Sunday, March 15, 2015

RAPTOR WATCH 2015 N JUNGLE CLEANUP PULAU INTAN TRAIL, TANJUNG TUAN WILDLIFE RESERVE



7.30AM


Bergerak sendirian dari sendayan menaiki motosikal CBB2014, menuju ke Tol PD exit Lukut. Keadaan berkabus atas highway PD, permandangan yang menarik bila menunggang sendirian. Lokasi yang nak dituju adalah Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan Melaka. 

Hari nie ada event besar di sana, Raptor Watch 2015 anjuran MNS bersama Perlancongan Negeri Melaka. 

KOHM buat event Jungle Cleanup secara mengejut sebab baru tahu ada event nie di sana 3 hari lepas. Jadi siapa yang dapat hadir hari nie, kita redah je bagi menjayakan event Jungle Cleanup tersebut.



8.13am

Tiba di Telok Kemang dan mencari kedai untuk beli sarapan, akhirnya jumpa satu gerai pacak tepi jalan selepas simpang ke Politeknik PD, beli sebungkus nasi lemak RM1, dan singgah di satu kedai runcit untuk beli roti n sweet bekalan tengahari nanti. 

Air memang dah bawa awal2 dari rumah. Jalan agak lengang, tidak banyak kenderaan. Dah masuk simpang ke Tanjung Tuan, masih lengang jalan raya, seolah tiada apa2 berlaku di lokasi yang hendak dituju.

8.30am

Tiba di Blue Lagoon Hotel, dan terus menuju ke Pejabat Rizab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Jabatan PERHILITAN Melaka, memang lengang. Kelihatan beberapa kanopi telah terpacak dan tersusun bagi perasmian event Raptor Watch 2015 hari nie. 

Member2 perhilitan mengangkat tangan menyapa tanda meraikan kehadiran rakan seperjuangan datang. Puan Afzan, En Walid, En Tawil, Puan Farah n En Teddy tengah sibuk mengatur n mengarah pekerja catering dan kanopi menyusun meja dan kerusi serta memasang system audio.

Pejabat PERHILITAN, RHL Tanjung Tuan
lokasi perasmian raptor watch
en walid on action



8.45am

Rupanya perasmian jam 10 pagi, VVIP semua akan parking di kawasan pejabat, terpaksalah den sorok2 kuda biru den di rest house RHL Tanjung Tuan. 

Mencari port untuk makan sarapan yang dibeli, peh…. Sedap nasi lemak nih… Rugi beli satu jer tadi.
Lepas makan den poie kacau kengkawan tengah buat kerja, diorang ajak gi ke booth pameran di laluan masuk ke rumah api. 

Den cakap akan menyusul kemudian, nak amik gambar sekeping dua di lokasi perasmian.

Up dalam fb n telegram, ajak siapa2 yang nak join Jungle Cleanup hari nie berkumpul terus di pintu masuk RHL Tanjung Tuan. 

Masih tiada respon dari yang lain, eheehe, awal sangat ke den datang?? Lalu den buat keputusan nak ke booth pameran yang ada. Start enjin motor, dan gerak ke pintu masuk.

Sementara menunggu kengkawan lain sampai, den mula keluarkan barang2 perniagaan. 


BUFF MUMMY MADE, Material Lycra High Quality, 
Tidak Berbulu. Chewah….. 

Dengan muka tak malu den menjaja kepada peserta2 yang lalu lalang di pintu masuk. Laku gak hari nie 6 helai. Alhamdulillah.

\

9.30am

Ninie n the gang… Rb tini n kawannya tiba. Rupanya ramai yang tak jadi datang last2 minit, that ok, kita henjut jer berapa yang ada. Merayap2 di booth pameran. 

Ada dari MYCAT, dari Majlis Daerah Hulu Selangor n Wing of KKB, MNS, Volunteer dari UNITEN, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan PERHILITAN, Turtle Conservation Society of Malaysia, dan macam2 lagi. 

KELAB ORANG HUTAN punya??? Tahun depan insya ALLAH…

Ninie, Tini n ( lupa pulak den )
kehadiran peserta dari pelbagai sekolah
Booth MyCAT
antara aktiviti kraf untuk peserta
taklimat mengenai bahan buangan plastik
Melayan karenah bebudak sekolah, dan beramah mesra dengan wakil MNS dan volunteer UNITEN yang hadir, menyibuk di checkpoint2 games diorang, sambil2 mempromosikan diri dan KOHM. 

Menariknya 60% dari mereka pernah dengar KOHM dan lihat blog… 

WOW… lepas nie kene beri tumpuan bab promosi di blog dan FB. Kene aktif menulis artikel ler lepas nie… hehehe

amik gambar dulu weh..
10.00am

Uncle sampai, tak perasan dia ada call den, akhirnya dia call Ninie.. dah jumpa kitaorang teruskan perjalanan. Melepak di booth Turtle Conservation Society of Malaysia sambil2 membelek trophy River Terrapin ( tuntung sungai ) Batagor baska. 

Yang paling menarik, kain batik cop gambar penyu, menarik perhatian tapi harga meruntunkan hajat untuk membelinya, hehehe. Berbual sepam dua, kita orang gerak naik lagi ke atas, lepak kat booth Jabatan Alam Sekitar. Takde orang, mungkin mereka di khemah perasmian kat bawah kot..

volunteer from UNITEN, kerjanya mengacau peserta treasure hunt

Gerak naik lagi ke atas, Booth Pameran MNS, tema burung…. Menarik perhatian sungguh, dengan poster, dengan aktiviti menconteng bajunya. 

Banyak buku rujukan mengenai burung keluaran MNS dijual, tapi nak membelinya tak dapat kerama masalah kewangan. Kalau ikut minat memang nak sambar sebiji buku. 

Cita2 lepas bersara nanti nak jadi guide BIRD WATCHING… Masyuk tu…


wow ada grandmother omputeh kat sini.
10.30am

Lepak kat booth PERHILITAN. Melayan kakitangan perhilitan jap, berbual2 sepam dua, amik poster gambar tapak kaki hidupan liar, kitaorang rest sekejap kat pondok. Kemudian dah lepas lelah mendaki jalan yang berkecerunan 30%, singgah ke booth seterusnya.

Berhenti dekat booth MNS ( games ) masuk pertandingan mencari barang tersembunyi. Peserta perlu mencari item tersembunyi dalam kertas yang disediakan. Heheheh den memang mahir benda nie, sekojap jo dah settle, dapat beg sling sebiji. 

KOHMarian 4 orang lagi masih mencari2 hehehe. Akhirnya semua dapat hadiah… ada dua pilihan hadiah, buku nota n beg sling…. Semua amik beg sling.

den dah dapat hadiahnya
cepat2 nanti melepas sebab hadiah habis
hehehe, mengelat wei... bab nak cari flag n sailing boat susah sekali
heheh. ingatkan boleh buat sendiri2, akhirnya berjemaah siapkan tugasan.

10.50am

Bergerak maju ke depan nak tengok burung, sebab dah kecoh di hadapan cakap raptor dah sampai. Dari bawah kanopi pokok2 dapat lihat kelibat helang berterbangan, berpusing2 di awan. Banyak sangat. 

Sempat beri taklimat kat Rb tini macam mana nak kenalpasti jenis helang yang sedang beterbangan. Caranya dengan lihat patern corak bawah kepak n ekor helang2 tu. Memasing ada corak tersendiri. 

Sempat juga menegur seorang brother dengan monokularnya. Ingat nak try ushar helang guna monocular dia, tapi burung dah tak kelihatan, kene ke hadapan lagi.

Nama brother tu En Rosli dari Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Pahang. Berbual sepam dua, dia jemput gi BIRD COUNT di Taman Negara



Tarikh 18 – 19 APRIL 2015 nanti eventnya. 
Peh… peluang nih nak buka booth pameran dan jualan KOHM, hehehe.

11.15 am

Helang semakin kelihatan, setiap tahun memang macam nie, Helang2 nie migrated singgah di Malaysia setiap tahun, Tanjung Tuan jadi pilihan untuk berehat.

Every year, migratory raptors of Tanjung Tuan originate from North Asia, Northeastern Asia, Eastern Siberia, Kamchatka, Northeastern China, the Korean Peninsula and Japan where they breed. As the autumn season approaches (September), they will make the perilous journey south from their original country into continental South East Asia and its associated archipelago through the East Asian Flyway (migratory routes taken by raptors). From late January till March/April, they will once again make the same journey to their breeding grounds.

Seronok dapat lihat fenomena nie, dah beberapa kali den cuba datang event nie tapi tak dapat. Kali agak puas hati dengan apa yang berlaku. Sebelum nie tengok dari youtube jer.

perhatikan betul2

yer perhatikan betul2

bukan burung layang2 , tapi helang. 

langit membiru bukan pemisah

cer kira berapa ekor ada dalam gambar nie?


 Oriental Honey-Buzzard, (Pernis ptilorhynchus)
Black Baza (Aviceda leuphotes)
Japanese Sparrowhawk (Accipter gularis)

Chinese Goshawk (Accipiter solensis)
Grey-faced Buzzard (Butastur indicus)

Untuk lihat vedio fenomena nie sila klik link di bawah.
 11.30am


Kami terus ke parking Rumah Api Tanjung Tuan, lagi crowded dengan pengunjung, masing2 sedang memerhatikan helang dari bawah, ada dengan binokularnya, ada dengan monokularnya, dan ada dengan smartphone masing2 untuk mengambil gambar dan vedio.



Inilah kemuncak aktiviti RAPTOR WATCH nie. 

Dan sebenarnya MNS telah letakkan beberapa pakar mereka di beberapa lokasi untuk menjalankan pengiraan bilangan helang yang singgah di Tanjung Tuan. Kaedahnya den tak tahu, macam mana nak kira helang2 lang beterbangan kek awan nun.

12.00am

Lepas puas mendongak, layan mata dekat booth yang ada di kawasan parking Rumah Api, ada yang jual Binokular, ada yang jual buku burung, jual baju, jual stiker.. 

Den ado tanya satu gerai tu, binocular paling murah harga RM500….

Berselfie di booth Perlancongan N9

berselfie di booth KOWA ( jual bino )

WHHHAAATTTTTT…… 

Tak mampu den weh… tengok je la. Paling mahal dekat RM3000 regenya.

Rb tini berebut dengan budak sekolah nak try guna monocular yang ada disediakan untuk pegunjung melihat helang dengan lebih jelas. 

Seronok nampak cik kak… heheh 



Enggang Tebang Mertua Pic behind me.



















Sedang seronok ambil gambar, ada pulak kapal terbang lalu betul2 atas Rumah Api tu…. Tak sesuai kot lalu di ruang udara atas Rumah Api time2 macam nie, lari semua helang jap. Ish..ish..ish.. pihak berkaitan perlu buat sesuatu nih. 

Cadangan den la… Orang ramai datang nak tengok helang, helang bertebangan di ruang udara kawasan tu, agak bahaya kapal terbang menggunakan ruang udara tersebut. Bukannya takde kes kapal terbang langgar burung. Macam2 boleh jadi.

Den pulak tertarik dengan satu booth pameran dan jualan nih,


mamat yang bagi penerangan tuh dah expert 
2 tahun layan burung. Dah boleh kenal banyak jenis burung.


Den himpit pelan2, dapatkan maklumat dari program awareness diorang. Akhirnya den kene getah, beli binocular jenama BUSHNELL 8 x 21 , 131m / 1000m/ RM 55. 

Heheheh Boleh la buat untuk mengendap burung dalam hutan sepanjang mana rentis n tepi campsite kalau outing lagi lepas nie.

Alexandra Sharma n Man-G KOHM

Terserampak dengan kawan dari Majlis Tindakan Perlancongan Negeri Sembilan. En Sham aka FB Alexzander Sharma. Hahah… tak perasan, sebab bila jumpa dalam hutan, dia suka pakai topi. 

Tq bro because always supporting us in Negeri Sembilan Recreation Scene. Especially scene at Gua Batu Maloi n Gunung Datuk Challenge.

12.45am

Dah beransur nak balik..

MANA JUNGLE CLEANUP ????

Hasil maklumat dari memember PERHILITAN RHL Tanjung Tuan, diorang dah buat sebelum event nie berlansung. Rentis Pulau Intan dah clear minggu lepas buat gotong royong. Rupanya sasaran kerja tahunan mereka ada 6 kali gotong royong perlu dilaksanakan. 

Dan setiap kali peserta Program Pendidikan Biodoversiti under diorang, memang akan ada aktiviti Jungle Cleanup nie dilaksanakan. Bayangkan sebulan 1-2 program PPBD dilaksanakan, maka JC pun 1-2 kali la diorang buat. Patutla Nampak bersih kawasan laluan masuk tadi.

Terasa terharu bila kengkawan meneruskan event JC di sini selepas beberapa kali himpit diorang dengan buat program JC di Tanjung Tuan, tahun 2011 sekali,  yang besar sekali JC 2012. 

Memang terkesan dan nampak impak event yang KOHM usahakan di sana. Tq Jabatan PERHILITAN dan terima kasih volunteer KOHM yang terlibat secara langsung ataupun tidak. 


bersama peminat KOHM heheheh..... Izah dari Pusat Ko Selangor

1.00pm

Uncle, Ninie, Rb tini n other dah nak gerak balik, tapi sempat menyinggah di gerai air kelapa untuk minum. RM2.50 sebiji kelapa muda, mampu menghilangkan dahaga dan hangat badan tatkala panas terik. Ada pelanggan bergaduh mulut sebab potong barisan… heheheh itu dia penangan air kelapa muda..

Lepas settle minum, KOHMarian lain gerak balik, den pergi jumpa Sham amik gambar untuk artikel nie.

1.10pm

Den gerak turun, banyak pulak sampah tepi laluan menuju turun ke pintu masuk. Nampak bebudak sekolah mencari2 tempat buang sampah nak buang cawan air plastic yang dah kosong diminum. Den keluarkan beg plastic n hulur kat dia. Lepas tu den kutip sampah sepanjang laluan, sambil2 buat pemerhatian sikap pengunjung.



Sewaktu sedang mengutip sampah sepanjang perjalanan turun, dari jauh den nampak seorang pemuda mengutip sampah dan sampai kat den dia hulur sampah masukkan dalam beg plastic yang den bawak. 

GOOD.. 

lepas tu budak sekolah yang den himpit tadi pun sama tolong den dengan rakan2 dia. Heheheh

Bersama2 budak sekolah tu ada seorang wakil MNS, spotted by MNS tshirt he wearing. Dia tegur den. Den senyum jer… 

Penuh beg plastic den dengan sampah hasil bantuan bebudak sekolah n MNS guy tu. Sampai di pondok tempat kitaorang mula2 rehat tadi, berhampiran booth perhilitan, den berhenti , pastu den himpit MNS guy tu mintak contact detail. Rupanya dia antara orang penting dalam menjayakan event RAPTOR WATCH tu… wah… jeng jeng jeng…



1.30pm

Lepak dengan geng perhilitan, sambil2 lepas gian bagi talk kat pengunjung yang singgah kat booth. Al maklumla dulu memang kerja bagi talk di Kem PPBD Gua Batu Maloi n pameran sewaktu bertugas di Negeri Sembilan.

Ada rezeki den, nasi ayam bungkus yang dihantar oleh Pengarah Jabatan PERHILITAN Melaka, Puan Zakiah Hanum. Hehe… TQ Puan.

Bedal 2 bungkus nasi ayam, borak2, layan pengunjung budak sekolah, cikgu, pelajar UPM n Volunteer MNS, jam dah kul 3.00 pm

Apa lagi gerak balik la.

Last……………

Walaupun JC yang nak buat tak jadi, namun den agak puas hati dengan outing hari nie, serampang 3 mata.

1. Dapat beberapa prospek n networking untuk projek KOHM seterusnya.
2. Dapat berjumpa kenalan yang lama tak jumpa.
3. Dapat berRAPTOR WATCH n kumpul sedikit pengalaman yang tak ternilai.
4. Terharu bila JC dah diappkan secara berterusan oleh kawan PERHILITAN RHL Tanjung Tuan.

KEEP ON ROLLING GUYS.

Password: Jungle Clean up, Networking, Raptor Watch, Conservation, Memento, New Experience. 








1 comment:

  1. ooo... Baru aku tau maksud KOHM tu.. hahaha
    . btw, keep up the good work. sweeeet

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.