Wednesday, July 17, 2013

JC Gunung Keriang

Assalammualaikum... dengan bukanya semester baru ni, kami dok plan aktiviti terutama sebelum berpuasa... aiseh... yalah... masa cuti semeter hari tu kami ada plan nak pegi tapi... jadual cik penasihat kami agak pack dan boleh dikatakan setiap minggu ada je aktiviti sukannya termasuk outstation... so kami nak buat aktiviti agak terbatas... hahahaa... tipu jer.. padahal semester lepas kami naik gunung jerai dah bape kali... hahahaa... so

Aktiviti kali ini Kelab Rakan Muda berganding bahu dengan Kelab Kerex's untuk mendaki Gunung Keriang. Kalau korang nak tahu Gunung Keriang ni terletak di Alor Setar, Kedah. Program kali ini disertai oleh pelajar seramai 27 orang dan 4 pegawai pengiring salah seorang adalah  Cik Kodok kita iaitu Fahizan Azizan, Cik Noor Israa, Cik Nurazlina dan Dr Azhari... antara ahli KOHM adalah saya (syaiza) dan kak izan jer.... kak myra plak ada exam petang... mesti dia jeles tahap ke-8... begitu jugak chunk dan isz masing-masing berada di UiTM Kelantan dan UiTM Shah Alam...

Seperti biasa pelajar siswa dan siswi dikehendaki berada di depo bas pada pukul 7.00 pagi . Setelah semuanya sampai kami mula bertolak pada pukul 7.30 pagi. Disebabkan ramai yang belum sarapan lagi so bas berhenti di Shell Alor Setar untuk membeli roti, air atau keropok di mini market Shell. Semua pelajar hanya bersarapan di dalam bas. Kena makan bagi ada energy untuk mendaki. Kami sampai di kawasan rekreasi Gunung Keriang pada pukul 8.30 pagi dan tanpa membuang masa terus membuat rengangan.

sebelum pendakian..

Setelah selesai membuat rengangan kami diberi taklimat oleh guide selama hampir 30 minit. Semua  pelajar kelihatan bersemangat dan berseri-seri.. hehehe maklumla ada yang first time, ada yang nak lepas gian mendaki dan ada yang nak buang lemak-lemak di dalam badan sebab cuti semester asyik bela badan jea.. hehehe gurau je..

mula mendaki..

AJK Sekretariat Rakan Muda dan KeReX's


Peserta mula melalui perkampungan penduduk kawasan dan sampai di tangga batu seterusnya mula mendaki. Kami menggunakan laluan Gua Gunung Keriang. Di dalam gua tersebut terdapat banyak kristal. So apa lagi seorang satu dok mengangkut batu kristal hehehe dah guide memberi keizinan so angkut je la bukan senang nak pergi. 

muka ceria siswi...

muka ceria siswa..


Terdapat tiga buah gua yang kami lalu pada mulanya, mengikut perancangan asal pelajar akan melalui gua tersebut untuk menuju ke puncak Gunung Keriang. Namun begitu sehingga gua ketiga yang memaksa kami memanjat batu-batu turun dan keluar semula dan berkumpul dipersimpangan jalan. Menurut guide, kami tidak boleh melalui gua kerana keadaan gua yang licin dan agak berbahaya kerana kawasan agak basah...



kak izan sedang memanjat..hehehe


Kami agak kecewa la sebab yang best mengenai Gunung Keriang nie gua la, cantik lagi tu. Tapi tak ada rezeki kami untuk melalui gua tersebut sebab keselamatan sangat penting. Kami meneruskan pendakian dan kali ini trek agak mencanak dan memanjat tangga-tangga batu. Pendakian kami terpaksa diperlahankan kerana 5 orang pelajar agak penat dan asyik minta take 5. Maklum la first time, dulu saya pun macam tu juga.. hehehe tapi kagum dengan semangat diorang tak putus asa hingga sampai ke puncak. Setelah memberi sedikit minuman tenaga, coklat, tenaga mereka agak pulih dan mula mendaki semula.

4 orang siswa part 6..

Akhirnya, kami tiba di puncak pada pukul 11.30 pagi. Semua pelajar berehat dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Sambil bergambar kami mengeluarkan bekalan makanan antaranya coklat dan makanan ringan.  Setelah berehat selama 30 minit kami mula turun. Kali ini pelajar agak laju dan sambil menurun pelajar mengutip sampah yang ada sepanjang trek.

pemandangan di puncak


nora,syaiza, sarah dan ziqa

Alhamdulilah, pada pukul 12.45 tengahari kami selamat tiba di tempat rekreasi Gunung Keriang. Sebelum bertolak balik, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guide kerana sudi memberi penerangan tentang batu kristal dan juga sejarah Gunung Keriang. Pada pukul 1.15 tengahhari kami berhenti untuk makan tengahhari dan solat zohor.

Setelah makan dan solat, pada pukul 2.00 petang kami menuju ke Muzium Padi tetapi sayangnya kak izan, Cik Nurazlina dan Dr Azahari tidak dapat mengikuti kami sebab diorang kena pergi Kuala Nerang ada program Rakan Muda Wawasan Desa IPT... hanya Kak Israa yang mengikut kami. Selama sejam berada di Muzium Padi kami menaiki bas dan pulang ke UiTM Merbok pada pukul 3.30 petang. Kami tiba di UiTM Merbok pada pukul 4.30 petang.

Alhamdulilah, aktiviti kali ini berjaya dengan jayanya, semua pelajar kelihatan seronok dan semoga aktiviti kali ini memberi kenangan yang cukup bermakna kepada semua.

disediakan oleh,
syaiza - kohm 00254



No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.