yang sangat cantik dan kelihatan beberapa orang yang mengambil peluang untuk berehat dan bermandi manda di sana, namun kami tetap meneruskan perjalanan kerana jarak diantara Lubuk Mecu dan Lata Medang hanyalah lebih kurang 200 meter. 15 minit kemudian diketuai Abg Yus kami selamat tiba di Air Terjun Lata Medang dan kelihatan disana ramai orang yang datang berkhemah selama beberapa hari di kawasan perkhemahan tersebut.

Memang dapat dilihat keindahan Air Terjun Lata Medang yang begitu indah dan jernih serta sejuk airnya. Disini kami mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah, dinasihatkan juga kepada peserta yang sedang mandi manda di situ supaya berhati-hati kerana terjadi peristiwa ‘kepala air’ yang tidak boleh dijangkakan. Setelah puas mandi manda di Lata Medang, kami kembali ke Lubuk Mecu untuk makan tghari dan bermandi manda kerana kurang orang yang berada dikawasan tersebut.
                   
Selesai bermandi manda kami bergerak turun ke Sungai Pertak, Lebih kurang jam 4.30 ptg kami tiba di kawasan perkhemahan dan bersiap sedia untuk mengemas segala keperluan dan membersihkan kawasan perkhemahan. Kami semua bergerak meninggalkan kawasan perkhemahan dan singgah di medan makan disekitar bandar kawasan itu untuk berkongsi berbagai pengalaman sebelum berpisah membawa haluan masing-masing.

KOHM bakal mengadakan lagi program ke Sg Pertak, Bukit Kutu, dan Lata Medang pada tahun 2015. Jika berminat boleh menghubungi wakil-wakil KOHM.

Jalan cerita : Jojo (KOHM 00286)
Gambar : takda stok

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.