Friday, November 22, 2013

RS Latihan Pre Mt Kinabalu 2014 ~ Broga Hill & Gunung Tokwan

Posted by hamydy on 26, October 2013

Broga
Pada 26 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung program sesi latihan Pre Mt Kinabalu 2014. Seramai 9 orang semuanya telah mendaftarkan diri untuk mendaki Bukit Broga dan Gunung Tokwan secara DayPack. Daripada 9 orang tersebut 7 orang adalah peserta Mt Kinabalu 2014.

Pengenalan
Bukit Broga atau Broga Hill ini merupakan salah satu tempat riadah yang terkenal. Nama lain Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Botak kerana hanya ada lalang dan pernah beberapa kali terbakar. Ketinggian Bukit Broga hanya 400m dari paras laut sahaja. Dahulunya sebelum terkenal tempat ini cuma menjadi tempat riadah dan senaman beberapa orang warga tua (Orang tua Cina) yang hanya naik ke bukit satu untuk buat senaman dan mengeluarkan peluh. Seterusnya tempat ini mula di kunjungi peminat fotografi kerana landskap nya yang cantik. Setelah tersebarnya foto-foto landskap yang cantik di media seperti Face Book dan flicker, fenomena ini telah menarik ramai pengunjung kesini.

Gunung Tok Wan merupakan sambungan daripada Bukit Broga. Ketinggian Gunung Tokwan hanya 675m dari paras laut, tidak la tinggi sangat dan tiada view.
Broga Broga
Parking Kereta Kebun Kelapa Sawit
Kami semua berkumpul di petronas simpang Broga jam 5.45am, Setelah selesai solat subuh kami semua bertolak ke pakir kereta kelapa sawit. Bayaran pakir dikenakan sebanyak RM2 oleh pemilik tanah. Terdapat beberapa pekerja yang mengawal kenderaan semasa pakir supaya tersusun dan teratur. Kemudahan tandas dan surau telah disediakan oleh pemilik tanah. Jadi mudah la kepada pengunjung muslim. Sekitar Jam 6.15am baru kami mula mendaki. Awal pendakian beberapa orang peserta agak semput sikit, maklumlah dah lama tak mendaki.
Broga BrogaBukit Satu
Kami tiba di puncak satu sekitar 6.55am sempat jugak mengejar matahari terbit. Walaupun tak berapa cantik disebabkan kabus, namun sempat la jugak menikmati suasana tersebut bersama pengunjung2 lain. Setelah berehat sekitar 5 minit kami meneruskan perjalanan ke puncak Bukit Broga dan sampai 7.39am.Broga BrogaPuncak Broga
Di puncak Broga kami berhenti rehat menikmati sarapan pagi yang telah di tapau. Di puncak Bukit Broga kami dapati papan tanda sudah di cat baru, dulu latarbelakang hitam tulisan putih, sekarang latar belakang putih tulisan hitam. Nampaknya tiada kesan conteng mungkin kerana ada tertulis perkataan " hanya beruk sahaja dibenarkan menconteng" Laluan ke Puncak Broga sudah ada dua laluan. Satu melalui batu dan ada tali, lagi satu laluan keliling batu dan tidak perlu memanjat batu dan tali. Jadi mudah tidak perlu beratur seperti sebelum ini. Tapi ramai saja yang suka memanjat batu dengan tali manakala yang turun ramai ikut laluan lagi satu. 
Gunung Tokwan
Sekitar 8.00am kami mula mendaki ke Gunung Tokwan. Selalunya tak ramai pengunjung yang akan meneruskan perjalanan ke Gunung Tokwan. Mula2 masuk terdapat dua simpang, kami tersilap ambil simpang kanan dan menyebabkan kai kerugian masa 45 minit, mula sedar apabila laluan tersebut membawa kami ke kebun getah. Seterusnya kami berpatah balik semula ke simpang dan ambil simpang ke kiri barulah betul laluan tersebut. Dah lama saya tak naik tak tahu pulak ada dua simpang tersebut.
Tok Wan Tok Wan
Kami sampai di landmark Pokok Besar Banyak Akar sekitar jam 8.52am, Sempat bergambar kami kat situ dan kami dapati terdapat bendera bewarna yang di ikat pada pokok besar tu dengan banyak dan rasanya mungkin salah satu amalam keagamaan masyarakat siam.
Tok Wan Tok Wan
Seterusnya kami sampai sungai yang kering sekitar 9.47am. Dari sungai ni laluan menegak dan curam, semput jugak haha :D . Sempat juga kami bergambar di lokasi sungai yang kering ini sambil rehat.
Tok Wan
Kami sampai di Puncak Gunung Tokwan sekitar jam 10.40am. Lega rasanya sampai. Kami berehat dan makan tapau lunch sehingga jam 11.3am barulah kami bergerak keluar. Disebabkan saya mengalami kecederaan lutut maka saya tidak dapat bergerak laju. So saya yang paling lambat sampai. kami sampai di pakir kereta dan rehat sambil minum air kelapa. Memang penat. Tapi bagus untuk latihan. Kami mula bergerak dari pakir ke destinasi masing2 sekitar jam 5.00pm.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam latihan ini.
Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.