Monday, March 30, 2015

MAT Kelab Orang Hutan Malaysia ke - 4 2015

Semua ahli Kelab Orang Hutan Malaysia, terutama ahli yang aktif di panggil mesyuarat oleh Majlis Tertinggi bagi bersama-sama hadir ke MAT Kelab Orang Hutan Malaysia. Panggilan dibuat melalui jemputan melalui Facebook dan Apps Talegram oleh tuan Garfu. Majlis tertinggi telah mebuat keputusan untuk melangsungkan MAT di Cafe D Manggis, Sungai Buloh pada 28 mac 2015

MAT berlangusng bermula jam 9.00 pagi dengan kehadiran ahli-ahli KOHM.

Tok Wan, adalah Ahli KOHM yang petama tiba bagi meraikan MAT kali ini.
Terima Kasih Tok Wan

Alhamdulillah MAT KOHM kali ke 4 ini cukup corum... so pengundian boleh dijalankan untuk melantik J/K baru dan membentangkan usul. Berat kalau korum tak cukup ini, nanti ROS tak dapat nak mengesahkan perlantikan dan usul yang dibentangkan.

Srikandi Esah Nini, setia dengan Pena dan kertas.  Terima kasih

MAT dimulakan dengan sarapan pagi, maklumlah mereka yang hadir awal kebanyakkan tidak bersarapan lagi. Sempat lagi admin nak bagi pantun dua kerat berkenaan sarapan

"Pagi-pagi masuk meeting sebab sarapan
gambar masa sarapan tak ada...."
                                                                          hahahahhahah

Selepas sarapan, barulah meeting dimulakan. antara kata-kata yang diulang banyak kali dalam MAT adalah
                                           

"saya [nama] menyokong cadangan tersebut"
"saya [nama] mengesahkan untuk cadangan tersebut"

Dua ayat yang admin selalu dengar dalam meeting walaupun diganggu oleh ahli hyperaktif semasa meeting. Saya pilih posting kali ini untuk merakamkan kenangan-kenangan kami melalui lensa saya.


Antara ahli yang menarik perhatian. Sypull.

Artis yang sama-sama turun hadir meraikan MAT, Remy Ishak... Bang update istagram, twitter,dan facebook ker
Kirim salam kat Tiz Zaqiyah yer....

Ahli yang paling awal bangun untuk meraikan bersama MAT kali ini. Kalau dalam telegram
dia lah orang yang admin paaalllliiinggg kasihi. Oppss inner disccusion only
a
Ketua tektikal KOHM,Syed... tgk tue email dapat seminit sekali. Info dari
radio amatur lagi......banyak oooooo pengetahuan beliau

"joe, aku nak tanya ko, bende alah ini boleh buat lampu terangkan kem site tak"
"&^(^*%^&%*&^^&%&*"
Yus (baju biru) : cover tidur, mata tutup mulut senyum....
Abg remy ishak, x habis2 lagi update instagram, lain kali pakai 4g LTE bang... cepat sikit upload

Setiuasaha dan Bendahari, berdua bersatu.... korang rasa, kenapa begitu sekali garfu pandang uncle zainol.

Inilah antara orang2 kuat menjayakan KOHM.
Faiz : aku tanya apa khabar
Yus : khabar baik!
Faiz : *terkesima
admin nampak mcm kembar pulak korang nie. Cute
Awak di mana?
a... awak dimana?
awak di mana?

"dahlia buang air kecik la tadi"
fuhhh

Abg Yus, bangun meeting dah nak habis! dari tadi tutup mata

Habis meeting, Ahli kelab telah di berikan peluang menikmati kari kambing. terima kasih KOHM kerana sediakan kari kambing

Abg Midy dan kari kambing berpisah tiada... amboi... admin yang tengah buat report nie pun terliur melihattnya

wah nampak sangat menyelerakan makan tengah hari, rugi sapa yang tidak hadir.  

last but not least.... kami dapat bergambar beramai-ramai


free style
ok yang nie boleh framekan.... kenangan 2015 

Barisan kepimpinan KOHM 2015

Berdiri dari kari : Joe Kargo, Faiz dan Joe Cendol
Duduk Dari kiri : Syed, Garfu, Tokwan, Rosman, Uncle Zainol dan Ninie Nurse


pesanan ikhlas daripada admin :)



1. Sila pastikan yuran tahunan KOHM dibayar sebeleum 4/4/2015. Admin telah membayar

2. mari bersama-sama meraikan event KOHM yang akan dijalankan. ajak rakan-rakan saudara mara untuk bersama kami

3. Jika ada cadangan apa-apa kami alu-alukan. Boleh email ke admin k.a@oranghutanamalaya.com


Tuesday, March 24, 2015

Day 1 - Bermaloi Bersama Pelajar Politeknik Hulu Terengganu

Black Lily @ Janggut Adam
19 Mac 2015

Bertolak dari rumah jam 10.30pagi, singgah mencari air minuman 4 kotak untuk program dan sedikit bekalan untuk lepak2 minum nanti. Masing-masing naik kenderaan sendiri, sebab banyak barang nak bawak untuk program kali ini. 12.00 tengahari, ManG n Garfu sampai di pekan air mawang, singgah di kedai CENDOL bertentangan dengan simpang ke Ulu Yuh. Singgah makan tengahari sambil tunggu Kpu It tiba. 
sekadar hiasan

Perjalanan dari Seremban menuju ke Rembau dan seterusnya memasuki simpang Inas di sebelah kiri. Permulaan simpang dari Kg Batu menuju ke Kg Kuala Johol, akan jumpa simpang tiga dan amik kanan menuju ke Pekan Johol,

Kg Batu, Rembau, Negeri Sembilan
14 km dari Kg Batu ke Kg Inas.
Terus ke depan akan lalu Kg Nuri dan seterusnya Simpang Renggoh. Kalau nak ke Batu Maloi, Simpang Renggoh pun boleh dilalui selepas SMK Undang Abdul Manap. 

Nak masuk ikut Pekan Air Mawang pun takde hal. Boleh membeli belah skit. Banyak barang penting seperti kasut getah, lampu suluh, bahan makanan boleh didapati di kedai2 berhampiran.

Perjalanan dari Seremban ke Pekan Air Mawang ambil masa lebih kurang 1 jam melalui beberapa kampung kecil dan permandangan indah kawasan kampung dan banjaran bukit.

welcome to Batu Maloi
Dari Pekan Air Mawang ke Pintu Gerbang Gua Batu Maloi amik masa 15minit. Kita akan lalui beberapa kg dan beberapa kawasan pertanian yg dahulunya bendang sawah. Kini dipajak oleh petani luar untuk tanaman sayur-sayuran.

2.00 petang

Dah sampai, kami semua setup tempat istirehat kami di satu wakaf berhampiran surau. Senang nak pantau peserta nanti. Semua kelengkapan dibawa keluar, dan dah siap semua, kami pergi melihat kemudahan yang ada di sekeliling kawasan camping.

dewan makan
tandas dan bilik air
Tandas, tapak perkhemahan, dewan serbaguna, surau, bekalan air, dan elektrik. Pastikan mana-mana pokok yang berisiko untuk tumbang, perhatikan kalau ada dahan2 mati,

tapak perkhemahan lelaki
campsite perempuan
surau
Semuanya untuk keselamatan peserta. Bila dah puas hati, kami bantu en joe uruskan tapak camp mana-mana yang masih belum siap.

En Hazzain tiba jam 3.00 petang bersama-sama isteri, 2 orang anak dan 1 anak buah. Jauh perjalanan dari Keratong Pahang. Datang semata-mata untuk menguruskan program kali ini.

5.00 petang

Sekumpulan peserta tiba, berjalan kaki masuk sambil membawa beg pakaian dan kelengkapan mereka. Di iringi oleh beberapa ekor anak lembu yang memang suka dengan orang ramai yang datang ke Batu Maloi. Riuh rendah bising budak budak nie melihat kelakuan anak lembu yang tak takut orang tu.

Peserta yang tiba di sambut mesra dan barang-barang ditempatkan sementara di atas dewan serbaguna sebelum di jemput untuk minum petang.

5.45 petang

Setelah selesai solat, peserta di jemput ke dewan serbaguna untuk di beri taklimat. Antara taklimat penting adalah Taklimat Lokasi, Taklimat Program dan Taklimat Keselamatan. Taklimat di berikan oleh En Hazzain selaku kem komander bagi program kali ini. 

Taklimat oleh Kem Komander

Seramai 37 orang peserta dari pelbagai negeri di Malaysia dan 2 orang pensyarah serta 2 pilot bas datang dari Politeknik Hulu Terengganu untuk diMALOIkan oleh kami.

En Fahimdin ( oren ) dan Puan Anne rancak berbual
En Garfu sedang mengedarkan Borang Deklarasi kepada peserta
Kpu It bersemutar di leher turut serta memperkenalkan diri.
6.30 petang

Taklimat Perkhemahan dan Pemasangan Khemah diberikan oleh En Garfu kepada peserta supaya peserta tahu bagaimana pemilihan kawasan sesuai untuk pemasangan khemah, Do n Dont ketika perkhemahan dan Keselamatan ketika berkhemah.

Penerangan oleh Fasilitator Garfu

Ilmu perkhemahan ini penting bagi kelancaran program agar peserta tahu menguruskan khemah dengan baik dan selamat sepanjang aktiviti perkhemahan.

Peserta sporting membantu mengendalikan khemah
9.00 mlm

Setelah selesai memasang khemah, peserta bersiap sedia untuk solat Maghrib dan makan malam. Sesudah selesai, peserta naik ke dewan untuk aktiviti Suai Kenal dan Taklimat Leave No Trace oleh En ManG.

Taklimat LEAVE NO TRACE;

7 principal Leave No Trace
LnT logo
Aktiviti Suai Kenal oleh En ManG, menggunakan pendekatan komunikasi 2 hala, peserta diminta memperkenalkan diri kepada semua yang hadir dan mereka akan disoal serba sedikit oleh fasilitator untuk maklumat awal mengenai latar belakang masing-masing.

Tidak terkecuali pihak fasilitator dan pensyarah pengiring. Mereka juga turut diminta untuk memperkenalkan diri. Banyak soalan ditanya bila kene turn fasilitator, memang pandai peserta menyakat kami.

Untuk sesi icebreaking oleh En ManG, pendekatan Silence Command digunakan kepada peserta.
Peserta diminta melaksanakan tugas dalam keadaan bisu tanpa suara. Memang susah bila tidak boleh bersuara, hanya bahasa isyarat digunakan oleh peserta untuk menjayakan arahan.

Dan akhir sekali, peserta yang berkumpul ikut bulan kelahiran pada bulan MAC disoal seorang demi seorang (4 orang ). Ada seorang peserta yang akan menyambut birthdaynya di Batu Maloi pada 20hb Mac 2015. 4 peserta yang lahir di bulan Mac terkejut bila mendapat hadiah hari lahir dari fasilitator. hehehe.

12.00 tengah malam

Selesai minum malam, peserta dikumpul di luar dewan serbaguna bagi taklimat untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti 'Ketupa Ketupu';

taklimat ketupa ketupu oleh En Garfu

khusyuk mendengar taklimat, bercampur gaul perasaan takut nak masuk hutan.
Dalam aktiviti ini, peserta akan dibawa masuk ke hutan melalui rentis sedia ada untuk menikmati waktu malam di dalam hutan.

Kpu It sebagai runner
Pemerhatian keadaan hutan dan isinya pada waktu malam memberi peluang kepada fasilitator untuk mengubah perspektif negatif peserta terhadap hutan.

seronok nampak
Segala apa yang mereka rasa, bau, dengar, sentuh dan lihat sepanjang aktiviti akan dikongsikan dan diolah bersama-sama fasilitator sehingga peserta dapat maklumat jelas mengenai apa yang mereka lalui sepanjang aktiviti.

cengkerik je yang dijumpai

peserta sedang menikmati suasana hutan pada waktu malam

yang tidur, yang kentut, yang layan perasaan, semua ada.
1.45 pagi

Peserta dibawa keluar dari laluan rentis hutan ke tapak perkhemahan. Semua peserta dikumpulkan setempat dan diambil bilangan semua bagi mengelakkan kehilangan.

Alhamdulilah tiada apa2 yang buruk berlaku sepanjang aktiviti Ketupa Ketupu.

Aktiviti ditutup dengan sedikit rumusan oleh En ManG berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan. Dan berharap peserta dapat sesuatu dari aktiviti yang dilaksanakan.

#TakKenalMakaTakCinta
#LeaveNoTrace

bersambung............





RS Meninjau Padas

Salam warga KOHM!

Tokwan & Emir

Pada 20 March 2015. Saya bersama Emir iaitu anak saya, telah pergi ke Sungai Padas, Sabah untuk meninjau aktiviti “White Water Rafting” (WWR) yang terkenal tu. Berikut adalah sedikit laporan saya untuk rujukan.

Sehari sebelum aktiviti WWR, saya telah berjumpa agen pelancongan di hotel tempat saya menginap. Saya malumkan hajat saya untuk buat WWR di Padas. Memandangkan saya hanya berdua, dia offer saya RM240 seorang termasuk perkara berikut:

- Pengangkutan dari hotel ke stesyen keretapi Beufort (pergi dan balik).
- Pengangkutan keretapi ke tempat permulaan dan balik
- Peralatan untuk WWR serta pemandu WWR.
- Kemudahan bilik air dan tukar pakaian.
- Makan tengahari.

Sebenarnya, kalau ada ramai peserta, harga tersebut boleh dikurangkan.

0500 pagi - saya telah pun siap sedia di lobi hotel. Saya memakai seluar mandi untuk WWR dan memakai booties. Kalau pakai selipar jepun sahaja pun tidak menjadi masalah kerana di dalam sampan getah nanti, kita x perlu pun pakai kasut. Saya hanya bawa tuala dan pakaian untuk bertukar selepas aktiviti dan sedikit duit untuk beli makanan ringan atau minuman semasa dalam perjalanan.

0510 pagi – sebuah 4wd tiba untuk membawa kami pergi. Kami kemudian dipindahkan ke sabuah van dimana terdapat beberapa orang lagi peserta. Seterusnya kami dibawa ke stesyen keretapi Beufort. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Kami sarapan di stesyen keretapi Beufort. Tidak ada banyak pilihan. Yang ada, buah2an, mihun dan mee yang sudah siap digoreng, mee segera dan minuman panas.

 Semasa di stesyen keretapi Beufort sebelum perjalanan.

 0740 – Keretapi bergerak menuju tempat permulaan WWR. Cuma ada tiga gerabak separuh darinya dipenuhi oleh orang2 yang akan mengikuti aktiviti WWR. Selain daripadanya ada lah penduduk tempatan yang tinggal berhampiran landasan keretapi.

Keadaan di dalam keretapi.

Cuaca boleh dikatakan agak panas dan lebih terasa apabila keretapi berhenti untuk mengambil atau menurunkan penumpang. Nasib baik ada peniaga tempatan yang menjual air minum dan makanan ringan yang naik keretapi sewaktu penumpang turun. Kopi ‘o’ sejuk Tenom. Terasa sangat enak. Perghh!
  
Pemandangan yang dapat dilihat semasa dalam perjalanan.

Perjalanan keretapi memakan masa lebih kurang 2 jam. Tidak lah menjemukan kerana mata sentiasa melihat permandangan kehijauan hutan serta air sungai yang mengalir.  Sangat mententeramkan jiwa. Di separuh perjalanan, kami bertukar keretapi lain.

0940 – Sampai sebuah stesyen (saya tak ingat nama stesyen tu) kami diberi masa 10 minit untuk menyimpan barang2 yang tidak perlu dibawa. Sebenarnya, di sini lah tempat di mana berakhi nya WWR nanti. Kami menaiki keretapi semula untuk menuju tempat permulaan.

1020 – Tiba di tempat permulaan. Kami diberi makan buah tembikai dan honeydew.  Lepas tu kami diberi peralatan topi keledar serta jaket keselamatan. Setelah penerangan keselamatan dibuat, dan bergambar, kami turun ke sungai untuk memulakan WWR.

Gambar pasukan sebelum turun ke air.

Saya tidak bawa kamera saya kerana ia nya tidak kalis air. Go Pro ada tetapi chest harness tidak ada. Maka tidak dapatlah saya gunakan. Tetapi, semasa mengambil topi keledar, saya nampak salah satu topi keledar itu sudah ada bracket untuk Go Pro. Alangkah menyesalnya tidak bawak Go Pro saya. Kalau tidak, pasti saya dapat merakamkan aksi melawan arus. Ciss!

1030 – WWR bermula! Perahu getah kami terdapat 6 peserta dan 2 guide. Paras air agak rendah kerana musim panas. Terdapat 7 jeram yang kami lalui. Tidaklah begitu mengecewakan. Namun kalau paras air lebih tinggi, pastinya WWR lebih mencabar dan lebih menyeronokan.





 Sebahagian dari aksi di antara 7 jeram yang telah kami lalui.

1250 - Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih mengharungi sungai sebelum tiba di tempat penamat. Sempat kami diberi peluang untuk berenang dan terapung di kawasan air tenang. Sungguh menyeronokan. Setelah tiba di tempat penamat, kami mandi, tukar pakaian dan makan tengahari. Ada nasi putih, kari ayam, telur goreng, sayur2an, cukup untuk makan tengahari. Minuman panas atau minuman dalam tin boleh dibeli di sini.

1400 – Kami menaiki semula keretapi untuk perjalanan pulang. Bertukar keretapi di separuh perjalanan dan tiba di stesyen keretapi Beufort jam 1600. Seterusnya kami dibawa dengan van menuju ke hotel. Sampai di hotel lebih kurang jam 1800.

Secara keseluruhan nya, aktiviti WWR ni memang menyeronokan, tidak begitu bahaya dan boleh dilakukan oleh semua orang dewasa.

Laporan oleh : Tok Wan aka Abang Aenal / 23 Mac 2015
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.