Monday, July 16, 2012

RS - Pengenalan Ikhtiar Hidup

Sapa kata tak perlu...apabila kita keluar daripada zon selesa mcm rumah kita sebenarnya kita dah berada dalam zon survival katanya...

Lagi..pernahkan anda pergi kursus yang sangat santai dimana anda dibenarkan duduk bersila sambil memeluk bantal, baring2 sambil berselimut, meniarap, membuat aksi superman?....hehehe

Pastu disajikan pula makanan yang marbeles dan superb..ish ish ish

--------------------------------
Bahagian atas adalah iklan! hahaha 
Entry ini adalah daripada kacamata saya..l

Kisah berlaku pada 29 June hingga 1 Julai 2012 (Jumaat hingga Sabtu) yang lalu. Kursus ini adalah anjuran Kelab Orang Hutan Malaysia (KOHM) selepas Kursus Asas Kemahiran dan Peta. Perserta dan Urusetia adalah Rusman, Garfu, Uncle, Nazrul, Sepul, Hero Remaja a.k.a Alip, Cikgu Zaha dan Imran, Ina Omar, Ira, Rashidah, Ain & Uchu dr PoliJB

Saya memang menunggu kursus ini dijalankan oleh KOHM, rasanya ilmu ikhtiar hidup ini sangat penting kepada setiap daripada kita terutamanya kepada peminat aktiviti 'outdoor'. Sekarang, setelah mengikuti kursus ini, saya merasa lebih yakin untuk menyertai ataupun melakukan aktiviti 'outdoor' . Saya sarankan kepada sesiapa yang berminat untuk aktiviti 'outdoor' haruslah menyertai kursus seumpama ini selain daripada pengalaman2 sendiri (ini mcam testimonial la pulak).

29 June 2012
Sampai je rumah lepas balik kerja, saya mula mencampakkan barang2 dalam beg. Sauk je apa2 yang patut. Jam 8.00 malam berjanji dengan Garfu di Petronas selepas fly over Senawang. Sampai di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi lebih kurang 9.15 mlm, Rusman dan keluarga telah pun 'set up' tapak perkhemahan, dapur dan dewan. Sejurus kemudian, Ain dan Uchu sampai..diikuti dengan Cikgu Zaha dan Imran..diikuti dengan Uncle dan family. Sepul, Jerul dan Alip tiba bila kami dah mula taklimat..

Malam tu, menu 'dinner' kami adalah steam boooaaaatt! 

 Rusman & Isteri sedang memotong daging rusa yang ditaja oleh Cikgu Zaha
hohoho rugilah sapa tak join..

 
Garfu, Cikgu Zaha & anaknya Imran... dan tidak ketinggalan anak Rusman si kakak hehe

Ok start makan



 Cedok jangan tak cedok Uncle..

 Antara bahan2 untuk steamboat kali ini - fishball, sotong ball, ketam finger, sosej, fish cake,kupang, sotong, udang biasa, daging rusa (takde plak dalam gambar) udang harimau (Cikgu Zaha sponsor lagi..hai terima kasih Cikgu, semoga murah rezeki Cikgu)

 sayur sawi, sayur kangkung, cendawan tiram dan mee kuning..kuah sup dan kuah tomyam nyum nyum
tak terabis kami makan malam tu hehehe 

Ira, Uchu, Ina Omar, Rashidah

yang kat tgh adalah Ain

Selepas kenyang, sedikit taklimat disampaikan oleh Rusman tentang intipati kursus yang akan bermula esok hingga Ahad.


30 June 2012
Hari Sabtu dimulakan dengan kelas teori, lupa pulak nak salin nota Garfu masuk ke thumb drive. Ada 5 aspek penting bila kita dalam keadaan survival ni:

1. Api
2. Tempat Perlindungan
3. Isyarat
4. Makanan/Air
5.Pertolongan Cemas

 Garfu sebagai penceramah untuk kelas teori

 Ina, Ira & Ain

 Uchu



 haaa..santai tak? aksi superman

 mana ade kursus bila masuk kelas sambil peluk anak? isteri dok kat belakang pun dengar sekali, cuba bagitau kat mana ada? 
KOHM je yang buat..hahahaha

siap baring?, sandar2.... yang berselimut tu ha lagi best..

Lepas kelas teori, praktikal pulak....masing-masing menjadi duta stokin pacat yang diperkenalkan oleh Garfu hahaha..

 cuba teka kaki2 sapakan ini

 Garfu memberikan penerangan

 potong akar kayu untuk?...

 dapatkan airnya..sepul meng'test' air dari akar kayu

 tu dia airnya..memasing pakat cuba sorang sikit..air dia agak payau sikit, kira macam minum air rebus akar kayu tu la hehe tapi tak pahit

 di tadah dengan daun..hmmm lupa pulak nama daun ni, daun ni org dedolu guna untuk buat lemang instead of daun pisang sekarang ni..ia lebih wangi..kalu masak nasik letak daun ni kat atas pun bagus katanya

 satu lagi cara nak dapatkan air

buah yang boleh dimakan

 tabung air daripada buluh

 sediakan bahan untuk pratikal api





 rerambut...bahan untuk mulakan api

 amik lumut2 ni..kemudian perah..airnya boleh minum

 pucuk ubi

 ubi kayu kecik ..hehe

bahan bakar

 bahan2 untuk dimasak/makan

bahan untuk tambah perisa...hehehe
taklah..berkesempatan bertemu dengan ulat gonggok besar ini..atau mentibang ekk?

 cuba menghidupkan api

bahan2 untuk practical nanti

Selepas itu, rehat makan tengahari. Menu adalah nasi ayam..lupa pula nak snap gambar masa tersebut. Mungkin sebab lapar hmmm?

Petang sikit, lagi kelas praktikal untuk tempat perlindungan pula...

 teknik untuk merapat daun untuk dijadikan dinding/atap
  
 shelter group saya

 shelter group lawan..kat tebing tinggi kau!

air dari bunga pokok halia hutan

Seterusnya praktikal menghidupkan api dan memasak ala survival...

 api berjaya dihidupkan

 hasilnya..ayam yang dimasak dalam buluh..uish sedappp!

 nasi yang dimasak dalam buluh

BBQ.. ayam dan ikan jaket

 sambal kicap dan air asam

pucuk ubi 

Setelah perut telah pun kenyang, kelas teori seterusnya untuk topik peta & kompas juga ikatan & simpulan..

 ini petanya ye..

 dapat koordinat A ke B, cari jarak dan bearing

 penceramah kali ini adalah Rusman, haa tengok2 penceramah pun santai gile hehehehe

 kelas ikatan dan simpulan oleh Garfu
siap ada sound effect..zuppp! zuppp! hahahah

 
 hujung sana memasing semangat buat ikatan yang diajar
Rashidah pula berusaha keras agar mata tidak tertutup terus hehehe

 Yea! Berjaya buat, Ira mmg seronok sakan bila satu2 ikatan berjaya dibuat

 "pusing tali camni ye..zupp!"

 
'artillery loop'

1 Julai 2012
Sarapan pagi ini, disediakan secara gotong royong dan diketuai oleh Ina Omar sebagai chef, Ain pula tukang buat air...saya perati je dari jauh, biarlah yang muda2 tunjuk bakat haha (alasannn)



 menu pagi - nasi goreng In Omar, Sosej Layu , Ikan Jaket, dan Telur Dadar Masin Terlebih hehehe
takpe-takpe..praktis..sok-sok cuba lagi sure lepas tu perfect hehe





 Lepas sarapan, kami bersiap, untuk sesi orienteering



 kami dibahagikan kepada 3 group, group saya bersama Alif dan Shida

 dan fasi kami adalah Uncle

 terlajak sampai ke sungai...moral - jgn lupa tanda2 dipeta

 jumpa tapak babs (tapak kaki anjing lor - garfu)

 bertembung dengan group Ain dan Uchu, fasi Jerul di CP4

Stokin pacat terbukti berkesan..tiada gigitan pacat dikaki..tapi pacat adalah bijak, berjaya naik ke belakang badan dan perut cisss..hehehe. Jarak sesi orienteering  adalah dalam 500++  meter kerana ada rakan yang perlu menghadiri kursus lain pada petang tersebut. Sesi makan makan menyusul dengan masakan kampung yang simple..dimasak oleh orang kampung la hehe..

 ayam masak rendang

 lemak putih

 sambal belacan

ulam raja yang baru dipetik..

Selepas makan adalah sesi kemas mengemas dan bergambar. Kami bertolak meninggalkan Batu Maloi hampir jam 3.00 petang.





Koleksi 
 sesi rumusan lepas amik gambar reramai depan 'keris'




Secara keseluruhannya, ecehh.. mesti ada rumusan sikit!! hehe. Kursus ni memang bagus untuk outdoorian, especially utk ahli KOHM la kan sbb ilmu haruslah penuh di dada disamping pengalaman sedia ada. Lagipun ini adalah salah satu usaha KOHM untuk melahirkan barisan2 pelapis tenaga pengajar untuk mengajar ahli2 yang lain dan generasi akan datang.

Kursus seperti ini juga merapatkan hubungan antara saya dengan geng KOHM yang lain mcm Ina, Ira, Rashidah, Ain, ..first time jumpa mereka hehe (nampak sangat jarang join aktiviti KOHM hahaha)

Terima kasih kepada urusetia kerana bersusah payah mereka menganjurkan kursus seumpama ini. Bukan mudah sebenarnya nak anjurkan satu2 event apatah lagi kursus macam ni. Macam2 benda kena diambil kira..makan, tempat tinggal, sampai memikir nak ajar apa..buat slide.. sian jugak tgk, pastu. Remeh kerjanya. Saya tahu sbb saya pun organizer kursus di Jabatan hohoho. Pening acik, belum masuk kerenah peserta huhu. Saya amat menghargai usaha kalian. Bukannya mereka dapat upah pun mengajor. Masa dengan family pun dikorbankan bagi memastikan KOHM bergerak dan membangun. Jadi apa lagi, yang lain? rebutlah peluang bila ada kursus seumpama ini diadakan, kalau nak pergi yang kat luar, mahal dorang charge, pastu mana boleh nak tergolek2 baring meniarap bagai dalam kelas haha..tu yang mahal tu. 

So i'am looking forward for the coming kursus..maybe next year??


:: Artikel oleh : OHM00017 ::

2 comments:

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.