Monday, June 18, 2012

RP - Cuci-Cuci Zoo Negara

10 Jun 2012 (Kuala Lumpur) – Sekumpulan remaja+dewasa daripada mana kami tidak pasti telah didapati berkumpul di sebelah dinding berdekatan Gate 2 di pusat peranginan kami dan rakan-rakan di Zoo Negara. Investigation bersama sang semut dan lain-lain serangga pada peringkat awal kami mendapati ia tidak mendatangkan apa-apa bahaya, malahan kami merasakan nikmat kedatangan mereka mengangu tidur kami seawal jam 7.00 pagi. Justeru, itulah sebab kami kejut anda semua bangun pagi pada waktu berkenaan kerana ada kelibat manusia diluar pusat komuniti kita bakal membuat sesuana onar tiada duri (jangan marah ye geng, untuk kebaikan kita juga).

~Mereka-mereka yang datang nak cuci kandang kami yeah!!~~

Menurut perbualan mereka daripada hasil risikan lebah, mereka datang seramai 76 orang daripada team Cuci2 Malaysia. Dan sebahagian daripada mereka juga ada terdiri daripada sebuah kelab cinta tempat asal kami iaitu Kelab Orang Hutan Malaysia seramai 30 orang. Setelah selesai menunggu rakan-rakan mereka masuk dan didapati tuan kita (zookeeper) breafing mereka berkenaan dengan pusat komuniti kita. Dari situ, kami dapati mereka sebenarnya mau cuci-cuci kandang kita bersama.

~jejaka-jejaka yang terHOWT di Zoo.hehehe~~

Golongan manusia tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dalam kumpulan tersebut ada lebih kurang 10 orang, kami dapati mereka dibahagikan mengikut kawasan masing-masing, ada yang duduk di Children World, ada yang bahagian burung2, ada bahagian landak, ada bahagian beruang dan bahagian-bahagian lain. Maaf Ler, malas nak terbang jejauh nak tgk dorang dihantar kemana. Yang penting mereka telah dibahagikan mengikut kawasan secara adil.

~~Hai ni nak bergambar ke nak jadi sukarelawan ni..amboi..amboi~~

Saya sempat menemuramah Raja Rimba, baginda bertitah “kepada semua penghuni-penghuni pusat komuniti negara, walaupun beta tau golongan manusia ada yang datang melihat sahaja, tetapi golongan ini, datang membawa 1001 kebaikan kepada kita, beta mengucapkan terima kasih”

~~Setelah dimandikan,,,comel tak saya comel tak saya!!~~

~~Group Burung yang sangat rajin...rajin bergambar...Hihihihi~~

Pada peringkat awal, kami dapati mereka membersihkan bahagian pusat komuniti kita dengan sapu sebelum kedatangan pengunjung... hihihi.. Alatan-alatan seperti penyapu dan lain-lain dibekalkan oleh tuan kita. Bersih!!! Bersih!!! Bersih!!!.. sampai berkilat batu bata....

~~ “Berapa ratus bulu dia ko kira??”......”Errr..satu ribu satu ratus tuan!!”

~Model pilihan OHM bersama burung Kasawari, leh masuk Next Malaysia Top Model ni..haha~~

Sempat kami menemuramah Mrs. kasawari, “bagaimana mereka cuci kandang anda?” 

“wow! Mereka nie aku tenggok sama tinggi jer dengan aku.. dah macam rakan sebaya. Wey tadi die ambik gambar aku!”

Rupa-rupanya kumpulan manusia ini ada membawa seorang jurukamera berbaju merah, manusia panggil die Yen (mcm nama kawan aku). Kami dah sound dah dengan Mr.Cow dan Mr Buffollo jangan, nak sodok pulak. Terima kasih atas kedatangan Saudara Yen.

~Gaya baru keluar dari kandang,ok kita piss2 dulu yeah V^^V~~

Dorang gi makan pukul 10.00 kat kantin. Menu pagi ialah Nasi Lemak. ada yang amik sampai 3 bungkus!!! Sebab lapar sangat.Whatttttt...........

~Uncle Flamingo tu apa??......Flamingo tu kaki dia dua! Hahahahhahaa.Ini ialah sesi curi tulang~~

Berbalik pada aktiviti, mereka juga ada sediakan makanan kepada kita. Yang nie x sedap kami nak tulis, hasil daripada pemeriksaan kami daripada anak landak di bilik Tuan Hassan. Mereka mengambil buah anggur kita. Eh.. pandai jer anak landak nie, padahal dia yang x dapat... hihi. Makanan tersebut disediakan dengan penuh teliti dan mengikut vitamin yang kami perlukan. Maklumla, kita nie perlukan vitamin... supaya kekal sihat dan dapat perform pada hari itu. Terima kasih ya...

~Muka masing2 cuak n takut...takut kena das duri landak!Hahahahah~~

Pada waktu yang sama didapati tupai dapat permainan baru, mereka membantu untuk siapkan permainan tersebut. Seronok la tupai lompat2 kan... amboi.. aku tgk korang siap buat akrobatik lagi, kalah monyet kat sebelah. Menunjuk la tue, nak ambik gambar.... benci aiii..... Tapi tupai cakap terima kasih.

Waktu tengah hari, mereka pergi ke kantin tuan-tuan kita makan. Fuh ayam besar.... nasib baik aku x cakap dengan ayam, kawan die kene makan. Kalau tidak dah tentu dia sakit hati. Tapi x pe, nak buat macam mana, dalam hutan kita pun ada pemangsa dan konsep rantaian makanan. Ayam pun paham.. Kalau tidak susah la kita nak berkembang. Sedapkan makanan itu untuk simpanan tenaga waktu petang. Penuh gelak ketawa mereka bercerita pengalaman bersihkan kandang kita.

Waktu petang pkl 2.00 mereka masuk balik kerja. Amboi kali ini mereka bagi makan pula. Ada lagi yang kene bersihkan kandang, sampai berpeluh2. Kita temuramah Mr. Hyppo.

Wartawan : "hyppo bagaimana makanan anda"

Hyppo : "Terima kasih la kerana memberikan kentang kepada kami, tapi nama die bukan Ayob! Suka-suka jer. Tapi dia layankan je, bangun ambik makanan. Nanti dorang malu pulak. Nama die style orang putih.."

Wartawan : "Cukup x?"

Hyppo : "Cukup la... puas aku nganga..."

Wartawan : "terima kasih"

Hyppo : "Eh, tu jer!!"

Wartawan : "Apa lagi?"

Hyppo : "saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada group tue, terutama kepada K.A nama die.. hensem betul. Dah! Bye!!"

Wartawan : "&(^O&^(%*)"

~Arghhhhhhhhhhh gigi i ada brp batang ye......ahhhhhhhhhhh~~

Pukul 3 ada yang menonton Pak Hitam Gedik (dolphin) tue buat persembahan dengant tuan die. Macam biasa, kalau x penuh pentas tue x sah... tapi persembahan korang memang best la... Rugi la sapa yang tak datang tengok.. kan2 stylo la korang dan sporting. Tapi tahniah kat Kumpulan Burung sebab kerja sampai pukul 5 petang, huhuhuhu.

~~Sesi bagi makan dan sesi temuramah,hihihi~~

Pukul 5 mereka dah nak balik, aku tgk gajah sedih betul die.. maklumlah hari last kot.. tapi dorang berkumpul dulu, kami x pasti mereka buat ape? Rupa-rupanya mereka ada Amazing Race. Wow sungguh hebat mereka berlari dapat kan hadiah. Yang x tahan aku dengar ada seorang manusia nama die khaidir nyanyi lagu rama-rama.. amboii... nasib baik rama-rama x dengar, kalau x menari2 die mcam bidadari pulak khaidir nie rasa. Untung la... Rama-rama, Engang, Buaya, dapat masuk sebagai hasil pencarian. No.1 dimenangi oleh team uncle zainol.... dari KOHM!! Tahniah.

~~Hadiah dari No 1-5 semua sama,hahahahhaha~~

~~Semua gembira sebab dah penat tolong,nanti jangan malu2 datang lagi ya!!~~

~Sesi sapa makan dulu dialah yang kenyang dulu..muahahahahhahaa~~

Lepas sampaikan hadiah, mereka ambik gambar reramai lepas tue pulang ke rumah masing2 tidur ker! Kami di sini harap anda semua dapat datang lagi, bawa lah anak berusia lebih 16 tahun sebagai budaya cinta kepada kami haiwan2 terpelihara. Ada antara kami dah nak pupus dah... sedihkan citer nie.... tapi terima kasih kepada Cuci2 Malaysia dan KOHM kerana hadir membersihkan kandang2 kami

~~Kami bangga jadi warga OHM yeah~~~


Oleh : 
Wartawan : Si Burung Merpati sejoli.
(OHM00024)

11 comments:

  1. wah TQ best baca laporan ni.. tambahan pulak jadi model hot kat atas tu

    ReplyDelete
  2. cara penulisan lain dari yang biasa ..anyway menarik hehe

    ReplyDelete
  3. pemilihan model hot sila kredit to me.hahahaha belanja2...
    apa2 pn tahniah kepada penulis.si burung merpati..hahhahaa

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. komen yang bersifat peribadi akan dipadamkan. Harap maklum.

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.