Wednesday, April 29, 2015

RS Maloi Tak Kesampaian (a.k.a Kesiannyeeeee.......)

25 April 2015

Kita merancang, Tuhan jua yang menetukan.....

Takde yang menarik sebenarnya, cuma nak berkongsi sedikit cerita bila apa yang dirancang tidak kesampaian...

Ceritanya bermula bila ada 1 program riadah Gua Batu Maloi Rakan Muda USIM di mana OHMOR di bawah KOHM menjadi jurupandu/guide untuk mereka seramai 41 orang pada 25 April yang lalu.

Setelah diwar2kan dalam Telegram KOHM maka Uncle, Garfu, Syed, Ninie bersetuju untuk menyertainya. Bersama kami Awin, Sya dan Anan pun turut serta.. Awin dan Sya 1st time nak masuk gua. Anan pulak nak buat comeback setelah lama menyepi dari dunia outdoor ni..

Seperti biasa, janji pun di buat, masa, pengangkutan..tukang angkut... Tetapi pada pagi hari kejadian... Anan telah lewat ikut masa yang dijanjikan..(pukul berapa dia deal dengan Uncle dan Syed tak tau le...) .. Sya pulak over excited ni nak masuk gua... Pukul 6.30pagi dah terpacak tunggu kat bawah rumahnya... (almaklumlah, rumah bertingkat-tingkat) .. Ninie pulak, katanya pukul 7pagi akan di pick up dirumah... Tetapi tiba-tiba ada panggilan dari Uncle suruh tunggu kat tempat lain yang senang nak di ambil memandangkan masa yang suntuk... Jadi naiklah LRT Star menuju ke Stesyen Bandar Tasik Selatan... TBS menjadi tempat pertemuan... Pelik jugak pagi tu sebab setiap kali tren berhenti lampu mesti padam... setiap stesyen pulak tu... lewat jugaklah sampai ke  TBS (biarkan mereka menunggu sebab selalunya jadi penunggu...) Sampai di TBS dah pukul 8.30pagi.. Setelah menunggu Sya yang ke tandas maka kami pun mula bergerak menuju destinasi dengan Triton Syed... Uncle memecut jugaklah sebab rombongan USIM dah hampir tiba ke Batu Maloi. Awin dan Garfu gerak sendiri ke sana dengan kenderaan masing2..

Seterusnya.....


Triton Syed mengalami kerosakan berhampiran RnR Nilai....

Terima kasih En. PLUS sebab datang..

Setelah menghubungi talian bebas tol PLUS ( tu pon jenuh le mancari.. sila simpan no ini dalam hp canggih anda...1800880000) maka bantuan pun tiba...

Kena towing..kat sebelah abang PLUS yang drive...ehhsemm! (terbersin plak)

Sebenarnya 1st time la naik kereta kena tarik ni.... nak ambik gambar dgn Encik kat sebelah ni segan le pulok.... Sampai ke RnR Nilai arah selatan kami ditarik... Ninie dengan Sya dalam triton ... Yang lain naik Hilux PLUS tu....

tengah mengenang nasib masing-masing

Setelah sampai di RnR Nilai arah Selatan.....

Korang boleh buat andaian sendiri dengan gambar ni... hihihi.. masing-masing melepaskan geram kat kedai nih

Uncle beratur kat sini sebab ramai orang beratur... sedap kot katanya... Syed plak memegang nasi lemak sambil tunggu tempat kosong... memang ramai orang...


Nasi Lemak menjadi sasaran kami melepaskan geram.. setelah beratur panjang dan berdiri menunggu tempat kosong.....


Habis makan, berbincang lagi tentang keadaan kami yang bersantai di sini..... tengok muka Syed tu... Kesian dia.... Kedai kat belakang tu la yang ramai orang beratur tu.....

Bantuan yang tiba untuk membawa kami meneruskan perjalanan ke Batu Maloi tetapi..... 
2 x 5 jugak...kereta Rusman juga mengalami kerosakan....

Rusman cakap, takpa kita tolak je... nanti hidup kita terus ke Batu Maloi....

Gagal jugak... maka bertambahlah ahli bersantai... Syed dah stressss..... Rusman call mekanik.... 
 & kami yang lain main game.....

Sementara menunggu bantuan... kita minum dulu... agak ceria sebab dah nak tinggalkan tempat ni....

Kereta pertama yang dibawa pergi beserta tuannya... (dia yang lewat sampai, dia yang pergi dulu...)

Triton Syed pulak dibawa pergi bersama tuannya jugak....

Kami berempat dibawa di Stesyen KTM Sedang oleh Izzuddin @ DD 
(maaf, gambar DD tak dapat nak upload takut kantoi dengan bini dia)

Nak g Batu Maloi pun dah pukul 2 petang. Lagipun dapat call daripada Garfu & dia bagitau diorang dah selamat keluar dari gua dengan budak-budak USIM tu...

 Uncle dan Anan... macam baru balik melancong je gayanya.....
(macam famili photo je)

Inilah kisah kami pada hari itu... ianya tidak tamat begitu sahaja... Kata Sya... sampai Sungai Buloh naik bas dalam hujan lebat menuju ke rumahnya... Syed selamat tiba di bengkel.. kemudian Abang Yus datang ambil dia ke rumah Uncle.... Uncle pun dah sampai rumah waktu tu dalam keadaan hujan lebat jugak la kot .... lebih kurang pukul 3.30 petang saya pun selamat tiba di rumah...

Terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan dan keprihatinan rakan-rakan dalam group KOHM yang sudi datang membantu... Rusman, dalam keadaan tidak sihat datang membantu tapi akhirnya dibantu jugak... DD yang sudi datang ambil kami dan hantar ke Stesyen KTM berhampiran... dan yang lain yang memberi panduan dan kata2 "Kesiannya korang".... hahahaha....

Sekian, coretan saya kali ini....

OHM00307 NinieTajuddin 

2 comments:

  1. man-G said.....masak kene ketuk, baiki kereta, rm550

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.