Monday, September 30, 2013

RS TINJAU RINJANI & GILI TRAWANGAN


Jam 3:30 petang, 29 Ogos 2013, saya dan lima lagi rakan (3 ahli KOHM) selamat tiba di LCCT, Sepang setelah 6 hari 4 malam berada di Lombok, Indonesia. Penat badan serta sengal sengal otot masih terasa. Selama 3 hari 2 malam kami berada di pergunungan Rinjani dan 3 hari 2 malam berikut nya kami bersantai di Pulau Gili Trawangan, Lombok.

Sedikit penerangan tentang Gunung Rinjani dan Gili Trawangan.

Gunung Rinjani:
Sebuah gunung berapi yang masih aktif dan terletak di Pulau Lombok, Indonesia. Ia adalah gunung kedua tertinggi (3,726 meter atau 12,224 kaki dpl) di Indonesia selepas Gunung Kerinchi. Terdapat sebuah tasik pada ketinggian 2,000 meter atau 6,600 kaki dpl. Gunung Rinjani boleh didaki melalui Senaru Village atau Sembalun Village.




Gili Trawangan:
Ia adalah satu diantara tiga pulau peranginan berhampiran Pulau Lombok. Gili Trawangan adalah yang terbesar dan terdapat paling banyak aktiviti, tempat penginapan dan tempat makan ikan bakar di antara tiga pulau tersebut. Perjalanan dari Jeti Bangsal hingga ke jeti pulau tersebut hanya memakan masa 15 minit dengan bot laju.



Idea memanjat Gunung Rinjani pada mula nya telah dicetuskan oleh Zack pada bulan Mei 2013 kerana waktu itu ada harga tawaran tiket murah dari Air Asia. Tambang ke Lombok pergi dan balik termasuk check-in baggage 15 kgs baru RM236.00 seorang. Tanpa fikir panjang saya buat keputusan untuk turut serta. Kemudian nya saya diberi tugas untuk menjadi organiser dan menghebahkan kepada ahli KOHM yang lain. Serta merta saya telah dapat dua orang lagi ahli KOHM, Nurul Ain dan Norulhudda, dan seorang rakan sekerja sementara Zack disertai oleh dua orang rakan dari luar. Kesemua nya kami berjumlah tujuh orang. Tidak ada sambutan dari ahli KOHM yang lain walaupun Ustaz Izuddin letak status “join” dalam fb. Peserta yang mendaftar untuk serta terdiri dari:
1.       Saya (Tok Wan) - KOHM
2.       Zack - KOHM
3.       Nurul Ain - KOHM
4.       Norulhudda
5.       Ijam
6.       Rahai
7.       Farid

Dalam dua tiga bulan seterusnya saya terus berhubung dengan beberapa pihak penganjur di Lombok bertujuan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Ada beberapa penganjur seperti Trekking Rinjani,  John Trekker, Rudy Trekker dan beberapa lagi. Melalui testimony dan rekomen dari kawan kawan yang telah pergi, ternyata Rudy Trekker menjadi pilihan. Saya tidak mengatakan bahawa Rudy Trekker adalah yang terbaik atau termurah, tetapi apa yang dapat saya katakan ia lah kami semua sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan. Tidak ada sebarang komplen. Malah kami tidak akan teragak agak menggunakan perkhidmatan mereka sekali lagi.

Kos untuk keseluruhan aktiviti memanjat gunung ia lah sebanyak USD225.00 seorang. Kos ini termasuk perkara berikut:
1.       Pengangkutan dari Lapangan Terbang ke Senaru Village.
2.       Penginapan satu malam di Senaru Village.
3.       Bayaran untuk permit National Park.
4.       Guide dan sweeper serta porter untuk membawa barang keperluan.
5.       Keperluan sewaktu memanjat gunung seperti khemah, kerusi rehat, tilam, sleeping bag, khemah untuk toilet, dapur, kuali, pinggan mangkuk, sudu garfu.
6.       Makanan dan minuman (sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam, mineral water) semasa aktiviti di gunung.
7.       Pengangkutan dari Senaru Village ke Jeti Bangsal.
8.       Pengangkutan bot dari Jeti Bangsal hingga ke Jeti Gili Trawangan.

Kos ini tidak termasuk:
1.       Bayaran porter persendirian. (Saya share bertiga untuk menggunakan satu porter sebab saya nak diri saya bebas semasa trekking) Saya Cuma membawa satu bagpack yang diisi dengan jacket, air minum, power bar dan kamera sahaja. Untuk seorang porter persendirian, kami bayar lebih kurang  RM100 untuk 3 hari.
2.       Bayaran masuk kawasan Air Terjun Sindang Gile (Rupiah 5,000 seorang, diskaun 50% pasal dah petang).
3.       Tips untuk porter (Rp100,000 seorang – ikut ikhlas.)
4.       Upah urut kaki (USD5 untuk 30 minit). Ini untuk saya saja.

Pada 24 Ogos 2013 @ 6:00 pagi, Saya, Nurul Ain, Norulhudda dan Ijam tiba di LCCT dalam satu kenderaan. Seterusnya, kami membuat check-in bagasi di kaunter. Zack, Rahai dan Farid, check-in berasingan. Malang sekali, Norulhudda tidak dapat check-in sebab paspot dia tidak mencukupi tempoh 6 bulan! Air Asia memaklumkan bahawa mereka tidak boleh melepaskan kerana mereka akan didenda oleh pihak Imigresen Indonesia. Maka dengan perasaan sedih, kami terpaksa meninggalkan Norulhudda di LCCT. Jadi, perkara pertama yang perlu kita ingat ialah, paspot adalah perkara paling penting untuk keluar negara.

Jam 8:40 pagi, pesawat Air Asia AK1408 berangkat menuju Pulau Lombok. Untuk makluman, hanya ada satu trip sahaja sehari untuk pergi dan balik terus ke Pulau Lombok oleh Air Asia.

Jam 11:45 pagi kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Lombok. Setelah selesai urusan imigresen dan mengambil bagasi, kami terus ke ruang ketibaan dan melihat wakil Rudy Trekker dengan plakad nama saya terpampang. Huh! Lega rasa nya. Kami seterusnya dibawa dengan van menuju ke tempat penginapan di Senaru Village. Dalam perjalanan, kami berhenti di  FineDining Restoran untuk makan tengahari dan solat. Harga agak sedikit mahal tetapi bersesuaian dengan keadaan restoran tersebut. Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Senaru Village. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam.

Kami tiba di Rudy Cafe di Senaru Village jam 4:00 petang. Setelah selesai taklimat dan urusan membayar baki hutang (kami diperlukan membuat bayaran deposit sebanyak 30% seminggu sebelum tiba), kami minta untuk dibawa ke Air Terjun Sindang Gile yang jauh nya 15 minit berjalan kaki. Sampai di air terjun, saya seolah olah tidak sedarkan diri, terus baring di dalam air yang sejuk dan nyaman dengan pakaian sekali. Terlupa lah saya ada Paspot dan beg duit di dalam poket! (seluar saya banyak sangat poket!) Nasib baik boleh dikeringkan. Selepas itu kami dibawa ke pondok penginapan untuk bersiap menghadapi malam.



Suasana di dalam dan diluar pondok sangat lah bersih dan nyaman. Bilik air bersih. Ada dapur dan bahan untuk buat air minuman. Kalau nak masak Maggie pun boleh. Kami mengirim nasi bungkus untuk makan malam kerana malas nak keluar. Malam tu kami tidor dalam keadaan tenang sekali.



Besok jam 5:30 pagi sudah bangun dan jam 6:30 pagi (matahari 6.30 pagi di Lombok seperti 7.30 pagi di Malaysia) kami sudah siap sedia untuk berangkat. Barang yang kami tidak perlukan untuk dibawa ke gunung telah kami kemas pada malam nya dan kami tinggalkan di Rudy Cafe untuk disimpan. Kami bersarapan di luar pondok di bawah hut yang comel dan udara yang aman sekali. Kami dihidangkan dengan pancake pisang bersama sos coklat  dan telor setengah masak. Harga Cuma sekitar Rp30,000 tapi kami bagi Rp50,000. (Orang Malaysia kan pemurah!) Sebelum berangkat, seperti biasa, sesi foto untuk semua model2. Yang paling glamour sekali Zack lah! Macam macam pos! Saya rasa, model Amber Chia pun tak posing maut macam dia.

Jam 7:30 pagi kami dibawa dengan van dari Senaru Village ke Sembalun Village. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Jalan dilereng gunung berpusing pusing menyebabkan Ain muntah. Kami memilih untuk naik dari sana kerana untuk jimat masa perjalanan. Ternyata itu ada lah pilihan tepat sebab bukan sahaja perjalanan pendek sedikit, tetapi pemandangan sehingga ke puncak, sangat lah cantik untuk sesi foto.

Pada jam 8:30 pagi, setelah mendaftar di Rinjani Information Centre (RIC), kami pun mula trekking dikawasan Savanah menuju ke kaki gunung. Banyak peserta dari group bergerak bersama sama. Kelihatan kawasan kebun sayur di kiri dan kanan trek. Kami didahului oleh porter dan saya amat kagum melihat mereka. Mereka bukan sahaja bergerak laju dengan memikul sebatang buluh yang kedua hujung nya diikat bakul/barang barang keperluan (saya kira berat barang diantara 30 hingga 50 kilogram), tetapi juga dengan hanya memakai selipar atau berkaki ayam. Ternyata mereka ini dari golongan miskin dan tidak mampu untuk membeli kasut yang lebih sempurna. Kelihatan juga anak porter dalam lingkunagn usia 8 tahun turut menolong ayah mereka memikul barang. Ya Allah! Amat bersyukur lah saya berada di dalam keadaan yang jauh lebih baik.

 


Perjalanan melalui Savanah terasa panas. Topi dan cermin mata gelap saya sangat lah memberi keselesaan. Disepanjang jalan terdapat rumput panjang, tiada pokok besar, banyak lembu (walau pun tidak kelihatan, tapi bunyi loceng kayu dicelah celah rumput tinggi, jelas kedengaran) dan juga banyak “booby trap”. Perjalanan tidak sukar.

Kira kira 2 jam berjalan kaki, kami tiba di Pos 1 (Pemantauan) pada ketinggian 1300 meter dpl. Porter sudah lama tidak kelihatan. Berehat sebentar sahaja untuk meneguk air, kami meneruskan perjalanan selama 1 jam lagi hingga ke Pos 2 (Tengengean) pada ketinggian 1500 meter dpl. Seterusnya kami mendaki selama  lebih kurang 1 jam hingga ke Pos 3 (Pada Balong) pada ketinggian 1800 meter dpl. Sampai di sini, kerusi sudah siap tersusun dibawah pokok rendang. Apa lagi, saya terus duduk, buka kasut dan setokin serta melunjurkan kaki. Terasa amat nikmat sekali. Sebentar lagi, salah seorang porter datang bertanyakan saya, “mau minum apa Pak? Kopi? Teh?” Tidak lama kemudian kami dihidangkan makan tengahari dengan buah2an, nasi Puteh ayam goring, sayur campur dan sambal. Fuuuh!! Terasa macam raja. Memang berbaloi lah apa yang saya bayar. Kalau lah di Malaysia ni ada orang nak bagi service macam tu, rasa nya habis semua gunung di Malaysia saya panjat. Heheheh!

Setelah berehat selama lebih kurang 2 jam, kami bersiap sedia meneruskan perjalanan ke Sembalun Crater Rim (Pelawangan Sembalun) pada ketinggian 2,639 meter dpl. Ya Allah! Bagi sesaorang yang dah berumur 58 tahun seperti saya ni, rasa nya amat lah perit sekali. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Untuk saya, lebih 3 jam. Saya sentiasa ditemani oleh sweeper. Pada satu ketika, sweeper telah menawarkan untuk membawa bagpack saya yang berat nya mungkin hanya satu kg sahaja. Terasa banyak lega nya. Untuk selama 2 jam lebih kami memanjat kawasan yang agak pacak. Porter menamakan tempat ini sebagai “Bukit Penyesalan” (kerana ade 7 bukit kesemuanya). Memang pun terasa macam menyesal. Dalam hati berkata, “apa lah kejadah nya aku teruk teruk memanjat gunung ni. Kalau duduk rehat di kawasan peranginan kan ke lebih baik?” Tapi, satu kepuasan terasa apabila berjaya sampai ke Pelawangan Sembalun. Pemandangan disini amat lah cantik sekali. Seperti biasa lah, posing memosing untuk sesi foto dilakukan. (Sunset di puncak pada jam 6.30 petang). Sebelum terlupa, sepanjang proses mendaki, kelihatan banyak group hiking yang lain datang dari seluruh dunia, (antara nya, Korea, Jepun, Morocco, Peranchis, USA, England & Jerman). Kehadiran mereka membuatkan proses pendakian bertambah meriah. Kami banyak diovertake oleh bangsa2 yang kaki panjang tu termasuk 2 orang Mat Salleh tua berumur 63 tahun dan 55 tahun. Ciss! Sungguh mencabar! Mereka juga turut  berkemah di lokasi yang sama.

Pada jam 5:30 petang, cuaca sudah agak dingin. Peluh dibadan kering begitu sahaja. Seperti biasa, kami dilayan macam raja sekali lagi. (Pendek kata, sepanjang aktiviti, kami sentiasa dilayan begitu). Setelah makan malam dan mengemaskan diri, kami masuk tidur dalam khemah. Kami tidak mandi sebab tiada air panas dan hanya orang gila saja yang mandi pada keadaan cuaca 5 darjah celcius. Sekadar lap badan sahaja. Itu pun perlu dilakukan cepat cepat. Kalau tidak, menggigil! Malam itu Pak Sakur (guide) telah mengurut kaki saya. Wow! Sungguh nikmat sekali.

Dari segi pakaian, kita perlu bawa sendiri jaket supaya bila hampir kepuncak lewat petang, kita boleh pakai jaket semasa trekking. Sarong tangan dan tongkat amat lah berguna. Semasa tidur, saya memakai long john, track pants, baju sejuk dan jeket.


Pendakian ke puncak perlu dibuat pada jam lebih kurang 2:30 pagi untuk mengejar saat matahari terbit (6.00 pagi). Ada lebih kurang 1,087 meter lagi perjalanan menuju ke puncak Rinjani. Setelah membuat analisa mengenai keadaan saya dengan keadaan puncak yang akan dipanjat, maka saya memutuskan untuk tidak memanjat hingga ke puncak. Ain juga join saya sebab malas nak bangun jam 2:30 pagi. Kata nya, menyusahkan saja. Lebih baik tidur. Sebenar nya, dia takut  lemak lemak yang banyak di badan dia beku. Saya kira, sekali lagi saya membuat keputusan yang tepat.

 

Dilaporkan oleh Zack, Ijam, Rahai dan Farid yang membuat pendakian ke puncak. Keadaan pendakian adalah amat sukar sekali. Selama 3 jam mendaki kawasan yang penuh batu batu longgar dimana setiap dua tiga langkah, hanya menyamai satu langkah kerana melungsur kebelakang. Saya tidak meneruskan niat untuk mendaki sampai puncak kerana kurang persediaan. Mungkin dari segi mental saya ok tetapi secara fizikal nya saya rasa tidak mampu. Pendakian ketahap ini pun sudah terasa begitu menyiksakan, apa tah lagi kalau memanjat hingga ke puncak. Lagi pun saya tidak mahu menyusahkan kengkawan kalau saya injured. Walau bagaimana pun, saya tidak menyesal. Pencapaian setakat ini pun saya rasakan sudah cukup hebat untuk saya. Masa dari jam 2:30 pagi hingga jam 9:00 pagi (waktu Zack dan kengkawan turun semula) saya manfaatkan dengan tidur. Memang segar.



Pada jam 10:00 pagi kami telah bersiap sedia untuk turun ke tepi tasek. Selama 3 jam kami menuruni lereng gunung untuk sampai ke kawasan tasek (2008 meter dpl). Jalan sangat curam dan licin. Pada kali ini saya berjalan agak laju sebab menurun.


Sampai di tepi tasek, porter dah siapkan kerusi, minuman dan makanan. Tapi saya tidak begitu berselera, maka saya hanya memilih untuk makan buah2an sahaja. Kerana kesuntukan masa, kami tidak pergi ke kawasan air panas. Kami memilih untuk meneruskan perjalanan ke Rim of Senaru (2,641 meter dpl). Kalau saya pandang lereng gunung yang nak dipanjat, rasa nya macam nak give-up. Tapi, nak buat macam mana. Tak kan nak tinggal kut. Keadaan gunung di sini berbatu batu, seperti melakukan rock climbing untuk sampai ke puncak. Pengalaman ini  jarang ada di gunung di Malaysia. Hairan nya, saya bergerak agak laju. Mungkin pasal saya telah mendapat cukup rehat. Tapi tak lah selaju porter. Dalam perjalanan, perut memulas. Apa lagi, saya pun cari pot lah. Saya dapat baik punya pot, maka lepas lah hajat saya. Disebabkan itu, saya telah ketinggalan. Sekali lagi sweeper menemani saya.

Jam 6:00 petang, kami sampai dikawasan perkhemahan di tepi lereng gunung di Senaru Crater Rim. Pemandangan nya, masya Allah! Cantek dan hebat sewaktu matahari mula terbenam. Setelah makan malam kami masuk tidur. Pada jam 3:00 pagi saya telah bangun untuk buang air kecil. Saya lihat langit cerah dengan bintang bertaburan dan bulan separuh terang. Pemandangan sungguh mengkagumkan.



Besok nya, lebih kurang jam 8:00 pagi, selepas mengadakan sesi foto kami mulakan perjalanan turun ke Senaru Village. Lorong turun berbatu bata dan curam. Perlu berhati hati. Jika tidak, saya akan sampai ke bawah lebih awal dari porter,  tanpa makan tengahari. Selama 2 jam, kami melalui kawasan berbatu dan selama 3 jam seterusnya melalui kawasan hutan sehingga ke Senaru Village.




Dari kaki gunung di penghujung trek, kami di bawa dengan van ke Ruby Cafe yang hanya 5 minit perjalanan. Setelah selesai segala urusan bayaran porter, bayaran upah urut kaki dan sebagainya, kami dihantar ke Jeti Bangsal untuk menaiki bot laju ke Pulau Gili Trawangan. Perjalanan sepatut nya memakan masa hanya 2 jam. Tetapi, oleh kerana ada keramaian di satu kawasan semasa perjalanan maka berlaku trafik jam dan kami pun terlewat lebih kurang satu jam. Pada kebiasaan nya, perkhidmatan bot hanya sehingga jam 5:00 petang. Oleh kerana kami dah buat tempahan dengan Rudy Trekker, maka mereka terpaksa tunggu.




Tiba di jeti Gili Trawangan, kami  menempah dua kereta kuda (Rp50,000 / sebuah. Sesiapa yang ingin menempah kereta kuda, eloklah bertanya dulu harga nya kerana saya terkena, membayar Rp100,000) untuk membawa kami dan barang barang ke Chalet Soundwaves Resort. Chalet ini telah saya tempah melalui Agoda (online) beberapa bulan sebelum perjalanan. Kos bilik untuk satu malam ialah USD75.00 (twin sharing). Bilik tidak lah begitu hebat. Sekadar ada katil besar, attached bathroom (tiada air panas), dan kipas sahaja. Sarapan (pancake atau lebih tepat dipanggil lempeng tepung dan kopi/teh) termasuk dalam kos. Macam manapun, itu lah antara penginapan dilokasi tepi pantai, yang murah, dapat saya uruskan. Satu perkara lagi. Air mandi di sini terasa sedikit masin macam air laut. Mungkin air laut atau pun air perigi yang diresapi oleh air laut.

Dua malam di sini kami berehat santai selepas penat mendaki gunung Rinjani. Ada yang snorkelling (Rp100,000), naik basikal keliling pulau (Rp35,000/24 jam), swimming (sewa snorkel, fin dan life jacket Rp50,000/24 jam), Ada juga perkhidmatan lain seperti pusat  Spa dan urut,  menunggang kuda, scuba diving, kayak, turtle watch dan lain-lain. Makan malam, di Medan Ikan Bakar (memang enak sekali seafood dia, segar2 dan perapan ikan bakar dia lain dari di Malaysia). Kami membuat tempahan pengangkutan bot dan van untuk ke lapangan terbang di Matt Office (Mat ni adalah adik kepada Rudy). Ofis nya tak jauh dari Jeti Gili Trawangan. Kos untuk pengangkutan kedua pengangkutan ia lah Rp200,000 seorang.



Jam 8:00 pagi pada 29 Ogos 2013, kami sudah siap ditepi jeti untuk berangkat menuju lapangan terbang. Jam 10:00 pagi kami sampai ke lapangan terbang Lombok. Kami check-in beg dan membayar Airport Tax sebanyak Rp100,000. Di lapangan terbang kami menghabiskan sisa sisa wang Rp kami dengan membeli sedikit cenderahati dan makan Bakso. Fuuh! Terasa enak betul Bakso dia. Seperkara lagi. Kalau nak beli cenderahati seperti key chain, handicraft, fridge magnet, lebih baik beli di lapangan terbang kerana di Gili Trawangan mahalnya dua kali ganda.

Kesimpulan nya, pada pendapat saya, sekira nya anda ingin mendaki Gunung Rinjani, Lombok, boleh lah ikut panduan berikut:
1.     Periksa paspot supaya tidak kurang dari 6 bulan tempoh sahlaku dari tarikh pemergian.
2.  Tempah operator yang mempunyai banyak testimony yang bagus. Saya rekomen Rudytrekker sebab peralatan mereka masih elok. (Saya sedikit skeptikal tentang sleeping bag. Saya bawa sleeping bag sendiri. Tetapi sebenarnya tidak perlu sebab sleeping bag Rudytrekker bersih dan berbau wangi, mungkin dia hantar dobi)
3.     Kami mengambil pakej 3h2m kerana hendak berehat di Gili Trawangan seterusnya. Kalau sekadar untuk memanjat Rinjani, elok lah ambil pakej 4h3m. Tidak terlalu stress dan ada masa untuk camping tepi tasik.
4.    Pastikan latihan memanjat gunung di Malaysia (Datuk, Bunga Buah, Kutu, Irau dan gunung yang sejenis dengan nya) dibuat setiap minggu atau 2 minggu sekali untuk sebulan dua bagi membina ketahanan badan dan stamina.
5.    Semua keperluan disediakan oleh operator. Jadi, tidak perlu membawa semua kelengkapan. Cukup sekadar membawa barang barang berikut
·         Jacket yang ada hud (kalau tidak ada hud, bawa sarong kepala) dan sarung tangan
·         Tongkat
·         Baju sejuk untuk pakai tidor
·         Setokin untuk pakai tidur
·         Pakaian trekking (Ini digunakan setiap hari. Tidak perlu ganti).
·         Spare t-shirt
·         Jaket hujan (kalau musim hujan)
·         Seluar dalam jenis pakai-buang.
·         Bawak banyak2 dry and wet tissue (untuk ehem! ehem!)
·         Minyak panas, atau balm atau krim panas atau spray cramp untuk urut kaki.
·         Ubat batuk, panadol dan plaster untuk kaki melecet.
·         Pengetip kuku (sekira nya kuku mencengkam)
·      Ubat pening kepala disebabkan altitude tinggi, ubat boleh didapati di farmasi atau Watson)
·       Sapu tangan atau key atau topeng untuk halang dari habuk. (sepanjang perjalanan, keadaan kering dan berdebu. Kalau anda boleh jalan lebih laju dari porter tidak perlu topeng. Heh! Heh!)
·         Topi dan sunglass.
·        Pakaian travelling untuk pergi dan balik antara Malaysia dan Lombok. (Kalau tak nanti jadi macam saya. Balik pakai seluar pendek dan stokin panjang. Orang Lombok ingat saya suku kaum dia orang)
·        Tuala untuk mandi kat air terjun atau tasik.
·        Kamera, video, go pro.
·        Headlamp.
·     Pelembab bibir sebab bibir akan merekah teruk di altitude tinggi (pakai gincu pun boleh tapi kalau lelaki takut orang salah tafsir pulak!)


Jurnal di atas hanya sebagai panduan kepada mereka yang ingin memanjat Rinjani. Ia tidak lah begitu komprehensif tapi rasa nya cukup sebagai panduan.  Sekira nya ada sebarang pertanyaan, boleh lah email pada saya :

Tuesday, September 17, 2013

RS Mt Hallasan Jeju Korea Selatan

Posted by
 hamydy on 16, September 2013
Hallasan
Mt Hallasan Jeju Island South Korea
Pendakian gunung Hallasan ini memberikan pengalaman baru buat saya. Trip singkat walaupun hanya 4h3m namun sempat memberikan kepuasan pada pandangan saya. Trip bermula dari LCCT ke Busan dan dari busan saya menaiki Jeju Air ke Jeju Island. Untuk entri Mt Hallasan ini saya akan ceritakan tentang trip mendaki saya sahaja, untuk tentative lain akan saya ceritakan dalam entri yang lain. Gunung Hallasan ini merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1950m dari aras laut. Gunung ini asalnya adalah terbentuk dari letusan gunun berapi yang telah lama dan sudah tidak lagi aktif sekarang ini. Pendakian gunung ini sebenarnya adalah pendakian ke Puncak kawah.
Green Guest House Jeju Green Guest House Jeju
Green Guest House Jeju Green Guest House Jeju
Penginapan di Jeju Island
Saya menginap di Green Guest House di Jeju City, Boleh booking melalui Booking.com. Harga bagi 3 malam adalah 132,000 WON iaitu bersamaan dengan RM390. Saya ambil bilik supaya senang boleh privasi, jika anda ramai boleh ambil 1 dorm 4 orang. Sarapan disediakan dari jam 6.30am – 9.00am, Saya makan nasi putih yang disediakan oleh pihak hotel dengan sambail ikan bilis dan tuna yang saya bawa dari Malaysia. Saya cadangkan penginapan Green Guest House ini kerana ia selesa dan ada perkhidmatan transport ke kaki gunung Hallasan secara percuma. Pergi Jam 7.00am dan pulang jam 4.30pm. Transport ini tidak tunggu anda jika anda lambat maka kenala naik teksi. Transport yang disediakan ini bagus dia akan hantar anda ke dua pintu masuk Mt Hallasan Trail iaitu Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail.
Trail
Terdapat dua trail untuk mendaki Mt Hallasan iaitu Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail. Terpulang pada anda hendak mendaki dari trail yang mana. Adalah di cadangkan anda mendaki dari Seongpanak Trail dan turun melalui Gwaneumsa Trail.
Seongpanak Trail
Seongpanak Trail sepanjang 9.6km dan tidak begitu susah kerana ia landai dan sekali sekala menegak dan bertangga. Disebabkan trail ini cantik maka anda harus bermula dari trail ini untuk ke puncak. Terdapat 2 Shelter sepanjang pendakian iaitu Sokbat Shelter dan Jindallaebat Shelter. Jika dilihat dalam peta kita akan mendapati pendakian melalui trail ini adalalah dari luar kawah gunung berapi melalui lereng dan menuju kepuncak.
Gwaneumsa Trail
Gwaneumsa Trail sepanjang 8.7km. Trail ini curam dan sesuai untuk perjalanan turun. Anda akan melalui banyak tanggan yang curam dan view juga cantik Cuma tidak secantik jika melalui Seongpanak Trail. Trek ini adalah pendakian yang melalui dari bahagian dalam kawah menuju ke puncak.
Mt Halasan Mt Halasan
Permulaan Pendakian
Saya sarapan jam 6.30am, nasi putih dan sambal bilis dan telur goring. Jam 7.00am saya sudah siap naik van yang disediakan oleh pihak hotel. Masa ini saya berkenalan dengan warga korea yang lain yang akan mendaki bersama saya, Ramah mesra buat kawan, walaupun mereka tidak paham sangan English. Perjalanan ke Pintu masuk Seongpanak Trail cuma ambil masa 30minit sahaja dari hotel.
Mt Halasan (3) Mt Halasan (2)
Di pintu masuk Seongpanak Trail saya hendak beli tiket masuk tapi tiada bayaran dikenakan , dia suruh saya terus mendaki sahaja. Saya pun tak paham apa dia cakap, agaknya tiket parking sahaja dikenakan bayaran. Permulaan mendaki saya dah kena hujan yang lebat, tapi nasib baik sekejap sahaja, saya beli baju hujan di kedai sebelah pintu masuk 2000 WON. Tidak perlu guide atau pendaftaran, terus naik sahaja. Trek cantik dan bersih.
Mt Halasan (8) Mt Halasan (8)a
Sokbat Shelter
Setelah mendaki sejauh 4.1km saya pun sampai di pondok rehat pertama Sokbat Shelter. Kat sini ada kemudahan pondok dan tandas. Kat sini saya perhatikan semua pendaki hanya berehat sekejap sahaja sama ada ke tandas atau duduk sebentar makan buah. Tidak digalakkan makan dan rehat lama disini, dinasihatkan Cuma 5-10minit sahaja. Tanda tidak ada air jadi anda kena bawa air. Orang Korea guna kertas tisu sahaja.
Mt Halasan (10)a Mt Halasan (11)
Mt Halasan (9)a Mt Halasan (10)
Saraoreum Entrance
Seterusnya saya meneruskan perjalanan 1.7km hingga sampai ke Saraoreum Entrance. Disini anda akan jumpa persimpangan menuju ke puncak dan ke Saraoreum Entrance. Saraoreum Entrance adalah kawasan kawah kecil yang cantik pemandangannya dengan ketinggian 1324m aras laut. Perjalanan untuk kekawah dan ke menara pandang mengambil masa 40 minit pergi balik, ini tidak termasuk jika anda berhenti rehat dan bergambar. Perlu trekking naik tangga yang curam dan tinggi sehingga sampai ke kawah Saraoreum ni, kemudian merentasi kawah ini menuju ke menara pandang. Di kawasan menara ini view sangatla cantik, memang best sangat. Anda boleh Nampak pemandangan Bandar Seongwipo-si dengan jelas, kawasan berangin dan sejuk.
Mt Halasan (16)a Mt Halasan
Jindallaebat Shelter
Seterusnya perjalanan saya 1.5km lagi menuju ke Jindallaebat Shelter. Anda kena sampai ke pondok ini sebelum 12.30pm. ini bermakna anda kena sampai paling lewat jam 12.00pm untuk rehat dan makan dan hendaklah meneruskan perjalanan ke puncak sebelum jam 12.30pm, jika anda lewat anda tidak akan dibenarkan naik meneruskan perjalanan. Saya bernasib baik kerana Berjaya melepasi Jindallaebat Shelter sebelum jam 12.30pm. Disini barulah kita akan Nampak ramai orang berhenti rehat makan nasi dan megi segera, saya bawa nasi yang saya tapau dari hotel dan makan bersama sambal ikan bilis dan tuna. Anda patut juga bawa megi segera kat sini kerana ramai orang korea makan megi segera panas2 dan sushi. Memang best bila makan megi segera dengan suasana sejuk2 sambil menyedut meggi sama macam orang korea. Kat pondok ini ada kedai yang menjual megi segera tapi tak pasti halal ke tidak. Jadi kalau kita nak merasa suasana kita bawalah meggi cup segera dan mintak air panas kat pondok tu.
Hallasan Hallasan Hallasan
Kat sini juga terdapat kemudahan tandas, tapi tandasnya tiada air, mangkuk tandas lubang terus ke bawah tanah, mereka guna tisu jer memang busuk dan lalat punya la banyak…tapi bau busuk dan lalat ni dalam tandas tu jer. Dari luar pondok tandas tu Nampak cantik dan bersih, tapi bila masuk dalam jer terus pening kepala, sinki pun tadak, nak basuh tangan pun susah, jadi kenala bawa air dan tisu basah.
Mt Halasan (20) Mt Halasan (21)
hallasan Mt Halasan (19)
Baekrokdam (Puncak Mt Hallasan)
Seterusnya saya meneruskan lagi perjalanan 2.3km menuju ke puncak. Bermula disi anda akan mula terpesona dengan keindahan kerana pokok-pokok sudah mula tiada dan anda akan Nampak puncak dari jauh. Kalau kat sini hujan ribut memang naya ja.. Trek tidak susah, pihak taman Negara telah menyediakan trek berkayu dan bertangga yang cantik dan memudahkan pendakian. Kat sini kita akan mula melihat ramai orang berhenti bergambar. Semakan menuju kepuncak semakin tiada pokok dan hanya rumput dan batu. Di menara pandang anda akan dapat lihat Bandar Seongwipo-si dengan jelas dan juga pemandangan tinggalan gunung berapi yang kecil yang kelihatan seperti “Chocolate Hill” memang cantik. Bayangkan sekiranya waktu ini musim bunga sure lagi cantik.
Hallasan Hallasan
Seterusnya saya sampai ke puncak 2.30pm, puncaknya ada sebuah pondok penjaga gunung. Sampai saja di puncak rupanya saya antara orang yang terakhir sampai. Kerana leka bergambar maka saya sampai lewat dan kena halau oleh penjaga supaya terus turun. Tapi sempat juga pakcik tu ambil gambar saya pastu halau turun .
Hallasan Hallasan
Hallasan Hallasan
Di puncak terdapat dek kayu dan berpagar kayu untuk melihat pemandangan kawah Gunung Hallasan dan Bandar Seongwipo-si. Di puncak Cuma ada batu tanda sahaja dalam bahasa Korea, tak paham pun dia tulis apa. Setelah bergambar saya meneruskan perjalanan turun melalui Gwaneumsa Trail.
Hallasan Hallasan
Perjalanan Turun
Perjalanan turun melalui Gwaneumsa Trail memang mencabar jika kaki dah sakit, sebab ia curam, Trek turun ini akan melihat view dalam kawah. Setelah trekking 1.3km melalui Wanggwanbawi Rock anda akan melalui Jambatan Yongjingak Hyunsugyo, View memang cantik di kawasan ini.
Hallasan Hallasan
Dahulu, sebelum sampai jambatan ini terdapat Yongjingak Shelter yang dibina pada tahun 1974 namun telah lenyap setelah dilanda taufan NARI pada tahun 2007.
Hallasan Hallasan
Samgakbong Shelter
Setelah melepasi jambatan Yongjingak Hyunsugyo saya melalui tepi lereng gunung yang ada tanda amaran bahaya batu jatuh. Kawasan ini di lengkapkan dengan 2 lapisan jaring pagar bagi melindungi pendaki yang lelalui kawasan ini.
Hallasan Hallasan
Setelah 1.4km berjalan saya sampai di pondok Samgakbong Shelter. Pondok ini ada kemudahan tandas dan ruang rehat. Lagi sekali saya kena halau turun kerana sudah lewat. Hendak turun laju kaki pun dah sakit. Ada seorang pakcik tua warga korea pun tengah rehat siap minum kopi panas, Malu pulak sebab dia lebih laju dari saya.
Hallasan Hallasan
Gaemideung
Setelah 1.1km berjalan maka sampai di kawasan rehat Gaemideung, sini tiada pondok, Cuma hentian rehat sahaja. Perjalanan diteruskan ke shelter seterusnya.
Hallasan Hallasan
Tamnagyegok Valley Shelter
Perjalanan 1.7 menuju ke Tamnagyegok Valley Shelter memang memenatkan tangga curam dan berbatu. Seterusnya sehingga jumpa Jambatan Tamnagyegok Makgyo. Dikawasan ini anda mula melihat pemandangan sungai yang cantik, Cuma tiada air sahaja sungai2 ini. Rasanya ketika hujan lebat atau pun masa musim ais cair nak masuk musim panas sungai2 ini penuh air. Namun view tetap cantik. Saya merasa sedikit lega setelah melepasi Jambatan Tamnagyegok Makgyo trek sudah semakin landai dan tidak susah dan kawasan sudah seperti hutan kecil, tiada lagi view, Suasana sudah semakin gelap.
Hallasan Hallasan
Saya bernasib baik kerana selepas melepasi jambatan Jambatan Tamnagyegok Makgyo saya dapati pekerja taman Negara tengah hendak bersiap2 pulang menggunakan mini monorail, haha saya ambil kesempatan Tanya dia boleh tumpang ke tidak, kebetulan sebab saya sorang maka dia bagi saya tumpang.. Fuhh lega rasanya dapat naik mini mono rail tu. Dah jimat masa dan jimat tenaga, kaki pun dah sakit.
Hallasan
Gwaneumsa Hiking Trail Entrance (Tamat)
Saya sampai di pejabat taman Negara jam 6.45pm, fuhh lega rasanya , Terima kasih pada pakcik yang serius tapi baik hati tadi tu, kalau tak kerana dia tumpangkan saya sure saya sampai jam 8.00mlm. Pejabat Taman Negara tutup jam 7.00pm jadi anda kena sampai turun sebelum jam 7.00pm. Sampai saya di pejabat terus saya masuk dan minta sijil, dapat saja sijil, saya pun nak gerak keluar dan pegawai taman Negara Tanya naik apa saya cakap teksi sbb dah lewat dan transport percuma hotel Cuma pickup jam 4.30pm. Saya sebut saja nama hotel saya Green Guest House terus pegawai tu panggil teksi kat luar untuk hantar saya pulang. Bagusnya. Rupanya Green Guest House memang terkenal dikalangan pendaki dan juga pejabat taman Negara. Saya sampai hotel jam 8.00pm dengan bayaran 20,000 WON. Lega rasanya. Misi Berjaya walaupun tersasar timing.
Ringkasan Perbelanjaan dan TIPS
- Bus Jeju Airport- Green Guest House, Bus no 100 dan 90 – turun di jalan Dongmun-ro, 1100 WON
- Teksi Green Guest House – Jeju Airport = 5,000WON
- Green Guest House 44,000 WON semalam
- Transport percuma ke Entrance Hallasan
- Kalau teksi sekitar 20,000 WON sehala ke Entrance Hallasan
- Sijil Mt Hallasan = 1,000WON
Tips
Bahasa
Tulis atau print dalam bahasa korea perkataan seperti, babi, sos babi, minyak babi, ikan, nasi, nama tempat, nama hotel. Bila nak Tanya driver bus atau kedai makanan dia tak paham English kita tunjuk sahaja perkataan tu.
Makan
Tapau lauk dari Malaysia seperti meggi cup segera, sambal ikan bilis, serunding, tuna dan sardine. Nasi tak perlu bawa. Kat sana beli nasi kat 7-11, nasi segera masuk microwave 2 minit dah siap di makan.
Pakaian
Bulan September – Panas tak perlu coat atau glove, seluar pendek dan Tshirt dah cukup.
Kasut Hiking
Perlu kasut hiking yang baik kerana trek ada berbatu gunung berapi boleh sakit kaki dan terseliuh jika kasut tak sesuai.
Tentative
Day 1
8.30am – LCCT (Air Asia) – Busan
3.00pm – Sampai Busan
5.00pm – Busan (Jeju Air) – Jeju Island
6.00pm – Jeju Island
7.00pm – Bus ke Green Guest House
7.30pm – Jalan2 sekitar hotel
Day 2
7.30am – Sarapan
9.00am – Tour Jeju Island – sewa motosikal
7.00pm – Jalan2 waktu malam
Day 3
6.30am – Sarapan dan tapau nasi
7.30am – Bertolak ke Gwaneumsa Trail dan Seongpanak Trail.
8.00am – Mula mendaki melalui Seongpanak Trail
8.00pm – Balik Hotel
Day 4
6.30am – Sarapan
7.00am – Teksi ke Airport
9.00am – Jeju Island – Busan
10.00am – Busan
11.00am – Train dan Subway to Bandar Jagalchi Market
3.00pm – Teksi – Airport
5.00pm – Busan – Kuala Lumpur
Untuk kisah saya jalan2 di Busan dan juga di Jeju Island saya akan ceritakan dalam entri seterusnya. Entri ini khas untuk Mt Hallasan.
Sekian Terima Kasih

Laporan Oleh : OHM103
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.