Saturday, July 13, 2013

RS Candat Sotong Edisi II - 2013

XPDC mencandat sotong assalamualaikum.



aktiviti menangkap gambar DSLR bersama pak Abas, the legend

selepas pulang ke Malaysia lebih kurang dua minggu, perjalanan dan pengembaraan aku tidak terhenti lagi. well,welcome TERENGGANU! im sorry,  welcome Terengganu AGAIN! setahu aku ini adalah kali ke 6 aku menjejakkan kaki ke Terengganu. So, loghat ganu tu boleh la lepas kat lidah ni. Kali ini aku telah menyertai XPDC candat sotong! tak pernah terlintas kat fikiran aku nak join bende ni dulu-dulu. Pertama-tamanya aku ingin berterima kasih kepada KELAB ORANG HUTAN MALAYA (KOHM) yang telah mengadakan XPDC santai seperti ni.

pengembaraan kali ini telah dinamakan " Candat Sotong Edisi Balas dendam x nak bagi muntah". senang je nak predict, mesti XPDC candat sotong yang lalu ramai sangat yang muntah hijau kan kan kan. *hahha* aku? rasa teruja nak beraksi di tengah lautan pulak. jika sebelum ini aku dah cuba aktiviti di udara contohnya paragliding, bungee jumping, ataupun  mendaki bukit dan gunung,kali ni aku nak cuba aktiviti air. berkayak telah ku tempuh, namun bercandat sotong tidak lagi! selagi tak sampai laut, aku ni tak berani nak komen.hohohoo

para peserta dikehendaki berkumpul di perhentian sebelom tol Gombak sekikar kawasan McD dan burger King dalam jam 10 pada malam 28 jun 2013. tunggu punya tunggu, calling punye calling, semua peserta Berjaya memunculkan diri masing masing lewat jam 11.30 malam. Pada waktu itu juga pengagihan t-shirt rasmi mencandat di beri kepada semua peserta. Oleh kerana aku bertuah kerana dapat menyertai XPDC ini disaat akhir, akhirnya aku berputih mata sebab tak dapat baju. tapi, tutup sebelah mata jela, yang penting bercandat kan kan kan.....

Tepat jam 12.00 pagi, 29 jun 2013, perjalanan kami pun bermula. pada ketika itu, XPDC ini disertai oleh 13 orang dengan 3 buah kereta yang mana kereta-kereta itu telah dipandu oleh Saiful, Tok wan dan abang Mie. manakala 5 orang lagi peserta yang diketuai oleh Haizam akan memunculkan diri mereka di Marang Terengganu. perjalanan dari KL ke Terangganu memakan masa lebih kurang 8jam untuk sampai. azan subuh yang memecah hening pagi semasa dalam perjalanan mendorong kami untuk singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan kewajiban seorang muslim. Selesai solat, perut pun dah lapar. Niat dihati untuk singgah di kedai makan untuk bersarapan, namun apakan daya semua kedai makan pun tutup lagi dek kerana matahari pun xsempat nak terbit lagi. oleh kerana itu,kami semua bersepakat untuk singgah di tepi pantai disekitar pantai Marang sambil menikmati keindahan matahari terbit. mashaallah, Cantik!


sepanjang perjalanan


lovely Terengganu

ayah Long memang terbaik!

lebih kurang 1jam menikmati keindahan matahari terbit, kami pun meneruskan perjalanan untuk mencari sarapan pagi. Dah sampai Terengganu, mesti la nak cari makanan Terengganu kan. Macam biasa antara yang paling popular adalah Nasi Dagang. takcukup dengan yang tu, Nasik lemak, pulut, roti canai pun ada... jangan risau. Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Rumah Saiful untuk merehatkan badan setelah menempuhi perjalanan yang jauh. Kedatangan kami disambut baik oleh keluarga Saiful, Oh bukan itu sahaja, kedatangan kami juga telah disambut dengan kemeriahan kucing-kucing Saiful. Wow! comel!...Setibanya di Rumah Saiful, ada yang mencari tandas untuk menunaikan apa yang patut, ada yang terus rebah dan terbongkang, ada yang menonton tv, malah ada yang teruja bermain dengan kucing Si Saiful ni. Abang Joe selaku ketua XPDC masih lagi tidak menang tangan untuk menguruskan keperluan sepanjang program XPDC contohnya keperluan untuk bercandat, menguruskan bot dan mencari chalet atas permintaan sebahagian peserta.

ketika semua peserta lena dibuai mimpi, lebih kurang jam 10.30 pagi, abang joe, abang Mie, Shidi, kak Tini dan aku berangkat untuk mencari barang-barang mencandat. kami dipertemukan dengan ayah long yang sememangnya amat baik. Pencarian dan persediaan  segala keperluan untuk mencandat telah dibantu ayah Long. ha!ini lah pengalaman yang paling mahal, sebab sememangnya aku tak pernah memancing apatah lagi mencandat ok! sebelum hari XPDC, aku adalah study sikit macam mana nak mencandat tu. senang je, cuma belajar dari You tube. hurmmm.. kalo dah dalam praktikal, xtahu la macam mane. Sementara menunggu alat mencandat kami siap, kami telah dijamu dengan lauk pauk yang kaya dengan sotong oleh keluarga Ayah Long. Terima Kasih Ayah Long!

the excited candat_sotong-ers
the umpan

somebody learn about Malaysia Truly Asia


orang kuat KOHM

all in blue


hasil bercandat

as first timer

segar dari laut terus ke kuali

hurmm, masa sembahyang mesti dok teringat sotong je ni

sotong goreng tanpa tepung

antara kucing-kucing Saiful

sotong hasil mencandat

happy faces

lovely view: sunrise from Marang, Terengganu

Tepat Pada jam 5 petang, kami telah bersiap sedia untuk pergi ke Jeti. Semua memang tak sabar le tuh. bekas kosong beserta ais hendaklah disediakan dengan tujuan untuk penyimpanan sotong untuk memastikan sotong sentiasa dalam keadaan yang segar. jarak lokasi mencandat kami daripada kawasan jeti adalah sejauh 1jam setangah perjalanan. XPDC kali ini telah melibatkan 3 boat yang mana, boat 1 diketuai oleh Haizam ( 7 orang), boat 2 diketuai oleh Tokwan (6 orang) dan boat 3 diketuai oleh abang Joe (5 orang). Nampak tak balance kan.. tidak mengapa, yang penting mencandat. Jeng Jeng Jeng, untuk memastikan tragedi hijau tidak berulang kembali, semua peserta dinasihatkan agar memakan ubat loya, pening, atau senang kata ubat mabuk laut. kira-kira jam 7.45 petang, kesemua boat telah berada di lokasi masing-masing. Nampaknya kesemua peserta tak sabar-sabar lagi nak membaling umpan masing-masing ke dalam laut. tak sampai 15 minit, nampaknya Saufi telah Berjaya mencandat sotong yang pertama. apalagi berteriakan la, kecoh suasana laut tu sekejap. detik demi detik, masa pun berlalu, masing-masing telah merasai pengalaman bagaimana untuk mencandat sotong.


ada yang geram sangat dengan sotong tu, tak menyempat nak sampai darat.. sotong selamat sampai kuali dulu.. perghh sedap sangat sotong fresh ni, rasanya sangat manis. tak cukup dengan menggoreng, adala... satu bot tu buat megi sotong. bau harum megi tu satu laut boleh tarik hidung. nak dikatakan bahawa meriahnya tangkapan sotong, bila nak makan megi tu kena selak sotong, baru jumpe magi.. amboi! meriah betul ni. cuaca pada malam itu sangat baik, dan juga ditemani oleh keindahan bintang-bintang dilangit. pada malam itu juga, kami telah dikhabarkan bahawa tiada sesiapa pun yang mabuk laut! well done guys!!! misi balas dendam kali ni hampir mencapai objektif.....perjuangan mencandat sotong diteruskan hingga ke jam 2 pagi. fiuhhhhh....inilah rasanya kehidupan seorang nelayan, pengalaman ini sangat -sangat istimewa dan unik.


Pada keesokkan harinya, sebelom pulang ke KL, sempat jugak la kami bersiar-siar disekitar kawasan Terengganu seperti Pasar Payang dan Masjid terapung Terengganu. dah datang Terengganu, jangan lupa beli Keropok Lekor Ok! Kami bertolak pulang ke KL tepat jam 4.30 petang dan tiba pada jam lebih kuarang 11.30 malam. Terima Kasih kepada Keluarga Saiful yang sudi untuk menumpang kami selama 2 hari sewaktu kami berada di Marang Terengganu. Terima Kasih kepada pihak penganjur iaiti Kelab Orang Hutan Malaya (KOHM) yang telah Berjaya menganjurkan aktiviti seperti ini dibawah kelolaan Abang Joe! semoga bertemu kembali di XPDC yang akan datang.

somebody went to the sea

tak tahu nama die, pemberat kot

ayah Long and the participant

ready to be Nelayan!

me not in blue

fresh one!


sunrise from my chalet :)
Hasil Nukilan Hidayah Ishak

http://lensadedey.blogspot.com/2013/07/pengembaraan-mencandat-sotong.html










No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.