Monday, May 11, 2015

PERINGATAN MESRA KEPADA SEMUA AHLI KOHM

MERUJUK KEPADA SUATU KENYATAAN / KOMEN DI FACEBOOK BERTARIKH 10 MEI 2015


1. HARAP MAKLUM BAHAWA PIHAK KELAB ORANG HUTAN MALAYSIA (KOHM) MENGESAHKAN BAHAWA TOHMAHAN TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI.

2. AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI KOHM AMAT BERHARAP AGAR SEMUA AHLI KELAB ORANG HUTAN MALAYSIA BERHEMAH SEBELUM MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN / KOMEN DI MEDIA MASSA (FACEBOOK DLL) SUPAYA TIDAK MENJEJASKAN NAMA BAIK INDIVIDU / ORGANISASI LAIN. 

3. ADALAH TIDAK ADIL SEKIRANYA SESUATU KEJADIAN BURUK YANG BERLAKU TERUS DIKAITKAN / DISEBUT SECARA SPESIFIK DENGAN NAMA SESEORANG INDIVIDU / SEBARANG ORGANISASI LEBIH-LEBIH LAGI KALAU FAKTA YANG SEBUT ITU ADALAH TIDAK BERASAS SAMA SEKALI. 

4. KAMI TIDAK MAHU IMPLIKASI YANG BURUK BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN / KOMEN YANG DIBUAT.

5. SILA AMBIL KENYATAAN INI SEBAGAI SATU PERINGATAN.

-ADMIN-

Tuesday, May 5, 2015

RS Pulau Perhentian 2015

Tarikh : 30/4 – 3/5/2015

Salam sejahtera... bertemu lagi kita di Blog KOHM..

Seperti tajuk diatas, maka saya ingin berkongsi cerita kami pada trip santai kali ini.. Pulau Perhentian.. terletak di negeri Trengganu Darul Iman.. Menjadi tempat pilihan kami pada kali ini. Hajat dihati nak camping macam 2 tahun yang lepas, ingin tidur sambil mendengar deruan ombak tetapi tempat dah penuh. Maklumlah cuti Hari Pekerja bersambung dengan cuti hujung minggu dan cuti Hari Wesak. Pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti. Perancangan dibuat agak lewat, dalam bulan Februari, organizer pada kali ini Yus Rie KOHM.. Seperti biasa kami hanya berhubung melalui Telegram KOHM.. War2kan untuk melihat samada mendapat sambutan atau tidak.. Alhamdulillah.. setelah dikumpul, total ahli yang ingin turut serta bersama famili 15 orang... Semua urusan penginapan, bot dan xtvt diuruskan oleh Abang Yus dan sepupunya Helmi yang menginap di sana.

Setelah segala persiapan dibuat, termasuk budget..ration..pengangkutan.. Maka pada hari khamis 30/4 semua mula bergerak ke destinasi.. Abang Yus dan Ija bergerak dari KL lewat pagi.. singgah di Kuantan untuk menjemput Ninie. Kak Mar dan anak2 dari Seremban.. Yang lain..Uncle & famili, Tokwan, Sypul dan Jojo bertolak dari Lembah Kelang terus ke Kuala Besut.

Abang Yus dan Ija sampai ke Kuantan agak awal... malangnya tugasan saya pada hari tu tak dapat selesai dengan cepat. Maka terpaksalah mereka menunggu sampai ke petang.. Di Kuantan mereka bertemu Bard (sama2  pergi Trusmadi). Bard asalnya nak ke ABC, Kathmandu tetapi kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan maka terpaksa dibatalkan. Untuk mengubat kelukaan hatinya maka Abang Yus menjemput dia menyertai kami ke Perhentian. Maka jumlah ahli pun bertambah jadi 16 orang...(meriahnyeeee....) Bard bertolak agak lewat sebab harus pulang ke rumah untuk persiapan dan bagi tau orang rumah la dulu....

Lebih kurang pukul 9 malam  kami (Abg Yus, Ija dan Ninie) sampai di Kuala Besut. Kak Mar dan anak2 awal sikit je dari kami tiba di sana. Setelah berjumpa dengan Helmi ... kami singgah makan di Penang Ori Cafe.. Char Kuew Tiow dia memang sedap... Tak lama kemudian Kak Mar pun menyertai kami. Perut dan kenyang maka dalam pukul 10 malam kami di bawa ke Rehat Homestay.. Tempat rehat kami pada malam itu.

Homestay di Kuala Besut.. sangat selesa.....

Tokwan, Sypul dan Jojo sampai tak lama kemudian, setelah sesat (lokasi yang diberi google tak tepat). Uncle dan Bard sampai ntah pukul berapa ntah...(tak tanya pun) Tapi Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke Kuala Besut.

1 Mei 2015

Pagi ni, Helmi membawa kami (Uncle, Ninie, Ija dan Abg Yus) ke Pasar Ikan LKIM.. Beli ikan dan makanan laut untuk bekalan dan BBQ kami nanti.


Model pasar ikan... Murah ooooo...... puas hati dapat yang segar dan sangat murah...... murah sebab ade 2 model ni kot.....

Setelah selesai urusan membeli bahan2 segar da basah.. juga sarapan kami pada pagi tu, Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.. kami balik ke Homestay.. Urusan kemas barang di rumah telah di serahkan kepada Jojo.. dan dia telah menjalankan amanah dengan sangat sempurna.... Credit to Jojo...

Pukul 10 pagi kami berada di Jeti.. Memunggah barang (yang macam nak duduk kat pulau terus) dan menunggu bot.. Alhamdulillah, tiada masalah yang besar mengganggu urusan kami pada pagi tersebut. Kerana jumlah kami 17 orang (termasuk Helmi dan isterinya) maka kami perlukan 2 bot.. (1 bot hanya dibolehkan 12 sahaja walaupun bot tu ada lebih seat) tetapi Helmi dapat selesaikan masalah tersebut, Ninie, Helmi dan isterinya gerak dahulu.. sebab Ninie dah terlepas masuk tanpa tiket.... Yang lain naik bot ke 2..

Dalam pukul 10.30 pagi kami semua bertolak dari Jeti Kuala Besut. Lebih kurang jam 11.15 pagi kami selamat sampai ke Pulau Perhentian Kecil.. Kami terus ke tempat penginapan yang telah disediakan oleh Helmi. Memang selesa. Dekat sangat2 dengan jeti. Pukul 12.30 tghari selepas siap berkemas, Ija mula memasak untuk lunch.. Ninie  pembantu sahaja.. Hebat dia memasak... Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami semua selamat menjamu selera.. Menu yang simple sahaja.. Udang masak lomak cili api.. ikan kerisi goreng, sayur campur, ulam jering, sambal mangga dan budu.... Lepas makan semua bersantai....

Pada petangnya kami semua ke Long Beach.. XTVT mengenal air & persediaan untuk snorkeling esok kata Abang Yus.... Kami berjumpa dengan ahli KOHM yang ada di sana Nor Azizah Ahmad @ Cikgu Zizah.. Dia ambik license Scuba Diving.. Semoga berjaya!!! (Bertambah lagi ahli yang ada lesen dive..)

Setelah puas bermain air,  kami pun balik ke Rest House kami untuk persediaan BBQ SEAFOOD kami pada malamnya..

2 Mei 2015

Pada pagi ni acara snorkeling bermula.. setelah sarapan (juga disediakan oleh Ija) kami terus menaiki bot. Tempat yang disenaraikan untuk kami...
  1. Taman Laut
  2. Turtle Bay – puas hati dapat tengok penyu ...
  3. Teluk Kekek
  4. Shark Point – takde pun shark
  5. Lata Air Berani – sejuk sungguh airnya...
Bersiap sedia sambil menunggu bot...


 Peace..... Kak Mardiana dan anak2nya...

Uncle dan familinya.......

Bergambar dulu di Taman Laut....tukang amik gambor takde le dalam gambor.....

Peace.... from Ija

Bard bergambar dengan sicilik  ahli keluarga KOHM....

Di Lata Air Berani... Sejuk airnya...

Bergambar di Lata Air Berani..

Bergambar lagik......

Setelah selesai xtvt pada hari ke2 di siang harinya, kami balik ke Rest House untuk lunch. Oleh sebab semua kepenatan bersnorkeling, maka hidangan agak ringkas sahaja disediakan. Ikan cencaru goreng, kobis masak lemak, jering (lebih semalam), sambal mempelam (resepi Uncle) dan sarsi ais... Ikan goreng memang best.. maklumlah ikan fresh...

Pada petangnya, ingatkan takde xtvt. Tapi kalau dah sampai tu macam rugi la asyik duduk dalam bilik je kan.... Permintaan dari hari pertama lagi nak pergi kat Windmill... Mula2 macam tak dapat je.... Tapi rupanya permintaan ditunaikan....

Pada pukul 4.30 petang kami pun mula meneroka Pulau Perhentian Kecil ni.. Nak ke Windmill sambil berjungle trekking.. ingatkan dekat, rupanya jauh..hampir separuh pulau kami jelajah untuk sampai ke Pasir Panjang (Long Beach le tu...). Hampir 2 jam jugaklah baru kami sampai ke Long Beach...

Jojo dan Ninie... happy bertrekking...

Abg Yus selaku guide sedang beri penerangan tentang laluan yang akan ditempuhi...
*lakonan sahaja... hahahaha

Kami bermula dari Kampung Pasir (Kampung Nelayan) dan berjalan hampir separuh pulau untuk ke Long Beach.. ngapela Guide ni tak bawak ikut jalan atas tu... sekejap je boleh sampai gak.... huhuhu...

Bejalan menyusuri pantai Coral Bay.....

Bergambo jap di Coral Bay sebelum memulakan perjalanan ke Long Beach...

Akhirnya kami berjaya ke Windmill... Tahniah ye... naik ke sini dalam 20-30 minit.. turunnya dalam 5 minit je kalau berlari la... kalau turun biasa dalam 15 minit camtu.....

Layan pemandangan sikit......dari Windmill...

Bagi boss bergambar kenangan kat Windmill nih dulu......

Minum sementara menunggu bot... datang berjalan kaki.. balik dah tak sanggup dah nak jalan so kita balik naik taxi.....

Hari dah hampir malam.. bergambar dulu sebelum naik taxi... bulan sangat terang pada malam tu.. cuaca sangat baik....

Pada malamnya kami BBQ kambing resepi Tok Wan.. Cikgu Zizah pun turut serta. Puasla makan. Sape yang tak ikut tu memang rugi... hihihi.. Lepas makan apalagi.. semua dah keletihan dengan xtvt sepanjang hari... zzzZZZZZ....

3 Mei 2015

Pada pagi ni, tak byk xtvt. (Paling bagus, bila bangun tido je, g dapor sangat bersih.. semua peralatan telah dicuci sebelum tido....) Ija dan Ninie tido awal.. so credit untuk yang tolong kemas dapor....

Sarapan yang telah disediakan, Nasi Lemak (request by Uncle), mee hoon goreng , teh tarik dan nescafe O... Selepas sarapan, Uncle membawa anak2nya, Sypul, Jojo, anak2 Kak Mar dan Bard ke Teluk Kekek. Main air lagi sebelum balik. Kami yang lain berehat dan berkemas untuk balik...
Kami meninggalkan Pulau Perhentian Kecil pada jam 2.30 petang dan sampai ke Jeti jam 3.15 petang. Setelah membeli belah serba sedikit sambil yang lain pergi mengambil kenderaan. Kami singgah makan meggi ketam dan air kelapa. Selepas itu, kami berpisah mengikut destinasi masing2. Uncle sekeluarga, Kak Mar sekeluarga, Tok Wan, Sypul dan Jojo menyambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Manakala Ninie dan Bard menuju ke Kuantan, Abang Yus dan Ija menuju ke Lembah Kelang.

Perjalanan pulang ke Jeti Kuala Besut.... Sypul sedih nak tinggalkan pulau...

Homestay di Kuala Terengganu...

Menerima kunjungan Joe Gibran... melawat kembar ke Joe?.... Rajinnya Jojo, Sypul tolong Tok wan memasak....

Inilah serba sedikit coretan saya pada kali ini..(rasanya ini yang paling panjang saya tulis...) Walaupun sebelum ni kami pernah ke sini, namun setiap detik dan pengalaman yang dilalui tentu sekali berbeza. Terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama semua. Abang Yus selaku organizer pada kali ini. Helmi yang banyak membantu menyediakan semua kemudahan kepada kami. Ija, memang sangat terror memasak. Jojo yang selalu kena kerah cari air batu, Bard yang rajin ambik gambo dan semua yang menyertai. Mohon maaf di atas segala kekurangan. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke destinasi masing2... * Peringatan untuk semua.. sila chek roadtax kereta anda ye... hihihi...

Tunggu RS kami yang seterusnyaaaa.....

Sedikit Perkongsian...
Pada zaman dahulu, di Pulau Perhentian tinggal seekor naga yang sangat besar. Naga itu dikenali dengan panggilan Naga Pulau Berjuang. Ia tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan Tanjung Basi, Pulau Perhentian Besar. Pada satu ketika, Naga Pulau Berjuang turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian. Tempat naga itu turun meninggalkan kesan di atas bukit Pulau Perhentian. Jalan yang dilalui oleh naga itu sekarang ini dikenali dengan nama Jalan Naga. Satu perkara lagi yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini. Tidak ada ular bisa tinggal di atas pulau ini. Semua ular yang tinggal di pulau ini tidak mempunyai bisa. Dari apa yang diperkatakan, yang ada di atas pulau ini hanyalah ular sawa sahaja. Mengikut cerita, ular bisa tidak boleh tinggal di atas pulau ini kerana terdapatnya keladi lekir dan akar cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular. Walau ular itu bisa semacam manapun, ianya akan menjadi tawar kerana adanya dua jenis tumbuhan itu. Oleh kerana itulah, semua ular bisa tidak berani tinggal di atas Pulau Perhentian. Akar cina putih mendapat nama kerana, ianya digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang Cina untuk membuat tali sauh dan tali kapal. Akar cina putih ini adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan kukuh sebagai tali. Oleh kerana ianya sering digunakan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal dagang cina, lalu ianya diberi nama sebagai akar cina putih. Sebagaimana yang telah diceritakan, Pulau Perhentian memang bebas dari ular yang berbisa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah di atas pulau itu. Mengikut cerita, memang tidak ada ular bisa di atas pulau itu melainkan ular laut saja. Cuma yang ada sejenis ular sahaja iaitu ular sawa.


OHM00307 NinieTajuddin 
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.