Saturday, January 14, 2012

Riadah Santai : Gunung Baling - ladies -


Akhirnya termakbul hajat cik Zt untuk ketemu kawan yang dah lama berjanji nk jumpa and trekking sesama di kampong halaman. Bertemankan cik Isma, kami telah merentas perjalanan selama 4 jam untuk bertemu dengan cik Izan. ~ jauh kan perjalanan dari KL ke Sungai Petani ~

Pada hari Sabtu (7 Jan 2012), alhamdulillah kami berjaya meneruskan program yang dirancang tak sampai seminggu iaitu untuk menawan puncak Gunung Baling. Dengan kudrat 2 orang gadis yang dah lama giler tak trekking nie dan pengakuan ikhlas dr Isma..'dh resign sebenarnya trekking nie', tetapi dengan berkat kesabaran guide iaitu izan..kami telah 'berjaya' mengatasi rasa malas itu.

3 single ladies ini telah memulakan trekking pada jam 1135am (lewat kan). Al-maklumla, keluar umah pun dekat2 10am di atas permintaan orang jauh yang mata tak dapat dibuka sebab masing-masing kekurangan tido (air-cond bas sejuk seh - bukan alasan tp kenyataan). Perjalanan dari Merbuk ke Baling boleh dikatakan mendamaikan juge kerana kiri kanan masih banyak kawasan kampong, pemandangan bukit-bukit yang menghijau dan traffic yang tak sesebok KL. Masing-masing speechless masa Izan menunjukkan puncak yang nak didaki, sbb tinggi tuh.. Ye lah, dah lama tak mendaki, asyik naik turun guna escalator or lift ni. Tapi sbb alang-alang dah sampai, perjuangan harus diteruskan...kan kan. Lupa lak, kitorg akan mendaki hingga sampai ke puncak yg ada huruf 'I'. Dari penceritaan Izan and Isma, kerajaan nak letak perkataan BALING kt puncak gunung tu, tapi coz nak naikkan huruf2 nie agak costly, huruf ‘I’ je yg sempat. Dun worry, kt Rock Garden akan nampak takal yang cuba digunakan untuk menaikkan huruf2 nie secara manual..tp masih tak berjaya.

puncak 'I'


Persiapan amat-amat rapi telah dilakukan seperti memakai tight, berstokin (kecuali guido lah) kerana pembacaan dari internet telah menyatakan bahawasanya kawasan ini didiami oleh fauna yang amat dielak-elakkan untuk ketemu..iaitu pacat. Ini jugak salah satu faktor 'why trekking so late?', sebab cik Zt berharap bila panas, pacat-pacat tu kurang active..ehehe. Sebaik sahaja park kete bawah pohon jambu di rumah yang tidak diketahui tuannya di Kg. Bawah Gunung, kami pun stretch skit-skit sekadar nk cukupkan syarat. Baru nk masuk mukadimah (kwsn kebun2), terserempak dgn 3 org yg baru turun. Kira good sign lah, ade org naik turun dgn selamat.

Trekking gunung Baling nie memang kaw-kaw abes, dia kasi 'naik' je start dari mula sampai la ke puncak. Pagok tu tak de la sangat, tp sbb 'naik' tu kena langkah/panjat batu-batu...memang abes kudrat kt situ..and kitorg nyer muka mmg dh kelat abes sampaikan guido bertanya ‘ok’ pun malas nk jwb. Penat sampaikan buat rules, 'setengah jam trekking..rest jup'. Izan mmg kena sabo je la sbb minah-minah pewai yg nmpk batu je trus bersandar mcm dh sampai puncak. Oh, pacat memang ada, byk kt area kebun. Tapi sbb cuaca panas, pacat tak banyak sangat dan boleh nampak jelas kehadiran dia. Zt mata memang sentiasa kt bawah je, sbb bersedia nak langkah/lompat pacat2 yg ada. Kt area kebun ni ade pokok bunga kantan..’sedap nie tarok dlm tempoyak’.

Trekking kali nie memang memberikan kenangan untuk Isma, sbb dia akhirnya mengaku kalah selepas trekking 20 minit - muntahkan segala isi perut kt tepi trek. Seb baik brekfest mkn kuih je kan ye...hehe. oleh sbb itu, meh nk share info psl gunung yang telah berjaya melemahkan Isma. Ketinggian lebih kurang 420 meter. Ia merupakan sejenis gunung limestone outcrops atau bahasa mudahnya yang ada gua batu kapur yang dihuni kelawar. Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah.




Akhirnya pada jam 12pm (yg rasa mcm dh lama gilerrr terkking), kami selamat sampai ke pit stop 'white limestone'. Zt mengambil peluang pilih batu yg best sbb nk landing dan isma terpaksa menerima kenyataan yang dia tewas di gunung Baling berbanding gunung-gunung lain. Setelah lega skit, sesi bergambar pun bermula sbb kemungkinan besar pelancong dari KL nie tak akan repeat ini gunung..kan cik guide.



Pendakian pun diteruskan semula, yang kali nie tetap trek 'menaik', tapi dia tambah skit...kena 'memanjat batu-batu'. Seperti biasa, 'setengah jam trekking..rest' masih diteruskan. Izan bersetuju tapi dia mention la, selalunya trekking mengambil masa 2 jam je, jd mungkin kali nie jadi 3 jam kot sbb byk rest – perli secara berhemah -. Menurut kajian diri sendiri, trek dia lain sbb banyak batu-batu besar yang kena langkah dan panjat - penyebab utama why we lost our energy..so much. Sebelum sampai ke puncak, kami perlu sampai ke Rock Garden yg dikatakan mcm Bukit Tabur skit. Sepanjang perjalanan, kami dapat tgk view bukit-bukit yg menghijau..and plg syok ade satu tempat tu.. leh bau belacan yg bau nya dtg dr kampong kt bawah yg ade buat perusahaan belacan (info dr Izan).

Setibanya di Rock Garden, kami tidak melepaskan peluang bergambar sakan. Isma yg gayat pun dipaksa sbb rugi kalau x posing di certain area yg mcm menarik..a bit mcm kt Bkt Tabur kot. Kt sini banyak batu2 yg tajam, jd kena berhati-hati lah skit.


Akhirnya tepat jam 1.55pm, kami sampai ke puncak. Apa lagik, Zt trus baring, Isma trus duduk and Izan bersiap sedia mengeluarkan peralatan memasak sebab nk buat milo panas. Puncak dia x de la nmpk view, sebab dilindungi pokok-pokok. Jadi, untuk mengambil gambar pemandangan sekitar dan juga pekan Baling, kami bergerak ke kawasan yang ada huruf ‘I’ tuh. Hmm...patut lah cost yang tinggi diperlukan untuk menaikkan dan memasang huruf-huruf ni kerana bukan saja size yang besar, tp kesukaran kawasan nk pasang. Berbaloi jugak la meneruskan pendakian kerana keadaan di atas sangat mengujakan...nampak pekan Baling, jalan ke Pengkalan Hulu dan sebagainya. So...green.


Setelah puas bergambar berlatar belakangkan pekan Baling, kami pun mengambil keputusan untuk bergerak turun kerana langit dh nmpk mcm mendung skit2. Pendakian turun bermula pd jam 230pm hanya mengambil masa selama 1 jam setengah. Keletihan tidak terasa dan masa berjalan tak disedari disebabkan sepanjang turun tu sebab sesi luahan rasa dan perkongsian pengalaman lepas-lepas telah dilakukan..dgn jayanya. Terima kasih kpd penglipur lara utama, iaitu Izan. Selepas mendaki, boleh lah meneruskan perjalanan ke tempat-tempat menarik yg lain sbb kt Baling nie byk juga kawasan rekreasi nyer.


Kesimpulan cerita, gunung Baling harus didaki kerana menjanjikan pendakian yang berlainan (sgt bersetuju tidak berapa sesuai untuk beginner dan kanak-kanak) dan pemandangan yang menarik.

2 comments:

  1. Terasa teruja ngan cerita n pengalaman terindah nie...lepas nie try ler tawan Gunung Pulai yg sejajar ngan Gunung Baling tu...hihihi

    ReplyDelete
  2. Dah lama teringin naik gunung baling. tapi tak tahu jalan ke atas. ada sapa2 yg blh jadi guide...

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.