Wednesday, April 24, 2013

RS Bukit Kutu,BBQ Sg.Pertak & mandi manda di Sg.Chilling (20-21 Apr 2013)


Logo Kohm 
         
               Salam rekreasi dari Kelab Orang Hutan Malaya (KOHM) . Bermatlamat merapatkan ukkuwah persaudaraan sesama pencinta keindahan alam satu event berbentuk riadah santai telah di rancang. Tanggal 20-21 April 2013 ( 2H1M) , kami telah menganjurkan satu event yang merangkumi 3 aktiviti serentak iaitu mendaki bukit kutu , bbq di sg.pertak dan mandi manda di  sg.chilling.



Pendakian Bukit Kutu ( ‘Day pack’)


Ketinggian : 1,090 meter dari paras laut
Haribulan  : 20 APR 2013
Peserta      : 20 orang

          Seperti yang telah di rancang , stesen minyak Shell selepas tol Jalan Duta telah dipilih sebagai tempat berkumpul semua peserta . Sekitar jam 7.00 – 7.30 pagi kenderaan  pertama yang berada di sana  ialah kereta Suhaimi , di ikuti zura cool , ainqibloop dan ninie tajuddin . Dua kereta lagi iaitu rukawa kaede dan Yen masih belum kelihatan . Mendapat maklumat dari tokwan bahawa mereka akan menunggu di RnR Rawang .Oleh sebab itu kami memutuskan untuk bergabung dengan tokwan sambil menunggu kaede dan yen di RnR Rawang.’Uncle’ Zainul dan Izzudin akan terus ke KKB dan menunggu kami di Empangan . Manakala satu kumpulan lagi seramai 3 orang di ketuai anas faris telah sampai ke KKB pada malamnya dan akan menunggu kami di sana.

     Selepas semua sampai dan bersarapan di RnR rawang kami meneruskan perjalanan ke KKB yang di pandu arah oleh Yen . Terdapat beberapa insiden terlepas pandang menyebabkan 2 kali kami tersesat dan kegagalan menghubungi kumpulan yang telah berada di KKB kerana masalah signal telefon.Pekan KKB juga agak sesak waktu itu kerana 20 april adalah penamaan calon pilihanraya.Alhamdulilah Allah mempermudahkan semuanya dan semua masalah akhirnya dapat di atasi. Kami bergabung dengan ‘uncle’ zainul dan Izzudin di empangan KKB dan berjumpa dengan kumpulan yang tidak dapat di hubungi di kaki bukit kutu.Di bukit kutu hanya signal celcom sahaja yang berfungsi dengan baik.


Empangan KKB 


           Sekitar jam 11.00 pagi pendakian pun bermula .Pendakian Dimulaikan dengan bacaan doa oleh En.Izzuddin dan taklimat ringkas dari yen . ‘Uncle’ Zainul di tugaskan sebagai pemandu arah , Izzuddin selaku ‘runner’ dan yen selaku ‘sweeper’ . Perjalanan dimulai dengan jambatan besi dan meredah beberapa anak sungai. Keupayaan sebenar di uji bermula dari lintasan sungai terakhir hingga ke batu tedung yang benar benar mencabar kemampuan stamina peserta . Ada yang beberapa kali berhenti rehat kerana tiada stamina dan ada yang memecut laju .
bacaan doa 
Prestasi tokwan peserta paling berusia benar benar mencabar mereka-mereka yang jauh lebih muda darinya .Memecut laju di barisan depan jauh meningglkan kami di belakang yang masih tercungap cungap mencari rentak. Penangan malas bersenam dan tiada persedian akhirnya memakan diri.Kami berehat sebentar di gua kambing yang merupakan sumber mata air bawah tanah yang boleh di gunakan untuk minum.Mengikut lagenda nama batu kambing diambil kerana beberapa orang asli pernah terserempak dengan kambing hitam berkeliaran di gua ini.
gua kambing
Perjalanan di teruskan sehingga sampai ke batu tedung/selar.Kami berjumpa dengan ramai pelajar yang melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.Dikatakan juga nama batu tedung/selar ini di ambil dari bentuk batu yang dapat di lihat sekiranya kita mendonggak kepala keatas. Bentuk batu ini seakan-akan menyerupai kepala ular sawa yang sedang mengembang.Batu tedung merupakan penanda bahawa kami sudah separuh perjalanan menuju kepuncak . Atas sebab sebab kesihatan dan kekurangan pengalaman dua peserta wanita memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan. Di temani oleh Ninie Tajuddin mereka berehat sebentar di batu tedung sebelum turun semula ke kaki bukit kutu.Kami meneruskan perjalanan ke puncak yang masih bersisa.







batu tedung/selar

Pendakian seterusnya lebih landai dan sesekali pacak.Ada kala tepaksa melalui rimbungan pohon buluh yang memaksa kami membongkokkan badan.Alhamdulilah akhirnya sekitar jam 2.50 ptg. kami semua sampai ke puncak bukit kutu setelah 4 jam menempuh pedakian.Kami makan tengahari di puncak bukit kutu di samping mengambil gambar untuk kenangan .






puncak bukit kutu
bukit kutu





Aktiviti seterusnya adalah melawat beberapa lokasi strategik yang merupakan tinggalan sejarah yang membuktikan bukit kutu suatu masa dahulu bukanlah satu tempat yang terbiar.Antara lokasi yang boleh di lawati ialah runtuhan hospital untuk pesakit kusta , telaga lama dan tiang serombong asap (chinmey)/ tapak rumah kolonial english yang masih wujud sehingga hari ini.Namun begitu dalam keseronokan itu terselit kekecewaan apabila melihat longokkan sampah sarat tidak jauh dari tiang serombong asap yang di tinggalkan oleh pendaki yang tidak bertanggungjawab.Sikap beginilah yang merosakkan keindahan gunung ganang kita.Minat mendaki itu satu yang bagus tetapi tiada spiritual dan kesedaran untuk terus mempertahankan dan mengekalkan keindahan alam dan ekosistem semulajadi adalah sesuatu yang sangat merugikan .jangan kita wariskan bumi yang sudah tercemar pada anak cucu kita dek kesombongan dan kealpaan kita.



serombong asap /tinggalan rumah kolonial english

Jam 4.30 petang kami memulakan langkah untuk turun . Memohon restu , keberkatan dan perlindungan dari Sang Pencipta bacaan doa di mulakan dengan ayat kursi,bacaan surah 3 qul dan doa selamat.Bacaan doa seperti biasa di ketuai oleh Al-Syeikh Ustaz DD-Izzuddin dengan memohon agar semuanya di permudahkan dan selamat. Perkara ini di lakukan selain mendoakan keselamatan turun tetapi juga sebagai memohon di selamatkan dari unsur unsur mistik yang pernah di hadapai oleh salah seorang ahli kelab.Walaupun ada peserta yang ingin maklumat lebih lanjut tentang kejadian tersebut, perkara ini terpaksa di rahsiakan terlebih dahulu atas sebab sebab keselamatan .Perjalanan pulang lebih lancar dan laju kerana masing-masing tidak mahu terperangkap dalam gelap . Sekitar jam 7.00 petang semua selamat sampai turun ke kaki bukit kutu.Sampai di kaki bukit Syed, Nazrul,Sypul,ina omar dan beberapa orang lagi telah siap menyediakan tapak perkhemahan yang sangat strategik.Berlatarbelakang desiran air terjun sungai pertak , atucara BBQ berjalan dengan penuh keceriaan.
sungai pertak





BBQ di Pinggiran Sungai Pertak 










Peserta : 25 orang
Menu    :Ayam, kambing,puyuh , sosej ,air karbonat ,air milo               ,makanan ringan

          Bermandikan sinaran rembulan dan desiran air terjun alhamdulilah semua peserta menikmati bbq seperti menu di atas. ‘Uncle’ zainul mengambil alih tugas membakar sambil di bantu oleh gadis manis yang di datangkan khas untuk atucara BBQ. Sypul Adha saleh pula mengoreng ubi kentang dan menyediakan air milo panas.Selepas itu tugas membakar di ambil alih oleh pasangan romantis Ina omar dan keade .Sementara ‘uncle’ zainul berehat dan menikmati makanan yang di sediakan sempatlah kami mendengar cerita situasi sebenar yang di hadapainya berkenaan perkara mistik di Bukit Kutu.Jadi kalau sesiapa yang di dakwa berbau busuk apabila pulang dari gunung tak hilang-hilang berhati hati lah sebelum anda di selubungi misteri .Setelah pukul 11 malam masing-masing mula mencari tempat untuk istirehat. ‘Uncle’Zainul’ , nazrul dan teman istimewanya tidak bermalam di sungai pertak.Nazrul memberi alasan tidak manis bawa anak dara orang jauh-jauh malam nanti tersampuk.Manakala uncle atas sebab sebab peribadi (nak sambut birthday dengan orang rumah). Malam itu kami tidur lena walaupun pada mulanya kepanasan kerana bahan cuaca.Sypul di tugaskan menjaga keselamatan kami malam itu dari di ganggu anjing-anjing liar sungai pertak


ecah dgn puyuhnyer


tukang masak pro



tukang masak yg di import khas dari kelantan 

Sarapan pagi kami ialah lebihan BBQ semalam yang di panaskan semula oleh En..suhaimi , kacang dalam tin,sosej,roti dan telur hancur hasil tangan tokwan . Minuman pula air nescafe dan milo panas.Selepas bersarapan kami berkemas peralatan dan membersih kawasan khemah untuk ke aktiviti ketiga iaitu bermanja-manja bersama ikan kelah di situari ikan kelah di Sungai Chilling.





Bermanja-Manja dengan Ikan Kelah di Sintuari Ikan Kelah Sg. Chilling KKB

Haribulan            : 21 Apr 2013
Jumlah peserta  : 13 orang 










           Atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan , tidak semua peserta bbq yang menyertai aktiviti ketiga ini. Kami sepuluh orang bergabung dengan tiga orang lagi begitu teruja untuk bermanja-manja dengan ikan kelah . Saya selaku penganjur menyusun jari  memohon maaf kepada ninie tajuddin dan rakan Kerana masalah komunikasi dan talian telefon menyebabkan kesukaran kami menghubungi ninie tajuddin dan rakan yang telah terlebih awal berada di sana. Melihat pada buku rekod kemasukan yang mempunyai nama ninie tajuudin kami mengandaikan bahawa beliau sudah masuk kedalam sungai chilling terlebih dahulu tetapi ternyata anggapan kami silap kerana gagal bertemu denganya di sana.Minta maaf ninie selaku penganjur kerana masalah tersebut.     

            


Sintuari ikan kelah Sungai Chiling hanya di buka pada hari jumaat,sabtu dan ahad sahaja dari pukul 8.00 pagi hingg 6.00 petang.Selepas pukul 7 petang pengunjung  tidak lagi di benarkan masuk  kedalam sintuari ini . Di sini di benarkan berkhemah di tapak khemah yang di sediakan hanya dengan bayaran RM1.00 sekali masuk . Di galakkan membuat tempahan dahulu untuk mengelakkan tapak penuh dan tidak mendapat ruang sekiranya datang tanpa tempahan. Di sintuari kelah di larang memancing ikan kerana ia bermatlamat menjaga habitatnya untuk terus berkembang biak  . 


jambatan pintu masuk ke sg,chilling



Berbekalkan perkiraan keade yang mengatakan perjalanan ke Sg.Chilling hanya mengambil masa 30 minit kami begitu teruja danbersemangat . Tetapi setelah 30 minit masih belum sampai ke air terjun sg.chilling dengan laluan yang mengharungi sungai dan jalan berbatu mula meletihkan . Tetapi apabila sampai sahaja ke air tejun Sg Chiling segala kepenatan itu terbang begitu sahaja. Maha suci Allah sang pencipta langi dan bumi , indahnya ciptaan mu ini.Berbekalkan makanan ringgan yang masih ada , lebihan bbq malam lagi yang telah di panaskan dan sarapan pagi hasil tangan tokwan kami makan-makan, berendam air dingin yang menyegarkan , bermanja dengan ikan kelah dan menikmati keindahan sungai chilling yang sangat menakjubkan . 










Setelah sessi photografi, makan-makan,mandi manda kami bergerak pulang semula pada jam 0330 petang dan sampai di pintu keluar situari kelah sg chilling pada jam 4.20 petang .Setelah bertukar pakaian masing-masing menuju ke distinasi masing-masing , Moga kenangan ini merupakan kenangan terindah buat semua . Saya selaku penyelaras juga memohon maaf pada semua peserta sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan sepanjang penganjuran ini di jalankan . Segala kekurangan datang dari saya dan segala kesempurnaan adalah milik Allah …



Air terjun sungai chilling KKB

  
Nukilan : Gibran Khalil Kohm
                 24 APR 2013
 
 

3 comments:

  1. Macam mana nak join club xpdc macam ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berminat menjadi ahli... boleh isi form secara online >> https://docs.google.com/forms/d/1Wk_dGDKVhoHFeWspi5PDUY97dTgytvKXUNyeqrBGol8/viewform

      sebelum itu, sila baca syarat keahlian, sekiranya bersetuju, penyertaan adalah dialu2kan.

      terima kasih.

      Delete
  2. hahahaha... baru baca yang ni..... nostalgia!!!!!

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.