Thursday, December 15, 2011

Sepang MTB Jamboree 2011


Mari kite Berjamboree MTB ( Mari Tolak Basikal ) sume... kejadian bertempat di sekitar SIC @ Sepang International Circuit pd 11 Dec 2011.. KOHM hanye diwakili 6 orang...+ 1 manager..
tepat kul 6 pagi ambe bertolak dari kediaman ke Sepang...  dalam pukul 6.45 pagi baru sampai sana.. Kesempatan yang ade tu, ambe guna untuk lelap sekejap sementara menunggu team yang lain sampai..

Dalam pukul 7.15 pagi baru yang lain sampai...Terus siapkan jentera dan sarapan sekejap di tepi kereta.. Masa yang ada digunakan tuk periksa samada terdapat kerosakan pada MTB masing²... iya lah kan.. dalam kelapa sawit mana ada bengkel basikal
Baju Hijau our Manager: Uncle Rozi

Yen

Azuan

Sepul

Jerol

Tengku

Adzwan
Sesi panaskan badan

kilat menyilaukan

Periksa angin tayar dan fork

semua dah sedia
Setelah siap dan bersarapan, semua riders KOHM bergerak ke tempat perlepasan... agak ramai juga manusia yang menyertai jamboree ini.. dalam beratus² juga laaa..Semua peringkat umur dapat dilihat, tak kira budak kecil, pakcik, makcik, aweks pun ade sekali... hoo rayyy...




Cik Aweks



Ketika semua riders mahu dilepaskan...berlaku perkara yang mendukacitakan.. MTB adzwan berlaku kerosakan, tayar belakangnya kekurangan nyawa..ehhh...takde angin lak...semua team member sehabis upaya cuba mengepam tayar itu, tatapi tidak dapat diselamatkan..Adzwan terpaksa menarik diri dari jamboree ini, xpe bro...next time kita bawak tiub spare banyak²... Tepat pukul 8.30 pagi kami semua dilepaskan. Terlebih dahulu kami pusing kawasan Litar Sepang sejauh 5 kilometer sebelum masuk ke offroad..

Azuan dan Tengku sudah jauh ke depan..ambe, jerol dan yen cuma kayuh pelan² je. Layan kayuh sorang² melalui kawasan kampung dan tepi ladang sawit, agak seronok juga.. Kayuh lebih kurang dalam 30 minit, Jerol berhubung melalui walkie talkie supaya tunggu sekejap, katanya mahu pam fork dia yg mengalami kerosakan teknikal.. Apa lagi, kesempatan yang ada, digunakan tuk buang air kecil\k kat tepi longkang sementara menunggu Jerol sampai...naik je atas, makcik rider tegur... "buat apa tu dalam longkang"... ahhh...tersipu² ambe....

Apabila Yen dan Jerol sampai, kayuhan diteruskan balik. Mula sampai ke laluan ladang sawit.. banyak juga uphill dan downhill ni.. huhuhu~ 1st time berjamboree weh... layan... ambe dan Jerol saling kayuh sebelah menyebelah, ada juga kawan nak berborak nanti, si Yen ikut je kat belakang, tapi nampak makin jauh jee...jauh...jauh.... Sehingga la sampai ke CP 1, Jerol cakap dia tak dapat teruskan kayuhan, fork dia sudah rosak.. tidak selamat tuk teruskan...lor... Yen pulak sudah tidak kelihatan, suspek dia gune short cut ni.. dah ada kat depan kami berdua.. Terpaksalah ambe kayuh sorang² bertemankan pokok kelapa sawit...isk..Time nie peha mula terasa kekejangan.. arggghhh... dua belah peha tu... so ambe ambil keputusan berhenti di tepi perdu sawit tuk berehat sekejap dan sapu ubat panas dulu.. rase dah ok, teruskan kayuhan balik.. haissshhhh...





 Tengah berkayuh menuju ke CP 2, ambe terserempak dengan Yen sedang membaiki jenteranya di bawah poko sawit... Hajat di hati mahu buat xkenal je dan teruskan kayuhan..Tetapi peha krem lagi, so terpakse la berhenti dan bertegur sapa ngan Yen.. " hi abang, abang buat apa kat tepi jalan ni...lalalala"...



Dah krem o0o0o0o


 Tak lama selepas itu, sayup dari jauh kelihatan dari jauh si Jerol datang... ehhh... "apasal bro??" "aku kene pysco ahhh, brader tu cakap medal finished cantik o0o0o...hahahaha"


Selepas itu kami bertiga pun meneruskan kayuhan dengan sisa tenaga yg ada... Apabila nampak bukit menaik, kami sama² menolak basikal.. Apabila nampak trek mula menurun, kami sama² kayuh DH laju².. so enjoy...

Betapa banyak RnR kami cipta dek kerna kekejangan otot yang dialami... hihihihihi~ Cuaca seolah² menyebelahi kami kerana mendung sepanjang kayuhan kami.. bonus tu... 

Sampai CP 2, kami berehat sekejap dan teruskan lagi kayuhan, cipta RnR lagi, tolak basikal naik bukit, dan berborak² dengan riders yang lain... Inilah Jamboree... seronok sangat... hihihi~

Tak kala sampai CP 3, peha sudah tak tahan lagi.. nasib baik ada para medik..Mesti ada amoi nnt... leh suruh urut²...hahahaha~ hampa betul... xde amoi.. (- -") laki pom laki laaa.... sila urut peha ambe nie boley... ,

Dari CP 3 trek dah downhill... terus sampai Finished.... Hoorey.. Tamat Kayuhan dalam pukul 12.15... hahaha... so enjoy join this event... next time akan join lagi jamboree di mana2...
Haha...dapat Medal Finished... Yesssssssssss


:: disediakan oleh : OHM00101 Sepul

1 comment:

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.