Monday, December 10, 2012

Gunung Irau 8 Dis 2012 ~ Latihan Pre-Kinabalu

Posted by hamydy on 10, December 2012

Sekian Laporan Saya Laporan disediakan oleh : KOHM 103

Tuesday, November 20, 2012

Morning Tracking : Tabuh East Melawati

#Salam

Di awal 1 Muharam, beberapa ahli KOHM menjalankan "morning tracking" di Tabuh East. Disebabkan kerana cuti umum. Kami juga tidak mendaki gunung, sebab gunung mengambil masa paling kurang 1 hari. Kami ke sini kerana ingin mengeluarkan peluh dan mengekalkan stamina pendakian yang ada. Disamping aktiviti "melawart kawasan".

Bagi kami banyak perubahan yang berlaku di Bukit Tabuh ini, sebab semakin ramai orang yang menjadikan bukit tabuh sebagai tempat pendakian utama, selepas broga. Namun, mungkin disebabkan oleh pendakian nya yang lebih mencabar daripada bukit broga, Semenyih. pendakinya tidak seramai disana.

Permukaan batu, mampu mengoyakan seluar anda, jika anda tidak memakai seluar yang betul :p

Laporan aktiviti kali ini
Pukul 7 kami tiba di kaki Bukit Tabuh
Pukul 8 Kami mula naik di Bukit Tabuh East melalui jalan bawah menyusuri paip air. 
Selepas 2:45 minit pendakian + traffic jam + lelah. kami tiba di puncak bukit tabuh
Lepak di hujung tabuh east, hujung tabuh east bukan puncak tabuh east tetapi ia adalah panorama yang menggerunkan. Kami share video yang telah diambil oleh salah seoarang ahli kami : 


Pkl 12:00 kami dah tiba di perkampungan orang asli dan juga sampai di bawah. Kami teruskan ke Sri Gombak untuk makan tengah hari. Uncle Zainol dan Syed planning untuk next expedition


#FAQ of WHY of the event

WHY kami pilih tabuh east
- sebab dia menarik daripada tabuh west. walaupun taknampak genting, tapi lagi cantik la...
WHY pagi
- tengah hari panas oooooooooooo. gila ke panjat batu2 nie panas. nak pegang pun dah dahaga.
WHY ohm!
- Sebab KOHM best ler.... x yah la nak ulang 10x
WHY sampai tengah hari
- Sebab start pagi ler... nak panjat bukit inie memang la lama sebab jalan atas batu
WHY dorang pakai kasut
- Sebab mendaki sesuai pakai kasut, takkan pakai selipar jepun. atau selipar jalan, naik atas putus
WHY bawak kamera
- Kan dah ckp sebab pemandangna menarik
WHY syed duduk di hujung batu
- Syed menguji keberanian die yang menakutkan orang2 di atas itu... (lihat video)


Next event; Pendakian Nuang. contact uncle Zainol. 


Wednesday, November 14, 2012

RS Survei Lokasi (Hutan Lipur Lenggeng)

Info :

Hutan Lipur LenggengPDFPrintE-mail

Hutan Lipur Lenggeng terletak di Hutan Simpan Setul yang merupakan jenis Dipterokarp Pamah. Keunikan hutan lipur ini adalah terdapatnya susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan di sulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari pelbagai jenis.

Daerah:
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Lokasi:
Terletak 26 km dari Bandar Seremban melalui Jalanraya Seremban ke Kg. Pantai.
Untuk Sampai Ke Sini:
Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Lenggeng/ Mantin/ Seremban.
Aktiviti/Kemudahan:
Berkelah, Mandi-manda, Wakaf rehat, Tandas, Dewan terbuka, Surau, Tempat permainan kanak-kanak,Tempat letak kenderaan, Berkhemah/ Tapak, Perkhemahan

Maklumat di atas merupakan hasil yg digoogle mengenai informasi dan kemudahan yg sedia ada terdapat di kawasan Hutan Lipur Lenggeng. Lokasinya tidaklah terlalu jauh dari pekan Lenggeng dan sesuai dijadikan tempat perkelahan keluarga.

Bertarikh 10-11-12 , Sabtu 

Aktiviti Seram Sejuk (RSS) diadakan bertujuan untuk mencari X-factor / tarikan yg terdapat di sana. Tinjauan yg dapat diamati di sana, sudah banyak kemudahan yg telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan N9. Antaranya kolam mandi-manda, wakaf rehat, dewan terbuka, menara tinjau, tapak perkhemahan, taman permainan kanak², parking kereta, laluan sepanjang sungai tandas awam, surau dan sebagainya.




Seramai 12 peserta & 4 kanak² telah bermastautin di sana 1 malam. Ikuti catitan yg dapat saya perhatikan sepanjang berada di sana.

Bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Hutan Lipur Lenggeng ( sepul, syed, yen, jerol, kaede n Ina Omar ). Bergerak santai² sambil lunch di pertengahan perjalanan, samapai di destinasi pada pukul 2. Kelihatan garfu dan Joe Oren sabar menunggu ketibaan kami. Sambil bersembang² kosong, mata melilau mencari kawasan yg sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan yg sesuai nanti. Kemudian masing² bergerak mencari kemudahan yg terdapat di sana:
  • Tandas : dikunci disebabkan tiada bekalan air
  • Tangki air : tangki kosong, disebabkan tiada aliran air masuk
  • Kolam 3 tingkat : sudah jadi kolam pasir, hampes
  • Bekalan elektrik : terdapat sambungan wayar, tapi tidak disediakan
  • Surau : ada disediakan, tapi tidak terjaga
  • Taman permainan kanak² : masih utuh dan kukuh
  • Air terjun : tinggi anggaran 20 kaki, tetapi berpasir
Kemudian masing² mula menbahagikan tugas yg perlu dibuat.

  • garfu, joe, ina, kaede n sepul : setup kawasan perkhemahan
  • yen n syed : cari inlet air tangki dan baikpulih paip
  • jerol : survey kolam

Tak lama kemudian, Tok wan dan anaknya sampai membawa bekalan makanan. Disusuli kehadiran Uncle Z. Tok wan, uncle Z dan Ina menyediakan dapur dan makanan manakala yg lain meneruskan kerja baikpulih sistem perpaipan kawasan itu. Punca inlet terpaksa ditarik ke atas oleh makhluk keding ( Yen & Syed ). Barulah air masuk ke dalam tangki. Setelah mencuci saluran paip yg penuh dengan pasir barulah bekalan air berjaya dipulihkan. 


Di dapur, cucur udang panas² dan ubi kayu rebus terhidang tuk dimasukkan lam perut yg dah lapar. Dalam pukul 5 lebih, cekgu Zahar tiba bersama² askar serbu kawasan. bro Rusman sampai membawa gen set ( xde lah bergelap malam nnt. )



Apabila perut sudah kenyang, masing² sambung kembali tugas yg ada. Tukang cuci sibuk cuci kolam, tukang paip sibuk pasang paip, tukang khemah sibuk pasang khemah, tukang masak sibuk masak cucur, meehon dan bbq.


Malam menjelma, paip air terjun sudah siap. Masing² mula mandi membersihkan badan agar sentiasa wangi. Dapur bbQ sudah berasap, menunggu masa je tuk membakar kepak, peha, puyuh dan ribs.. Nuym²..


Makanan pada malam tu agak mewah, paling best bab dapat cilok banyak puyuh... Pergh... Lazat sekali. Makasih tuk cekgu Zahar bab bawa ribs lembu tuk diBBQkan. tak pernah rasa o0o0o... Moto baru " Kalau cekgu Zahar join Event, misti ada makan² MEWAH nie " miahahaha..




Bila semua dah kenyang, masing² sudah tersadai mengusap perut. Ada yang dah berguling² mengeliat kepenatan. Sudah lama tidak lepak beramai² berborak kosong. Masing² tidur awal pada malam tu. Dan semua tidur rapat² bertujuan tuk merapatkan lagi silaturahim .... Yeke .. huhuhu.. Dan tiada perkara mistik berlaku ( rasenye laaa ) .. Sekian 









OHM00101
sypuL

Friday, October 5, 2012

RS Jimba Ramba Perhentian


Report : RS Jimba Ramba perhentian
Tarikh : 14-17 September 2012

Perjalanan KOHM pada kali ini jauh daripada biasa, merentasi banjaran titiwangsa dan juga memakan masa berjam2 lamanya untuk tiba. Saya rasa tidak perlu ditulis seberapa jauh perjalanan itu, kerana perjalanan yang jauh melambangkan semangat yang kental, kononnyer la.... padahal sebenarnya nak lari daripada tekanan pejabat. hihi. Perjalanan sangat merumitkan ada yang 100% membawa kenderaan ke destinasi, ada yang 10% kenderaan sendiri 90% kenderaan berpemandu, ataupun terpaksa menumpang kasih bersama rakan yang membuat kenderaan.

Perjalanan bermula daripada 14 September 2012 malam, tetapi kemas beg ada yang bermula pada 10 September 2012, tapi still lagi ada barang yang tertinggal (ye,,,ke) hahaha. Banyak betul barang yang dibawa. Perancangan program ini tak silap bermula semasa di JC Tanjung Tuan bersama student politekinik, dan program ini berjalan dengan sempurna. Alhamdulillah. Peserta seramai 27orang.

14 September 2012

Dari kediaman yg selesa penuh dengan keselesaan berjalan melalui cara masing untuk ke Pulau Perhentian. Masih tidak tidur selama sehari malam ini. Kerana bersemangat untuk berjalan ke tempat tempat peranginan yang dituju. Tamat aktivti pada 14 September pada jam 23:59:59; di 5 lokasi yang berbeza iaitu dalam bus 2 lokasi, dalam kereta 2 lokasi, di homestay besut 1 lokasi.

15 September 2012

Perjalanan bermula pada jam 00:00:01, di 5 lokasi yang berbeza, namun tidak perlu merepek panjang apa yang dibuat. Terus kepada tiba di Jeti Kuala Besut lebih kurang jam 6:30 pagi. Team yang menaiki kenderaan tiba dulu di Jeti, kemudian diikuti oleh bus dan bus lagi dan kemudian keluarga Cgu Zahar, yang tiba jauh lebih awal. Pada pukul 8, kami semua menaiki bot laju ke Pulau Perhentian. Amboi macam2 barang dibawa, set2 diving pun ada... setelah semua selamat menaiki bot, bot memacu melalui Laut China Selatan ke Pulau Perhentian, ada 2 bot yang digunakan. Maklumla. kami ini ramai...

Setiba di Tapak Perkhemahan, Gembiranya kami, tertumanya Alif, kerana dapat menggunakan troli yang di bawa jauh dari KL untuk menangkut barang, namun troli tersebut hanya dapat digunakan tatkala diletakan di atas tanah, kerana tidak boleh disorong... Fungsi troli berubah.. Aktiviti pertama kami setup khemah dan base camp. Beria-ia semua setup khemah kukuh2, maklumla takut hujan. Yang best, setup khemah pintu mengadap laut. Bangun2 jer terus nampak laut. best kan.... Berbeza dengan resort, kita dah diberikan bilik..

Dah habis kami setup khemah. kami setup base camp pulak. Makanan kami x setup, sebab sudah dibekalkan.

Kami setup khemah itu kira pagi la, lepas tue dalam tengah hari. masing2 penuh bersemangat, konon tak sabar nak mandi laut, tapi takut panas boleh menggelapkan kulit. Plan ditukar, x silap sebelum itu ada orang bagi tahu, nak pusing 1 pulau ini memakan masa lebih kurang 3 jam.

Datang beberapa anak2 yg masih bujang dan anak dara untuk  berkumpul berbincang, apa aktiviti yang dibuat pada pagi ini, sebelum menanti makan tengah hari tiba. Bila berbincang, nama program adalah RS = Riadah Santai, apa kata kita RS tepi laut berjalan2 di tepi pantai pusing satu pulau. Nampaknya dalam 8 orang bersetuju... mereka pun mula lah pengembaraan mengelingi pulau, sambil itu ambil gambar. tak cukup dengan pemandangan, segala sign board, segala tempat mereka bergambar, kalau x nampak boleh panjat, kalau terlindung boleh lompat. Kalau nak ambik gmbr semua, minta tolong dengan orang yang sekeliling ambil gambar.

Perjalanan yang penuh santai ini terhenti seketika, kami bermesyuarah untuk meneruskan mengeilingi pulau ataupun patah balik. Pelbagai keputusan dibuat, namum "I'm like a boss" menguasai keputusan tersebut. Perjalanan diteruskan untuk mengelingi pulau, Pejalanan agak laju, disebabkan kebanyakan kami merasakan lebih baik meneruskan perjalanan daripada undur semula. Akibat tidak tersangka, kami merentasi hutan yang pertama sejauh 56 minit (menurut penduduk tetap disitu). Setelah keluar daripada hutan tersebut, kami menjumpai kawasan persirian pantai, hihi.. gembira "i"m like a boss", mampu berkata, sebab keputusan untuk tiba semula ke base camp tercapai. Namun kehampaan, sebab persisiran pantai tersebut bukan terletak berhampiran "resort" kami. Sekali lagi kami bermesyuarah, patah balik atau teruskan, keputusan teruskan, sebab rasa dihadapan lebih hampir.

Merentasi pantai, jumpa dengan sebuah kedai makan, wow.. boleh order milo bungkus, mahal pun xkisah. Kemudian salah sorang dari kami bertanya, ada air bungkus, jawapan die tiada. Kehampaan. Jumpa lagi satu kedai, ada air bungkus, menyakitkan hati.  Sebab

"abe, ada air bungkus"
"x da, air tin ada, nie dah siap bungkus dah, kemas lagi abe...."
"*^(&)!@!&#*(!)@"

Last2 air mineral 1.5L berkongsi ramai-ramai menghilangkan dahaga.. Aduih kesihan la kami, maklumla, pada mulanya kami ingin pulang segera, tetapi terpaksa mengalami ujian yang hebat.  Masuk hutan semula, penat... jumpa pencawang elektrik, seperti mana yang perjalanan yang diberitahu oleh penduduk di situ. Tiba2, ada rakan kami... jom tgk ada air x.... kalau ketuk sikit kepala die mesti dia sedar, sebab itu bukan tangki air, itu pencawang elektrik.. baru kesedaran melanda, perjalanan diteruskan.

Time istilah RS bertukar, Riadah Santai kepada Riadah Sesal.. amboi.. dah sesal dah... hahaha perut dah lapar, badan dan letih, tapi goal yang penting, dapat makan tengah hari... Beribu sesalan diteruskan lagi... Aku jumpa daun pisang, terus aku ambil. kononnya nak jadikan alas makanan. hihihi

Tak silap kami 3 kali, kami masuk keluar hutan, kali ke tiga amat menduga, dengan hanya selipar biasa kami mendaki macam dah naik gunung..... maybe itu adalah dugaan yang tuhan berikan kepada kami untuk sebelum mendapat nikmat menjamu makanan tengah hari.

Tak kisah la masuk hutan ini, memang kami pun dari KOHM kan, tapi masalahnya berselipar nie, penat... sangat tau selipar takde spring, lepas tue xde allignment. mungkin kami menaiki gunung dato' di akhir pendakian.

Bila sudah sampai di base camp, kami lihat rakan2 tengah tidur, garfu, sypul. amboi... lepas makan terus tidur, bukan nak buat resque ker....... haha, kami angarkan kami adalah antara baki-baki yang belum makan, menghabiskan baki-baki (bukan sisa-sisa) makanan yang masih tinggal.

 OK. JOM REPEAT!! ARGH................................. tak yah la nak berangan k.a oiii, nak pergi kedai Suhaila pun dah dikira jauh sangat...

Seterusnya kaki kami berehat... so badan pun terberehat sekali.
Waktu petang, kami mendapat penggilan untuk bermain bola tampar, amboi...... ini mana orang yang ajak main bola tampar.... Kita main depan base camp, pasukan keselamatan, maklumla... dorang tue bila free bola tampar ini maybe permainan harian..... nak main bola sepak x cukup padang, kalau main atas jati jer boleh.

Datang la, sorang brader nie sukarela menjadi pengadil, ada dua team jer... team A dan team B. begitu bersemangat bermain, brader tue pun bersemangat nak kira.. 1-0, 2-1, 3-2... die kira lagi....... lepas tue game nie, team A memang, Buat second round..... bertambah sengit... sebab group B pulak menang......Bila dah seri, kami main lagi sekali... tiba-tiba dengar siren... (mcm siren asrama tue).. ribut akan melanda dalam masa 15 minit lagi. rilex, 15 minit lagi, sambung main... tak lama lepas tue, eh lawa la awan tue, berkepul2... hihihi jom ambik gambar.... Brother tue naik boring jaga markah korang....

(aku nie menaip je, tapi kalau korang baca dengar lagu sedih... baru feeling)

Hujan pun turun sikit, baru la berlari ke khemah... apa yang hanya mampu dibuat... letak baju dalam khemah..... macam biasa... angin kecil datang.. apa yang mampu dibuat... kuatkan pancang......... angin ribut datang, apa perlu dibuat........... kelam kabut nak mati.... semua terbang, tak boleh nak buat ape.. takut pun ada... apa yang perlu khemah buat, terbang.. kalau xde orang tahan... hihi khemah pengantin aku tengok rilex jer.. (eh sape pengantin..., ha... x yah aku straight to the point, kalau korang tgk sebelum ini gmbar die bawah 2 khemah, sekarang 1 khemah tue la pengantin). Jap.. sedih balik.... khemah tertentu terpaksa di runtuhkan sebab angin terlampau kuat. pakaian menjadi basah. kanak2 riang sebab angin ini, macam best pulak jalan2. bila angin dah reda, perpindahan khemah pun berlangsung... hahahaha nasib ko la man, daripada first class mengadap laut.. kene pindah ke belakang... hihihi. x sempat nak merasa pagi lagi.

dah x yah sedih2..

(lagu sedih tamat)

Ting... makan tiba... kami pun makan. mana datang, ada org masakan.

Selepas makan, sessi suai kenal... masing2 suai bercerita dan memperkenalkan diri masing, amboi... seronok berborak sambil bukak hamper sikit (mana datang hamper?? ada org berikan). Isi kandungan ini, rahsia dalam kehidupan, maklumla LDK. kalau nak tahu datang la program lepas nie...

ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZ

16 September 2012

Fuh, pagi nie menarik. ada orang nyanyi lagu raya. Raya lagi ker? Raya lagi time tue.. last2 syawal. Ambik ko... x tahu la sapa sedar.......( sape? ada org nyanyikan).
Pagi ini aktiviti snorkiling pkl 10.00 selepas sarapan sampai, masing2 tukar baju mandi. maklumla nak tgk ikan, kehidupan yang berada dalam 70% kehidupan di dunia. Pukul 10.00 kami pun start bersnorkling, Yang ini saya tak dapat nak describe melalui kata-kata tetapi mampu describe melalui gambar.  Serius sikit.... kita pergi hampir 5 check point. Turtle point pun kami pergi.. jumpa turtle seekor.

batu karang memang hebat... cantik kehidupan di dasar laut. Datang la sini snorkling.
Geng2 diving, mereka pergi ke Check point dorang, Geng2 diving hebat2 belaka. Garfu, Tokwan dan anak teruna, cikgu zaha dan keluarga. Selain daripada nama2 nie, semua melihat daripada permukaan sahaja. hihi

.........ada orang berenang x jalan...........................

Dah makan tengah hari, sambung lagi... 1 lagi check point. kawasan ini agak dalam jugak. best oooo
Selepas snorkling kami berehat, nak round pulau lagi... x yah nak berangan.............. tapi kami berjalan cari kedai minum.... mencari ketenangan

Malam aktiviti rasmi kami, berbeku..... aktiviti x rasmi, charge hp... hihihi. berbeque kami kami ada ikan, sotong dan ayam. Sedap beb.. dibakar dengan rangup. Sambil berbeque kami berborak.. pasal isu semasa. chewah.. korang nie bile isu semasa.. hihi, sampai berborak ke kedai sebelah sambil minum kopi... yang tak tahan tidur dah.....

Report 16 September ini pendek jer, sebab keindahan melalui gambar.... tak terungkap dengan kata-kata

17 September 2012


Pagi ini kami bangun seperti biasa, tapi dah x de dah lagu raya.. sebab dah habis raya. masing2 tengah sibuk kemas pakaian masing2, maklumla nak balik. ada dua kali sessi balik pkl 11.00 dengan pkl 4.00. Penulis balik pkl 11.00


Setengah dari kami selepas sarapan seronok kemas khemah, amboi.. seronok tue x boleh bla... yang penting tak da barang tertinggal. Kami seronok kemas khemah sebab, khemah kering. Alhamdulillah kalau basah susah gak.... kerja jadi leceh. beg jadi berat. Ala.. korang kan backpacker..

Pkl 11.00pm teksi sampai............. ha? ada ke kete.... bot tue dorang panggil teksi... hihihi. Sebahagian kami pulang, ada juga yang sambung snorkling. Sebab lupa nak bagi tahu, depan tapak khemah kami nie pun boleh snorkling gak.. ke dah bagi tahu, lantak la bg tahu 2 kali, kasi korang jeles.

Team berkenderaan sendiri terus memacu pulang, team bus, balik pkl 4.00 setiba di Jeti, bentang ground duduk2 lepak tunggu bus pkl 8.00. Laporan ini amat berharga, sebab kesemua yang datang balik dengan keadaan yang selamat. Alhamdulilllah.

Thursday, September 20, 2012

RP Gunung Irau Cameron Highland ~ 15 Sept 2012


Posted by hamydy on 20, September 2012

Gunung Irau Cameron Higland
Latihan Pre Kinabalu untuk 2013 ni dimulakan dengan pendakian Gunung Irau. Last Minit plan jugak ni lebih kurang sebulan sebelum dirancang. Semuanya seramai 15 penyertaan yang mendaftar, pada hari kejadian yang hadir cuma 13 orang. Lagi 2 orang tidak dapat ikut kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Group Time akan mendaki Gunung Kinabalu pada Feb 2013, mana kala group saya untuk Kinabalu Jun 2013. Program bermula dengan semua berkumpul di KL. Group Time berkumpul dari Time HQ, mana kala saya bertolak dari kl dengan menjemput rakan2 lain.Saya Bertolak dari KL sekitar jam 12 malam mana kala Group Time bertolak jam 2 pagi.
Trip kali ini melibatkan 2 program, iaitu Day Trip dan Bermalam. Group Time 9 orang bermalam satu malam, manakala saya berempat buat daypack. Kami semua tiba serentak di Pekan Brinchang jam 5.30am. setelah selesai solat Subuh kami mula menapau makanan sarapan dan juga makan tengahari.Sekitar jam 7.00am kami mula bergerak ke Puncak Brinchang (menara Telekom) untuk sarapan, Patutnya dalam perancangan untuk lihat Sunrise di menara pandang. Memandangkan sudah terlewat maka kami cuma lepak bersarapan ramai di Pondok depan gate Menara Telekom.

Sekitar 8.30am saya berempat bergerak dahulu ke pintu masuk Hutan Mossy untuk memulakan pendakian DayPack. Manakala Group Time masih santai menikmati pemandangan di Brinchang dan berfotografi. Setelah siap2 kelengkapan dan repacking barang yang perlu sahaja kami mula memasuki Hutan Mossy pada jam 9.00am. Ini merupakan kali kedua saya mendaki Gunung Irau. Kali pertama bermalam manakala kali ini daypack. Kali pertama datang Pintu Masuk Hutan Mossy ini ditutup kerana proses naik taraf dan pembaikan tapi kami dapat naik juga melalui jalan tepi pintu masuk Hutan Mossy tersebut. Kali ini saya datang saya dapati ia sudah siap sepenuhnya tangga-tangga dan pondok. manakala pintu masuk juga sudah dibuat dengan cantik.
Foto Oleh : Suraya
Untuk masuk ke Trek Gunung Irau ini ada beberapa trek yang boleh antaranya melalui pintu masuk Hutan Mossy, Laluan tepi Hutan Mossy dan melalui trek Anak Irau (mini Irau). Tetapi trek yang paling selamat dan jelas treknya adalah melalui Pintu Masuk Hutan Mossy. Trek Hutan Mossy ini dibina oleh Jabatan Perhutanan Pahang dengan trek kayu dan bertangga dengan beberapa pondok khasnya untuk meninjau kawasan Hutan Mossy yang cantik ini . Di penghujung trek kayu dan bertangga ini adalah trek mula untuk ke Gunung Irau.

Sebelum mendaki anda hendaklah memohon permit dengan Perhutanan Negeri Pahang dan juga membuat Laporan Polis di Pondok Polis Pekan Brinchang. Buatkan List dengan Nama, No IC, No Tel, Nama Waris dan No Tel Waris. Serta jangan lupa tentative program secara ringkas seperti Mula mendaki melalui trek mana, dan jangkaan keluar dan program tamat. Ini penting, sekiranya anda tidak pulang melaporkan diri pada pondok polis 2 jam dari tempoh tamat program anda, maka pihak polis akan mula menghubungi anda dan juga memberi perhatian dan akan mengambil langkah-langkah untuk Bantuan Menyelamat. Menurut pegawai polis Brinchang, walaupun trek dari Hutan Mossy itu jelas tetapi telah terdapat kes orang hilang dan sesat kerana ada gangguan makluk halus yang telah mengelirukan pandangan para pendaki terhadap laluan trek.

Seminggu sebelum kami naik ada satu kumpulan dari Perancis yang sesat berjaya di selamatkan oleh pasukan Polis. Menurut pihak polis mereka mula mencari bermula jam 10.00 malam dan berjaya ditemui pada jam 4.00pm esoknya. Group Perancis ini masuk menggunakan khidmat Guide Local yang berpengalaman tetapi sebab nak jadikan cerita mereka turut sesat disebabkan oleh gangguan makluk halus tersebut. Oleh itu kita kenala berhati2 dan ambil langkah-langkah keselamatan.
Foto Oleh : Suraya
Cek Point 1
Setelah anda memasuki Pintu Masuk Hutan Mossy yang berkayu dan bertanggan maka anda akan mula memasuki trek Gunung Irau di tangga pondok terakhir. Dari pondok terakhir ini ke Cek point satu anda akan menjumpai papan tanda 800 meter. Laluan ke cekpoint satu ini tidak la sukar kerana trek ini menurun dan panjang. Terdapat beberapa pemandangan pokok-pokok yang berlumut yang cantik. Suhu dikawasan ini juga sedikit sejuk dan laluan jelas kelihatan. Laluan Trek terdapat beberapa kawasan yang berlumpur, tengok macam tanah keras tetapi jika tersalah pijak boleh tenggelam sehingga paras lutut. Lumpur ini terbentuk disebabkan kawasan lembab dan ditutupi dengan daun-daun kayu. Jadi sebelum melangkah dan memijak terlebih dahulu anda gunakan tongkat untuk mencocok tanah tersebut bagi menguji ketelusan tanah tersebut. Setelah anda melepasi cekpoin satu anda mula mendaki.

Cek Point 2
Setelah anda mendaki dari cek point satu setelah beberapa lama anda akan bertemu dengan papan tanda cekpoint 2 iaitu papan tanda yang berlabel Gunung Irau 0.95km. Bermakna anda sudah berjalan sejauh 1.4km dari Trek Mula Gunung Irau. Tiada pemandangan menarik disini. Tetapi dari papan tanda ini anda akan mendaki naik lagi untuk menuju ke Puncak Mini Irau (Anak Irau).


Cek Point 3 – Mini Irau
Mini Irau atau juga dikenali sebagai Anak Irau merupakan puncak palsu (False Peak). Puncak ini merupakan pertengahan untuk ke Puncak Irau. Biasanya para pendaki akan berhenti seketika di Mini Irau ini untuk rehat dan makan. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Puncak Irau sekitar 45 minit.
Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh buat champ Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang yang rata dan terlindung pokok, Biasanya oranag kakan champing disini.
Jika anda bawa bekalan untuk Daypack yang banyak dan beg berat, setelah makan anda boleh tinggalkan beg anda di mini Irau. kerana jarak ke Puncak Irau cuma 45 minit bagi orang biasa, jika laju mungkin 30 minit sahaja. Bila tinggal beg cuma bawa air sebotol 500ml pun dah cukup.
Dari mini Irau ini anda mula menurun dan akan menaik untuk ke Puncak Irau.

Cek Point 4
Di cek point ini tiada pemandangan yang menarik kecuali pemandangan hutan mossy yang cantik. Sebelum sampai ke cekpoin ini Anda akan melalui sebatang pokok yang telah senget dan menyerupai seakan2 Kanopi. Jika berdiri atas pokok tu dan bergambar nampak seperti kita berada di atas kanopi pokok dengan latar belakang yang cantik.

Setelah melepasi cek point 4 anda akan jumpa papan tanda Angsi Trekker. Selepas beberapa meter anda akan jumpa pulak papan tanda Petronas, Kalau jumpa papan tanda ini maka anda sudah dekat dah nak sampai puncak.

Laluan Bahaya
Setelah melepasi papan tanda Angsi Trekker anda akan melalui satu lereng cerun yang sangat curam. Ia seperti seolah-olah bekas tanah runtuh dimana tiada pokok-pokok yang ada hanya lalang. So Kalau tergelincir maka anda akan tergelunsur terus kebawah, jika tidak bergolek maka anda masih ada harapan terselamat. Jadi berhati2 di kawasan ini terutama apa bila hujan atau semasa gelap. Sebaiknya anda jangan lalu langsung ditepi curam ini. lalu saja di bahagian atas sikit.

Puncak Irau
Di Puncak Irau anda akan temui satu pencawang Kecil. Tak pasti pulak saya pemancar apa. Kawasan ini tidak la terlalu besar, boleh muat sekitar 10 khemah sahaja. Cuaca sejuk ditambah lagi tiupan angin. Saya pernah bermalam di Puncak Irau sebelum ini, memang sejuk. Jika anda ingin bermalam pastikan anda membawa bekalan yang cukup seperti Khemah tertutup (TENT), Sleeping Mat dan air yang cukup.

Di Puncak Irau anda akan dapat melihat Batu Tanda Sempadan antara Pahang dan juga Perak. Ini bermakna puncak Irau adalah sempadan antara Pahang Dan Perak.
Foto Oleh : Sivalingam Chilayah
Sekian…..
Laporan oleh : KOHM 103
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.