Sunday, October 20, 2013

RS Latihan Pre Mt Kinabalu 2014 ~ Gunung Datuk Rembau

Posted by hamydy on 20, October 2013
Datuk
Pada 12 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung program pertama sesi latihan Pre Mt Kinabalu 2014. Seramai 14 orang semuanya telah mendaftarkan diri untuk mendaki gunung datuk secara DayPack.
Ada yang datang dari Bangi, Johor, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Program di rancang seminggu sebelumnya. Program ini adalah sebahagian latihan persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi trip 13-15 Jun 2014. Dalam 14 orang ini 1 orang adalah peserta untuk trip 29-31 Oktober 2013 yang turut serta untuk latihan, manakala 11 lagi adalah peserta trip 13-15 Jun 2014, dan lagi 2 orang adalah bukan peserta Mt Kinabalu.
Sekitar jam 7.30am Semua berkumpul di Tapak Rekreasi Gunung Datuk dan membuat pendaftaran permit mendaki yang berharga RM5 seorang, Peserta rata-rata bergerak dari tempat masing2 sekitar jam 5.00am. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam ( termasuk berhenti sarapan).
Datuk Datuk
Tepat jam 8.00am, taklimat ringkas diberikan dan kemudiannya sesi pemanasan badan di jalankan dan dipimpin oleh En Siva. Sekitar 8.30am kami memulakan pendakian. Diawal pendakian semuanya berjalan lancar dan sekitar 45minit pertama salah seorang peserta terpaksa di hantar turun kerana pening2 mungkin tidak cukup stamina. Laluan menuju ke cek point 1 iaitu Pondok Roboh treknya agak curam dan banyak akar. Jadi kena hati-hati ketika melangkah supaya kaki tidak terkehel :D .
Datuk Datuk
Kami sampai di Cek Point Pondok Roboh dalam masa 1 jam. Sebenarnya boleh buat lagi laju, sekitar 30 minit, tetapi memandangkan ada peserta yang baru dan blom ada stamina maka kami ambil masa 1 jam. Sampai di cekpoin ini kami rehat dan minum air dan makan sedikit coklat. sambil tunggu kawan2 yang lain sampai. Seterusnya perjalanan diteruskan.
Datuk Datuk
Trek dari Pondok Romoh ke Cek Poin 2 iaitu Base Champ tidak berapa curam, ada part yang sedikit landai. Pengalaman kali ini di trek ini agak best kerana kelihatan berkabusdan sedikit sejuk. mungkin sbb cuaca hujan sebelumnya. Suasana pemandangan nampak cam best yer.
Seterusnya kami sampai ke Cek Pont kedua dalam masa 1 jam. Sampai kami rehat dan tunggu semua rakan2 sampai barulah kami naik ke puncak. Di Cek point 2 ini la tempat orang champing dan bermalam. Tetapi disebabkan faktor keselamatan dan cuaca, difahamkan pihak pengurusan Gunung Datuk buat masa ini tidak benarkan pengunjung bermalam. Ada yang dapat naik pepagi untuk lihat sunrise adalah bergantung kepada budi bicara mereka.
Datuk Datuk
Setelah semua sampai maka kami pun mendaki ke puncak. Puncak Gunung Datuk berbatu besar. Terdapat tangga besi disediakan. Namun faktor keselamatan perlu diambil perhatian, naik dengan teliti dan satu-satu. Tidak dibenarkan naik kepuncak dengan sweater besar dan longar kerana sekiranya angin kuat badan boleh melayang atau tak seimbang. oleh itu pakai sweater yang ketat sikit atau pun masa nak ke puncak jangan pakai atau masuk dalam beg.
Datuk Datuk
Puncak Gunung Datuk tidak besar, naik perlu hati-hati dan dengan kawalan keselamatan yang ketat oleh rakan2. Keluasan puncak berbatu ini tidak besar dan boleh memuatkan kira2 30 orang dalam satu masa. Sekiranya hujan dan berpetir pengunjung hendaklah turun dengan segera. Terdapat beberapa kes pendaki di sambar petir. Jika hujan dan berpetir cepat2 matikan telefon dan cabut bateri bagi mengelakkan sambaran petir. Di puncak terdapat lekuk tapak kaki. Mitos mengatakan tapak kaki tersebut milik Datuk Panglima Hang Tuah.
Datuk Datuk
Kami sarapan di puncak sambil menikmati pemandangan. Kurang bernasib baik kerana cuaca berkabus dan tiada view yang dapat kami rakam, hanya putih sahaja sekeliling kami. selesai sarapan kami mula turun.
Datuk Datuk
Kami selamat sampai ke Tapak Rekreasi Gunung Datuk sekitar 1.30pm, setelah bersihkan diri dan masing-masing pulang ke destinasi masing2.
Sekian.
Sumber Foto dari Rakan2 TQ :D
Line Up – Trip KK 13-15 Jun 2014
1. Hamydy KOHM
2. Koh Siu Teen
3. Nor Ziana Sarbini
4. NORLIYANA HANISA JAAFAR
5. Ifzuan Bin Mazlan
6. Khairul Hafizi Bin Mohd Dalam
7. HAFIZA WATI BINTI JUSOH
8. Tinagar
9. Norsahida binti Mustafa Kamarudin
10. Nur Atiqah binti Nordin
11. Nurhazwani binti Tumin
Line Up – Trip KK 29-31 Oktober 2013
12. Nor Hafizah Ali
Line up biasa
13.Sivalingam
14.Fadly

Laporan Oleh : OHM103

RS Meeting AJK OHM 2013 ~ Teratak Ikan Bakar Sri Murni, Hulu Langat

 
Sumber Foto diatas : http://www.nhidayuroslan.com dan http://www.kosmo.com.my

Pada 19 Oktober 2013 telah berlangsung Mesyuarat AJK OHM yang bertempat di Lokasi Teratak Ikan Bakar Sri Murni, Hulu Langat, Selangor. Tempat ini memang jauh terpencil dari ibu kota memang sesuai sangat untuk meeting yang lebih tenang dan fokus jauh dari gangguan kesesakkan kota. Mesyuarat berlangsung pada jam 8.00pm dan tamat pada jam 11.00pm. Banyak perkara yang dibincangkan bagi perancangan aktiviti kelab bagi tahun 2014.
 
Ok tak banyak hendak diceritakan pasal meeting tersebut, biarlah pihak pengurusan AJK update nanti. yang hendak disentuh dalam entri ini adalah lokasi tempat meeting ini. Tempat makan ni memang terkenal, hanya yang tau sahaja akan datang jauh2 untuk makan disini. Tempat menarik, makanan pun menarik juga.
Semoga pembaca dan ahli kelab boleh mencuba lokasi tempat makan ini

Sekian Laporan oleh: OHM103
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.