Thursday, December 31, 2015

PANDUAN UNTUK KE ANNAPURNA BASE CAMP (ABC), NEPAL (Bahagian II)

Jurnal ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sewaktu menyertai expedisi ke ABC sebagai panduan bagi mereka yang bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke sana.  Pertama kali saya menjejakkan kaki di ABC adalah pada bulan April 2014 dan kali kedua pula adalah pada Oktober 2015.

Banjaran Himalaya

Intro :
Sedikit mengenai Annapurna Base Camp. Ia terletak betul betul di bawah lingkaran banjaran Himalaya di antara Annapurna Selatan dan Machhapuchhare yang mana puncaknya dapat dilihat dari Bandar Pokhara. Kawasan ini dianggap sebagai “sacred” oleh mereka yang berugama Hindu dan Buddha. Sejak beratus tahun, mereka percaya di sini adalah tempat tinggal dewa dewa mereka dan pernah menjadi larangan kepada pihak tertentu untuk menjejakan kaki di sini. Untuk ke ABC, kita perlu mengikuti lorong pejalan kaki melalui lereng lereng gunung, melalui kampong dan ladang di tepi lembah yang dalam dan di bawahnya  Sungai Modi Kola. Boleh dikatakan bahawa seluruh negara  Nepal ini adalah kawasan pergunungan belaka. Masa yang paling sesuai untuk treking pula ialah pada bulan April/Mei (musim bunga) atau Oktober/November (musim luruh).

Sedia untuk packing

Siap packing
                                           

Harga pakej yang dikenakan ialah USD514.00, meliputi :
  1. Semua cukai perkhidmatan yang berkaitan,
  2. Urusan dokumentasi,
  3. Permit memasuki kawasan Taman Negara,                   
  4. Kad TIMS (Tourist Information Management System) Sekeping gambar berukuran paspot diperlukan,
  5. Pengurusan helicopter kecemasan yang dibayar oleh insuran (jika perlu),
  6. Penginapan hotel di Kathmandu dan Pokhara termasuk minum pagi,
  7. Penginapan, minum pagi,makan tengahari dan makan malam di pergunungan
  8. Khidmat porter (lebih kurang 12kg seorang) 
Bayaran ini tidak termasuk :
  1. Bayaran visa
  2. Tiket penerbangan,
  3. Insuran perjalanan
  4. Makan tengahari dan makan malam semasa di Kathmandu dan Pokhara,
  5. Tips,
  6. Kemudahan peribadi seperti mandi air panas, caj handphone, air mineral, dll.

Sebelum berangkat, persediaan rapi telah saya lakukan. Ini lebih mudah kerana ia pengalaman kedua bagi saya. Jadi tidak timbul soal terlebih  atau terkurang barang keperluan. Tiket kapalterbang telah saya tempah 6 bulan lebih awal. Saya menggunakan pesawat Malindo Air. Insuran perjalanan juga saya beli on line melalui AIG (Travel Guard) dengan harga RM138.00. Tiga minggu sebelum berangkat, saya telah meminta kawan menguruskan visa untuk 15 hari di kedutaan Nepal, Kuala Lumpur. Bayaran visa adalah RM95.00. Kalau buat “visa on arrival” bayaran nya USD25.00. Lebih elok buat di Malaysia, tidak payah beratur dan murah sedikit. Saya juga pastikan tarikh luput paspot saya melebihi 6 bulan.

Keperluan untuk mendapatkan visa:
  1. Borang visa yang siap diisi (boleh didapati secara on-line)
  2. Sekeping gambar berukuran paspot,
  3. Paspot asal,
  4. 1 salinan paspot dan
  5. Wang tunai RM95.00.                                           

 
Visa dan tiket penerbangan


Agen di Nepal :

Sepanjang di Nepal, kami berurusan dengan agen yang dilantik iaitu Goodvibe Adventure Pte Ltd. Pada mulanya agen ini saya pilih atas saranan oleh seorang kawan yang pernah menggunakan khidmat mereka dan ia terbukti sangat memuaskan.

Penerbangan ke Kathmandu memakan masa lebih kurang 4 jam lebih. Perbezaan masa antara Malaysia dan Nepal adalah 2 jam didahului oleh waktu Malaysia. Dari KLIA2 jam 1430 dan sampai Kathmandu jam 1705 waktu tempatan. Pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel disediakan oleh agen. Seperkara lagi, sekira ada “check-in baggage”, pastikan slip tidak hilang supaya tidak timbul masalah semasa membuat tuntutan bagasi.

      
Semasa tibe di lapangan terbang Tribhuvan    

Semasa tiba di Lapangan Terbang Tribhuvan, Keshab, tuan punya Goodvibe Adventure Pte Ltd, telah sedia menanti untuk membawa kami ke hotel. Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel lebih kurang 30 minit. Perkara yang pertama saya lakukan adalah menukar wang Malaysia kepada wang Nepal dan juga mendapatkan simcard. Ringgit Malaysia mudah diterima untuk pertukaran di Nepal. Pertukaran wang harus dilakukan di Kathmandu kerana nilai tukarannya lebih baik kalau dibandingkan dengan Pokhara. Untuk membeli simcard pula, kita perlu sediakan 1 keping gambar berukuran paspot. Itu peraturannya.

Selama 2 hari di Kathmandu, saya lebih banyak berurusan dengan Keshab dan juga membeli belah sedikit. Makan minum waktu ini saya tanggung sendiri. Hotel 3 bintang, yang agak selesa, saya bayar pada harga USD45.00 satu malam (dikongsi 2 orang) termasuk minum pagi. Hotel yang lebih murah (1 atau 2 bintang) ada banyak kalau tak kisah. Makanan halal di Kathmandu boleh di dapati dari 2 buah restoran iaitu  Anatolia Restaurant, J.P Road, Thamel atau  Al-Madina Halal Food, depan Dolphin Guest House belakang Masjid Thamel.

  
Makan dan membeli belah di Kathmandu
  
Masa yang paling sesuai untuk treking ialah pada bulan April/Mei atau Oktober/November. Perjalanan ke ABC memakan masa 12 hari termasuk hari penerbangan pergi dan balik. Trek tidak sukar tetapi peserta perlu menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental kerana perjalanan di pergunungan agak mencabar. Latihan fizikal yang paling minima, iaitu  2 jam setiap 2 hari selama 2 bulan di gym atau yang seumpama, sebelum perjalanan adalah sangat membantu. Dari segi perbelanjaan tambahan, RM500.00 sebagai tambahan untuk perbelanjaan persendirian sudah mencukupi kerana semua kos penginapan, pengangkutan dan makan minum di pergunungan telah termasuk dalam pakej. Tetapi, sekiranya hendak membeli belah, kena lah bawa duit lebih lagi.

Peserta perlu menyediakan pakaian untuk menghadapi cuaca sejuk lebih-lebih lagi untuk hari keempat dan kelima treking dan waktu malam kerana sejuk oleh salji dan juga cuaca yang tidak menentu. Pakaian yang sesuai perlu disediakan untuk treking dan tidur malam.

Makan minum di pergunungan disediakan seperti Dhal Bat, Roti Gurung, Telor Goreng/dadar/rebus, mi sup, roti tetapi mengikut selera Nepal lah. Dinasihatkan bawalah sedikit bekalan seperti Mi Maggi, serunding, sambal ikan bilis, dll untuk menambah selera. Minuman segera seperti kopi, teh, milo, nescafe juga sangat digalakkan kerana kopi dan teh di Nepal berlainan rasa.

  
Roti Gurung                                    Dhal Bat                                         Salad

Dari segi kemudahan, peserta dinasihatkan menggunakan khidmat agen/porter bagi memudahkan perjalanan. Sekiranya ada porter, mudahlah kita nak berselfie dan sebagainya. Peranan agen pula sangat berguna sekiranya ada kecemasan. Kita tidak tahu bagaimana hendak menguruskan pengangkutan helikopter, contohnya. Ini juga untuk memastikan kita ada tempat tidor di guest house kerana pada waktu “peak period”, ada kemungkinan tempat penginapan semuanya penuh. Jangan risau tentang harga kerana KOHM/OHMOR telah dilantik sebagai wakil di Malaysia oleh Goodvibe Adventure Pte Ltd dan kami akan pastikan harga terbaik disamping perkhidmatan yang memuaskan diberikan oleh agen.

Berikut adalah adalah senarai barang keperluan minima yang saya sarankan untuk dibawa dari Malaysia atau pun boleh dibeli di Nepal :

BIL
BARANG KEPERLUAN
CATITAN
SEMAK
1
Paspot
 Tempoh sah mesti melebihi 6 bulan

2
Pen & buku nota


3
Gambar saiz paspot 2 keping
Untuk kad TIMS dan simcard

4
Salinan paspot 2 keping
                 -sama-

5
Topi


6
Serkup kepala atau ski mask / scarf


7
Sun glass


8
T-shirt dry fit (lengan pendek) – 4 helai
Boleh dibasuh dan cepat kering

9
Baju dry fit  (lengan panjang) – 2 helai
                      -sama -

10
Jaket ringan atau wind breaker
Guna masa bawah 3000 mdpl

11
Jacket tebal
Guna masa atas 3000 mdpl dan tidur

12
Sarung tangan
Buat dari wool atau kalis air lagi baik.

13
Seluar mandi
Kalau nak mandi di kolam air panas

14
Seluar trek pendek atau panjang (nipis)
1 pasang untuk treking masa panas

15
Seluar trek panjang (tebal)
1 pasang untuk treking masa sejuk

16
Setokin – 4 pasang
Satu pasang untuk guna masa tidur

17
Seluar dalam (boxer) atau  pakai buang
Jenis boxer lebih selesa

18
Kasut trek (jenis but kalis air)
Boleh tambah 1 pasang  kasut lari

10
Selipar getah
Untuk guna semasa di bilik air

20
Baju hujan
 Boleh guna jenis pakai buang

21
Longjohn & tights
Untuk tidur malam dan masa treking

22
Seluar panjang / sukan
Untuk tidur malam

23
Baju sejuk
Untuk tidur malam

24
Kain sarong


25
Sejadah
Di sana memang tidak ada sejadah

26
Tuala
Elok jenis microfibre

27
Backpack (30 - 40 litres) + raincover
Untuk bawa barang peribadi

28
Haversack (70 litres) + raincover
Untuk porter bawak

27
Tongkat
Ini perlu di kawasan bersalji 

28
Botol air atau  water bladder
Botol disarankan 2 units (saiz 1 liter)

29
Botol air panas
Kalau suka minum air panas

30
Sleeping bag
Yang -10 darjah selsius lagi bagus

31
Plastik untuk sarung kaki
Di khuatiri kasut basah.

32
Beg plastik besar
Bungkus pakaian dalam haversack

33
Torchlight / headlamp
Bawa masa treking

34
Bateri tambahan


35
Kamera / Go Pro


36
Powerbank


37
Socket / adapter
Jenis untuk antarabangsa

38
Pelbagai alat (ada pisau, gunting,dll)
Untuk buka tin, memotong, dll

39
Pengerat kuku
Kadang kadang ada masalah kuku

40
Wet wipes
Untuk lap badan atau kecemasan ehem ehem dalam perjalanan.

41
Toilet paper roll / kertas tisu
 1 gulung

42
Sunblock


43
Berus gigi


44
Ubat gigi


45
Sabun mandi / bath gel
 Yang saiz kecil macam di hotel

46
Shampoo


47
Pembersih muka, toner, krim muka


48
Comb/brush


49
Plaster


50
Dettol


51
Heat cream / minyak panas / minyak urut


52
Panadol / pain killer


53
AMS pills


54
Ubat batuk


55
Pil selsema


56
Pil cirit birit


57
Vitamins and minerals


58
Personal medicines


59
Mi segera
Di gunung ada tapi rasa berlainan

60
Sambal bilis / serunding ikan/daging
Semua jenis daging di larang selepas Dhovan kerana kepercayaan tertentu.

61
Kicap
Antara penambah selera yang penting

62
Kurma
Paling baik semasa treking

63
Minuman segera  (2 atau 3 dalam 1)
Boleh order air panas di guest house

64
Nestum
Sewaktu tidak ada selera minum pagi


Sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat berhubung lawatan ke Annapurna Base Camp (ABC), samada untuk trip individu ataupun berkumpulan bolehlah diemailkan kepada  :

admin@oranghutanmalaya.com
tokwan@oranghutanmalaya.com

atau anda juga boleh kunjungi :



Disediakan oleh : 

OHM00008 Tokwan


Artikel berkaitan sila rujuk :

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.