Wednesday, September 2, 2015

AWAN's Speleo Workshop 2015

28/8/2015 – 31/8/2015

Bab 1...

Salam Sejahtera...

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa menyertai workshop ini yang dianjurkan oleh AWAN Adventure (Founder En Zainul Fikri Mohd Idris ) dan SGI Outdoor Merapoh ( En Syukri). Workshop yang dianjurkan 3H 2M ini di sertai oleh saya secara tidak sengaja... Kesibukan dengan xtvt yang sedia ada dan komitmen dengan kerja hakiki membatasi xtvt bersama ahli KOHM.. Last minute Uncle Zainul Rizal ajak tak dapat la nak ikut....  sbb dah ikut Zainul yang lain... Sorry Uncle Zainul!!!

 Jumaat - 28/8/2015

Saya ke AWAN Club House yang terletak di Taman Samudera, Bt Caves... Pukul 9 mlm berkumpul disana. 1st time jumpa orang yang terkenal dalam dunia outdoor ni Zainul Fikri Mohd Idris..... Sambil menunggu peserta yang lain, Farhan dari Bangi dan 2 orang dari Singapore. Sebelum ni saya hanya berhubung dengan Kak Nonie sahaja (nice to meet you Kak Nonie...ari ni dah rindu dengan akak, anak2 dan bibik..) Setelah semua siap, kami menuju ke Merapoh... Untuk pengetahuan, hanya saya seorang ahli KOHM yang mengikuti xtvt ini.....

 Sabtu - 29/8/2015


Lebih kurang pukul 4 pagi kami selamat sampai ke destinasi... Khemah sedia terpacak menanti ketibaan kami... Terus merehatkan diri...

Campsite
Sangat selesa... Terima kasih SGI Outdoor
Ianya di kelilingi pokok rambutan, ada juga pokok dokong..jadinya memang puaslah dapat makan rambutan kat sini... petik sahaja...

Class Session 1
Caving Basic
SRT Gears (harness & belay device)...Helmet...Gloves...Coverall

Cave Exploration 1... Gua Rimau....
Kami  ke sini selepas lunch...

Penerangan tentang Gua Rimau...
Jom masuk!!!!


Untuk tatapan bersama.....





Menyeberang tapi tak boleh pijak dasarnya... errrr... ade ke dasarnya tu........
Memang payah bagi saya, kalau tak takde lah telan air ni... huhuhu

Kami dah sampai di penghujung... Berehat sebentar....
Ada jalan keluar dari sini, tapi tinggi..
Kami akan berpatah balik untuk keluar

Terdapat banyak cengkerang siput di dalam ni... Diberitahu, ianya dibawa oleh Burung Raja Udang

Twin Tower
Ianya hasil daripada percantuman stalacyite dan stalacmite  dan di panggil Column

Akar kayu di dalam air....

Sudah boleh keluar... Pandai2 la memboloskan diri dari sini.....

Buah Koko...
Manala tau kan, Kot2 ada yang tak kenal...
Ada la orang yang gelakkan saya ambik gambar ni... huh!!

Untuk sampai ke pintu gua, kita akan melalui dusun buah-buahan yang dimiliki oleh penduduk tempatan. Rata2 pemiliknya kenal dengan Saudara Zainul Fikri dan telah pun diberi kebenaran untuk memetik buah2 di sini sekiranya ada....

Ada sebatang anak sungai didalam kawasan ini.
Cara2 membersihkan coverall atau pakaian anda di ajar oleh Saudara Zainul....
 Teknik ini dinamakan Kuak Terlentang....hihihi

Melihat matahari terbenam..
Ianya tak jauh dari campsite. Hanya perlu menaiki Hilux dan sekutunya untuk sampai ke puncak ini.. 


Selepas makan malam, Class Session 2 bermula. - Basic Alpine Caving Techniques. Ianya berkenaan penggunaan SRT Gears untuk xtvt meneroka gua esok hari. Setelah diberi penerangan, kami diminta mencubanya. Semua peserta mencubanya kecuali saya... hihihihi..

Kami menanti kedatangan 2 lagi peserta untuk esok hari.. Profesor Khairul dan Nur Azila.. Mereka datang naik keretapi... Bagi yang mahu ke sini jika tidak mahu memandu, boleh menaiki KTM dan turun di Stesyen KTM Merapoh..  

Kita berhenti dahulu di sini... Bab 2 akan menyusul nanti.... 
Gua Merah, Gua Katak dan Gua Hari Malaysia @ Padang Kawad...

#Bagi yang berminat untuk melakukan xtvt ini boleh terus ke FB Awan Adventure untuk maklumat lanjut...

Penulis:
OHM00307 Ninie Tajuddin
02092015

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.