Wednesday, April 29, 2015

RS Maloi Tak Kesampaian (a.k.a Kesiannyeeeee.......)

25 April 2015

Kita merancang, Tuhan jua yang menetukan.....

Takde yang menarik sebenarnya, cuma nak berkongsi sedikit cerita bila apa yang dirancang tidak kesampaian...

Ceritanya bermula bila ada 1 program riadah Gua Batu Maloi Rakan Muda USIM di mana OHMOR di bawah KOHM menjadi jurupandu/guide untuk mereka seramai 41 orang pada 25 April yang lalu.

Setelah diwar2kan dalam Telegram KOHM maka Uncle, Garfu, Syed, Ninie bersetuju untuk menyertainya. Bersama kami Awin, Sya dan Anan pun turut serta.. Awin dan Sya 1st time nak masuk gua. Anan pulak nak buat comeback setelah lama menyepi dari dunia outdoor ni..

Seperti biasa, janji pun di buat, masa, pengangkutan..tukang angkut... Tetapi pada pagi hari kejadian... Anan telah lewat ikut masa yang dijanjikan..(pukul berapa dia deal dengan Uncle dan Syed tak tau le...) .. Sya pulak over excited ni nak masuk gua... Pukul 6.30pagi dah terpacak tunggu kat bawah rumahnya... (almaklumlah, rumah bertingkat-tingkat) .. Ninie pulak, katanya pukul 7pagi akan di pick up dirumah... Tetapi tiba-tiba ada panggilan dari Uncle suruh tunggu kat tempat lain yang senang nak di ambil memandangkan masa yang suntuk... Jadi naiklah LRT Star menuju ke Stesyen Bandar Tasik Selatan... TBS menjadi tempat pertemuan... Pelik jugak pagi tu sebab setiap kali tren berhenti lampu mesti padam... setiap stesyen pulak tu... lewat jugaklah sampai ke  TBS (biarkan mereka menunggu sebab selalunya jadi penunggu...) Sampai di TBS dah pukul 8.30pagi.. Setelah menunggu Sya yang ke tandas maka kami pun mula bergerak menuju destinasi dengan Triton Syed... Uncle memecut jugaklah sebab rombongan USIM dah hampir tiba ke Batu Maloi. Awin dan Garfu gerak sendiri ke sana dengan kenderaan masing2..

Seterusnya.....


Triton Syed mengalami kerosakan berhampiran RnR Nilai....

Terima kasih En. PLUS sebab datang..

Setelah menghubungi talian bebas tol PLUS ( tu pon jenuh le mancari.. sila simpan no ini dalam hp canggih anda...1800880000) maka bantuan pun tiba...

Kena towing..kat sebelah abang PLUS yang drive...ehhsemm! (terbersin plak)

Sebenarnya 1st time la naik kereta kena tarik ni.... nak ambik gambar dgn Encik kat sebelah ni segan le pulok.... Sampai ke RnR Nilai arah selatan kami ditarik... Ninie dengan Sya dalam triton ... Yang lain naik Hilux PLUS tu....

tengah mengenang nasib masing-masing

Setelah sampai di RnR Nilai arah Selatan.....

Korang boleh buat andaian sendiri dengan gambar ni... hihihi.. masing-masing melepaskan geram kat kedai nih

Uncle beratur kat sini sebab ramai orang beratur... sedap kot katanya... Syed plak memegang nasi lemak sambil tunggu tempat kosong... memang ramai orang...


Nasi Lemak menjadi sasaran kami melepaskan geram.. setelah beratur panjang dan berdiri menunggu tempat kosong.....


Habis makan, berbincang lagi tentang keadaan kami yang bersantai di sini..... tengok muka Syed tu... Kesian dia.... Kedai kat belakang tu la yang ramai orang beratur tu.....

Bantuan yang tiba untuk membawa kami meneruskan perjalanan ke Batu Maloi tetapi..... 
2 x 5 jugak...kereta Rusman juga mengalami kerosakan....

Rusman cakap, takpa kita tolak je... nanti hidup kita terus ke Batu Maloi....

Gagal jugak... maka bertambahlah ahli bersantai... Syed dah stressss..... Rusman call mekanik.... 
 & kami yang lain main game.....

Sementara menunggu bantuan... kita minum dulu... agak ceria sebab dah nak tinggalkan tempat ni....

Kereta pertama yang dibawa pergi beserta tuannya... (dia yang lewat sampai, dia yang pergi dulu...)

Triton Syed pulak dibawa pergi bersama tuannya jugak....

Kami berempat dibawa di Stesyen KTM Sedang oleh Izzuddin @ DD 
(maaf, gambar DD tak dapat nak upload takut kantoi dengan bini dia)

Nak g Batu Maloi pun dah pukul 2 petang. Lagipun dapat call daripada Garfu & dia bagitau diorang dah selamat keluar dari gua dengan budak-budak USIM tu...

 Uncle dan Anan... macam baru balik melancong je gayanya.....
(macam famili photo je)

Inilah kisah kami pada hari itu... ianya tidak tamat begitu sahaja... Kata Sya... sampai Sungai Buloh naik bas dalam hujan lebat menuju ke rumahnya... Syed selamat tiba di bengkel.. kemudian Abang Yus datang ambil dia ke rumah Uncle.... Uncle pun dah sampai rumah waktu tu dalam keadaan hujan lebat jugak la kot .... lebih kurang pukul 3.30 petang saya pun selamat tiba di rumah...

Terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan dan keprihatinan rakan-rakan dalam group KOHM yang sudi datang membantu... Rusman, dalam keadaan tidak sihat datang membantu tapi akhirnya dibantu jugak... DD yang sudi datang ambil kami dan hantar ke Stesyen KTM berhampiran... dan yang lain yang memberi panduan dan kata2 "Kesiannya korang".... hahahaha....

Sekian, coretan saya kali ini....

OHM00307 NinieTajuddin 

Friday, April 3, 2015

RS Kisah Satu Malam Di Lolo Campsite

28/3/2015

Ceritanya bermula apabila plan asal nak ke Sungai Pertak Kuala Kubu Baharu untuk meninjau lokasi lepak yang baru tidak kesampaian kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Maka idea spontan ini di utarakan untuk bermalam sambil berbbq dibuat untuk memenuhi hajat nak bermalam berdekatan sungai....

Pada pagi 28/3/2015 berlangsungnya Mesyuarat Agung (AGM) Kelab Orang Hutan Malaysia (KOHM) di Restoran BBQ N Steamboat Cafe D’Manggis, Kuang, Sungai Buloh. Habis acara termasuk lunch beriani kambing kami bergerak ke rumah Uncle Zainul untuk bersiap sedia ke Lolo. Hanya kami berlima je yang pergi, iaitu:
1. Uncle Zainul (ketua rombongan..)
2. Yusrie Yus selaku sweeper (setakat 5 org pun kena ade sweeper ye...)
3. Joe Gibran (yg beria-ria nak ke Lolo..)
4. Jojo (pengikut setia Joe Gibran..)
5. Ninie Tajuddin (dipaksa pergi oleh Joe Gibran..)

3.30pm
Setelah siap semua kelengkapan yang hendak dibawa, kami pun bergerak ke Pangsun dengan 2 buah kereta. Tapi singgah sebentar membeli bahan makanan untuk BBQ malam nanti. Hasilnya 3 ekor ayamas dan 5 tongkol jagung telah dibeli... makan besar ni..


Sessi kemas beg masing2 ...

6.15pm
Kami selamat sampai di tempat parking . Setelah siap sedia semua keperluan lebih kurang pukul 6.40pm kami memulakan langkah menuju ke Lolo... 45 minit  kemudian kami semua sampai ke pondok 1. Rasanya memang mencabar nak sampai sini.. Putus nyawa jugaklah...merah padam jugak muka semua.. Setelah berehat sebentar kami meneruskan perjalanan semula. Sepanjang perjalanan kami bertembung dengan ramai pendaki yang turun dari Nuang.  Uncle mencadangkan kami berenti di Pondok 3 kerana telah masuk waktu maghrib.. Kemudian kami meneruskan perjalanan semula.

8.00pm
Kami selamat tiba di penghujung trek balak. Cadangannya nak camping kat sini sahaja tetapi memandangkan ada sekumpulan orang telah pun memenuhi kawasan..... hari dah pun gelap dan kami pun tak berapa pasti keadaan campsite di kawasan ini maka Uncle mencadangkan kami terus ke Lolo Camp sahaja. Lebih kurang 30minit kemudian Lolo Camp kami jejaki. Alhamdulillah, port idaman (bawah pokok buluh) tidak didiami oleh sesiapa pun. Keadaan campsite juga bersih.
Abang Yus dan Uncle mula memasang fly dan hammock... Joe Gibran mula memasang api dan arang untuk BBQ dan Jojo mula memasak air...  Saya cuma tukang tengok sahaja... hihihi...

Santainya......menunggu ayam masak....

Tuuu dia..... ni baru sekor... ade lagi 2.....


Hasilnya..... Sedap wehhh.....

Setelah ayam masak.. kami pun membersihkan diri .. (mandi la... baru best nak berehat dan tido nanti...) Lepas mandi semua mengadap ayam..sosej dan jagung beserta nescaffe dan teh o madu.. (lupa bawak gula punya kes...so madu pengganti gula...) Dah kenyang apalagi, semua mula cari port nak lelapkan mata. Uncle dan Abang Yus mula masuk dalam hammock masing2.. Kami ber3 tido kat bawah je...

29/3/2015

2.00am
Ingat semua dah tido rupanya belum... masing2 melayan perasaan rupanya.. ataupun akibat penangan nescaffe mata jadi segar...kecuali Uncle, nyenyak sambil ber”karaoke”... Abang Yus bangun sebab lapar katanya.... Mula selongkar ayam (dah simpan elok dan gantung).. Semua bangun... Uncle pun bangun dari hammock,  tapi sambung bermimpi sambil ber”karaoke” kat bawah pulak.. Sejuk katanya...

6.30am
Dah bangun semua.... Pukul 7.00am sambung balik tido... dah datang pun nak bersantaikan.... rest la puas2... Joe bangun dan hidupkan api nak bakar ayam yang balance malam tadi.. untuk sarapan katanya...

Jojo snap gambar Joe.....

Sementara menunggu ayam masak, ada yang sambung tido lagi... bila semua dah bangun dan bersihkan diri dan makanan pun dah tersedia maka kami pun makan lagi... sarapan pagi mee maggi kari berapi + telur dan ayam yang lebih malam tadi.

Sambil bersarapan barulah Uncle buka cerita.... Cerita misteri yang berlaku sepanjang 1 malam di Kem Lolo ...  Cerita bila Uncle dan Abg Yus disapa oleh wanita berpakaian hitam... Cerita bila rupanya Abg Yus berselisih 3 kali dengan wanita yang sama... cerita bila Joe nampak orang berjubah putih tapi pakai headlamp... Cerita bila terhidu bau wangi Kek Pisang bila berjalan sorang2 di trek balak...

Moralnya: JANGAN BERJALAN PADA WAKTU MAGHRIB DI TENGAH2 HUTAN... TAPI KALAU DAH
                   TERPAKSA, JALAN SECARA BERKUMPULAN DAN JAGA ANTARA SATU SAMA YANG LAIN.
                   BERSERAH SERTA TAWAKKAL KEPADA ALLAH... INSYA ALLAH KITA AKAN DILINDUNGI
                   OLEHNYA......

10.30am
Kami bersiap sedia berkemas untuk bergerak balik menuju destinasi masing2... Uncle perlu ke Langkawi pada petangnya... Saya pula harus balik ke Kuantan ... Cerita tambahan... sorang lepas turun je terus buang kasut dalam tong sampah.. yang sorang pulak boleh pulak tertinggal kasut lepas mandi kat luar tandas.... Misi mencari kasut baru la lepas ni ye.....

Berkemas sebelum balik dan besihkan kawasan sebelum balik

Uncle Zainul.... nyaris ketinggalan Firefly...... “Balik kampung bang???”

Joe & Jojo ... Kembar tak seiras....
Report By : Esah Ninie



Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.