Friday, July 20, 2012

JC Rumah Api Tanjung Tuan 2012

BERITA PANAS!


PORT DICKSON ; 15 Julai 2012 - Jungle Clean Up, telah berjalan di di persekitaran Rumah Api Tanjung Tuan, Aktiviti ini dijayakan bersama, Jab PERHILITAN N. Sembilan, Jab PERHILITAN Melaka, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, SWM Environment Snd Bhd, Politeknik Port Dickson, Politeknik Ibrahim Sultan (PJB), Politeknik Merlimau dan Kelab Orang Hutan Malaysia.

Korang nak baca berita ini start dari mana??
O.k kita start dari semalam, 15 Julai... bukan semalam hari ini...

PORT DICKSON; 14 Julai - Suasana aman damai Pantai Port Dickson berubah menjadi aman dan damai, pokok mula bergerak kiri dan kanan, suasana ini jarang berlaku kecuali apabila kedatangan KOHM, pada waktu Sabtu membawa bersama semangat cintakan alam, 


Ok seperti mana dalam rajah diatas, itulah sebab mereka datang awal dari sepatutnya. Terima kasih kepada semua yang membawa makanan dan menyumbang tenaga masak. Oleh kerana semuanya sudah cukup kita mulakan BBQ kita dengan rasa tenang...

Q&C checker


Apa macam terliur tak? ok serba sedikit jer gambar masakan BBQ kami pada malam itu, mana leh tunjuk lebih takut nanti orang cakap menunjuk pulak. Ada ikan, ada ayam, meehon lagi, ada air pelbagai perisa bertambah ice, ada roti tuna... o.k yang ini kami tak menunjuk cuma cakap sahaja. Setelah puas makan dan berBBQ. Tiba masanya untuk kita buat sedikit pengenalan dan menerangkan aktiviti esok.



Itulah serba sedikit apa yang dibincangkan sambil Bbq tersebut. Ada lagi, pembahagian group mengikut group masing-masing. Ada 9 Group untuk JC kali ini. Yang di ketuai oleh CL (Clean Up) leader. Selepas daripada itu kami berkumpul mengikut group masing. Setelah semua selesai, mereka membasuh pinggan dan barang-barang BBQ.

AJK KOHM pula pergi mesyuarat! yang lain, jaga diri masing-masing (kami keluar jejalan... )

Flashback news 15 Julai

PORT DICKSON ; 15 Julai 2012 - Jungle Clean Up, telah berjalan di di persekitaran Rumah Api Tanjung Tuan, Aktiviti ini dijayakan bersama, Jab PERHILITAN N. Sembilan, Jab PERHILITAN Melaka, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, SWM Environment Snd Bhd, Politeknik Port Dickson, Politeknik Ibrahim Sultan (PJB), Politeknik Merlimau dan Kelab Orang Hutan Malaysia.

Besoknya kami, menunggu kehadiran pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson dan Politeknik Merlimau. Politeknik JB dah sampai awal, dorang pun joint BBQ kita malam tue. dan yang lain-lain skali la, semuanya dalam 200 orang. Ramai betul yang takecare alam sekitar, tetapi semua bergantung kepada diri anda juga. 


Sebelum apa-apahal tunjuk gambar banner dulu


Figure 1.1 : The banner of jungle clean up 15 Julai 2012; scale 1:12 (khairul, 2012)


Sebelum kedatangan peserta, kita tengok gelagat sebahagian daripada ahli KOHM! maklumla, baru bangun. Masih aktif dan bersemangat



Dalam pukul 9 pagi, student dari Politeknik PD yang penuh bersemangat sampai ke sini, amboi baju cantik2 berlake? nak gi JC ke nak gi Dating.. hahaha aktiviti pertama adalah pembahagian uniform GC.


Peserta JC daripada Politeknik PD, kusyuk mendengar taklimat oleh En Rusman. Mereka kelihatan tidak sabar-sabar mau jalankan JC nie. masing-masing dapat uniform free. 
Tunjuk sikit cam mana baju die.. kalau nak joint JC lagi yer lepas nie




Ok, seterunsya mereka salin baju, dan pergi berkumpul ikut kumpulan yang telah ditetapkan... Saya perkenalankan CleanUp leader dulu la....




Kemudian mereka diberi penerangan ringkas berkenaan dengan program ini sebelum pergi minum pagi dan juga berkumpul semula untuk pergi ke Rentis yang ditetapkan. Nie nama rentis2 die rentis laksamana, rentis pantai, rentis pulau intan dan rentis monkey bay. Setelah [aham dengan taklimat lebih kurang pukul 10.15 mereka bergerak ke rentis masing2 dengan gaya masing. Sempat saya merakam gaya ini ;




Apa yang bestnye? korang tanya...tengok la.. ada sorang jer pakai baju merah itu lah aku... hihi. Abg Man suruh kami rekod sampah2 yang ada.... tujuan die untuk mengenal pasti berapa banyak sampah yang berjaya di kutip, memang x tertulis la, terutamanya mereka yang berada di Rentis Pantai. kalau nak tengok lagi gambar aktiviti jungle clean Up yang lain klik disini je... 

Tengok ini, betapa banyak sampah di pantai sekitar Tg Tuan nie




kalau kita lihat disini, ini sebahagian sahaja sampah yang ada. tapi kesedaran bermula kepada diri anda yang membaca artikal saya yang tah pape nie.. Kami amat berharap, jika kami datang lagi, tiada lagi benda yang mengecewakan ini lagi. Jom bersama kami untuk JC yang akan datang!

Eh kejap.. belum habis lagi.



Pukul 12.30 kami dah berkumpul di Rumah Api Tg Tuan. wow! dapat nampak kapal. 



Dah sampai ke sini kami menikmati pemandangan yang luar biasa! tengok kat album kami ada upload gambar. Setelah berjaya hilangkan penat, kami berkumpul semula ke Kem side untuk makan tengah hari, pengiraan sampah, solat zohor dan majlis penutup

Total up semua group, dapat jumlah sampah banyak ini


Sampai x muat dacing tue. kami juga mahu perhatian untuk menjaga alam sekitar

lebih kurang pukul 3.30 aktiviti penutup diadakan. pemenang menerima hadiah masing-masing, antara pertandingan yang dijalankan peserta terbaik setiap kumpulan, dan kumpul yang memenangi gambar mengikut kategori....

Sebelum majlis penutup kami mengambil ramai-ramai

maaf lensa tak cukup luas.. yang kat belakang tue tengah berlari2 nak ambik gmabr... dapat la gambar tengah lari... hahahaha

Acara tamat jam 5.00 petang. Terima Kasih kepada semua....Terima Kasih kerana membaca. 

2 comments:

  1. kenapa tukang karut cerita posing ayu..hahahahhaha.ok rugi tak dapat join.hhaaaaiiissshh

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.