Tuesday, January 1, 2013

JC Hutan Lipur Lenggeng

assalammualaikum dan hi there....

aish... lama betul den tak buat report kat laman KOHM ni... hahaha.. sejak2 isu panas 2 tahun lepas, terus den kena spam... mauahahaha... oklah..

alhamdulilah.. apabila event di up pada facebook kohm ramai yang nak join malah tak sabar nak tunggu tarikh 29 Disember 2012.. almaklumlah.. last event tahun 2012... dari 40 orang yang nak menyertai 30 orang je yang betul-betul comfirm... sehinggalah masa pendaftaran iaitu 29 Disember pun ada yang sms tak dapat hadir... hurm... mungkin ada hal yang lebih penting... toink.. toink... 

so pada 29 dis seperti yang dijanjikan jam 9.00 pagi ramai yang sudah nampak mukannya kecuali cik kodok yang sesat dan lajak ke Kuala Klawang... tu lah.. tionk2 lah sangat sampai jauh lompatnya... gunalah talian hayat uncle, cik kodok dan jo berpatah balik dan jumpa lah signage Hutan Lipur Lenggeng... huhuhu.. apapun biasalah.. pendaftaran pulak dilakukan oleh jo a.k.a gibran bila kodok lambat... bukan lambat okay tapi.. terlajak... huhuhu...

kawasan perkhemahan... kat sini ada 2 tapak yang bole muat 6 hingga 10 khemah... ^^

sampai je kawasan perkhemahan, masing-masing dah setup khemah dan flysheet... then terus buat keje yang telah diagihkan. aktiviti bermula dengan pembersihan  yang diketua oleh uncle zainul, joe, kaede, pemasangan paip oleh yus, garfu, jerul, sepul, syed dan yang lain turut sama membantu... 

memulakan...

si kaede dok jadi superviser kebersihan...

wahhh.. si sepul dengan aksi bintang...

gigih juga si kaede dan uncle...

syed dan din menarik paip yang boleh digunakan lagi...

gigih uncle menyusun...

masing-masing malas nak guna pengauk dan cangkul... guna kaki pun okay... hahahah...

kerja-kerja menanggalkan penyambung T pada paip lama... kudrat 4 orang..

kudrat 5 orang akhirnya... berjaya beb...

jam 1.00 tengahari, kedengaran garfu panggil untuk makan tengahari... bila dengar panggilan masing-masing agak laju gak meninggalkan kolam yang belum siap.. dalam dok jalan nak g kawasan perkhemahan, ada jugak singgah sambil lalu membetulkan apa-apa yang patut terutama paip yang menghubungkan tangki air dengan kawasan perkhemahan kohm...hehehe...

anak kak may yang comel dan maluuuuuu...

lunch

bila dah masing-masing mengadap makanan, mulut seperti dikunci... hahahaaha... yalah masing-masing lapor tahap gaban... dan semestinya bila makan mana bleh bercakap... kuang kuang.... ^^ 

lunch sambil berbincang aktiviti tahunan...

sambil lepak-lepak selepas makan tu, ada suprise yang menanti... heheheeh.. rupa-rupanya ada tarikh 29 dis tu adalah birthday cikgu zahar... weee.. so 4 in 1 lah kek yang di sponsor... sapa sponsor, den tak tahulah... puas gak meneka tapi tak dapat jawapannya... so biarlah rahsia... whatever kek itu sungguh SEDAP dan MARVELOUS... thanks a lot sapa yang sponsor... ^^

birthday kodok, cikgu zahar, iza dan jai...

kek di potong oleh cikgu zahar..

lepas makan, lepak-lepak dan solat, semua kembali sambung membersihkan kawasan kolam.. dari adanya berpasir kepada kurangnya berpasir... apatah lagi apabila berinjak waktu petang dalam kul 4 macam tu, yang bawak anak-anak turut sama menyelam sambil minum air... dalam erti kata lain mandi dan membersih...

sesi meletakkan plastik pasir sebagai benteng empangan..

kolam satu, pasir-pasir yang banyak itu diangkut dalamplastik hitan yang boleh dijadikan empangan.. ianya merupakan plan terakhir sebelum makan tengahari... petang baru lah direalisasikan... heheh... susun atur batu utk empangan sudah diketepikan... kemudian pasir-pasir itu di jadikan sebagai batu-batu dan penghadang air... hik hik.. hik.. hik..

uncle yang sakit pinggang... huhuhu..

ramainya yang bercekak pinggang... tak puas hati ker... heheheh..

dari kolam 1 kemudian turun pulak ke kolam ke-2... sama gak... mencangkul lumpur di bawah pasir... fuhhh... memang kerja-kerja pembersihan ini tidak boleh mengambil masa 1 hari untuk menyiapkan kolam-kolam... 

bersemangat rusman memancutkan air ke kawasan lumpur... 

 misi melepaskan air empangan kecil.... 

jam 6.30 petang masing-masing mula mandi dan merehatkan diri... lepas maghrib, ada seetengah ahli tak lokek membantu ketua chef, tok wan untuk menyediakan BBQ... ada ayam, kambing dan sosej... hidangan burung puyuh ada tetapi lewat sedikit but.. sanggup tunggu... ^^ dan akhirnya aliff muncul gak... susah payah dia nak melepaskan diri dari jadualnya yang padat dan mampat.... hehehehe... thanks a lot, bro...

sambil dok tunggu, sesi ice breaking diadakan oleh pengerusi kohm iaitu en. rusman... aktiviti ini perlu memandangkan ada ahli-ahli baru yang baru pertama kali join aktiviti... alhamdulillah...  heheheh... so semuanya 29 orang... ahli kohm : man g, tokwan, garfu, uncle zainul, yus, dink dunk, sepul, jerul, kaede, aliff, syed, kodok, jai, joe, ina omar, kak mar, jo a.k.a gibran, ninie, kak ina, KA, fizah, little sunsine, bad, cikgu zahar, yan...  yang bukan ahli : awin, izni, ain, dekja, liza dan shidah... welcome to kohm dan anda menjadi ahli kohm yang aktif... (harapan)..

en rusman dan tokwan mengalu-alukan ahli lama kohm, ahli baru kohm dan bukan ahli kohm... dengan kehadiran peserta-peserta bukan ahli kohm supaya mengetahui tentang wujudnya kohm ini adalah untuk kerja-kerja sukarelawa... kohm ini merupakan organisasi yang lebih kepada aktiviti sukarelawan outdoor... bukan sahaja dalam sukan-sukan xtreme tetapi pelbagai aktiviti untuk menjaga kebersihan hutan dan tempat-tempat rekreasi... adehh... panjang sangat... klau nak tahu lebih lanjut tentang kohm... buka website kohm atau fanpage kohm... klau nak jadi ahli, amatlah dialu-alukan... 

lepas sesi ice breakking, sesi makan burung puyuh pulak... dan ajk kohm terus bersidang dan bermesyuarat pulak... sambil makan sambil meeting... heaven, maaaaaaaaaaaaaa... 

pagi esoknya, seperti biasa lepas solat subuh, ada yang meneruskan acara TTS (tido tempat sendiri)... ada yang mandi dan ada yang menolong chef menyediakan sarapan... bila jam sudah meninjak 8.30 pagi, masing-masing menurunkan khemah.. apataknya... cuaca agak mendung... hehehe... lepas mandi dan bekfes, hujan pulak turun... nasib baik masa tu semua dah settle makan, settle khemah dan flysheet dah lipat... semua dah masuk dalam kenderaan... agak2 renyai dan berhenti, masing-masing tanpa disuruh, mengemas dapur dan clear kan sampah-sampah yang perlu dibuang... dalam 7 gak lah plastik sampah yang dibawak keluar...

kohm discussion session by lepakking...

lepas kemas, semua bergerak ke atas... kat pintu masuk utama ada menara tinjau, dewan dan playground... hurmmm.. semuanya macam tak dijaga... owhh.. lupa nak maklumkan... kat sini jugak ada tandas, surau dan 2 tempat perkhemahan yang besar... mmg terbaik lah tempat ni kalau dijaga... 

lepas sesi diskusi dan usha-usha tempat untuk buat event besar, semua ahli pun bersetuju jer... yeayy... so mmg comfirm lah kowt... kowt..? ada kowt lagi ker.... heheheh... apapun tunggulah sampai event itu di up pada tahun depan... hehehe... 


lepas bergambar dan bersalaman, kohm bersurai... insyaAllah akan bersama lagi pada aktiviti tahun depan...

sekian, serba sedikit laporan dari cik kodok... ^^ dan ehem2.. happy new year, guys...

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.