Sunday, January 15, 2012

RS - Survey Bukit Kutu

Tarikh : 14 Januari 2012


Bukit Kutu yang terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Baru telah menjadi destinasi survey oleh ahli KOHM sebelum aktiviti rasmi KOHM yang sebenar dapat dilaksanakan di sini.

Dengan kekuatan 5 ahli sahaja yang berjaya muncul di tepi empangan pada hari kejadian, usaha murni untuk mengusha lokasi tidak terpadam dari sanubari setiap peserta. Ahli-ahli KOHM yang terlibat ialah Nazril Yen, Nazrul Sohoq, Tuan Sepul, Uncle Zainul dan jugak seorang wakil wanita iaitu cik Ninie.


8:30 pagi: Kerana berpegang pada prinsip menepati janji dan masa, kami semua sudah muncul di tepi Empangan Kuala Kubu Baru sementara menunggu group ‘Jiwa Kacau’ (betul ke ada nama group ni? Group Sue Gaban dan kechik) yang akan menjadi guide KOHM. Berita diterima mengatakan mereka tidak dapat datang awal ke tempat kejadian kerana terpaksa patuh kepada jadual KTMB yang mana salah seorang daripada mereka baru sahaja tiba dari Nilai. Jadi terpaksala kami menunggu sambil makan kuih muih dan bergosip lebih kurang.


9:15 pagi: Gerombolan group tersebut tiba di lokasi dengan car pool yang sungguh mengkagumkan, penuh satu kereta bersesak-sesak…..ini baru nama car pool. Apalagi, terus gerak bersama mereka ke Kampung Pertak dan bersiap-siaga untuk melaksanakan misi.


9:41 pagi: Perjalanan bermula – dari car park kena melalui 2 jambatan gantung, lepas tu melintasi sungai. Dalam gak sungai ni, tak boleh lompat-lompat batu, jadi kenala cabut kasut dan stoking untuk keselesaan akan datang. Lepas tu melalui rumah orang asli. Disambut oleh anak-anak orang asli yang tengah syok makan durian (diorg tak ajak pun), lepas rumah tu terus masuk hutan (atau kebun durian diorang). KOHM telah join group ‘jiwa kacau’ seramai 10 orang dan juga group ‘Hawa’ (tak pasti nama dia) seramai 5 orang. Jadi total 20 orang. Pendakian bermula selepas dusun durian, yang memang banyak durian dia gugur. Dan jumpa jugak group pendaki uncle-uncle dan auntie-auntie Chinese dalam 10 orang…kira ramai jugak la tu kan. Pendakian dilaksanakan ikut kederat masing-masing, ada yang laju, ada yang perlahan, ada yang bergelak ketawa, ada yang bermuram durja, ada yang santai, ada yang menyumpah-nyumpah…sebab trek dia tahap mencanak jugak. Jadi takde harapan la jadi keretapi dan jalan sesak. Tengah jalan jumpa group pakcik polis katanya, 4 orang sahaja.


11:00 pagi: Kami tiba di Gua/Batu Kambing (betul ke nama dia kambing? Aku pun tak tau) tempat berbatu-batu yang sungguh menakjubkan, sungguh best tahap gaban (teringat lak dengan Gunung Batu Putih dan jugak Batu Maloi). Lepak dulu sini sambil borak dengan group Chinese tu dan ambik gambar apa patut sambil makan kuih yang terlebih. Kami diberitahu dari lokasi batu ni ke puncak akan mengambil masa 1 jam lagi, lepas rehak dan berfoya-foya dalam 1 jam, kami pun bergerak naik.


12:00 tengahari: Pendakian bermula, agak curam dan jugak banyak discount, macam menurun pun ada jugak, jalan datar pun ada jugak..musykil jugak. Jangkaan untuk tiba dalam masa 1 jam tak tercapai, give up ada jugak. KOHM telah berjaya di potong oleh dua tiga orang group OGKL yang bergerak dengan kepantasan merentas desa, kami hanya boleh bagi signal ke tepi ajela, mana larat nak join diorang buat marathon. Untuk pengetahuan, group OGKL juga naik seramai 58 orang. Setelah berhempas pulas, akhirnya kami tiba jugak di kaki puncak.


1:35 petang: Kami tiba di kaki puncak bukit Kutu. Disini terletak Chimney dan tapak rumah tinggalan zaman penjajah. Chimney ni dalam bahasa melayu ialah cerobong asap, orang putih dulu kalau dia sejuk, dia guna chimney ni untuk panaskan rumah dia. Ada tinggalan tangga rumah dan juga tiang batu sahaja.Terdapat juga 2 biji telaga (atau tempat simpan air yang diperbuat daripada simen dan besi. Satu telaga tersebut sudah dicuci dan air dia ditadah dari air hujan (jenih jugak airnya, utk mencuci dan ambik wuduk bolehla) katanya geng-geng bomba yang bersihkan telaga tersebut. Telaga satu lagi teramatlah kotor, dan perlu dicuci kalau mahu digunakan. Menurut uncle Cina itu, rumah bungalow ni adalah rumah istirehat penjajah dulu, dia siap tunjuk gambar lama lagi. Kami ambik keputusan untuk makan tengahari dulu sebelum naik kepuncak dan juga ke kubu lama/sanitarium. Sambil makan-makan dan beristirehat tu, ada jugakla jumpa group UIAM seramai lebih 20 orang agaknya, kira meriah tahap hari raya la kat atas tu bila semua orang dah sampai…lu kira la sendiri.

Lepas makan dan berkemas, kami naik kepuncak, iaitu seketul batu yang tahap gayat dia hanya Nazrul Sohoq yang tau. Kerana memikirkan ahli lain belum kawin lagi, jadi hanya uncle Zainul sahaja yang berjaya memegang banner KOHM atas puncak tu.

Lepas berjaya mengatasi tahap gigil, kami bergerak pula dalam 10 minit ke tapak kubu lama/sanitarium. Tapak ini mempunyai unsur-unsur runtuhan binaan yang agak menarik dan jugak gak menyeramkan. Tapi tempat dia aman sangat. Kami pergi situ pun selepas diberitahu kewujudannya oleh group Hawa dan group uncle cina tu. Ada la 3 orang lain follow kitorang iaitu group Bonda ke situ. Lepas puas bergambar dan buat kelakar apa patut, kami pun bergerak keluar.


3:35 petang: kami bergerak pulang dengan menggunakan modul lori kontena, dengan nini bertindak sebagai kepala lori dan kami berempat sebagai kontenanya…..dalam erti kata lain, kontena takleh lintas kepala lori. Group-group lain tak turun lagi. Tengah jalan jumpa la dgn brader group Deuter Air Contact, katanya nak bemalam kat atas – tapi dia sorang aje, sebab kawan2 dia akan naik lepas maghrib. Tengah syok berjalan tetiba hujan telah turun dengan lebatnya. Nak buat camna, mana ada R&R kat situ, terpaksala go head aje. Almaklumla lori kontena, slow, jadi asyik kena potong ajela dengan orang lain. Tapi takpe, biar lambat asal selamat, walaupun kepala lori kami mengalami masalah teknikal beberapa kali dan jugak tergolek ‘dog’, tapi kami tetap respek dengan kepala lori kami yang mempunyai daya juang yang tinggi.


4:35 petang: kami tiba semula di Gua Kambing. Rilek jap isi minyak sambil borak-borak dgn brader ex-UIAM. Memandang Yen dah estimate kami perlu tiba di kereta jam 5 petang, kami pun dangan pantas pun turun. (mmg tak munasabah langsung estimate yang dibuat oleh yen itu). Hujan dah berhenti, dan lagi magic rerupanya tak hujan pun lepas Gua Kambing tu. Tengah jalan kami jumpa lak geng Gunung Online 4 orang, diorg pun nak tidor kat atas jugak rupanya, lepas borak panjang sambil ditokok tambah dengan cerita hantu lebih kurang, kitorg pun terpaksa gerak kerana baru perasan rupanya kepala lori kami telah meninggalkan kami berempat. Apalagi kami terpaksa kami berlari-lari bapak punya laju…punyala jauh dia tinggal kami, sebab syok sangat berborak. Bila sampai kat kebun durian, jumpa lak dgn satu group otai, baru lepas makan durian, diorg pelawa kami makan sama, apa lagi, makan la…orang ajak makan. Kat rumah orang asli, ada group yang tengah berunding harga durian, kami tak beli pun, sebab dah kenyang makan durian dalam kebun tadi, kat situ gak kami lihat ada awek orang asli…..ishk, ada awek gak situ.


6:35 petang: Kami tiba di tempat parking kereta. Kelihatan group ‘Hawa’ dah siap mandi jeram rupanya. Kami tak nampak group ‘Jiwa Kacau’, rerupanya diorg tunggu kami kat Jeram, siap tolong buatkan air teh dan kopi o lagi. Diorg dah turun 2 jam lebih awal dari kami. Tapi melepak kat jeram sebab tunggu KOHM sampai. Thank you, korang mmg outstanding. Apalagi, melompat dalam jeram dan mandi-manda.

7:15 petang: bergerak pulang, singgah makan kat simpang Batang Kali, dan tukar tayar kereta bocor, jam 9 malam, masing-masing menuju pulang.

Kesimpulan survey :
1. Tempat menarik untuk di lawati oleh KOHM
2. Sesuai untuk kaki kamera
3. Boleh buat JC – sampah tak la banyak sangat, tapi ada jugak
4. Trek dia mencabar, walaupun bukit tapi lebih hebat dari trek Angsi
5. Untuk overnight, kena bawak air utk memasak, untuk membasuh, boleh guna air telaga.
6. Air jeram dia jernih dan bersih
7. Kalau boleh, bawak jajan utk anak org asli atau baju apa patut
8. Kalau nak bersihkan telaga yang kotor tu, kena bawak tali.

2 comments:

  1. aslm bro nak tanya kalo nak g sana kena ada pemandu arah ka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu, tapi elok ada sorang yg dah biasa pergi kat sana. sebab ada satu dua simpang yg mengelirukan. Sebelum pegi elok buat report kat balai polis terdekat.

      Delete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.