Tuesday, March 17, 2015

RS Meneroka Gua Batu Maloi 7 Mac 2015 ( Wear Your Helmet )

Perancangan untuk mengadakan aktiviti meneroka Gua Batu Maloi ini di buat oleh Saudara Rusman @ Man-G (Pengerusi KOHM) . 

Tiba-tiba je event ni up dekat FB KOHM. Ianya bertidih dengan 1 lagi program RS CBL yang dikelolakan oleh Saudara Joe Gibran. 

Oleh kerana ramai yang merancang untuk ke CBL tidak dapat turut serta akibat masalah cuti maka kami pun membawa diri ke Gua Batu Maloi.

Setelah perancangan dibuat antara ahli KOHM secara jarak jauh... (berhubung melalui Telegram) maka dengan kekuatan ahli seramai 8 orang selaku pemudahcara dan peserta seramai 28 maka kami pun mula mempersiapkan diri untuk bersantai di dalam gua.

Sedikit info... 

Gua Batu Maloi terletak di Hutan Simpan Kg Tanggai, Air Mawang, Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Ia merupakan gua batu granit yang terletak di kawasan lembah di pertengahan 2 puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa dan Gunung Tampin. Terbentuk dari tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung-gunung berdekatan. Antara tidihan batu2 ini terbentuklah 1 laluan yang boleh dilalui oleh manusia. Gua ini mempunyai 24 pos sepanjang laluan 2.38km di dalamnya manakala 987m panjang diluarnya. Juga terdapat beberapa cerita mitos tentang kewujudan gua ini... nak tahu ceritanya, kenalah meneroka gua ini besama kami..... 


Bermulalah hari yang dinantikan oleh peserta yang pertama kali hendak meneroka gua dan kami ahli yang dah lama tak masuk gua. Kami bergerak dari lembah kelang (majoritinya) dan ada yang dari Nilai dan Johor berkumpul di Tol Simpang Ampat pukul 7.30 pagi. 

Setelah hampir semua peserta tiba maka kami pun mula bergerak ke Kg Tanggai, Air Mawang. Lebih kurang ½ jam kami pun sampai ke tempat yang dituju.

Abang Joe seperti biasa dengan setianya menunggu ketibaan kami dengan sarapan yang telah disediakan oleh pihaknya. Sementara menunggu ketibaan peserta yang lain (sesat tak jumpa Air Mawang). Kami bersarapan (mee hoon goreng) sambil mengisi borang deklarasi kelab seterusnya acara ice-breaking ... Kenalah kenal mengenalkan... baru erat silaturrahim....

Antara peserta yang hadir Ibu Yoko Marlina Yusoff antara yang buat kami teruja untuk mengenali dia secara lebih dekat lagi. Beliau merupakan seorang peneroka gua yang tegar dan sudah menjelajah semua gua di Malaysia. 


Banyak pengalaman dan tunjuk ajar yang dikongsi bersama kami pada hari tersebut. Setelah taklimat diberikan oleh Saudara Rusman @ Man-G  dan bacaan doa oleh Saudara Izzuddin @ DD, maka semua peserta yang dilengkapi dengan headlamp dan helmet (tak semua dpt helmet sbb kuantiti terhad) maka semua beratur untuk menuju ke gua dibawa oleh Saudara Yus Rie (ikut suka dia bawak, macam konfiden... hahaha...) 


Keadaan di camp site banyak berubah sebab tu dia pun agak keliru mana satu jalan masuk ke sana. Tapi kenalah tunjuk konfiden kan... hihi...

Untuk aktiviti caving kali ini kami menekankan penggunaan helmet keselamatan kepada para peserta untuk mengelakkan kecederaan. Ibu Yoko Marlina telah memberi penerangan yang jelas tentang pentingnya memakai helmet, kasut bergetah, seluar panjang dan baju berlengan panjang untuk meminimakan sebarang kecederaan.


Setelah berjalan hampir 25 minit merentasi sungai dan belukar maka kami pun sampai ke pintu gua. Semua berkumpul di luar kerana ada kumpulan lain yang masuk ke dalam. Jadi tunggu kejaplah, agak2 mereka dah jauh baru masuk. 

Sambil tu tunggu Man-G sampai sebab dia yang akan mendahului kami masuk ke dalam sambil bercerita tentang asal-usul kejadian gua ini dari segi goegrafi dan mitos.


Di dalam gua mula-mula berjalan, pastu merangkak, menerap, menyelit, mendaki dan menurun batu-batu dan lubang-lubang semua ada. Buatlah macam mana pun asal melepasi lubang-lubang yang ada di dalamnya. Bila jumpa air di dalamnya, apa lagi basahlah bermain air.. (part main air yang paling best sekali...). 

berehat seketika di checkpoint 2
baru lepas batu kuak lentang






memanjat menggunakan tali selepas Gua Kelawar



baru selesai memanjat tali, selfie dulu.
mendengar taklimat mengenai pembentukan gua batu granit di Gua Kapal

Kali ini keadaan air tidaklah penuh sangat. Tapi masih mencabar. Yang menariknya walau dah pernah masuk ke sini, setiap kali masuk pasti akan melalui jalan yang berbeza. Jadi setiap pengalamannya pasti tidak sama.


penerangan di Gua Maloi.


Gambar Maloi dengan Puteri Bunian
Kami hanya menghabiskan 12 chek point sahaja sebab yang ini paling menarik, lagi 12 hanya dipenuhi pasir sahaja. Setelah keluar dari gua kami pun ke batu besar.. Dipercayai inilah batu maloi ... Alhamdulillah... kami dapat menamatkan penerokaan kami dengan selamatnya. Puas hati, dapat menghabiskan 12 chek point tu. 
laluan gelap ikut laluan sungai dalam gua.


Di laluan air terjun ( air tak banyak sebab cuaca kering )
beratur nak naik ikut laluan air terjun.
antara peserta bawah umur, ibunya sebagai pengiring

Muka masing-masing pun gembira je... Setalah itu kami pulang ke camp site untuk membersihkan diri dan makan tengahari. Memang sedap hingga menjilat jari makanan yang disediakan oleh Abang Joe... Tambah lagi kami semua lapar baru keluar gua...Sambil tu dok seronok bercerita tentang pengalaman baru masing-masing. Mesti ada yang repeat semula kan.....

aksi terlampau ala-ala
kemuncak aktiviti ( Kolam Maloi )
bagi En Rusman test kedalamannya dulu.
nyaris2 kene prank dengan en rusman
Batu Tempayan di Kolam Maloi
Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi kami di Kelab Orang Hutan Malaysia...

Peserta

1. Man-G       ......OHM00002
2. Mardiana     ..... OHM00017
3. Yus Rie    ...... OHM00030
4. Jerol        .......OHM00100
5. Sepul           ....OHM00101
6. Yen            .....OHM00123
7. Dink            ....OHM00124
8. Ninie           ... OHM00307 penulis artkel
9. Irasuriani
 10. Nurul Mohd Naim
11. Suami Nurul
12. Azurahani
13. Anak Kak Mar
14. Raja Idzham
15.  Yoko Marlina Yusoff
16. Mohammad Azmin
17. Ella Rafdzi
18. Wan Fadilah
19. Siti Nazariah
20. Najwa Aqilah
21. Norshafiqah Alia
22. Nabila
23. Ahmad Fitri
24. Anak Kepada Ahmad Fitri
25. Wan Halim Melaka
26. Anuar Melaka
 27.??? nanti edit yor...
28.??? nanti edit yor...

nampak muka memasing kepuasan...

sopan ke penat nih???

enjoy semua nampaknya... terima kasih

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.