Tuesday, March 24, 2015

RS Meninjau Padas

Salam warga KOHM!

Tokwan & Emir

Pada 20 March 2015. Saya bersama Emir iaitu anak saya, telah pergi ke Sungai Padas, Sabah untuk meninjau aktiviti “White Water Rafting” (WWR) yang terkenal tu. Berikut adalah sedikit laporan saya untuk rujukan.

Sehari sebelum aktiviti WWR, saya telah berjumpa agen pelancongan di hotel tempat saya menginap. Saya malumkan hajat saya untuk buat WWR di Padas. Memandangkan saya hanya berdua, dia offer saya RM240 seorang termasuk perkara berikut:

- Pengangkutan dari hotel ke stesyen keretapi Beufort (pergi dan balik).
- Pengangkutan keretapi ke tempat permulaan dan balik
- Peralatan untuk WWR serta pemandu WWR.
- Kemudahan bilik air dan tukar pakaian.
- Makan tengahari.

Sebenarnya, kalau ada ramai peserta, harga tersebut boleh dikurangkan.

0500 pagi - saya telah pun siap sedia di lobi hotel. Saya memakai seluar mandi untuk WWR dan memakai booties. Kalau pakai selipar jepun sahaja pun tidak menjadi masalah kerana di dalam sampan getah nanti, kita x perlu pun pakai kasut. Saya hanya bawa tuala dan pakaian untuk bertukar selepas aktiviti dan sedikit duit untuk beli makanan ringan atau minuman semasa dalam perjalanan.

0510 pagi – sebuah 4wd tiba untuk membawa kami pergi. Kami kemudian dipindahkan ke sabuah van dimana terdapat beberapa orang lagi peserta. Seterusnya kami dibawa ke stesyen keretapi Beufort. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Kami sarapan di stesyen keretapi Beufort. Tidak ada banyak pilihan. Yang ada, buah2an, mihun dan mee yang sudah siap digoreng, mee segera dan minuman panas.

 Semasa di stesyen keretapi Beufort sebelum perjalanan.

 0740 – Keretapi bergerak menuju tempat permulaan WWR. Cuma ada tiga gerabak separuh darinya dipenuhi oleh orang2 yang akan mengikuti aktiviti WWR. Selain daripadanya ada lah penduduk tempatan yang tinggal berhampiran landasan keretapi.

Keadaan di dalam keretapi.

Cuaca boleh dikatakan agak panas dan lebih terasa apabila keretapi berhenti untuk mengambil atau menurunkan penumpang. Nasib baik ada peniaga tempatan yang menjual air minum dan makanan ringan yang naik keretapi sewaktu penumpang turun. Kopi ‘o’ sejuk Tenom. Terasa sangat enak. Perghh!
  
Pemandangan yang dapat dilihat semasa dalam perjalanan.

Perjalanan keretapi memakan masa lebih kurang 2 jam. Tidak lah menjemukan kerana mata sentiasa melihat permandangan kehijauan hutan serta air sungai yang mengalir.  Sangat mententeramkan jiwa. Di separuh perjalanan, kami bertukar keretapi lain.

0940 – Sampai sebuah stesyen (saya tak ingat nama stesyen tu) kami diberi masa 10 minit untuk menyimpan barang2 yang tidak perlu dibawa. Sebenarnya, di sini lah tempat di mana berakhi nya WWR nanti. Kami menaiki keretapi semula untuk menuju tempat permulaan.

1020 – Tiba di tempat permulaan. Kami diberi makan buah tembikai dan honeydew.  Lepas tu kami diberi peralatan topi keledar serta jaket keselamatan. Setelah penerangan keselamatan dibuat, dan bergambar, kami turun ke sungai untuk memulakan WWR.

Gambar pasukan sebelum turun ke air.

Saya tidak bawa kamera saya kerana ia nya tidak kalis air. Go Pro ada tetapi chest harness tidak ada. Maka tidak dapatlah saya gunakan. Tetapi, semasa mengambil topi keledar, saya nampak salah satu topi keledar itu sudah ada bracket untuk Go Pro. Alangkah menyesalnya tidak bawak Go Pro saya. Kalau tidak, pasti saya dapat merakamkan aksi melawan arus. Ciss!

1030 – WWR bermula! Perahu getah kami terdapat 6 peserta dan 2 guide. Paras air agak rendah kerana musim panas. Terdapat 7 jeram yang kami lalui. Tidaklah begitu mengecewakan. Namun kalau paras air lebih tinggi, pastinya WWR lebih mencabar dan lebih menyeronokan.





 Sebahagian dari aksi di antara 7 jeram yang telah kami lalui.

1250 - Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih mengharungi sungai sebelum tiba di tempat penamat. Sempat kami diberi peluang untuk berenang dan terapung di kawasan air tenang. Sungguh menyeronokan. Setelah tiba di tempat penamat, kami mandi, tukar pakaian dan makan tengahari. Ada nasi putih, kari ayam, telur goreng, sayur2an, cukup untuk makan tengahari. Minuman panas atau minuman dalam tin boleh dibeli di sini.

1400 – Kami menaiki semula keretapi untuk perjalanan pulang. Bertukar keretapi di separuh perjalanan dan tiba di stesyen keretapi Beufort jam 1600. Seterusnya kami dibawa dengan van menuju ke hotel. Sampai di hotel lebih kurang jam 1800.

Secara keseluruhan nya, aktiviti WWR ni memang menyeronokan, tidak begitu bahaya dan boleh dilakukan oleh semua orang dewasa.

Laporan oleh : Tok Wan aka Abang Aenal / 23 Mac 2015

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.