Friday, March 23, 2012

RS - Liberator B24 via Gng Telapak Buruk - Gng Berembun, N9

16/03/2012 Jumaat
Al kisah maka tersebut lah kisah sang kancil beramai ramai mengadap Sultan Firaun, (eh silap cerita ni hehehe), alkisahnya pada hari Jumaat jam 10.30malam, seramai 21orang berjaya melaporkan diri untuk sekali lagi menyeksa dan mencabar mental dan fizikal diri sendiri untuk mendaki Gunung Telapak Buruk (Liberator B-24) dan Gunung Berembun di Jelebu Negeri Sembilan. Perjalanan bermula dari pusat pengumpulan peserta (sesuka hati je aku bagi nama) di Batu 9, Cheras-Kajang dan ada juga peserta yang terlebih advance menunggu di Batu 11 dan juga kawasan RnR Beranang. Setelah itu perjalanan diteruskan ke Pekan Pantai, Jelebu N.Sembilan walaupun pada zahirnya tiada pun pantai yang ada berdekatan dengan Pekan Pantai ini (macam mana diorg dapat nama pekan ni.kena tanya pakar sejarah lorr). Kami tiba di restoran De Pantai pada jam lebih kurang 1.30pagi yang dah tutup tapi terpaksa dan dipaksa buka balik kerana ada beberapa peserta mengadu perut berkeroncong lagu pelbagai irama dan juga ingin bergosip-gosip serba sedikit. Ada juga peserta mengambil peluang untuk tidur sebentar akibat keletihan perjalanan sebelumnya.

~Masjid Kg Pantai, Jelebu.Terima kasih Tok Imam sebab bagi kami tumpang tido di sini. ^_^~

17/03/2012 Sabtu
Perjalanan diteruskan pada jam 2.30pagi ke Masjid Pantai, dan kami menumpang secara sah di masjid untuk pendakian pada pagi itu juga. Setelah peserta mengambil port masing-masing, maka kedengaran lah lagu dan irama yang macam2 bunyinya yang dikeluarkan peserta. Ada bunyi merdu macam burung tiong ada juga bunyi yang agak menakutkan(serius ini benar2 kejadian). Nama-nama peserta yang terlibat terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan kelab (kang kena saman pula heheheh). Namun pada jam 4pagi, kedengaran ketibaan peserta dr Johor yang baru tiba iaitu Cik Aini dan Cikgu Amran, namun di atas sebab kemengantukan tahap dewa, kehadiran mereka tidak dihiraukan oleh kebanyakan peserta. Ayam berkokok jam 5pagi menandakan waktu subuh bakal menjelma. Ada beberapa peserta telah bersiap bangun dan mandi,dan ada juga masih diulit mimpi dan diulit oleh sleeping beg(sejok tu tido atas lantai). Setelah ahli kariah masjid tiba untuk solat subuh berjemaah, peserta kelam kelibut bangun untuk menyiapkan diri solat subuh sebelum menukar pakaian trekking pada pagi itu dan bersarapan serba sedikit mengalas perut. Pada pagi itu juga, kebanyakan peserta berkenalan dengan guide En Wak (bukan nama sebenar) yang pada ketika itu, rupa sebenarnya tidak didedahkan lagi.

~ Sedang bersiap-siap agihkan ration, tukar baju trekking dan sembang sana sini~

~berkumpul di kaki Gunung Telapak Buruk sebelum menunggu ketibaan 4wd sambil sesi usha2 dilakukan.Hihihihi~

Kami bergerak ke kaki Gunung Telapak Buruk jam 9.15pagi dan para peserta yang mempunyai kenderaan dikehendaki menghantar kereta masing-masing ke Balai Polis Pekan Jelebu dan para peserta lain berkenalan serba sedikit tentang diri masing-masing (sesi mengusha siapa yang single,hahaha). Pada jam 9.45pagi, 2 kenderaan 4wd yang ditunggu2 telah pun tiba, dan peserta teruja mengambil gambar sebelum pendakian dengan pose2 yang menarik.

~Bergambar dimana2 saja, teruja abis semuanya~

~ Hebatkan kami, bergambar saja sepanjang masa,masa ni semua gembira lagi hihihihi~~

~Semua gembira naik 4wd..jeng..jeng lepas ni tak gembira dah..hehehe~~

Perjalanan diteruskan ke puncak telekomunikasi di Telapak Buruk dengan menaiki 4wd, perjalanan diiringi dengan angin sepoi-sepoi bahasa, usik mengusik dan gelak ketawa dalam suasana yang penuh ceria dan gumbira. Namun kami sangka panas hingga ke petang, tetapi di tengah-tengah perjalanan 4wd yang pertama telah terlanggar sarang lebah maka lebah pun naik amuk dengan menyengat beberapa peserta yang girang gembira tadi.Kebanyakan peserta yang kena sengat ialah peserta lelaki kerana mereka duduk dibelakang manakala peserta perempuan gelak ketawa sahaja melihat aksi2 tepis peserta lelaki yang tak ubah ala2 filem kungfu Jackie Chan. (sorilah kami mampu gelak sahaja). Antara peserta yang teruk kena ialah adik Helmi Kujaji aka Kuali kena 5das (shiannnn dia), Guide Wak pun kena 3das, yg lain2 pun kena juga berdas-das cuma berapa das pun taktau daaa.

~ Alolololo…sekali kena 5das la.Shian lor adik Helmi…pewai terus~

Kami pun sampai di puncak telekomunikasi, Gunung Telapak Buruk pada jam 10.15pagi. Peserta sangat teruja mengambil gambar di sana sini (Peserta2 kali ini ke semuanya suka bergambar sana sini glamour abis). Setelah itu sedikit briefing dilakukan oleh Abg Yus selaku penganjur dan juga guide En Wak. Sesi doa tidak dilupakan oleh Abg Aji @ Botak @ DD yang baru pulang dari umrah (air zam2 mana Bang Aji). Tanpa sesi memanaskan badan, kami terus bergerak menuju ke kawasan Liberator B-24 jam 10.50pagi.

~Briefing oleh Abg Yus dan Guide kami yang pakai baju Pink tu ya, (Wak aka wanita Berhalkum). Perggghhhhhhh terserlah kepalsuan mukanya ketika ini, Hahahaha~~

Perjalanan yang diketuai oleh guide Wak @ nama samarannya Wanita Berhalkum mendahului perjalanan disertai dengan peserta-peserta wanita. Wak telah memperingati kami supaya tidak terlalu jauh gap antara kami kerana jalan trekking yang di lalui oleh kami ialah jalan haiwan-haiwan di dalam hutan ini. Perjalanan kira okla ada turun naik..turun naik..jalan datar, naik lagi , turun,turun. Sepanjang view ke Liberator macam hutan biasa la (ada ke hutan luar biasa),so kami enjoy dan layan mental masing2. Ada yang sembang,ada yang masam durja,ada yang sengih saja sepanjang perjalanan. Macam-macam pun ada. Di dalam perjalanan tetiba rasa gap orang belakang terlalu jauh,jadi aksi roger and out dilakukan, seorang peserta baru tak pernah hiking, iaitu Ina ada BF (bukan nama sebenar) agak pancit dan kurang stamina dan melambatkan sweeper yang terpaksa teman dia jalan bersiar-siar di dalam hutan. Ada beberapa pit stop terpaksa dilakukan kerana En Wak tidak mahu gap antara kami terlalu jauh.

~Sesi bergambar pose2 untuk profile picture fesbuk, heheheh~

Semasa berhenti untuk mengambil nyawa yang agak semput, sesi perkenalan secara mendalam dilaksanakan oleh Wak. Masa ni kami dah ketawa mengilai dengar lawak-lawak kurang bernas dari Wak.(kalau Cik Ponti dengar kami ketawa mesti dia lari,bukan kami yang lari,ahahahaha). Secara seriusnya Guide kali ini memang best, kami tersangat terhibur dengan keletahnya walaupun ada ketika kami rasa ceritanya itu hanyalah tipu semata-mata (hehehe). Perjalanan tetap diteruskan, Jalan punya jalan, naik turun macam biasa, ada yang laju, ada yang macam bersiar-siar, ada yang lari2 anak tibalah kami ke tapak Liberator-B24 pada pukul 1.00tghari. Tapi masa tu tak berapa teruja sangat, sebab masih tercari-cari dimanakah bangkai badan pesawat,sebab cuma nampak serpihan sayap sahaja. Rupa-rupanya Wak bagitau kami semua kena turun bawah daaa. Bangkai Pesawat ada berdekatan dengan water point. Adoi masa tu tepuk dahi semua. Disebabkan takde tangga ka, escalator ka nak turun bawah, so nak tak nak kena turun juga (siapa nak dukung ko trun bawah wey!), sampai bawah.

~jejaka2 terhangat di pasaran@hutan sedang bergambar dengan serpihan, hehehe~

~Gaya tak hengat masing2 ^^”~

Acara wajib yang ditunggu2 iaitu apa lagi bergambar le dan pose ala2 model terus menjadi-jadi. Ke semua peserta sangat teruja bergambar sana sini tanpa menghiraukan penat masing-masing. Keadaan bangkai pesawat memang sangat uzur (yala dah terhempas zaman Jepun tu), dan serpihan terdapat di sana sini. Kesemua peserta perlu berhati-hati untuk mengambil gambar di dalam badan pesawat. Setelah acara bergambar ala2 model yang kalau tak ditamatkan oleh Wak memang tak tau nak habis bila,kami pun pergi refill water,sebab kat atas puncak memang takda air (air mata adalah,heheh).Naik semula ke atas, untuk solat Zohor dan lunch nasi lemak, ayam goreng yang ditapau awal2 lagi oleh Abg Yus. Setelah selesai semua, perjalanan diteruskan pada jam 3.20pm.

~Antara serpihan pesawat Liberator b-24 yang terhempas pada tahun 1945~

~Lunch ,solat Zohor, rehat sebentar before teruskan perjalanan ke Puncak Berembun~

Jalan punya jalan dan jalan,turun naik,naik,naik,naik…sampailah kami di Puncak Berembun pada 5.30petang. Yes, Alhamdulilah!!. Sampai saja ada yang pasang hammock, buka groundsheet, ada yang terus buka ration nak masak,ada yang termenung mengenang nasib,ada yang bergelak tawa suka2 gembira dan ada juga tak habis-habis bergambar (hihihi). Sebab tengok cuaca agak mendung, sesi masak memasak diketuai oleh Abg Bear Oren @ Jerol @ Nyah/Mak telah memulakan tugasnya. Disebabkan banyak sangat tukang masak tak professional yang memberi nasihat, nasi dimasak agak mentah namun tukang masak tambahan iaitu Cikgu Hanim dengan pantas mengambil alih tugas memasak nasi di dalam mestin. Sesi memasak juga diselangi oleh gurauan oleh wanita berhalkum @ Wak. Memang habis tersembur air liur tukang2 masak dalam masakan (oppppsss, pecah rahsia bukan salah kami,hahahha). Di dalam pada itu juga, terjadi misteri kari daging hilang 2 peket sehingga menyebabkan Abg Bear bermuram durja. Setelah kena pujuk sepatah dua, Abg Bear bersemangat memasak kembali sambil ditemani dengan girlfren sementaranya iatu Ina ada BF. Setelah berhempas pulas repair nasik mentah, dan mereka menu yang ntah apa2, akhirnya siaplah menu2 masakan pada malam itu iaitu Sayur Kubis Masin Gila, Nasi Mentah Sikit2, Kari Daging dan Kentang, Papadom, Ikan Masin dan juga paling special sekali yang dimasak oleh Abg Bear dengan penuh kasih sayang iaitu, Telur Goyang (ahahahaha).

~Yes!! Alhamdulilah, muka puas semua bila dah sampai atas, Puncak Berembun!!~~

~Sesi memasak di ketuai oleh Abang Bear@Jerol sambil ditemani oleh gadis2 lincah didapur yaawwww~

Selepas siap masak, acara makan makan dimulakan. Semua makan dengan lahapnya tak pandang dah rakan2 lain sebab penat dan lapar dan sejok. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mandi (hahahah ada ka), bersih2kan badan, solat dan ada yang ready nak tidur. Setelah makan, acara beRamas Mesra atau acara cerita penglipulara dimulakan oleh Guide @ Wak @ wanita berhalkum. Memang bergegar Puncak Berembun malam tu, abis kering gusi2 kami dengan lawak2nya yang tak masuk dek akal. Antara nasihat2nya utk para2 teruna yang mencari bakal isteri ialah mesti anggun di pesta, lincah di dapur, dan yang ketiga ?? misteri (hanya untuk yang dah kawin sahaja, hahahah). Ada juga lagu2 yang bermain dibibir2 peserta seperti “Adik-adikku, InsyaAllah Boleh”. Dan tidak ketinggalan tagline nya,Perghhhhhhhhhhhhhhhhh. Para peserta wanita surrender awal kerana tidak tahan lagi diusik oleh Wak sehingga ada peserta taknak makan sebab tak tahan kena usik dengan Wak.heheheh. Thanks to Abg Kaede sebab bawah khemah Taliban untuk peserta perempuan, kalu tidak kami terpaksa tumpang haram khemah org lelaki.(hahahaha). Peserta-peserta wanita hanya mampu ketawa dalam sleeping beg sahaja sambil2 curi dengar cerita Wak sambil mata pun dah tertutup layu. Sesi merapu oleh Wak diteruskan sehingga pukul berapa tak pasti.Yang pasti semua peserta krem perut dan krem rahang mulut, malam tu sebab ketawa tak henti2. Agak-agak dlm pukul 11.00mlm lebih kurang, semua dah keletihan dan semua pun tidur,zzzzzzzzz untuk refill tenaga untuk keesokkan hari. Seperti biasa, lagu2 pelbagai irama sekali kendengaran namun kami semua tido nyenyak jugalah.

~Kami-kami yang Berjaya menawan Puncak Berembun!!yeah~

Ahad 18/03/2012
Terdengar ayam berkokok(memang tipu sangat), dalam jam 5.30pagi, ada yang bangun buat senaman pagi, ada yang bangun pergi termenung, ada juga ready nak solat subuh, ada juga yang masih diulit mimpi. Masing-masing dengan cara tersendiri. Setelah ketua Chef @ Abg Bear bangun dr tidur maka sarapan perlu disediakan secepat mungkin sebelum peserta-peserta lain mengamuk. Menu pagi itu ialah air milo Nescafe dan nasi goreng campur2. Peserta2 diperingatkan oleh guide supaya bersedia jam 9.00pagi untuk sampai ke bawah secepat yang mungkin. Kemudian acara bergambar (lagi!!) dimulakan. Abis setiap sudut puncak semua peserta nak bergambar dan acara JC serba ringkas dilakukan. Kemudian briefing terakhir oleh Abg Yus, dan seperti biasa tanpa senaman panaskan badan (hebak2 semua peserta), trekking menuruni puncak dilakukan. Perghhhhhhhhhhhhhhhhh…. Trek turun curam dan licin. Terjadilah pelbagai aksi yang menarik sepanjang menuruni trek ini. Antara aksi2 yang tak sempat dirakam oleh video ialah aksi mengelongsor dari atas sampai bawah, aksi lutut gigil ala2 nenek dan yang paling best sekali tak pernah dibuat oleh peserta2 lain ialah aksi sujud syukur menyembah bumi oleh Cikgu Hanim kita…(haahhaha sori nim).

~Briefing terakhir before turun trek curam,Perrrrrrrrrghhhhhhhhh~~

Di dalam perjalanan menuruni trek, tetiba rasa macam ada gegaran dari arah belakang.Dalam hati ishhhh apa ni. Gentar juga. Tengok2 cikgu Jijah @ Azizah turun dengan lajunya dengan kelajuan cahaya (tipu je). Huh..ni kuasa power puff girls ke apa ni( dalam hati terdetik). Dia sakit perut nak memerut ke hapa ni. Bila sampai kat sebelah je, kami tahan dia, tengok2 Cikgu Jijah tengah nangis. Arghhhhhh mental koyak ke apa dia ni. Pastu suruh dia stop jap tanya kenapa. Jeng..jeng sekali tengok mata dia dah bengkak kena sengat lebah. Apalagi..kelam kelibut cari ubat tahan sakit. Jerol cari cari dalam beg tak jumpa padahal memang ada. Last2 jumpa paracetamol aje, bedal jelah bolehla buat tahan sakit. Mata dia dah bengkak macam serupa lebih kurang kena tumbuk dengan Mike Tyson. Jijah nangis, arghhhhh mental tengok dia macam ni.Then pujuk2 dia and suruh dia turun laju sikit sebab dia kata dah sakit kepala. Biasalah dah masuk hutan memang macam2 boleh jadi,cuma kena hati2.

~Model-model kambing di Gua Kambing, hihihihi~

~Rehat sebentar di Gua Kambing, mmmmmbeeeeeeekkkkk~

Kami tiba di Gua kambing (kambing memang takda pun atau memang tak pena ada) pukul 10.30pagi. Ambil masa lama sikit rehat sebab Cikgu Jijah perlu rehat sebab kena 2das oleh lebah. Sesi bergambar memang tidak dilupakan dan sesi gossip dan sesi merapu ikan kerapu diteruskan oleh Wak. Kami yang memang dah letih terpaksa kremkan perut lagi untuk ketawa berdekah-dekah dengan lawak Wak. Memang kering gusi2 kami asyik ketawa saja. Peserta paling lewat tiba iaitu Ina ada Bf pun dah mental dengan trek curam tadi. Dia banyak mendiamkan diri mengenang nasib diri dalam hutan (terpaksa kenang sorang2 hehehe). Tuan Sepul yang menemaninya juga mental separa koyak (masa ni sepol bertukar jadi garang) disebabkan terpaksa teman dia jalan lambat dan ada beberapa kali tersasar dari trek. Kami sambung perjalanan pada 11.20pagi, biasalah ada yang laju macam masuk Power Man, ada yang macam lari2 anak, ada juga jalan2 sambil sembang2 pukul berapa nak sampai, ada yang lengang mak lenggang pun ada,macam2 style peserta semua bergantung pada stamina masing2. Beberapa pit stop haram terpaksa dilakukan mengenang nasib peserta yang retak menanti belah iaitu Ina ada BF yang jauh ketinggalan. Guide pesan kami tak boleh terlalu jauhnya gapnya.

~Heheheheh kami mandi, diorg kena masak, kami memang pentingkan diri sendiri, hihihi~~

~Aksi penerjun-penerjun kurang professional hehehehe~~

~Perrrrghhhhhhhhhh, sapa2 tak pergi sila jeles.hehehehe~

Perjalanan kemudian diteruskan hingga sampai ke jeram dan air terjun. Apa lagi semua buka kasut,baju, seluar…dussssssss main air puas2. Ada juga yang layan blues karat di tepi2 batu (nasib takda gitar je). Ada juga yang menangis sorok2 mengenang nasib diri.(Heheheh len kali training ek before hiking). Abg Bear dan Cik Ajis pula terpaksa menjadi tukang masak secara bidan terjun akibat kebanyakan peserta-peserta yang lain lupa diri melihat kecomelan dan kesejukan air sungai yang mengalir. Semua layan diri masing2 dalam air tanpa menghiraukan perut yang menyanyi2 untuk disi. Menu tengahari di tepi jeram ialah Mee Bandung Sedap tapi Masin, Roti cicah Sardin dan Air Teh Peach panas2. Terima kasih kepada Abg Bear dan Cik Ajis kerana sanggup tak mandi dahulu dan masak untuk kami. Kami semua memang pentingkan dan lupa diri apabila melihat air sungai (hihihihi). Sayang Abg Bear n Ajis. Selepas selesai solat Zohor,makan dan mandi, cerita tipu sana sini, perjalanan diteruskan untuk sampai ke destinasi pulang pada 2.45pm. Guide cakap dlam 20min trekking je. Semua dah gembira dan ada juga nyanyi2 sambil jalan laju2. Tetiba masa kat tengah2 Ina ada BF sekali lagi gigil lututnya, sehingga terpaksa memberi isyarat signal ke tepi bagi membenarkan peserta-peserta lain yang sangat laju macam dah masuk acara marathon gamaknya untuk ke garisan penamat. Turun naik turun naik..akhirnya sampai juga kami jumpa juga jalan pulang pada 3.30pm. Alhamdulilah syukur. Cik Rizal siap buat sujud syukur tiru aksi Cikgu Hanim masa kat trek curam,hahahahah.

~Akhirnya berjaya juga menamatkan pendakian, Alhamdulilah, semua selamat~~

~Sesi bergambar yang tak habis-habis~

~Bergambar lagi dan lagi dan lagi,heheheheh~

Apa lagi dah sampai,sesi bergambar yang memang tidak pernah dilupakan dan tak habis2 (peserta2 kali ni memang gila bergambar). Kelihatan cuma ada satu 4wd saja yang menunggu kami, kami peserta2 wanita cabut dulu la kecuali Ina Omar yang sentiasa menemani kekasih gelapnya (hihihi). Sampai di Balai Polis Pekan Pantai, peserta-peserta semua gembira kerana berjaya mengharungi pendakian kali ini tanpa ada kecederaan yang serius. Alhamdulilah tahap kecederaan hanyalah duri-duri pokok, kenduri pacat dan lebah dan lebam sana sini akibat sesi mengelongsor. Perghhhhhhhhhhhh (bak kata Wak) hebat betul peserta-peserta kali ini. Tak lama selepas itu, 4wd yang ke dua pun tiba melengkapkan semua peserta pendakian kali ini. Sesi bergambar (lagi dan lagi!!) diteruskan di Balai Polis Pantai, kemudian perjalanan di teruskan pula ke restoran De Pantai untuk menikmati makan petang (terima kasih abam Yus sebab belanja kami semua,lenkali kami pula belanja,hihihi). Selepas sesi membersihkan badan (ada juga yang tak mandi tapi berlagak macam wangi) , kami semua bersalam salaman bagi yang muhrim saja sebelum semua pulang ke rumah masing-masing dengan memori yang tak dapat dilupakan.

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan aktiviti ini dan paling best terima kasih kepada Guide @ Wak @ Wanita Berhalkum yang sentiasa membuat kami gumbira sepanjang trekking Gunung Telapak Buruk (B-24) dan Gunung Berembun. Terima kasih di atas semua peserta yang saling membantu antara satu sama lain di waktu-waktu yang diperlukan. Di harap pihak pengurusan KOHM dapat menjemput Guide Wak untuk menjadi guide untuk aktiviti-aktiviti lain. ~Janji tawwwwwww 

~Dedicated khas untuk Guide kami Wak @ Wanita Berhalkum. Hahahahahhaa,memang best~

:: Report Disediakan : OHM 00292

8 comments:

  1. Salam, berapa jam diperlukan untuk hiking dari starting point hingga ke peak? Tq

    ReplyDelete
  2. Dr puncak telapak buruk trekking ke pesawat terhempas dlm 3jam.pastu ke puncak pn lebih kurang 3jam.harap dpt membantu

    ReplyDelete
  3. En Azmi, orang yg ada contact tu masih dalam hutan. Nanti kami akan reply secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. BOLEH BG NO GUIDE...WHATSUP SAYA
    0162667417

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.