Tuesday, March 19, 2013

XPDC Gunung Bunga Buah Bersama Kelab Orang Hutan Malaya (KOHM)

Aku beserta rakan-rakan yang lain berkumpul di hentian R&R Genting Sempah untuk berjumpa dengan guide. Selama ni, kitorang hiking dalam group yang kecik-kecik je and it was not as i expected, WOW meriahnye!! apa lagi, bersalaman dan memperkenalkan diri masing masing la. pada masa tu kitorang diperkenalkan dengan Abang Joe, dan seorang lelaki yang berkaca mata (aku tak tahu nama die lagi), Yaya, Fifi dan Hajar. Secara ringkasnya, XPDC kali ini telah disertai seramai lebih kurang 24 orang. I cannot stated the exactly number of participant because there were some hikers yang da pegi naik dulu. Ini adalah kali pertama aku join hiking dengan official group/club outdoor yang dikenali dengan Kelab Orang Hutan Malaya (KOHM). Jauh disudut hati aku berbisik yang mana, errrrrrrrrrrr...guguplaaaa nak hiking dengan otai..omg omg omg. aku ni biasa-biasa je, tengok saiz pun dah tahu....mungkin tragedi Broga akan berulang kembali??!
Sebenarnya, aim aku sampai puncak kali ni aku nak masak megi. selama ni hiking daypack asyik bawak roti ataupun makanan yang tak perlu untuk dimasak. masa naik Irau, penat-penat aku pikul 6kg backpack yang berat untuk sampai puncak, last-last guide suruh turun segera sebab cuaca tak menginzinkan untuk kitorang stay kat peak tu. macam-macam dah aku bawak untuk main masak-masak, akhirnya terkubur jugak la hasrat tu....jadi, konon-konon nak tebus balik la hasrat tu kat GBB ni. adakah aku berjaya merialisasikan impian aku kali ni?? sila teruskan scroll down mouse anda ok!
untuk mendapatkan keberkatan, pendakian dimulakan dengan bacaan umul kitab alfatihah beserta doa yang telah disempurnakan oleh Tok Wan. Briefing XPDC GBB telah diterangkan oleh ketua XPDC yang dikenali sebagai Yen. pendakian daripada starting point hingga ke kaki Gunung dijangka memakan masa sselama 1 jam manakala pendakian daripada kaki gunung ke puncak dijangka akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam dan ketinggian GBB adalah lebih kurang 1.4km. hurmmm.... setakat ni rekod peribadi penah sampai Nuang je yang lagi rendah drpd GBB. training pun lemau, mampukah aku?hahhaaa... ha! Yen ada cakap yang mana, GBB amat popular dengan kemeriahan pacat-pacatnyaaaaaa.... perkara paling utama dalam setiap pendakian adalah setiap pendaki harus menyediakan barang-barang kelengkapan yang mesti/wajib ada bagi seorang pendaki. malang itu tidak berbau kawan-kawan.
the XPDC GBB is about to begin

our team leader and his briefing

the Doa by Tok wan

first timer with KOHM

the energetic faces from participant at the starting point

the one with pinky outfit is our guide. guess what in his backpack?

the view

a girl with her backpack

we were about to reach the kaki Gunung GBB!
aku tak mampu lagi nak ada jam canggih macam otai-otai, so aku pun tak set masa. Yang aku tau, kitorang start hiking pukul 9.20 pagi dan sampai puncak GBB 1.30 petang. pada kali ni, memandangkan aku nak main masak-masak, aku bawak la alat memasak dan yang penting Megi! hahhaa... air sembahyang, satu botol besar + satu botol kecil 100 plus, dan satu botol kecil air kosong. energy booster memang wajib, tak lain tak bukan mesti sneakers dan makanan-makanan yang lain. beg je besar, isi sikit je..hahhaaa. GBB ada kawasan waterpoint, so mana-mana hikers nak melakukan sesuatu yang patut boleh singgah sekejap. Perjalanan diteruskan hingga ke rockgarden. It was extremely beautiful and awesome! tapi lagi cantik kalau cuaca panas dan terang sedikit sebab kebanyakkan gunung-ganang dilindungi oleh awan. kami berehat sebentar di rockgarden dan abang Joe telah sponser makanan tengahhari kami iaitu salted peanut exclusive from Malaysia Airline (MAS). thanks for the energy! sewaktu pendakian, aku masih teingat-ingat suasana Irau. Secara amnya, suasana trek GBB lebih kurang Irau. Cuma Irau seriusly lagi cantik, dan pendakian GBB kali ni ak tak nak kuburkan hasrat aku untuk menangkap gambar alam semula jadi. tidak mengambil gambar sewaktu pendakian Irau adalah sesuatu yang amat dikesali. ini adalah kerana, 3/4 pejalanan pergi dan balik Irau telah ditemani oleh hujan yang lebat. sape yang berani nak keluarkan dslr waktu-waktu genting macam tu kan. tapi tidak mengapa, kekesalan ini sedikit sebanyak telah ditebus di GBB.
the green carpet along the way

species in GBB

setelah berehat selama beberapa minit di rockgarden, XPDC GBB bersama KOHM yang mana pendakian telah diterajui oleh en Rizal telah diteruskan lagi. phrase paling popular sewaktu pendakian, "jauh lagi ke?", "bila nak sampai?" , "tinggi lagi ke?" memang berulang sampai 10x. dan biasanya dah sampai 10 x kali, confirm la sampai..hahhaha.. dan apabila bertembung dengan hikers yang nak turun, memang psiko bila diorang cakap "sikit je lagi"..walhal, jauh lagi ok. sebab tu la aku sarankan, kalo korang nak sampai puncak korang kena letak aim.hahhaa.
GBB starting point at kaki gunung

excited faces

the adventure started

take a break at waterpoint


just 4..

anak sape ni

area of rockgarden

the view from rockgarden

take a break, take a deep breath deep inhale and exhale
the hiking gear

the hiker

the route

the trek

the mossy mossy?
the strairs
detik kejayaan hampir tiba! ahahhaaaa.... akhirnya tibalah di puncak GBB! apalagi masing-masing mengeluarkan makanan masing-masing. perghh macam kenduri, seriously xluak makanan tu pun. yang paling best En Guide kite, iaitu En Rizal a.k.a chef la jugak kan. sebab apa aku kate chef? sbb die bawak minyak masak untuk goreng ayam dengan goreng nugget! perghhh... megi aku aku jatuh ranking bertalu-talu. ada yang bawak roti subway daging kerbau, ada yang bawak roti canai, ada yang bawak nasi, meriah dengan makanan. dengan air kopi panas lagi. hurmmm... meriah betul.bukan aku sorang yang bawak megi, ada juga hikers yang lain bawak juga, milo pun ada. tekuburlah misi megi aku ni, mungkin next XPDC atau mungkin boleh aim masak lamb chop?ha... menarik tu.dah sampai puncak jangan lupa menunaikan tanggunjawab sebagai muslim ok!
the giant subway with daging kerbau and roti canai

the sardin

belasah selagi boleh

kenduri mak cik peah...hahhaa

sedap gile naget ni?sedap ke lapar?

the awesome pinky chef and guide!

GBB we were there!

precious and victory moment after invaded GBB

unforgettable memories KOHM in GBB
Tepat jam 4.00petang, kami mengemas barang untuk persediaan turun daripada puncak GBB. ketika suku perjalanan, hujan telah menyimbah bumi dan menyukarkan lagi keadaan yang mana trek menjadi basah dan licin. pergh, waktu hujan macam ni la pacat aktif untuk mencari mangsa. pada sesiapa yang tak kena pacat, rugila laa...hahaa..pacat ada dekat pinggang aku, memang terbaik! kami selamat tiba di starting point pada jam 7.40 petang. kami bergegas untuk membersihkan diri dan bersedia untuk pulang. bagi aku, ini adalah pengalaman yang menarik kerana pada masa yang sama kami dapat menjalin kasih dan ukhwah antara orang yang baru dan yang lama dalam KOHM. well done everyone!
da habisss...Thanks for reading!

Nukilan Hidayah Ishak

Pautan : http://lensadedey.blogspot.com/2013/03/xpdc-gunung-bunga-buah-dan-orang-hutan.html

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.