Sunday, September 27, 2015

AWAN's Speleo Workshop



Bab Akhir

Salam sejahtera....
 Maaf kerana mengambil masa yang agak lama (memang lama pun) untuk menyambung bab seterusnya...

30/8/2015
 Hari ke 2 saya di Merapoh,
Kelas  pagi ni - Preparation for caving ( technical cave) .. selepas minum pagi kami pun memulakan cave exploration... Gua pertama pada hari ni adalah Gua Merah...

Persediaan sebelum meneroka gua

Bukit Batu Kapur 

Pintu masuk Gua Merah

Persediaan sebelum ke pintu gua... 

Posing dulu.... Ninie & Nonie

Pemandangan dalam Gua Merah

Kak Nonie dengan Jalur Gemilang.... Esok Hari Merdeka!!!!

Gua Merah

Kibarkan Jalur Gemilang!!!!

Dari Gua Merah kami ke Gua Katak....

Pemandangan dari luar.. Gua Katak

Penerangan dari Saudara Zainul Fikri tentang Gua Katak

Bergambaq sat!!!!

Gua Katak ... jaring dipasang oleh Prof Khairul.. untuk melihat spesis ikan yang hidup di gua ini...



Setelah petang, kami telah menghabiskan penjelajahan 2 buah gua pada hari ini. Seperti biasa, kalau jumpa sungai, wajib berendam.. untuk mencuci baju sebenarnya...  pada sebelah malamnya selepas makan malam bermula Class session 3 - Flora & Fauna of Cave oleh Profesor Khairul..


31/8/2015

Pada pagi ini, selepas menghirup udara merdeka.... kami bersarapan dan  membuat persediaan untuk meneroka Gua Padang Kawad @ Gua Hari Malaysia.... Kami menaiki 4WD lebih kurang 20minit , setelah itu berjalan kaki merentasi sungai dan belukar selama 45 minit untuk sampai ke pintu gua. Gua ini dipenuhi air sahaja... Ianya sepanjang lebih kurang 900meter lebih... memang mencabar, lebih-lebih lagi semasa terpaksa menetang arus deras air terjun untuk memanjat keatas... Terima kasih kepada Zainul dan Harriz yang memberi talian hayat untuk saya naik ke atas.... Walaupun agak kecewa kerana tidak sampai ke penghujung gua kerana air naik.. Diharap dapat mengulanginya di lain kali... InsyaAllah...

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!



Flora

Sudah sampai di pintu gua.... Persediaan untuk masuk ke dalam...
Seksa nak naik ni..... takkan lupa ni sampai bila-bila pun.....


Air sahaja di dalam ni.... 



Dah naik tadi kan... kena la turun pulak....

Bersama Prof Khairul... Kami berehat sebentar.....

Cantik batu ni.....

Ceria....

Sijil penyertaan

Bergambar selepas penyampaian sijil oleh Saudara Zainul Fikri dari Awan Adventure
Setelah bergambar, kami pun bersiap untuk bertolak balik ke ibu kota.. (esok kerja...) Kami bertolak lebih kurang pukul 8.30 malam.. Jalan agak sesak kerana semua warga kota pulang setelah cuti panjang sempena hari merdeka. Kami semua selamat sampai ke destinasi lebih kurang jam 2 pagi....

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas layanan dan tunjuk ajar sepanjang aktiviti ini berlangsung. Ianya merupakan pengalaman baru untuk saya. Terima kasih sekali lagi untuk Encik Zainul Fikri, Kak Nonie, Harriz, Prof Kahirul, Kak Azila dan lain2 dari SGI Outdoor Merapoh....

Penulis:
OHM00307 Ninie Tajuddin
27092015



No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.