Saturday, May 26, 2012

RS Candat Sotong

Lokasi : Marang, Terengganu

Na..na….na…Terangganu kite…na..na..na….Kita tengok penyu bertelur..penyu tengok…penyu tengok kita la.hahahahha. Ok kembali beraktiviti warga2 OHM. Kali ni ke Pantai Timur pula tapi bukan nak tengok penyu bertelur tapi nak tengok sotong!!!!hehehe. Apa!takkan tengok je??..mestilah nak candat sotong @ sutun. Awwwww. Hihihi. Peserta kali ini yang mostly mengaku tak mabuk laut ialah seramai 27orang. Jom enjoy travellog seperti dibawah (^^)

18/05/2012 Jumaat

10.00 malam
Berkumpul di Burger King Gombak. Ada peserta yang dah sampai dan tunggu peserta-peserta yang tak menepati masa (Macam biasa) hahahah.

11.00 malam
Masih menunggu, isi borang deklarasi (ramai peserta tak tick mabuk lauk ketika ini kerana confident tak mabuk atas laut). Kita tunggggguuuuu….hahahaha

12.00 tengah malam
Semua peserta dah tiba,sedikit kata ucapan dari penganjur bidan terjun iaitu Nazril ‘Yen’. Peserta mengantuk gila sambil menguap dengar ucapan dia.Mula bergerak selepas itu.

~ Sunrise di Rantau Abang ~

19/05/2012 Sabtu

1.15 pagi
Tiba di RnR Temerloh. Berhenti untuk rehat seketika dan sembang sana sini dan dalam 30minit selepas itu bergerak menuju ke destinasi.

3.20 pagi
Tiba di Kerteh, bagi peserta yang tak tido, enjoy view di Kerteh yang memang cantik sangat malam2..tiba2…jeng2…toink…toink. 1 kerata hampir terbabas di bahu kanan jalan tapi dapat dikontrol semula…Nervous.Pemandu mengantuk.Berhenti mengejut di stesen Petronas.Sesi tukar pemandu dilakukan. Bergerak selepas itu.

6.00 pagi
Tiba di Dungun berhenti solat Subuh di masjid Paya Pelandang.Ada juga peserta buat senaman regangan akibat duduk lama dalam keta.Adoiii….sakit pinggang….

7.30 pagi
Singgah di kedai tepi jalan kat Rantau Abang. Sarapan roti canai,nasi lemak ikan ayee’(ikan tongkol). Sarapan ditaja sendirian berhad.Dah isi perut penuh-penuh, gerak ke Marang.

~ Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah ~

8.15 pagi
Tiba di Masjid Terapung Kuala Terangganu. Peserta ada yang bergambar, ada yang tidur sebab letih perjalanan jauh. Dalam sejam rehat kemudian hos di Terangganu iaitu Jo Abdullah ambil kami untuk ke rumah dia.Sebahagian peserta iaitu Ika dan konco2nya dan Faiz dan madu2nya ke Homestay.

~ Penerangan tentang alat mencandat sotong (Cuba lihat peserta berbaju hijau-kusyuknya!!!)~

9.30 pagi - 4.00 petang
Berkenal-kenalan dengan famili Jo. Famili Jo yang sangatlah terbuka pintu rumah mereka menerima kami, memang famili happening n enjoy family Jo. Sarapan yang disediakan oleh family Jo pada pagi itu ialah Mee Goreng, Bihun Goreng, Kopok Goreng dan Teh Panas. Peserta makan dengan lahapnya. Lapar ke ?? Macam baru sarapan je semua.Hihihihi..

~ Sarapan tak berapa pagi yang disediakan oleh mak dan kakak Jo ~

Aktiviti selepas itu ialah lebih kepada merehatkan badan akibat perjalanan jauh, di samping aktiviti makan2 yang tak hengat semuanya. Ada peserta yang mandi, tidur dan macam-macam gaya lagi. Ayah Jo iaitu PakLong juga ada memberi penerangan tentang sesi mencandat sotong pada petang nanti. Kami semua nganga je la luas2 sebab ada yang faham bahasa Terangganu, ada yang tak faham kami senyum sajala.Hehehehe ^________^

~ Pasangan sejoli sekelab yang makan sekali hidangan tengahari. Motto : Kami memang suka makang2 pree~

Makan tengahari pula ialah Nasi Kuning, Ikan Aye’ Masak Gulai, Sotong Goreng, Sambal, Kepok dan Teh Ais.Thanks to Mak Jo susah payah masak kat kami, kami datang makan dan basuh tangan dan pinggan saja.Heeeeeee…..

~ Peserta bersiap2 siaga untuk turun ke laut mencari rezeki.Haahhaha~

Nak dekat petang,lepas solat, peserta-peserta excited nak mabuk laut (ooppppsssss), tukar baju siap2 dah. Semua ready dalam pukul 4.00petang kami dah gerak ke Jeti Marang. Kami juga dibekalkan makanan oleh family Jo tu belum campur kami punya lagi, seolah-olah nak pergi ke laut seminggu, padahal…hahahahha.. Masing2 confident bawa bekalan masing2. Ada yang berangan nak masak sotong atas bot.Heheheh Tinggi betul angan masing2.Pastu..hmmmmmm nantikan cerita seterusnya.

~Jeti Marang, Terangganu~

~Sesi photo gedik tepi jeti.Masing2 muka ceria sebelum mabok laut melanda~

4.00 - 5.00 pm
Peserta-peserta bertolak dari rumah Jo,manakala yang stay kat Homestay bertolak dari sana berjumpa di Jeti semua. Sesi photo gedik pun dilakukan tanpa segan silu di tepi jeti. Macam2 gaya dan aksi dan pada ketika ini hampir ke semua peserta girang gembira. Kami menunggu dengan penuh sabar ketibaan bot-bot nelayan yang akan bawa kami ke tengah laut. Tunggu punya tunggu bot pun sampai, kami pun berebut-rebut beratur naik ke bot dengan penuh sopan dan tata susila.Hihihihi.Senarai peserta-peserta bot:

BOT A - Yen, Lini, Kak Nini, Rashidah, Andak ORA, Joe Kagurazaka dan Hizz
BOT B - Rukawa Kaede +Ina Omar, Ain Bloop2 + En Bloop2, Iskandar + Partner
BOT C - Faiz dan madu-madunya
BOT D - Ika bersama konco-konconya.

~Masing-masing dah ready nak mencandat sotong!!~~

~Semua peserta gembira sekali sebelum berlepas ke tengah laut.Ini Bot A~

Cerita BOT A - (5.00 pm - 1.00 pagi)

~ Fasten your seatbelt please (eh ada ke seatbelt hahahaha)~

Kami naik bot dengan ayah dan abang Jo sebagai Tekong Bot. Perjalanan ke tengah laut berhampiran Pulau Kapas mengambil masa selama 1 1/2jam. Krem pinggang dan punggung memandangkan tiada kerusi empuk disediakan, (Apa ko ingat ini cruise ka nak bersiar2!!). Dah sampai kami nampak la beberapa bot nelayan yang lain mencari rezeki, ada juga bot lain-lain datang memancing ikan. Masa dalam perjalanan semua rasa seronok dipukul ombak rindu sampai ada yang tertidur2 dalam perjalanan. Lepas tu, ayah dan abang Jo pun pasang alat candat kepada kami, kami ni tengok sahaja. Masing2 buat senaman regangan atas bot (ada ke) nak memulakan cabaran mencandat pada petang itu.

~Peserta-peserta yang gembira sebelum masing-masing tidur,Hehehehe~

Dah siap alat2, apa lagi semua nak tunjuk skill masing2 yang tak terror tu. Ada macam2 gaya, nasib baik tak kena rakam dengan video je.Memang lawak.Ada muka masam mencuka sebab gaya2 nak mabuk laut tu dah ada.Hehehe. Peserta pertama yang dapat sotong ialah En Hizz. Suasana yang suram tadi bertukar jadi gumbira macam pesta pulak. Peserta lain terbakar juga dengan pencapaian En Hizz, dan kemudian tiba2 wanita jelmaan dari belakang sahaja iaitu Jo Kagurazaka pula dapat sotong. Terpancut2 dakwat sotong ke baju Jo,menjerit2 sebab tak tau macam mana nak tarik sotong dari umpan. Hahahaha. Lepas tu Lini. Yen masa ni muka tak puas hati sebab mostly semua dah dapat.Dia tukar ke depan bot. Tunggu punya tunggu sekali dapat dua terus. Melompat2 kegembiraan (ada ke) nasib baik tak jatuh dari bot.Mungkin tak sedar sebab gembira sangat.Pastu Andak ORA. Kak Nini dan Rashidah masih belum ada rezeki petang itu.

~Di tengah-tengah Laut China Selatan~

Sebab mabuk dan pening, Lini ambil keputusan drastik untuk tidur, dipolo oleh Andak ORA.Pastu mungkin terjangkit dengan budak berdua yang dah tidur, Kak Nini pun polo tidur sebab rasa pening.Hahahhah mabuk la tu. Alih2 kami bertiga dah tidur.Tapi tak nyenyak la.Terdengar suara sorakan (ingat tengok bola ke) dari rakan2 lain iaitu Hizz,Jo dan Yen yang menyandat sotong dari depan bot.Belakang bot dipenuhi peserta2 mabuk.Hahahahah.

~Ini gambar dari Bot C- Abg Faiz dan madu-madunya~

Lepas tu Lini bangun sebab rasa dah tidur lama,hehehe,pastu candat lagi sambil2 rashidah tolong dapat lagi sekor,sambung tidur! (Pening nasib tak muntah). Peserta tidur paling lama ialah Andak dari ORA.Lepas dia dapat sekor,dia tidur tak bangun2 dah.Hahahahaa,rupa macam honeymoon atas bot pun ada.Pastu dah malam dekat pukul 10.00 BOT B (Rukawa Kaede +Ina Omar, Ain Bloop2 + En Bloop2, Iskandar + Partner) datang singgah ke bot kami. Ina Omar inform kena balik sebab semua peserta yang lain dah lembik.Bot2 dipenuhi dengan bau2 muntah..sotong pun ada..Hahahhaha.Diorg balik dulu sebab tak tahan dengan mabuk. Pastu kami candat2 dapat la juga walau tak banyak. Tekong bot siap buat air teh dan goreng keropok, namun peserta tak layan. Jangan sebut pasal makanan yang kami bawa macam nak pergi ke laut seminggu tu, Cuma minum air bikarbonat yang dibawa oleh Jo.Lain semua kami BOOO Layan.

Peserta yang paling banyak dapat sotong dari Bot A ialah Hizz,setelah dia muntah 3kali,yang last muntah hijau agaknya,baru kami balik dalam jam 11.30malam. Peserta yang tidur baru nak bangun sebab rasa macam dah lama sangat atas bot (Memang best tido tengah laut!!). Dah samapai jeti dalam jam 12.30malam, kami pun pulang secara bergilir2 sebab ada driver yang dari Bot B dah balik dulu sebab mabuk. Sampai di rumah Jo, kami simpan sotong dalam petiais untuk mengelakkkan dia rosak dan busuk manakala yang lain-lain sambung tidur dan ada yang layan bola.Masing-masing tak berapa nak bercerita sebab penat sangat!!

~Antara hasil -hasil dari mencandat sotong dari BOT A~

20/05/2012 Ahad

6.00 - 10.00pagi
Peserta-peserta masih berehat akibat keletihan pada pagi itu,ada masih yang tidur sampai ayam pun penat berkokok. Sarapan pada pagi itu ialah nasi dagang yang sangat sedap dari mak Jo sampai ada peserta yang tambah 2kali makan.

~Sarapan Nasi Dagang paling sedap sekali (mungkin sebab pree) ^^~

Selepas bersarapan, kami mula bersiap2 untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ada peserta yang ambil keputusan untuk sambung bercuti dan jalan-jalan di Terangganu. Sedikit ucapan penutup acara candat sotong oleh penganjur bidan terjun iaitu Yen. Banyak pengalaman dapat dikutip semasa aktiviti candat yang dapat dijadikan pengajaran dan tauladan kepada setiap peserta. Sebelum pulang, kami singgah di Bandar Terangganu untuk membeli sedikit buah tangan untuk keluarga tercinta (Dah macam karangan bahasa Malaysia aku tulis ni huh!). Ok sekian

~Sesi mintak maap dan upacara majlis penutupan candat sotong ^^~
~Buat tatapan ahli OHM yang tak join!! Sapa suruh tak join!! Sedap woooo goreng celup tepung la…masak sambal la..hehehhehe~~

Report Disediakan Oleh : OHM00292 Lini Aziz

7 comments:

  1. tahniah semua yang gi.... korunk memang sempoi... push your self to the limit....

    ReplyDelete
  2. nasib baik aku tak polo..kalau tak , mau pukul 5 pagi baru boleh balik,.,,,sapa mabuk..campak dalam laut

    ReplyDelete
  3. hahahahaha....
    hahahaahahahahahahahah.... hahahahhahaahhaaha... hahahahahaahahah...
    sakit perut aku wehhh... terbayang-bayang muka korunk masa mabuk laut...
    hahahahahah....

    ReplyDelete
  4. uncle- sebelum uncle campak kami dalam laut,kami dah pun campak uncle dlu..hahaha candat la sorang2....

    kodok-memang lawak muka masing.hahahaha padahal kat jeti tu semua cakap besar,tak mabuk la bla2..sekali kena br ada akai...hehehe

    ReplyDelete
  5. mabuk pun mabuk la ekk janji dapat sutun nye hehe..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    I just arrived to your entry.. u still simpan ke contact no. pokcik yg offer package candat tue? If ada tolong tampal kat sini boleh? (^_^) anyway nice entry and tq for sharing

    -Nor-

    ReplyDelete
  7. kol mamat ni...joe labu..pggl abam labu je..
    0132721946..x pom direct tokey bot..ayah long 0148210592..ni anak beranak dia je pom..

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.