Sunday, January 15, 2012

RS - Survey Bukit Kutu

Tarikh : 14 Januari 2012


Bukit Kutu yang terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Baru telah menjadi destinasi survey oleh ahli KOHM sebelum aktiviti rasmi KOHM yang sebenar dapat dilaksanakan di sini.

Dengan kekuatan 5 ahli sahaja yang berjaya muncul di tepi empangan pada hari kejadian, usaha murni untuk mengusha lokasi tidak terpadam dari sanubari setiap peserta. Ahli-ahli KOHM yang terlibat ialah Nazril Yen, Nazrul Sohoq, Tuan Sepul, Uncle Zainul dan jugak seorang wakil wanita iaitu cik Ninie.


8:30 pagi: Kerana berpegang pada prinsip menepati janji dan masa, kami semua sudah muncul di tepi Empangan Kuala Kubu Baru sementara menunggu group ‘Jiwa Kacau’ (betul ke ada nama group ni? Group Sue Gaban dan kechik) yang akan menjadi guide KOHM. Berita diterima mengatakan mereka tidak dapat datang awal ke tempat kejadian kerana terpaksa patuh kepada jadual KTMB yang mana salah seorang daripada mereka baru sahaja tiba dari Nilai. Jadi terpaksala kami menunggu sambil makan kuih muih dan bergosip lebih kurang.


9:15 pagi: Gerombolan group tersebut tiba di lokasi dengan car pool yang sungguh mengkagumkan, penuh satu kereta bersesak-sesak…..ini baru nama car pool. Apalagi, terus gerak bersama mereka ke Kampung Pertak dan bersiap-siaga untuk melaksanakan misi.


9:41 pagi: Perjalanan bermula – dari car park kena melalui 2 jambatan gantung, lepas tu melintasi sungai. Dalam gak sungai ni, tak boleh lompat-lompat batu, jadi kenala cabut kasut dan stoking untuk keselesaan akan datang. Lepas tu melalui rumah orang asli. Disambut oleh anak-anak orang asli yang tengah syok makan durian (diorg tak ajak pun), lepas rumah tu terus masuk hutan (atau kebun durian diorang). KOHM telah join group ‘jiwa kacau’ seramai 10 orang dan juga group ‘Hawa’ (tak pasti nama dia) seramai 5 orang. Jadi total 20 orang. Pendakian bermula selepas dusun durian, yang memang banyak durian dia gugur. Dan jumpa jugak group pendaki uncle-uncle dan auntie-auntie Chinese dalam 10 orang…kira ramai jugak la tu kan. Pendakian dilaksanakan ikut kederat masing-masing, ada yang laju, ada yang perlahan, ada yang bergelak ketawa, ada yang bermuram durja, ada yang santai, ada yang menyumpah-nyumpah…sebab trek dia tahap mencanak jugak. Jadi takde harapan la jadi keretapi dan jalan sesak. Tengah jalan jumpa group pakcik polis katanya, 4 orang sahaja.


11:00 pagi: Kami tiba di Gua/Batu Kambing (betul ke nama dia kambing? Aku pun tak tau) tempat berbatu-batu yang sungguh menakjubkan, sungguh best tahap gaban (teringat lak dengan Gunung Batu Putih dan jugak Batu Maloi). Lepak dulu sini sambil borak dengan group Chinese tu dan ambik gambar apa patut sambil makan kuih yang terlebih. Kami diberitahu dari lokasi batu ni ke puncak akan mengambil masa 1 jam lagi, lepas rehak dan berfoya-foya dalam 1 jam, kami pun bergerak naik.


12:00 tengahari: Pendakian bermula, agak curam dan jugak banyak discount, macam menurun pun ada jugak, jalan datar pun ada jugak..musykil jugak. Jangkaan untuk tiba dalam masa 1 jam tak tercapai, give up ada jugak. KOHM telah berjaya di potong oleh dua tiga orang group OGKL yang bergerak dengan kepantasan merentas desa, kami hanya boleh bagi signal ke tepi ajela, mana larat nak join diorang buat marathon. Untuk pengetahuan, group OGKL juga naik seramai 58 orang. Setelah berhempas pulas, akhirnya kami tiba jugak di kaki puncak.


1:35 petang: Kami tiba di kaki puncak bukit Kutu. Disini terletak Chimney dan tapak rumah tinggalan zaman penjajah. Chimney ni dalam bahasa melayu ialah cerobong asap, orang putih dulu kalau dia sejuk, dia guna chimney ni untuk panaskan rumah dia. Ada tinggalan tangga rumah dan juga tiang batu sahaja.Terdapat juga 2 biji telaga (atau tempat simpan air yang diperbuat daripada simen dan besi. Satu telaga tersebut sudah dicuci dan air dia ditadah dari air hujan (jenih jugak airnya, utk mencuci dan ambik wuduk bolehla) katanya geng-geng bomba yang bersihkan telaga tersebut. Telaga satu lagi teramatlah kotor, dan perlu dicuci kalau mahu digunakan. Menurut uncle Cina itu, rumah bungalow ni adalah rumah istirehat penjajah dulu, dia siap tunjuk gambar lama lagi. Kami ambik keputusan untuk makan tengahari dulu sebelum naik kepuncak dan juga ke kubu lama/sanitarium. Sambil makan-makan dan beristirehat tu, ada jugakla jumpa group UIAM seramai lebih 20 orang agaknya, kira meriah tahap hari raya la kat atas tu bila semua orang dah sampai…lu kira la sendiri.

Lepas makan dan berkemas, kami naik kepuncak, iaitu seketul batu yang tahap gayat dia hanya Nazrul Sohoq yang tau. Kerana memikirkan ahli lain belum kawin lagi, jadi hanya uncle Zainul sahaja yang berjaya memegang banner KOHM atas puncak tu.

Lepas berjaya mengatasi tahap gigil, kami bergerak pula dalam 10 minit ke tapak kubu lama/sanitarium. Tapak ini mempunyai unsur-unsur runtuhan binaan yang agak menarik dan jugak gak menyeramkan. Tapi tempat dia aman sangat. Kami pergi situ pun selepas diberitahu kewujudannya oleh group Hawa dan group uncle cina tu. Ada la 3 orang lain follow kitorang iaitu group Bonda ke situ. Lepas puas bergambar dan buat kelakar apa patut, kami pun bergerak keluar.


3:35 petang: kami bergerak pulang dengan menggunakan modul lori kontena, dengan nini bertindak sebagai kepala lori dan kami berempat sebagai kontenanya…..dalam erti kata lain, kontena takleh lintas kepala lori. Group-group lain tak turun lagi. Tengah jalan jumpa la dgn brader group Deuter Air Contact, katanya nak bemalam kat atas – tapi dia sorang aje, sebab kawan2 dia akan naik lepas maghrib. Tengah syok berjalan tetiba hujan telah turun dengan lebatnya. Nak buat camna, mana ada R&R kat situ, terpaksala go head aje. Almaklumla lori kontena, slow, jadi asyik kena potong ajela dengan orang lain. Tapi takpe, biar lambat asal selamat, walaupun kepala lori kami mengalami masalah teknikal beberapa kali dan jugak tergolek ‘dog’, tapi kami tetap respek dengan kepala lori kami yang mempunyai daya juang yang tinggi.


4:35 petang: kami tiba semula di Gua Kambing. Rilek jap isi minyak sambil borak-borak dgn brader ex-UIAM. Memandang Yen dah estimate kami perlu tiba di kereta jam 5 petang, kami pun dangan pantas pun turun. (mmg tak munasabah langsung estimate yang dibuat oleh yen itu). Hujan dah berhenti, dan lagi magic rerupanya tak hujan pun lepas Gua Kambing tu. Tengah jalan kami jumpa lak geng Gunung Online 4 orang, diorg pun nak tidor kat atas jugak rupanya, lepas borak panjang sambil ditokok tambah dengan cerita hantu lebih kurang, kitorg pun terpaksa gerak kerana baru perasan rupanya kepala lori kami telah meninggalkan kami berempat. Apalagi kami terpaksa kami berlari-lari bapak punya laju…punyala jauh dia tinggal kami, sebab syok sangat berborak. Bila sampai kat kebun durian, jumpa lak dgn satu group otai, baru lepas makan durian, diorg pelawa kami makan sama, apa lagi, makan la…orang ajak makan. Kat rumah orang asli, ada group yang tengah berunding harga durian, kami tak beli pun, sebab dah kenyang makan durian dalam kebun tadi, kat situ gak kami lihat ada awek orang asli…..ishk, ada awek gak situ.


6:35 petang: Kami tiba di tempat parking kereta. Kelihatan group ‘Hawa’ dah siap mandi jeram rupanya. Kami tak nampak group ‘Jiwa Kacau’, rerupanya diorg tunggu kami kat Jeram, siap tolong buatkan air teh dan kopi o lagi. Diorg dah turun 2 jam lebih awal dari kami. Tapi melepak kat jeram sebab tunggu KOHM sampai. Thank you, korang mmg outstanding. Apalagi, melompat dalam jeram dan mandi-manda.

7:15 petang: bergerak pulang, singgah makan kat simpang Batang Kali, dan tukar tayar kereta bocor, jam 9 malam, masing-masing menuju pulang.

Kesimpulan survey :
1. Tempat menarik untuk di lawati oleh KOHM
2. Sesuai untuk kaki kamera
3. Boleh buat JC – sampah tak la banyak sangat, tapi ada jugak
4. Trek dia mencabar, walaupun bukit tapi lebih hebat dari trek Angsi
5. Untuk overnight, kena bawak air utk memasak, untuk membasuh, boleh guna air telaga.
6. Air jeram dia jernih dan bersih
7. Kalau boleh, bawak jajan utk anak org asli atau baju apa patut
8. Kalau nak bersihkan telaga yang kotor tu, kena bawak tali.

Saturday, January 14, 2012

Riadah Santai : Gunung Baling - ladies -


Akhirnya termakbul hajat cik Zt untuk ketemu kawan yang dah lama berjanji nk jumpa and trekking sesama di kampong halaman. Bertemankan cik Isma, kami telah merentas perjalanan selama 4 jam untuk bertemu dengan cik Izan. ~ jauh kan perjalanan dari KL ke Sungai Petani ~

Pada hari Sabtu (7 Jan 2012), alhamdulillah kami berjaya meneruskan program yang dirancang tak sampai seminggu iaitu untuk menawan puncak Gunung Baling. Dengan kudrat 2 orang gadis yang dah lama giler tak trekking nie dan pengakuan ikhlas dr Isma..'dh resign sebenarnya trekking nie', tetapi dengan berkat kesabaran guide iaitu izan..kami telah 'berjaya' mengatasi rasa malas itu.

3 single ladies ini telah memulakan trekking pada jam 1135am (lewat kan). Al-maklumla, keluar umah pun dekat2 10am di atas permintaan orang jauh yang mata tak dapat dibuka sebab masing-masing kekurangan tido (air-cond bas sejuk seh - bukan alasan tp kenyataan). Perjalanan dari Merbuk ke Baling boleh dikatakan mendamaikan juge kerana kiri kanan masih banyak kawasan kampong, pemandangan bukit-bukit yang menghijau dan traffic yang tak sesebok KL. Masing-masing speechless masa Izan menunjukkan puncak yang nak didaki, sbb tinggi tuh.. Ye lah, dah lama tak mendaki, asyik naik turun guna escalator or lift ni. Tapi sbb alang-alang dah sampai, perjuangan harus diteruskan...kan kan. Lupa lak, kitorg akan mendaki hingga sampai ke puncak yg ada huruf 'I'. Dari penceritaan Izan and Isma, kerajaan nak letak perkataan BALING kt puncak gunung tu, tapi coz nak naikkan huruf2 nie agak costly, huruf ‘I’ je yg sempat. Dun worry, kt Rock Garden akan nampak takal yang cuba digunakan untuk menaikkan huruf2 nie secara manual..tp masih tak berjaya.

puncak 'I'


Persiapan amat-amat rapi telah dilakukan seperti memakai tight, berstokin (kecuali guido lah) kerana pembacaan dari internet telah menyatakan bahawasanya kawasan ini didiami oleh fauna yang amat dielak-elakkan untuk ketemu..iaitu pacat. Ini jugak salah satu faktor 'why trekking so late?', sebab cik Zt berharap bila panas, pacat-pacat tu kurang active..ehehe. Sebaik sahaja park kete bawah pohon jambu di rumah yang tidak diketahui tuannya di Kg. Bawah Gunung, kami pun stretch skit-skit sekadar nk cukupkan syarat. Baru nk masuk mukadimah (kwsn kebun2), terserempak dgn 3 org yg baru turun. Kira good sign lah, ade org naik turun dgn selamat.

Trekking gunung Baling nie memang kaw-kaw abes, dia kasi 'naik' je start dari mula sampai la ke puncak. Pagok tu tak de la sangat, tp sbb 'naik' tu kena langkah/panjat batu-batu...memang abes kudrat kt situ..and kitorg nyer muka mmg dh kelat abes sampaikan guido bertanya ‘ok’ pun malas nk jwb. Penat sampaikan buat rules, 'setengah jam trekking..rest jup'. Izan mmg kena sabo je la sbb minah-minah pewai yg nmpk batu je trus bersandar mcm dh sampai puncak. Oh, pacat memang ada, byk kt area kebun. Tapi sbb cuaca panas, pacat tak banyak sangat dan boleh nampak jelas kehadiran dia. Zt mata memang sentiasa kt bawah je, sbb bersedia nak langkah/lompat pacat2 yg ada. Kt area kebun ni ade pokok bunga kantan..’sedap nie tarok dlm tempoyak’.

Trekking kali nie memang memberikan kenangan untuk Isma, sbb dia akhirnya mengaku kalah selepas trekking 20 minit - muntahkan segala isi perut kt tepi trek. Seb baik brekfest mkn kuih je kan ye...hehe. oleh sbb itu, meh nk share info psl gunung yang telah berjaya melemahkan Isma. Ketinggian lebih kurang 420 meter. Ia merupakan sejenis gunung limestone outcrops atau bahasa mudahnya yang ada gua batu kapur yang dihuni kelawar. Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah.




Akhirnya pada jam 12pm (yg rasa mcm dh lama gilerrr terkking), kami selamat sampai ke pit stop 'white limestone'. Zt mengambil peluang pilih batu yg best sbb nk landing dan isma terpaksa menerima kenyataan yang dia tewas di gunung Baling berbanding gunung-gunung lain. Setelah lega skit, sesi bergambar pun bermula sbb kemungkinan besar pelancong dari KL nie tak akan repeat ini gunung..kan cik guide.



Pendakian pun diteruskan semula, yang kali nie tetap trek 'menaik', tapi dia tambah skit...kena 'memanjat batu-batu'. Seperti biasa, 'setengah jam trekking..rest' masih diteruskan. Izan bersetuju tapi dia mention la, selalunya trekking mengambil masa 2 jam je, jd mungkin kali nie jadi 3 jam kot sbb byk rest – perli secara berhemah -. Menurut kajian diri sendiri, trek dia lain sbb banyak batu-batu besar yang kena langkah dan panjat - penyebab utama why we lost our energy..so much. Sebelum sampai ke puncak, kami perlu sampai ke Rock Garden yg dikatakan mcm Bukit Tabur skit. Sepanjang perjalanan, kami dapat tgk view bukit-bukit yg menghijau..and plg syok ade satu tempat tu.. leh bau belacan yg bau nya dtg dr kampong kt bawah yg ade buat perusahaan belacan (info dr Izan).

Setibanya di Rock Garden, kami tidak melepaskan peluang bergambar sakan. Isma yg gayat pun dipaksa sbb rugi kalau x posing di certain area yg mcm menarik..a bit mcm kt Bkt Tabur kot. Kt sini banyak batu2 yg tajam, jd kena berhati-hati lah skit.


Akhirnya tepat jam 1.55pm, kami sampai ke puncak. Apa lagik, Zt trus baring, Isma trus duduk and Izan bersiap sedia mengeluarkan peralatan memasak sebab nk buat milo panas. Puncak dia x de la nmpk view, sebab dilindungi pokok-pokok. Jadi, untuk mengambil gambar pemandangan sekitar dan juga pekan Baling, kami bergerak ke kawasan yang ada huruf ‘I’ tuh. Hmm...patut lah cost yang tinggi diperlukan untuk menaikkan dan memasang huruf-huruf ni kerana bukan saja size yang besar, tp kesukaran kawasan nk pasang. Berbaloi jugak la meneruskan pendakian kerana keadaan di atas sangat mengujakan...nampak pekan Baling, jalan ke Pengkalan Hulu dan sebagainya. So...green.


Setelah puas bergambar berlatar belakangkan pekan Baling, kami pun mengambil keputusan untuk bergerak turun kerana langit dh nmpk mcm mendung skit2. Pendakian turun bermula pd jam 230pm hanya mengambil masa selama 1 jam setengah. Keletihan tidak terasa dan masa berjalan tak disedari disebabkan sepanjang turun tu sebab sesi luahan rasa dan perkongsian pengalaman lepas-lepas telah dilakukan..dgn jayanya. Terima kasih kpd penglipur lara utama, iaitu Izan. Selepas mendaki, boleh lah meneruskan perjalanan ke tempat-tempat menarik yg lain sbb kt Baling nie byk juga kawasan rekreasi nyer.


Kesimpulan cerita, gunung Baling harus didaki kerana menjanjikan pendakian yang berlainan (sgt bersetuju tidak berapa sesuai untuk beginner dan kanak-kanak) dan pemandangan yang menarik.

Tuesday, January 10, 2012

RS - Kembara GBB

~DIARI SEBUAH KEMBARA DI GBB (7/1/12)~

Bermulanya kembara di Petronas Hulu Klang 2, MRR2.. Kami ( Desriani , Ira Suriani, Lini Aziz, Nor Hafizah, Nor Atikah ) gerak dr rumah b4 subuh lg (semangat nye!!) berhenti n bersolat di situ sambil menunggu en Mohd Yusri Yusre tiba (nk follow punye psl,tunggu je la).kami meneruskan kembara ni...berhenti seketika (dekat setengah jam jgk la) di tol gombak utk menanti cik keiko aka Siti Noraisyah.terus menyelusuri highway kesas dan bhenti sekali lagi di RnR genting SAMPAH (ke sempah..mane2 je la) utk berjumpe dgn Tuan Sepul, Mohd Faiz BJ, warga KOHM, Kelab Kelana Xtreme ( Nini Tajuddin & xtreme frens).attendant diambil (cikgu,sy dtg!) seramai 29 hikers hadir utk tawan gunung bunga buah (GBB),PAHANG.


(mcm xcukup 29 org je time nih..mane lg 2..sembunyi di mane nih?? )

Tepat jam 0900 (waktu tempatan), kami bersiap sedia n 'warm up session' by en berbaju hitam (lupe plak name en tuh..).dgn diiringi doa n semangat n kekuatan seramai 29 hikers kami mula memanjat.2bikers memulakan misi Le tOur de GBB.kami melalui kebun2 n dusun2 buah(straewberi,kobis,bunga2 an) milik org dlu sebelum tiba di kaki GBB. (DILARANG MEMETIK STRAWBERI DI SINI YE!). bgambo byk2 dlu di sini (walaupon lom smpi puncak lg)


(auntie n uncle,kami tompang lalu ye...)

Perjalanan diteruskan lg.....en tour guide (yg bbaju ijau) keep on ckp "sikittttt je lg nk smpi puncak!!" (dah 3 jam kot xsampai2 lg nih!) odw,kami terjumpe uncle2 n auntie2 yg berjaye turun dr puncak..wah,jeles2!! oh ye..b4 smpi puncak,kami tjumpe WATER POINT (air mineral free available) tibe2 hp ku berbunyik2... whatssapp, viber, fb notification masuk bertubi2..haha..free wifi available here (plg xblh terima dek akalku)


Kembara diteruskn lg...wahh!!! SUBHANALLAH..cantiknye n indahnye ciptaanMu sambil memandang keindahan alam di ROCK GARDEN. sikittt je lg nk smpi puncak..lutut n kaki dah gigil nih,xsaba nk daki lg.. 

Alhamdulillah...tepat jam 1400 (waktu malaysia) kami berjaye sampai ke puncak GBB! dgn linangan air mata,syukur, xtergambar kegembiraan di hati hikers masing2..(mcm over je siap air mata kua nih..hee) sile2 berfoto dlu,b4 turun blk. bekalan mknn kami pon dibuka n dikongsi bersama...ns goreng sejuk,sandwich telur hampir2 nk beku,limau mandarin,anggur segar dihulurkan sbg alas perot ala2 brunch gitu (breakfast+ lunch)


Angin sepoi2 bahasa,langit makin gelap,kilat hampir2 nk sabung menyabung..dek takot gelap..1430 kami cepat2 bergegas turun ke bwh. sepanjang kembara kami..ade yg kaki cramp sne sni( xblh mentioned namenye disini,kang xpsl2 kne mrh plak..haha), ade yg lutut dah gigil,ade yg tetap bsemangat.last group tibe tepat jam 1900 (cer..teka..group mane?.. hint: hello kitty,pink sne sni)


Kesimpulannya,mmg terbaekkk lah,mmg tersakittt lah,mmg santaiiiii sgt lah kembara GBB nih!!!!! special thanx to pihak penganjur en @yen.. aka buyen..aka abg baik hati.. ^____^

(p/s: tulisan buruk harap maaf, pecah kaca pecah gelas...)

layan je la video2 yg sempat dirakam di bawah nih.. hee..



Thursday, January 5, 2012

Broga Hill - New Year 2011-2012


New Year 2011-2012 di Broga Hill.
31 Dis 2011..New Year Broga tahun ini 2011-2011 agak sunyi. Ramai yang ke KL untuk celebrate, Bagi kaki Outdoor pulak banyak undangan yang dapat, antaranya Jelawang, Bukit Tabur, Gunung Tahan, Broga Hill dan lain2 lagi. Tapi tahun ni bagi penamat 2011 kami pilih Broga Hill jer. Buget sikit jimat kos.

Roger2 kawan2 OHM dan kawan2 lain maka mula la berkumpul kat Pekan Semenyih jam 9.00pm beli barang, g tandas, makan dan apa2 yang patut. memandangkan tiada kemudahan awam di puncak broga tu (air dan tandas).

Sampai jer di parking ladang kelapa sawit...didapati parking kosong gelap gelita. Masuk lagi kedalam pun tiada keta.. sah la cuma kami 2 biji keta sahaja yang masuk nampaknya malam tu. Setelah dah parking kereta mula buat persediaan barang2 yang hendak dipikul naik. Air 5 liter 1 botol..sampai pancit Mr Rizal bawa..selebihnya 1.5 liter setiap orang belum masuk 100plus dan lain2. Roti, Milo, Megi dan yang tak boleh lupa ialah bahan mentah dan rencah-rencam untuk masak Char Koew Teow.. Menu istimewa Char Koew 

Teow ni akan di masak oleh rakan kami Mr Qi. Penuh satu beg dia bawa perkakasan.
Setelah trekking dari ladang kelapa sawit hingga ke kaki Broga barula ternampak sebiji kereta, Dasyat jugak dia bawa wira sampai ke atas tu dgn jalan yang tak rata. Sembang2 mereka ckp mereka naik kejap jer pastu nak turun semula dan tidak bermalam.

Sepanjang perjalanan Mr Rizal yang baru buat came back to outdoor mengeluh semput.. biasala lama tak hiking..yang lain maintain jer..Sampai di CP1 Broga ..ternyata kami lah yang pertama sampai.. :D

Kami mula berlabuh pasang khemah di CP3, di CP2 pun ada kaw lapang tapi rendah dari CP3. Jadi untuk tengok view yang cantik dan boleh buat khemah adalah di CP3. di CP4 tapak khemah terhad manakala CP5 (puncak) View tak menarik kerana sebelah nampak hutan dan sebelah nampak view dan perlu naik atas batu. Jadi CP3 adalah yang terbaik kerana view boleh lihat 280 darjah.

Kami sampai di CP3 jam sudah 11.00 malam, pasang khemah dan Mr Qi sudah mula mengeluarkan barang dan perkakasan untuk memasak. Sementara menunggu Char koew teow siap dimasak, kami layan kopi panas special sambil di badai hembusan angin yang sejuk, sambil memandang langit yang cerah dan penuh bintang.

Tepat jam 12.00 tengah Malam, maka bermula la Sambutan Tahun Baru.. kedenganran mercun dan bunga api 280 darjah pemandangan. sungguh cantik, Bunga api dari Kuala Lumpur juga kelihatan. Orang2 semenyih Branang dan Broga kaya2 jugak la rasanya sebab banyak jugak bunga api yang mereka mainkan. View indah sekali.

Setelah selesai layan view pancaran bunga api, lagi 2 orang rakan kami iaitu Tuan Sepul dan Syed KOHM yang baru sampai sempat menapak kat CP1 jer masa bunga api dimainkan..mereka mula menapak ke CP3 dari CP1. kami pun lepak sambil makan Char koew Teow yang ternyata sungguh lazat, resepi keluarga Mr Qi turun temurun kot..rasanya. Selepas tu kami Lepak2 makan Prosperity burger, Chiken Burger, Frenfried dan char koew teow dan minum kopi. MacD di taja oleh Tuan sepul dan Syed :D.  Kemudian sesi Fotografi pun bermula la.



Lebih kurang sekitar jam 2.00am baru la mula yang tido. Ada yang tak leh tido sbb banyak minum kopi. Saya dah ngantuk tido jer sambil membilang bintang terus terlelap. Sedar jam sudah kul 4.30am dah ada pengunjung yang sampai ke Broga Hill. Saya layan tido jer.. kawan2 lain ada yang tak dapat tido dek bising pengunjung yang baru sampai. Jam 5.30semua sudah bangun sbb dah makin ramai yang sampai. Mr Qi lagi sekali menyiapkan sarapan pagi Char Koew Teow, sementara yang lain layan goreng kopok leko. Tak lupa juga Solat Subuh berjamaah yang diimamkan oleh Tuan Syed. Kami sarapan sekitar jam 6.30am.

Pengunjung dah semakin ramai. Sembang2 rupanya kebanyakan mereka tidak tido lagi merka da yang lepas celeberate new year kat kl pastu terus datang ke Broga. Memang ramai. Kami layan sarapan dan sambil menunggu ketibaan lagi 4 orang rakan kami dari Geng Jiwa Kacau.


Inilah Group KOHM dan Group Jiwa Kacau semua total 10orang
(KOHM : Hamydy, Sepul dan Syed), (Jiwa Kacau : Soe Gaban, Rizal, Qi, Lyza, Kecux, Geng Kembar).

Tengah sedap2 lepak dan berborang tetiba dikejutkan dengan kehadiran kumpulan Pertahanan Awam dan ada kakitangan yang membawa Bed Medic melepasi kami. Mulanya tiada sapa pun perasan sebab mereka terus berjalan saja sedangkan pengunjung lain sedang berehat keletihan. Saya pun pelik..Ermmm..ermm.. sambung makan lagi. tambahan menu dari kawan Muffin kenduri dan krepek.


Hasil soal selidik dan fakta kurang jelas, yang kami dengar lelaki berbangsa cina ini terjatuh dari batu di puncak Broga (CP5), dan bahu nya terkehel. Batu kat puncak Broga tidak la besar dan menjadi port untuk lepak melihat pemandangan. Dahulunya ada tangga besi untuk naik, tapi sudah lama tiada tangga tu, jadi kalau nak naik kena la panjat batu tu, walaupun tak tinggi tapi nak naiknya kena kangkang luas2, kalau yang kaki pendek masalah la sikit. :D . Kesian budak tu dia asyik risau tulang belakang dia sahaja. Org Pertahanan Awam tu tanya budak tu kaki boleh gerak tak.. dia cakap boleh.. so kalau boleh tulang belakang masih ok la..dan dinasihatkan jgn tido..Tengok muka kakitangan Pertahanan Awam tu nampak penat tercungap2. Terima kasih pada Pertahanan Awam yang bersedia dan bersungguh-sungguh menyelamatkan mangsa tu walaupun tengah cuti New Year.

Kami turun seiring dengan pertahanan awam yang membawa mangsa tersebut.  Sampai dibawah sekitar jam 9 am agak lewat sbb que panjang dibelakang pertahanan awam yang membawa mangsa semasa di curam2 trek broga.

Seterusnya kami sambung trip mandi-manda si Hutan Lipur Sg Tekala.

Laporan Ini disediakan Oleh : KOHM0103

Sekian sahaja.  Kisah New Year 2011-2012


Sumber Pic FireWork untuk pic yang diedit  : http://malay.cri.cn/621/2012/01/02/26s127124.htm
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.