Sunday, March 9, 2014

SURVEI AIR TERJUN HARIMAU BERJEMUR @ BELANG RIMAU



1HB MAC 2014 ( HARI RAYA CINA )

Satu trip survei ke Air Terjun Harimau Berjemur di Hutan Simpan Lesong, Rompin Pahang telah dijalankan pada 01.03.2014 tempoh hari.

OBJEKTIF

        Survei awal untuk misi green peace ala2...
        Survei tempat rekreasi yang dilupakan.
        Survei laluan untuk bawa Ahli2 KOHM camping.

TRIP
FROM KL TO SEREMBAN ( LEBUH RAYA  UTARA SELATAN ) - KUALA PILAH - JEMPOL - KERATONG- MUADZAM SHAH- TEBU HITAM, KUALA ROMPIN.... 
LESONG FOREST RESERVE 
BELANG RIMAU WATERFALL ( lebih sesuai den raso )
           

aL- kISAH... tersebutlah kisah...


Dengan menaiki wagon subaru, WAK 7355 bergerak ke Kg Tebu Hitam, Merlak melalui kawasan ladang kelapa sawit, dusun dan kg... terus ke Hutan Simpan Lesong Rompin Pahang...


Mulalah masuk offroan jalan balak... Masih gagah wagon subaru menyelusuri laluan balak yang masih digunakan ( aktif kerana ada pembalakan di dalam kawasan H.S Lesong )..

Dalam perjalan itu, terserempak 2 HILUX, kami di tahan dan ditanya arah tujuan masuk H.S Lesong nih. Pegawai PERHILITAN bersama-sama anak buahnya sedang menjalankan Operasi sekitar kawasan H.S Lesong rupanya. 

( cuti2 pun kerja PERHILITAN nie, bagus tol la.... WILDLIFE DEFENDER )

Selepas bual2, kami teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju...


Melihat keindahan alam sekeliling, dirian pokok2 hutan yang masih berdiri tegak di tepi jalan balak. Sekali sekala burung-burung hutan terbang melintas, Dan helang melayang2 mencari mangsa di udara. Kesan2 tapak babi juga ada dilopak2 air atas jalan balak.

 Akhirnya kami tiba..... tapak perkhemahan.... ada pondok disediakan di kawasan ini. 


Tapak khemah boleh memuatkan sekitar 30-40 orang .... 


Ada kolam berhampiran tapak khemah, kemudahan semulajadi untuk mereka yang tak mahu ke air terjun utama. Mandi manda kek sini pun best jugak... Memang terjaga kawasan nie, mungkin jarang orang sampai. Kalau sampai pun mungkin mereka2 yang betul2 take care pasal attitude di hutan.


Perjalanan bermula dengan merentas sungai dan berjalan melalui semak samun sepanjang sungai, melintas sungai lagi.... Perlu berhati2 ketika melalui permukaan batu2 licin dan tajam serta KERAS.


Lapisan batu batan membentuk laluan air terjun yang menarik..... 
tapi tunggu.... 
lihat gambar kek bawah nun.


 Nak kene panjat2 skit sebelum sampai ke tingkat atas air terjun nie. 
Mungkin kek batu hampar tu tempat harimau berjemor kot?


 Inilah dikatakan AIR TERJUN HARIMAU BERJEMUR... @ AIR TERJUN BELANG RIMAU.... lihat corak pada dasar sungai nie... berbelang2 macam belang harimau.... 


 nie gambaran dari dekat dasar sungai nie.... melalui lapisan batu yang bercorak belang rimau.
warna oren n hitam tu lebih jelas timbul bila terbias oleh air .

CATATAN PENTING

namun hasil risikan dan survei dengan orang2 yang pernah hadir kek sini, air sungai sekarang dah kurang skit berbanding dulu... 

Memang dapat lihat dari website2 dan bloq2 rakan2 yang pernah sampai di sini... berbeda sungguh jumlah air 3-4 tahun lepas dengan sekarang.

Selepas selesai ambil gambar dan melepaskan lelah sepam dua...

 balik ke rumah menaiki kenderaan sendiri dan bermalam.. ( orang biasa buat claim tahu ayat nie)

AIR TERJUN BELANG RIMAU.........TUNGGU AKU DATANG SEMULA

Password: WILDLIFE DEFENDER, Kemusnahan, Pembalakan, MISI KONSERVASI...    

1 comment:

  1. assalamualaikum saya annas nak tanya pasal info arah dan masa perjalan ke air terjun ni..boleh tak kereta biasa lalu jalan ni..saya harap saudara boleh memberikan info terimakasih

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.