Tuesday, March 24, 2015

Day 1 - Bermaloi Bersama Pelajar Politeknik Hulu Terengganu

Black Lily @ Janggut Adam
19 Mac 2015

Bertolak dari rumah jam 10.30pagi, singgah mencari air minuman 4 kotak untuk program dan sedikit bekalan untuk lepak2 minum nanti. Masing-masing naik kenderaan sendiri, sebab banyak barang nak bawak untuk program kali ini. 12.00 tengahari, ManG n Garfu sampai di pekan air mawang, singgah di kedai CENDOL bertentangan dengan simpang ke Ulu Yuh. Singgah makan tengahari sambil tunggu Kpu It tiba. 
sekadar hiasan

Perjalanan dari Seremban menuju ke Rembau dan seterusnya memasuki simpang Inas di sebelah kiri. Permulaan simpang dari Kg Batu menuju ke Kg Kuala Johol, akan jumpa simpang tiga dan amik kanan menuju ke Pekan Johol,

Kg Batu, Rembau, Negeri Sembilan
14 km dari Kg Batu ke Kg Inas.
Terus ke depan akan lalu Kg Nuri dan seterusnya Simpang Renggoh. Kalau nak ke Batu Maloi, Simpang Renggoh pun boleh dilalui selepas SMK Undang Abdul Manap. 

Nak masuk ikut Pekan Air Mawang pun takde hal. Boleh membeli belah skit. Banyak barang penting seperti kasut getah, lampu suluh, bahan makanan boleh didapati di kedai2 berhampiran.

Perjalanan dari Seremban ke Pekan Air Mawang ambil masa lebih kurang 1 jam melalui beberapa kampung kecil dan permandangan indah kawasan kampung dan banjaran bukit.

welcome to Batu Maloi
Dari Pekan Air Mawang ke Pintu Gerbang Gua Batu Maloi amik masa 15minit. Kita akan lalui beberapa kg dan beberapa kawasan pertanian yg dahulunya bendang sawah. Kini dipajak oleh petani luar untuk tanaman sayur-sayuran.

2.00 petang

Dah sampai, kami semua setup tempat istirehat kami di satu wakaf berhampiran surau. Senang nak pantau peserta nanti. Semua kelengkapan dibawa keluar, dan dah siap semua, kami pergi melihat kemudahan yang ada di sekeliling kawasan camping.

dewan makan
tandas dan bilik air
Tandas, tapak perkhemahan, dewan serbaguna, surau, bekalan air, dan elektrik. Pastikan mana-mana pokok yang berisiko untuk tumbang, perhatikan kalau ada dahan2 mati,

tapak perkhemahan lelaki
campsite perempuan
surau
Semuanya untuk keselamatan peserta. Bila dah puas hati, kami bantu en joe uruskan tapak camp mana-mana yang masih belum siap.

En Hazzain tiba jam 3.00 petang bersama-sama isteri, 2 orang anak dan 1 anak buah. Jauh perjalanan dari Keratong Pahang. Datang semata-mata untuk menguruskan program kali ini.

5.00 petang

Sekumpulan peserta tiba, berjalan kaki masuk sambil membawa beg pakaian dan kelengkapan mereka. Di iringi oleh beberapa ekor anak lembu yang memang suka dengan orang ramai yang datang ke Batu Maloi. Riuh rendah bising budak budak nie melihat kelakuan anak lembu yang tak takut orang tu.

Peserta yang tiba di sambut mesra dan barang-barang ditempatkan sementara di atas dewan serbaguna sebelum di jemput untuk minum petang.

5.45 petang

Setelah selesai solat, peserta di jemput ke dewan serbaguna untuk di beri taklimat. Antara taklimat penting adalah Taklimat Lokasi, Taklimat Program dan Taklimat Keselamatan. Taklimat di berikan oleh En Hazzain selaku kem komander bagi program kali ini. 

Taklimat oleh Kem Komander

Seramai 37 orang peserta dari pelbagai negeri di Malaysia dan 2 orang pensyarah serta 2 pilot bas datang dari Politeknik Hulu Terengganu untuk diMALOIkan oleh kami.

En Fahimdin ( oren ) dan Puan Anne rancak berbual
En Garfu sedang mengedarkan Borang Deklarasi kepada peserta
Kpu It bersemutar di leher turut serta memperkenalkan diri.
6.30 petang

Taklimat Perkhemahan dan Pemasangan Khemah diberikan oleh En Garfu kepada peserta supaya peserta tahu bagaimana pemilihan kawasan sesuai untuk pemasangan khemah, Do n Dont ketika perkhemahan dan Keselamatan ketika berkhemah.

Penerangan oleh Fasilitator Garfu

Ilmu perkhemahan ini penting bagi kelancaran program agar peserta tahu menguruskan khemah dengan baik dan selamat sepanjang aktiviti perkhemahan.

Peserta sporting membantu mengendalikan khemah
9.00 mlm

Setelah selesai memasang khemah, peserta bersiap sedia untuk solat Maghrib dan makan malam. Sesudah selesai, peserta naik ke dewan untuk aktiviti Suai Kenal dan Taklimat Leave No Trace oleh En ManG.

Taklimat LEAVE NO TRACE;

7 principal Leave No Trace
LnT logo
Aktiviti Suai Kenal oleh En ManG, menggunakan pendekatan komunikasi 2 hala, peserta diminta memperkenalkan diri kepada semua yang hadir dan mereka akan disoal serba sedikit oleh fasilitator untuk maklumat awal mengenai latar belakang masing-masing.

Tidak terkecuali pihak fasilitator dan pensyarah pengiring. Mereka juga turut diminta untuk memperkenalkan diri. Banyak soalan ditanya bila kene turn fasilitator, memang pandai peserta menyakat kami.

Untuk sesi icebreaking oleh En ManG, pendekatan Silence Command digunakan kepada peserta.
Peserta diminta melaksanakan tugas dalam keadaan bisu tanpa suara. Memang susah bila tidak boleh bersuara, hanya bahasa isyarat digunakan oleh peserta untuk menjayakan arahan.

Dan akhir sekali, peserta yang berkumpul ikut bulan kelahiran pada bulan MAC disoal seorang demi seorang (4 orang ). Ada seorang peserta yang akan menyambut birthdaynya di Batu Maloi pada 20hb Mac 2015. 4 peserta yang lahir di bulan Mac terkejut bila mendapat hadiah hari lahir dari fasilitator. hehehe.

12.00 tengah malam

Selesai minum malam, peserta dikumpul di luar dewan serbaguna bagi taklimat untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti 'Ketupa Ketupu';

taklimat ketupa ketupu oleh En Garfu

khusyuk mendengar taklimat, bercampur gaul perasaan takut nak masuk hutan.
Dalam aktiviti ini, peserta akan dibawa masuk ke hutan melalui rentis sedia ada untuk menikmati waktu malam di dalam hutan.

Kpu It sebagai runner
Pemerhatian keadaan hutan dan isinya pada waktu malam memberi peluang kepada fasilitator untuk mengubah perspektif negatif peserta terhadap hutan.

seronok nampak
Segala apa yang mereka rasa, bau, dengar, sentuh dan lihat sepanjang aktiviti akan dikongsikan dan diolah bersama-sama fasilitator sehingga peserta dapat maklumat jelas mengenai apa yang mereka lalui sepanjang aktiviti.

cengkerik je yang dijumpai

peserta sedang menikmati suasana hutan pada waktu malam

yang tidur, yang kentut, yang layan perasaan, semua ada.
1.45 pagi

Peserta dibawa keluar dari laluan rentis hutan ke tapak perkhemahan. Semua peserta dikumpulkan setempat dan diambil bilangan semua bagi mengelakkan kehilangan.

Alhamdulilah tiada apa2 yang buruk berlaku sepanjang aktiviti Ketupa Ketupu.

Aktiviti ditutup dengan sedikit rumusan oleh En ManG berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan. Dan berharap peserta dapat sesuatu dari aktiviti yang dilaksanakan.

#TakKenalMakaTakCinta
#LeaveNoTrace

bersambung............





1 comment:

  1. menakutkan lah gambar yg terakhir tu.. mcm meremang je aku tgk.

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.