Tuesday, December 3, 2013

RS Bukit Puchong

Posted by hamydy on 2, December 2013

Bukit Puchong
Bukit Puchong Bukit
Puchong yang terletak di tengah-tengah kawasan Pucong ini merupakan destinasi terbaru saya ekprolasi sebagai tempat rekreasi. Bukit yang terletak dalam Hutan Simpan Negeri Selangor merupakan tempat rekreasi yang bukanlah baru bagi kalangan penduduk Puchong. Tempat ini telah lama menjadi tempat rekreasi mendaki. Warga kota terutama kaum cina merupakan golongan yang terawal memeriahkan dan explore Bukit Puchong ini sebagai kawasan senaman setiap pagi dan setiap petang.

Saya baru sahaja di perkenalkan oleh seorang kawan tentang lokasi ini, jadi hujung minggu saya mencuba mendaki di Bukit Puchong ini. 

Lokasi
Ada beberapa pintu masuk ke Hutan Simpan ini. Tetapi trek yang jelas dan paling ramai gunakan adalah trek yang masuk bersebelahan Apartment Sri Cempaka Bandar Puteri. Biasanya awal pagi akan kelihatan banyak kereta parking disini. Jalan masuk juga senang koordinat seperti berikut 3.024716, 101.629785. Sebelah Apartment Sri Cempaka terdapat 4 lot blok kedai jadi anda boleh parking sekitar jalan Pesiaran Bukit, anda akan kelihatan banyak kereta disitu. Jalan masuk ke trek juga jelas kelihatan.

Diawal pendakian agak sedikit curam dan naik ke kawasan lapang dimana anda akan dapat lihat view Bandar Puteri. Memang menenangkan bila berada tempat tinggi lihat view. Cuma di kawasan ini sahaja yang ada view, biasanya orang bergambar disini.  Trek yang agak santai dan memerlukan mendaki 3 buat bukit untuk sampai ke puncak Bukit Puchong dengan mengambil masa 45minit.

Setelah melalui kawasan lapang ini anda mula mendaki sedikit melalui trek hutan. Memandangkan hutan simpan ni hutan dara maka hutan agak padat dan masil seperti asal. Trek memang jelas kelihatan dan sukar untuk kita tersesat. Anda akan terjumpa 2 simpang Laluan ke puncak, simpang ini akan  pusing ke jalan keluar yang sama. biasanya pengunjung akan mendaki dan turun ikut laluan yang berbeza. Jadi anda boleh pilih untuk naik ikut simpang kanan dan turun melalui simpang kiri atau sebaliknya.

Saya ikut simpang kanan, dari simpang kanan ini anda akan melalui 2 buat bukit untuk sampai ke puncak Bukit Puchong. Trek senang sahaja dan santai. anda akan kelihatan pengunjung yang berlari kerana ada trek yang landai, jadi sesuai sangat untuk berlari dan mendaki. Jika anda berlari mungkin anda cuma mengambil masa 40minit untuk pergi dan pulang.

Puncak Bukit Puchong
Kawasan puncak lapang dan tidak besar sangat, tidak menarik dan tiada view, jarang kelihatan pengunjung berehat lama disini, biasanya cuma stop sekejap minum air dan meneruskan perjalanan pulang. Memandangkan saya naik ke puncak ikut simpang kanan maka saya mengambil laluan turun ikut kiri. 

Trek turun ikut kiri ni tidak berapa landai macam simpang kanan, cerun tidak la curam biasa saja. setakat pemerhatian saya trek Bukit Puchong ini masih bersih tiada sampah. Mungkin kerana trek tidak jauh dan singkat maka kebanyakan pengunjung tidak membawa apa2 makanan dan juga air semasa mendaki. dan tiada tanda2 orang berkemah dalam hutan ini. Dan anda jangan terkejut jika ada pendaki cina mendaki dengan mengendong bayi mereka, dan juga ada yang membawa anak yang berumur 2-3 tahun mendaki bersama.

Suatu pengalaman baru bila mencuba tempat baru. pembaca dan juga warga kelab patut mencuba beriadah di bukit Puchong ini.

Sekian Laporan

Laporan oleh : OHM103

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.