Monday, September 28, 2015

RS ~ Hari Malaysia di Gua Kandu

Cuti Hari Malaysia 16 September 2015... ramai orang ada rencana dan xtvt tersendiri. Pada kali ini Gua Kandu menjadi destinasi saya. Selain dari itu ada juga ahli yang menyertai xpdc CUS..

Gua Kandu teletak di Gopeng, Perak.Terletak kira2 setengah jam dari Gua Tempurung. Gua Kandu telah digunakan oleh tentera Jepun semasa perang dunia kedua kemudian diambil alih oleh gerila komunis semasa darurat sebagai tempat persembunyian mereka. Ianya bersebelahan dengan Lebuhraya PLUS dekat Gopeng.

Saya menyertai Awan Adventure lagi pada kali ini. Bersama Zainul Fikri ( Founder Awan Adventure), Kak Nonie dan Harriz berkumpul di Awan Clubhouse Batu Caves pada malam 15 September. Persiapan makanan dibuat bersama Kak Nonie untuk bekalan dalam gua. Tidur sekejap di clubhouse sementara menanti Mus dari Melaka. Sekejap la sangat..... sampai pagi la jugak... Kami bertolak dari KL jam 5pagi camtu.. Singgah Rawang ambil anak Kak Nonie. Sampai Gopeng lebih kurang 8 pagi dan bersarapan di pekan Gopeng. Seorang lagi peserta adalah abang saya Abang Zul dari Ipoh.Pertama kali Abang Zul menyertai xtvt gua. Dia dah sampai pun kat Kandu Eco Adventure Resort Gopeng. Kami berjumpa dan berkumpul di sana. 7 orang semuanya...





Kali ini kami menyambut Hari Malaysia yang ke 52 dan juga ulang tahun ke 50 Union International of Speleology (UIS).


Pintu masuk Gua Kandu. Ianya tidak terjadi secara semulajadi. Ianya diletupkan bertujuan untuk mendaratkan dan menyimpan kapal terbang perang.

Berjalan masuk menuju ke Gua Kelawar

Merangkak sepanjang masuk ke Gua Kelawar

Sementara menanti Zainul ketuk dinding gua ni, kami yang lain boleh berehat. Yang tak rehat2  dia sorang je.....

Selepas siap dinding diketuk, tali dipasang.. kami turun ikut sini.. ...

Selepas turun dari Gua Kelawar, masuk ke Gua Kandu menuju ke Gua Sanding. Kami berehat, makan tengahari sambil melihat ladang rusa yang kelihatan dari pintu gua. Pemandangan dinding gua ni sangat cantik.


Sambil melihat ladang rusa....
Selepas berehat, kami menuju ke Gua Intan....

Gua Intan kecil je.. Masuk duduk dalam ni, tutup lampu pasang lampu yang malap cahayanya... Kita akan melihat dinding gua berkelipan bagaikan bintang di waktu malam... nak turun ke sini memang seksa jugak la... Takde jalan keluar jadi kena la panjat semula untuk keluar dari sini....


Selepas Gua Intan kami pun mula berjalan untuk keluar dari sini... Terdapat berbagai bentuk batu seperti Nenek Kebayan, Kepala Singa dan Dinosour pun ade....



Dah nak keluar dah ni......


Turun ikut sini pulak... Tinggi lebih kurang 80meter katanya... Dari kejauhan tu adalah Lebuhraya PLUS......

Turun je terus masuk dalam air.... 

Masuk gua kat dalam air ni pulak.....
Air ni dalam sangat... tak jejak dasar pun.. Menurut guide kat situ, dulu air ni takat betis je.. tapi lepas siap lebuhraya terus jadi dalam.....


Selesai sudah aktiviti kami. Hujan turun dengan lebatnya sebaik sahaja kami keluar dari gua. Tetapi seketika sahaja. Walaupun keadaan berjerebu semasa kami bertolak dari KL tetapi cuaca dan keadaan langit di Gopeng sangat cerah, tiada berjerebu semasa itu. Setelah membersihkan semua peralatan.. (wajib tu) kami membersihkan diri dan bersiap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Kami singgah makan di Gopeng.

Senyum semua sebab dan kenyang.....



# Kepada yang berminat untuk menyertai aktiviti meneroka gua boleh ke Facebook Awan Adventure.. Sebarang pertanyaan tentang xtvt gua terus berhubung dengan Saudara Zainul Fikri.
Juga boleh menghubungi Kandu Eco Adventure Resort Gopeng Perak...

Sekian sedikit perkongsian saya pada kali ini....

Penulis: Ninie Tajuddin
             OHM00307

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.